Bikesrepublic

Berita Terkini

Yamaha dan Santander telah berkolaberasi untuk melancarkan sistem permohonan pinjaman atas talian, memudahkan proses membeli motosikal atau skuter baru dari pengedar Yamaha terdekat.

Dengan sistem ini, anda tidak perlu bangun dari sofa untuk membeli motosikal – adakah ini inovasi hebat atau sesuatu yang berbahaya? Itu terpulang kepada anda. Mungkin kedua-duanya juga. 

Mengambil masa 20 minit dari awal ke akhir, kalkulator kewangan Santander Consumer Finance (SCF) memberi peminat Yamaha kebolehan mengadaptasikan sendiri sebut harga kewangan bulanan, membuat permohonan pinjaman dan dapatkan keputusan, semuanya dalam waktu sebenar.

Sistem ini diintegrasi ke dalam kalkulator kewangan yang sedia ada pada setiap laman motosikal dan skuter Yamaha; anda cuma perlu memasukkan deposit, tempoh pinjaman, jarak tempuh tahunan dan aksesori yang diingini jika ada. Jika sudah dapat kelulusan, anda boleh menandatangani persetujuan secara digital.

Pengedar Yamaha sudahpun melihat cara pinjaman baru ini, dan mengalu-alukan kemudahan baru ini kerana ia pasti akan mempercepatkan proses penjualan dan memastikan piawaian tinggi boleh dikekalkan dengan mudah.

Bercakap mengenai sistem permohonan pinjaman baru, Eric Seymour, Ketua Pembiayaan Motosikal untuk SCF berkata, “Ini adalah contoh terbaik kerja sama antara SCF dan Yamaha Motor menunjukkan komitmen bersama untuk terus mencari cara baru untuk meningkatkan keupayaan digital dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Semenjak beberapa tahun lalu, kami telah berusaha keras untuk mengembangkan penyelesaian digital terkemuka di pasaran untuk memberikan fleksibiliti kepada rakan runcit untuk bertransaksi dengan pelanggan, dengan cara yang memenuhi keperluan pelanggan pada setiap tahap perjalanan pembelian mereka.”

Jika anda ingin melihat sendiri, klik di sini untuk melihat contoh, dan juga buat kira-kira sendiri untuk melihat tahap mana anda mampu membeli motosikal seterusnya. Berangan itu percuma.

Kami sangat memahami bahawa penghantar makanan sentiasa mengejar masa untuk memastikan makanan dihantar tepat pada masanya, tetapi ini tidak bermakna mereka boleh melanggar peraturan trafik dengan sewenang-wenangnya.

Pada hujung minggu lalu, sebuah video tular menunjukkan seorang penghantar makanan mengamuk hanya kerana seorang pemandu telah membunyikan hon padanya setelah dia melanggar lampu merah.

Kejadian berlaku di hadapan Impiana Hotel KLCC.

Bacakan selanjutnya kupasan kejadian oleh pemandu itu yang telah disiarkan oleh Jabatan Netizen Malaysia di Twitter.

Paparan ini telah disambut oleh reaksi negatif oleh ramai warganet tempatan di Twitter.

Tidak kurang juga yang turut kongsi pengalaman sendiri dengan penghantar makanan yang melanggar peraturan trafik secara terbuka.

Baca kata mereka di ‘thread’ ini:

Pihak polis juga telah mengesahkan bahawa mereka sudah menerima laporan dari pemandu itu, kita hanya tunggu tindakan seterusnya.

Peguam di Jerman buntu bagaimana hendak selesaikan kes seorang pesara yang menyimpan kereta kebal, senjata anti-pesawat dan torpedo Perang Dunia Kedua di ruang bawah tanah rumahnya.

Kesemua barangan itu telah dikeluarkan dari rumahnya yang terletak di Heikendorf pada tahun 2015 dengan bantuan tentera.

Pendakwa dan peguam bela kini merundingkan hukuman yang mungkin dilaksanakan, termasuk hukuman tertangguh dan denda hingga €500,000 (RM2.5 juta).

Defendan yang berumur 84 itu juga perlu mencari tempat lain untuk meletakkan barangan itu.

Menurut peguamnya, terdapat museum di Amerika Syarikat yang berminat membeli kereta kebal Panther itu.

Ramai ahli sejarah mengatakan kereta kebal itu merupakan kenderaan sepertinya yang paling efisyen ketika Perang Dunia Kedua.

Peguamnya juga mengatakan bahawa ramai pengumpul tempatan telah mendekati defendan untuk membeli barangan lain seperti senapang serangan dan pistol.

Dalam perbicaraan semalam di Kiel, peguam-peguam cuba untuk memastikan jika koleksi ketenteraan pesara itu melanggar Akta Senjata Perang Jerman.

Akta ini menyelia pengeluaran, penjualan dan pengangkutan senjata perang.

Pihak tertuduh berhujah kebanyakan senjata itu tidak lagi berfungsi, dan kereta kebal itu juga dibeli sebagai skrap, dan mereka bersedia untuk membayar denda lebih murah, sebanyak €50,000 (RM249,379).

Sementara itu, pihak pendakwa pula berkata sebahagian daripada senjata dan peluru itu masih boleh digunakan.

Pada Julai 2015, 20 orang tentera telah mengambil masa hampir sembilan jam untuk mengeluarkan kereta kebal Panther itu – yang tanpa trek – daripada ruang bawah tanah dan menolaknya ke atas jentera untuk diangkut pergi.

Pihak berkuasa tempatan mengetahui kandungan ruang bawah tanah itu setelah diberitahu oleh rakan sekerja mereka di Berlin yang terdahulu menggeledah rumah itu untuk mencari karya seni Nazi yang dicuri.

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada Rabu, dan keputusan dijangka akan dibuat bulan depan.

Aprilia telah mendedahkan Pegaso dual-sport mungkin dihidupkan semula sebagai pengganti tidak langsung model Shiver dan Dorsodoro yang akan dihentikan pengeluaran.

Jentera ini, yang asalnya kelas supermoto, telah dilancarkan pada tahun 1992 sebagai salah satu produk pertengahan dengan enjin 650cc, tetapi digugurkan dari senarai harga pada tahun 2009, diganti oleh kombinasi Shiver dan Dorsodoro.

Walaubagaimanapun, pada masa hadapan sejarah mungkin berbalik, menurut pengurus pemasaran Aprilia Cristian Barelli yang berkata syarikat itu sedang meletakkan fokus kepada meluaskan platform 660 baru untuk memasukkan lebih dari tiga model yang disahkan.

Aprilia telah fokus pada membangunkan dan meluaskan platform kelas menengah 660cc silinder berkembar yang bermula dengan RS sportsbike dan diikuti oleh Tuono.

“Pada awal projek, kami memikirkan apakah yang akan menjadi debut pertama, RS, Tuono atau Tuareg. Kami memutuskan untuk memulakan dengan RS kerana DNA Aprilia asalnya dalam segmen sukan dan ia merupakan sebahagian daripada sejarah kami, oleh itu kelihatan tepat untuk bermula dari sana.

“Kemudian kami ingin menawarkan sesuatu yang berbeza, berbanding dengan sportsbike yang sudah ditawarkan. Pasaran kecil berkembang, dan lambat laun penunggang tersebut ingin menukar basikal dan berkembang. Namun, mereka sudah tentu tidak akan fokus pada sukan supersport atau 600 kerana ia jauh lebih tinggi dari tahap kemasukan. Kita boleh menjadi penyelesaian yang tepat.

“Kami memikirkannya [Pegaso]. Kami mempunyai banyak idea kerana enjin membolehkan kami modulariti yang hebat. Kita hanya perlu memutuskan apa yang harus dilakukan terlebih dahulu. Segmen crossover adalah segmen yang sangat menarik yang kita lihat dengan penuh minat,” kata Barelli.

Namun begitu, pengesahan rasmi bahawa Shiver dan Dorsodoro tidak akan diperbaharui bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Model ini tidak diperbaharui dalam sesi kemas kini terbaru untuk memastikan model Aprilia memenuhi piawaian Euro5, dan di UK model-model itu telah pun digugurkan dari senarai harga.

“Setakat ini kami tidak merancang untuk meningkatkannya menjadi Euro5. Kami memberi tumpuan kepada platform baru yang lebih moden ini. Enjin 660 mempunyai susun atur yang dapat dimanfaatkan dalam beberapa cara. Ia sangat padat, membolehkan pembinaan pelbagai jenis bingkai untuk pelbagai aplikasi. “

Sloot Motor (slooot bermaksud parit dalam bahasa Belanda) dikuasai enjin empat lejang Honda GX160, dan ia sebahagian daripada misi mengekalkan enjin pembakaran walaupun bahan api fosil tidak lagi digunakan pada masa hadapan.

Untuk membina motosikal itu, seorang jurutera Belanda GijsSchalkx menggerudi lubang dalam peti udara yang membenarkan metana disedut masuk, kemudian memasukkan belon ke dalam lubang itu untuk menguasakan enjin.

Untuk permulaan, enjin itu menggunakan petrol konvensional untuk hidup, tetapi apabila sudah mula berjalan ia dikuasakan oleh kuasa metana sepenuhnya.

Schalkx telah mendapat ide ini setelah membaca tentang nelayan yang menggunakan metana yang dikumpul dari paya untuk menggoreng telur ketika memancing di tasik.

Mengumpul metana yang terjadi secara semulajadi merupakan sesuatu yang memerlukan usaha, menggunakan alat istimewa dicipta Schalkx sendiri yang dinamakan plompstation.

“Plompstation terdiri daripada peralatan mengumpul yang berlabuh di air, yang hanya boleh dicapai dari dalam air itu,” kata Schalkx.

“Sebelahnya terdapat pam tekanan yang terkunci di tempat untuk memindahkan bahan api ke dalam bekas.

Walaupun ide mengubah gas ke bahan bakar bunyinya ideal, tetapi ia tidaklah begitu mudah.

Gas yang diperlukan untuk gerakkan motosikal itu memerlukan lapan jam untuk dikumpul, itupun jika proses dipercepatkan dengan mencangkul dasar paya.

Selain itu, pengumpulan gas selama lapan jam hanya mampu menggerakkan motosikal itu sejauh 19km sahaja.

Pelumba remaja Hugo Millán, 14, bertemu maut selepas berlaku kemalangan ketika perlumbaan di Sepanyol semalam.

Mendiang dilanggar setelah terbabas di tengah litar pada pusingan kedua European Talent Cup di MotorLand Aragón Circuit.

Beberapa pelumba berjaya mengelak dari terlanggar Millán, namun Oleg Pawalec yang menunggang motosikal No 5 tidak sempat mengelak, dan melanggarnya terus dari depan.

Millán, yang memulakan perlumbaan pada tempat kedua, baring tidak bergerak ketika pelumba lain berlalu.

Mendiang telah berjaya elakkan diri dari terjatuh pada awalnya, tetapi akhirnya hilang kawalan dan terbabas ketika di tempat kedua.

Millán terlibat dalam kejadian antara beberapa pelumba di Turn 5, dan sesi itu diangkat bendera merah secara serta-merta.

Kenderaan penyelamat tiba di tempat kejadian serta-merta, dan pelumba itu diperiksa atas litar sebelum dibawa ke pusat perubatan litar itu, dan kemudian dibawa pula ke hospital lain dengan menggunakan helikopter.

Meskipun petugas penyelamat cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya, malangnya Millán meninggal akibat kecederaan yang dialami.

Musim ini setakat itu yang paling berjaya dalam FIM CEV Repsol bagi Millán, yang telah beberapa kali mendapat tempat di podium, menunjukkan prestasinya yang konsisten.

Sementara itu, Pawelec tidak mengalami kecederaan teruk dan keluar dari litar dengan sendiri.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube