Bikesrepublic

Berita Terkini

Rimba Raid 2022 telah berlangsung dengan jayanya di Taman Negara,Kuala Tahan, Pahang pada Sabtu lalu.

Perlumbaan sejauh 158km itu menyaksikan 226 pelumba bersaing dalam kategori masing-masing bagi merebut takhta selaku pelumba ‘off-road’ terbaik di Malaysia.

Meskipun rata-rata kategori didominasi pelumba Thailand namun beberapa nama tempatan turut membanggakan nama Malaysia menerusi Mohd Zulkarnain Tahir yang menjuarai kategori Class C- Enduro Rally manakal Alan Ng berjaya mendapat tempat ketiga dalam Class A. 

Namun, turut mencuri tumpuan adalah pelumba wanita negara, Nor Shamira Azhar yang muncul pelumba wanita tunggal (daripada empat pelumba wanita lain) yang berjaya menamatkan perlumbaan ekstrim tersebut.

Menurut pihak penganjur, Nor Shamira berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh 4 jam 17 minit sekaligus meletakkannya di tempat ke-56 keseluruhan di kalangan 226 peserta. 

Dia juga menduduki tempat ke-21 di antara 38 pelumba di dalam Kelas C.

Untuk rekod, Nor Shamira sepatutnya beraksi di Class B dan menunggang jentera KTM 790 Adventure namun kecederaan bahu dialami lebih awal memaksanya berpindah ke Class C – Enduro Rally dan menungggang KTM 250 EX/C TPi.

Senario itu menjadikan pencapaian Nor Shamira di Rimba Raid lebih mengagumkan kerana beraksi dalam keadaan bukan 100 peratus cergas.

Meskipun begitu, penghargaan harus diberiken kepada tiga lagi pelumba wanita lain – termasuk seorang wakil Thailand – atas kecekalan mereka untuk beraksi di Rimba Raid 2022.

Rimba Raid edisi 2022 telah berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu yang menyaksikan pelumba Thailand mendominasi perlumbaan kali ini.

Rata-rata jentera yang digunakan termasuk Yamaha Tenere 700, Honda CRF1100L/CRF1000L Africa Twin dan BMW R 1200/1250 GS.

Bagaimanapun, kejuaraan Rimba Raid kali ini menyaksikan beberapa jentera baharu membuat penampilan sulung, antaranya Harley-Davidson Pan America 1250.

Namun, turut membuat penampilan pertama adalah Moto Morini X-Cape 650 X dan WMOTO SX2 300. 

Menariknya, walaupun kedua-dua jenama ini masih baru dalam pasaran tempatan yang dipasarkan MForce Bike Holding Sdn Bhd, prestasi Moto Morini X-Cape 650 X dan WMOTO SX2 300 cukup mengagumkan.

Diantara 241 pelumba yang bersaing, Moto Morini X-Cape 650 yang ditunggang Muhamad Nazmee berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 158 kilometer itu ditempat ke-15 (Class B)  manakala Amirul Ramli dengan jentera WMOTO SX2 300 menamatkan saingan DP Rally di kedudukan ketujuh. 

Keputusan tersebut secara tidak langsung membuktikan kemampuan dan prestasi kedua-dua model ini dalam menempuh permukaan yang ekstrim. 

Untuk rekod, Moto Morini X-Cape 650 ditawarkan dengan dua varian di Malaysia dengan harga bermula pada RM39,999

Sementara itu, WMOTO SX2 300 boleh didapati dengan harga RM18,888

Bagi terus memberikan saingan dalam segmen motosikal adventure 1000cc ke atas, Ducati telah mempertingkatkan Multistrada V4 dengan varian ‘Rally’. 

Model 2023 itu telah dinaik taraf dengan tangki lebih besar, sistem suspensi yang telah dipertingkat dan tahap keselesaan yang lebih baik.

Bagaimanapun, seperti namanya, Ducati Multistrada V4 Rally ini dibangunkan dengan kemampuan ‘off-road’ yang lebih mantap.

Sistem suspensi Skyhook Showa pada Multistrada V4 Rally ini telah dinaik taraf dengan jarak pergerakan lebih tinggi, 200mm berbanding 170mm pada Multistrada V4 S.

Menariknya, sistem suspensi tersebut kini menawarkan ciri ‘self-levelling ability’ yang akan menyelaraskan fork depan dan monoshock belakang mengikut keadaan permukaan jalan.

Ducati Multistrada V4 Rally juga didatangkan dengan mod Enduro. Ketika diaktifkan, kuasa enjin akan diturunkan kepada 114hp dengan’ campur tangan traction control’ diturunkan kepada tahap minima.

Bukan itu sahaja, ABS tayar belakang juga akan dinyahaktif bagi menyesuaikan jentera dengan tunggangan ‘off-road’.

Bagaimanapun, Ducati Multistrada V4 Rally masih lagi menawarkan kuasa 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm.

Naik taraf terbesar lain turut termasuk fungsi ‘adaptive ride-height’ yang berfungsi dengan merendahkan jentera bagi memudahkan penunggang untuk naik dan turun sewaktu enjin dihidupkan atau dimatikan. 

Ducati Multistrada V4 Rally juga telah disertakan dengan tangki 30L berbanding 22L pada model standard dan V4 S. Tangki lebih besar itu membolehkan Multistrada V4 Rally mencapai jarak menunggang yang lebih jauh antara 350 hingga 370km. 

Sejak tahun 2010, kerjasama antara Mercedes-AMG F1 dan Petronas telah membentuk satu pasukan yang kukuh dan menggerunkan di pentas Formula 1. 

Dalam tempoh 13 musim sahaja, Mercedes-AMG Petronas F1 telah merangkul 8 kejuaraan dunia berpasukan dan 115 kemenangan Grand Prix, pencapaian yang sukar digugat pasukan lain di F1.

Bagi memastikan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 terus gah, pihak Mercedes-AMG F1 dan Petronas akan meneruskan jalinan erat itu melangkaui musim 2026.

Bagaimanapun, usahasama kali ini akan menyaksikan Petronas akan berlumba dalam mencapai masa depan yang lestari.

Ketika ini, Petronas sedang menyokong Mercedes dengan minyak bahan api mampan E10 yang mengurangkan penghasilkan karbon dioksida secara menyeluruh. 

Ini secara tidak langsung menyaksikan kerjasama berterusan antara Mercedes-AMG F1 dan Petronas bukan hanya sekadar mencapai kejayaan di pentas tertinggi sukan permotoran malah bersama-sama mencapai masa depan yang lebih bersih.

“Hari ini kami melakukan sesuatu yang luar kebiasaan – mengumumkan kerjasama yang akan bermula lagi empat tahun.

“Ini menghantar mesej yang penting iaitu kami bukan hanya rakan kongsi malah akan menjadi sebuah keluarga untuk banyak tahun lagi.

“Bermula 2026, bahan api mampan akan menjadi teras prestasi F1 jadi ini memberi kami peluang besar untuk membuktikan kepakaran dalam bidang ini menerusi Petronas Fluid Technology Solutions.

“Kami juga teruja untuk terus berlumba bersama Petronas di litar dan memacu peralihan sukan global kepada masa depan emisi sifar,” ujar Prinsipal Pasukan dan CEO Mercedes-AMG Petronas F1, Toto Wolf. 

Sementara itu, kerjasama dengan pasukan F1 yang berjaya terus mengukuhkan nama Petronas di peringkat antarabangsa.

Pada musim 2021, nama dan lencana Petronas pada jentera Mercedes-AMG F1 telah dilihat lebih 1.55 bilion penonton seluruh dunia, naik 4 peratus dari tahun 2020. 

Ketika ini, purata penonton perlumbaan F1 bagi tahun 2021 adalah 70.3 juta. 

Ketika Kawasaki mendedahkan ZX-25R di Tokyo Motor Show 2019, rata-rata peminat motosikal dunia terutamanya di Asia berasa teruja dengan kembalinya enjin 250cc 4-silinder. 

Motosikal tersebut ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila muncul jentera sportsbike 250cc paling berkuasa dalam kelasnya dengan 50hp dan 22.9Nm. 

Setakat Jun 2021, Kawasaki berjaya menjual lebih 4,000 unit ZX-25R, melangkaui jangkaan 2,000 unit yang ditetapkan pengeluar motosikal Jepun itu.

Selepas kejayaan ZX-25R, Kawasaki dikaitkan pula dengan pembangunan ZX-4R pada Mei tahun ini. 

Tidak lama selepas itu, Kawasaki didapati mempatenkan nama ZX-4R dan memfailkan model tersebut di pasaran Amerika Utara dan Eropah ekaligus mengukuhkan dakwaan ketibaan model lebih berkuasa. 

Bagi menambahkan keterujaan, Kawasaki Indonesia telah memuat naik pengumuman terbaru di laman sosial rasmi mereka.

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, Kawsaki mendedahkan terdapat sebuah model baharu dengan nama ZX yang akan dilancarkan pada 1 Oktober ini.

Tak dinafikan Kawasaki mempunyai beberapa model ZX lain termasuk ZX-25R, ZX-6R dan ZX-10R. Namun mengambil kira kesemua model diatas telah pun dikemas kini bagi tahun 2022, ini bermakna pengumuman tersebut merujuk kepada sebuah model serba baharu.

Tambahan pula dengan nama ZX-4R sudah mula berlegar dengan pendaftaran nama dan dokumentasi telah pun difailkan di beberapa negara maka hampir pasti model yang akan diperkenalkan itu merujuk kepada jentera 400cc 4-silinder terbaru Kawasaki.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Kawasaki ZX-4R itu dijangka menawarkan kuasa lebih 60hp.

Kawasaki akan melancarkan KLX230 versi Supermoto di pasaran Jepun dan akan dikenali sebagai KLX230SM. 

Menurut Kawasaki, KLX230SM ini merupakan versi Supermoto yang diilhamkan daripada KLX230. 

Berkongsi komponen sama dengan KLX230, namun Kawasaki KLX230SM ini didatangkan dengan rim 17-inci depan dan belakang.

Menurut Kawasaki, KLX230SM ini akan dipasarkan di Jepun pada 15 Oktober ini dengan harga JPY556,700 (RM17.7k). 

Untuk rekod, KLX230SM ini masih lagi dikuasakan enjin satu silinder dengan penyejukan udara yang berupaya menghasilkan 19hp pada 7,600rpm dan 18.5Nm pada 6,100rpm. 

Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan. Menariknya, Kawasaki mendakwa KLX230SM ini menawarkan penjimatan minyak terbaik dengan 33.4km bagi setiap liter.

Sebagai jentera untuk kegunaan jalan raya, KL230SM ini dilengkapi dengan fork ‘inverted’ 37mm serba baharu yang menawarkan jarak pergerakan 204mm. 

Bahagian belakang pula dilengkapi dengan suspensi boleh laras (preload).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube