Bikesrepublic

Berita Terkini

Didi Group, selaku pengedar rasmi jenama Royal Enfield Di Malaysia dengan rasminya melancarkan Royal Enfield Hunter 350 untuk pasaran tempatan dengan harga bermula RM22,000. 

Kedatangan model baharu itu sekaligus sertai barisan model 350cc lain yang ditawarkan di Malaysia termasuk Classic 350 dan Meteor 350.

Seperti model 350 sebelum ini, Hunter 350 turut dikuasakan enjin satu silinder 349cc yang menghasilkan 20.2hp pada 6,100rpm dan 27Nm pada 4,000rpm. Kuasa tersebut disalurkan kepada tayar belakang dengan transmisi 5-kelajuan.

Royal Enfield mendakwa enjin J-series 349cc itu berupaya mencapai kelajuan maksima 114km/j sekaligus memberi bayangan Hunter 350 ini lebih sesuai untuk tunggangan santai.

Menurut Royal Enfield, Hunter 350 tampil dengan dua varian Metro Rebel (RM22,000) dan Metro Dapper (RM22,200). 

Metro Rebel dan Dapper dilengkapi rupa kontemporari dengan dua gabungan livery serta rim aloi 17-inci dengan 110/70 depan dan 140/70 belakang dan dipadankan bersama cakera brek 300mm depan dan 270mm belakang. 

Hunter 350 Metro Rebel dan Dapper juga dilengkap dengan brek ABS dwi-saluran (antilock-braking system).

Antara ciri lain ditawarkan termasu:

  • center stand
  • lampu LED belakang
  • panel meter digital analog
  • port pengecas USB

Dalam pada itu Royal Enfield Malaysia turut menawarkan aksesori rasmi antaranya Suburban dan Urban di samping beberapa pakaian rasmi Royal Enfield. 

GALERI: ROYAL ENFIELD HUNTER 350

Boon Siew Honda telah berkongsi teaser baharu di laman Facebook Honda Motorcycles Malaysia yang merujuk kepada kedatangan model baharu. 

Meneliti gambar dikongsikan, jelas memaparkan sebuah motosikal jenis skuter yang mirip dengan Vario 150. 

Bagaimanapun, mengambil kira pengeluaran Vario 150 telah pun dihentikan dan digantikan dengan Vario 160 yang dilancrarkan awal tahun ini maka besar kemungkinan model yang bakal dilancarkan itu merujuk kepada Vario 125. 

Dalam pada itu, desas desus mengenai kemunculan Honda Vario 125 telah pun berlegar sejak penghujung tahun lalu. 

Apa yang pasti segalanya akan terjawab pada 12 Mac (Ahad) ini di Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung di Dataran Sri Jempol, Negeri Sembilan. 

Untuk rekod, Honda Vario 125 dipasarkan di beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia dan Filipina. Skuter kompak itu dikuasakan enjin 124.8cc SOHC PGM-Fi yang berupaya menghasilkan 11hp pada 8,500rpm dan 10.8Nm pada 5,000rpm. 

Susulan daripada permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia, purata tempoh menunggu bagi mendapatkan Perodua Axia kini sekitar 2.5 hingga lapan bulan. 

Perkara itu dimaklumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad yang turut memohon maaf kepada pelanggan atas tempoh menunggu lama itu. 

“Kami mohon maaf kepada para pelanggan kami dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Kami akan cuba menambahbaik lagi pengeluaran dan pendaftaran kami pada bulan-bulan yang akan datang,” jelasnya. 

Bagaimanapun, bagi mengatasi senario itu, Dato Sri Zainal Abidin Ahmad beri jaminan bahawa pihaknya akan terus meningkatkan operasi dan ekosistem agar masa penghantaran diperbaiki. 

Dalam pada itu, permintaan kereta Perodua kekal kukuh apabila terdapat peningkatan dari segi penjualan dari 34,865 unit kepada 46,385 unit bagi dua bulan pertama tahun ini. 

Kawasaki telah pun mengorak langkah dengan melancarkan Ninja ZX-4R di pasaran Amerika Syarikat baru-baru ini sekaligus menjadi pasaran pertama dunia yang menerima model 4-silinder itu. 

Bagaimanapun, kami difahamkan motosikal 400cc itu akan turut dilancarkan di pasaran Asia Tenggara bulan ini di Thailand dan Indonesia. 

Berdasarkan ‘teaser’ Bangkok International Motor Show 2023 yang akan berlangsung pada 22 Mac hingga 2 April ini, jelas menunjukkan bayang motosikal yang didakwa sebagai Ninja ZX-4R. 

Tinjauan di laman web media Thailand juga merujuk kepada perkara sama sekaligus menguatkan lagi ketibaan model itu disana. 

Dalam pada itu, Kawasaki Indonesia juga dilaporkan akan turut melancarkan Ninja ZX-4R di pasaran negara itu bulan ini. Berdasarkan laporan rakan media Indonesia, Iwanbanaran.com, Kawasaki Indonesia dijadualkan akan memperkenalkan sebuah jentera serba baharu minggu depan. 

Meskipun begitu, info di Thailand kelihatan lebih sahih berbanding di Indonesia yang masih lagi belum ada sebarang bayangan kemunculan ZX-4R. 

Ketika negara jiran sudah mula disajikan dengan bibit-bibit ZX-4R, Malaysia masih lagi menanti kedatangan Ninja ZX-25R. 

Bagaimanapun, seperti laporan kami sebelum ini, Ninja ZX-25R akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun ini dan akan dijenamakan sebagai Modenas ekoran dipasang sepenuhnya di Malaysia sebagai produk CKD (pemasangan tempatan). 

Jika penantian ZX-25R memakan masa lebih dua tahun, kami tak sarankan pembaca meletak harapan tinggi bagi kemuncul Ninja ZX-4R disini. 

Dalam kesibukan pembangunan enjin V4 1,000cc, CFMoto dilaporkan turut sibuk membangunkan enjin tiga-silinder 675cc. 

Perkara itu disahkan menerusi paten terbaru yang difailkan di China. 

Ada beberapa sebab mengapa perkembangan terbaru ini menarik perhatian. Pertamanya, meskipun CFMoto mempunyai kerjasama erat dengan KTM namun mereka masih tekad untuk membangunkan platform sendiri. 

*paten terbaru ini mendedahkan enjin tiga silinder yang dibangunkan dengan acuan sama dengan enjin parallel-twin 449cc digunakan pada 450SR.

Pada masa sama, pembangunan platform pelbagai kapasiti membuktikan bahawa CFMoto masih lagi yakin enjin pembakaran dalaman masih ada permintaan tinggi.

Melihat kepada paten terbaru itu, jelas beberapa aspek menyamai enjin parallel-twin 449cc yang menggerakkan jentera CFMoto 450SR antaranya reka bentuk ‘cylinder head’ dan ‘cam cover’ namuntelah diperbesarkan bagi memuatkan silinder ketiga. 

Untuk itu, dengan pertambahan silinder ketiga kepada bore dan stroke 72 x 55.1mm maka terhasilah kapasiti enjin 673cc. 

*lakaran paten mendedahkan terdapat 4-valve bagi setiap silinder sekaligus membawa jumlah 12-valve.

Jika dibandingkan dengan enjin tiga silinder 675cc yang terdapat pada Triumph Daytona 675, ternyata platform CFMoto terbaru itu datang dengan ‘stroke’ yang lebih panjang. 

Seperti jangkaan, enjin tersebut juga dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan. 

Untuk rekod, selain CFMoto beberapa pengeluar China lain turut sibuk dalam membangunkan beberapa enjin baharu termasuk QJ Motor, Benda, Loncin dan Zontes. Persoalannya, motosikal jenis apakah yang bakal disuntik dengan enjin tiga silinder terbaru itu? – CycleWorld

Harley-Davidson bakal memperkenalkan model 350cc dan 500cc hasil kerjasama dengan QJ Motor pada 10 Mac ini. 

Kedatangan dua model itu telah pun disahkan menerusi dokumen kelulusan yang difailkan di China. Dokumen tersebut turut mendedahkan rupa jelas dua model itu yang diberi nama X350 dan X500. 

X350

QJ Motor diberi kepercayaan oleh pihak Harley-Davidson ekoran jenama motosikal China itu semakin berkembang pesat bukan sahaja di Asia malah di Eropah menerusi jenama Benelli dan Keeway. 

Untuk rekod, Harley-Davidson X350 dibina daripada platform sama dengan Benelli 302S sementara X500 pula dibangunkan dengan platform 500cc sama dengan Benelli Leoncino 500.

Dari aspek kuasa, Harley-Davidson X350 bakal menawarkan 37hp dan berat sekitar 195kg manakala X500 pula menghasilkan sekitar 47hp dan berat sekitar 206kg. Menurut laporan sebelum ini, Harley-Davidson X500 itu mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 160km/j.

X500

Harley-Davidson X500 dan X350 ini dihasilkan Zhejiang Jisheng Motor Vehicle Co Ltd, sebuah syarikat baharu yang dibangunkan Harley-Davidson bersama QJ Motor. 

Dua model baharu ini adalah antara usaha Harley-Davidson dalam menembusi pasaran baharu yang lebih luas ekoran jenama itu sebelum ini hanya mensasarkan golongan yang berkemampuan sahaja. 

Apa yang pasti, kedua-dua model ini akan dijual untuk pasaran Asia tidak lama lagi. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube