Bikesrepublic

Berita Terkini

Januari lalu, pengeluar motosikal China, CFMoto telah berkongsi imej rasmi 800MT, model baharu yang dibangunkan dengan kerjasama KTM.

Dalam perkembangan terkini, kami difahamkan motosikal adventure tersebut disahkan akan masuk pasaran tempatan sekitar 2022.

Meskipun tiada tarikh rasmi didedahkan namun pengesahan kemasukan model itu sudah cukup mengujakan apatah lagi dijangka menawarkan harga yang lebih mampu milik berbanding motosikal ADV lain yang ditawarkan di Malaysia ketika ini.

CFMoto 800MT (yang pada awalnya dinamakan MT800) merupakan motosikal jenis ADV konvensional dan bukannya bercirikan ‘off-road’sepenuhnya.

*KTM 790 Adventure

Model ini bukan sahaja mengguna pakai chasis malah enjin parallel-twin 799cc LC8 yang sama terdapat pada KTM 790 Adventure.

Berdasarkan laporan sebelum ini, CFMoto 800MT menawarkan berat sekitar 231 kilogram, 16kg lebih berat berbanding KTM 890 Adventure (model terkini).

CFMoto merupakan rakan kerjasama rasmi KTM yang turut bertanggungjawab menghasilkan Duke 125, 250, 390 untuk pasaran China.

MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, melancarkan SYM Jet X untuk pasaran tempatan.

SYM Jet X ini merupakan motosikal jenis skuter yang sertai segmen 150cc di Malaysia.

SYM Jet 150 merupakan skuter 150cc yang turut dipasarkan di negara jiran, Thailand, dengan nama GPX Drone 150.

Model ini didatangkan dengan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair yang digerakan dengan transmisi jenis CVT.

Model ini juga menawarkan ciri moden antaranya penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light) serta skrin jenis LCD.

Sementara itu sistem membrek dikendalikan CBS (Combine Braking System) dan dipadankan bersama cakera brek depan dan belakang.

Selain daripada menawarkan ruang letak barang dengan kapasiti 18L, Jet X 150 ini turut tampil dengan slot pengecas USB QC 2.0.

Menariknya, sistem penyerap hentakan berkembar belakang boleh diselaraskan dengan tiga tahap berbeza mengikut kesesuaian.

Menurut MForce, SYM Jet X ini akan mula dijual antara bulan Mei hingga Jun dan akan ditawarkan di antara RM8,000 hingga RM10,000.

Segmen skuter 150cc di Malaysia bakal dirancakkan lagi dengan WMOTO Xtreme 150i, skuter bercirikan ADV serba baharu.

Xtreme 150i didatangkan dengan DNA adventure sepertimana yang ditawarakan Honda ADV 150.

Motosikal ini didatangkan dengan enjin Euro 4, 149.3cc yang menawarkan 9.0 kW pada 8,500rpm dan 11.8 Nm pada 5,000rpm.

WMOTO Xtreme 150i didatangkan dengan pelbagai ciri moden antaranya:

  • lampu LED penuh depan dan belakang dengan Daytime Running Light (DRL)
  • sistem Start/Stop
  • paparan digital LCD
  • ruang letak barang 13L
  • port pengecas USB dan outlet 12V

Menariknya, WMOTO Xtreme 150i didatangkan dengan sistem membrek terkini menerusi ABS dwi-saluran dan tangki 11L dengan MForce mendakwa boleh mencapai jarak sehingga 400km (dengan kelajuan 80km/j).

Motosikal ini turut didatangkan dengan penghadang angin boleh laras dengan mudah.

Menurut MForce, WMOTO Xtreme 150i ini akan dijual bermula Mei hingga Jun dengan harga sekitar RM8,000 hingga RM10,000.

Jenama motosikal China, Dayang Motorcycle, dikhabarkan bakal memperkenalkan ADV 150 untuk pasaran Malaysia.

Dayang Motorcycle telah pun melancarkan skuter adventure 150cc, dikenali sebagai ADV 150 untuk pasaran China sekitar Januari tahun ini.

Penghasilan model tersebut seakan menyuarakan pendirian Dayang Motorcycle untuk cuba memberi saingan terhadap Honda yang telah pun melancarkan ADV 150 sebelum ini.

Dalam perkembangan terkini, kami difahamkan Dayang ADV 150 akan dipasarkan di Malaysia oleh Aveta Global Marketing Sdn Bhd.

AVETA DAYANG ADV 150! Open for booking now! Early bird booking! Pm us now for booking! Available on June/July 2021….

Posted by Tr Motorworld Branch Cheras on Friday, 16 April 2021

Perkara itu disahkan menerusi beberapa perkongsian di laman sosial yang memaparkan iklan “Tempahan Dibuka” bagi model tersebut.

Menariknya, skuter adventure 150cc dari China ini menawarkan kuasa yang lebih tinggi dengan 16hp dan 14.6Nm berbanding 14hp dan 13.8Nm yang ditawarkan Honda ADV 150.

Motosikal tersebut juga mempunyai tangki yang lebih besar, 9.3L berbanding 8L yang terdapat pada versi Honda.

Bukan itu sahaja, Dayang ADV 150 ini juga lengkap dengan fungsi kamera di depan dan belakang yang disiarkan di skrin digital serta ciri keselamatan ABS dan fungsi keyless!

Sekiranya perkongsian di laman sosial adalah benar, kami menjangkakan Dayang ADV 150 ini akan menarik perhatian ramai apatah lagi ditawarkan pada harga bawah RM10 ribu berbanding Honda ADV 150 yang dijual pada harga RM11,999.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu bagi YZF-R15 yang bakal sertai dua pilihan warna sedia ada.

R15 kini ditawarkan dengan warna Silver bagi tahun 2021, di samping pilihan warna Race Blu dan Black yang telah pun ditawarkan sejak Oktober tahun lalu.

Versi 2021 ini hanya menampilkan pilihan warna baharu dengan ciri lain masih lagi dikekalkan termasuk ditawarkan pada harga yang sama, RM11,988.

Yamaha R15 dikuasakan enjin 155cc satu silinder dengan VVA yang menghasilkan 19hp dan 14.7Nm dan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan assist/slipper clutch.

Marc Marquez berjaya mengutip mata pertamanya selepas hampir setahun tidak berlumba ekoran kecederaan.

Enam kali juara dunia MotoGP itu muncul pelumba Honda terpantas di GP Portugal apabila melepasi garisan penamat di kedudukan ketujuh selepas 25 lap dengan Fabio Quartararo muncul pemenang, diikuti Francesco Bagnaia kedua dan Joan Mir, ketiga.

Bagaimanapun, sebaik kembali ke paddock, Marquez seakan dilanda pelbagai emosi.

Pada hari biasa, kedudukan ketujuh mungkin akan mencetuskan pelbagai persoalan terhadap persembahan pelumba Sepanyol itu.

Namun, setelah berehat 265 hari, keputusan di Litar Autódromo Internacional do Algarve ternyata membawa seribu satu makna terhadap pelumba berusia 28 tahun itu.

“Saya bukan jenis mempamerkan emosi tetapi sebaik tiba di paddock dan melihat semua mekanik, saya tidak dapat menahan perasaan.

“Saya menanti sekian lama agar hari ini tiba, untuk menamatkan perlumbaan MotoGP. Ini adalah langkah terbesar dalam proses pemulihan saya.

“Merasai kembali perasaan sebagai pelumba MotoGP adalah impian saya dan saya berjaya melakukannya hari ini,” jelas Marquez.

Marquez berjaya menempatkan dirinya di kedudukan ketiga sebaik perlumbaan dilepaskan namun mula ketinggalan ekoran tidak mampu menangani tekanan.

“Lap pertama sangat sukar kerana saya berada di tempat yang tidak sepatutnya. Seperti berada di sekolah apabila bermain bola dengan pelajar lebih senior!” ujar Marquez.

Pelumba Repsol Honda itu akan kembali beraksi di pusingan empat MotoGP di Jerez pada hujug bulan ini, litar sama yang menjadi saksi kemalangan ngeri yang menimpa Marquez, tahun lalu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube