Bikesrepublic

Berita Terkini

Selepas mengumumkan harga bagi Tiger Sport 660, Triumph Motorcycles Malaysia turut menawarkan harga menarik bagi Tiger 1200 2022 untuk pasaran tempatan.

Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, dua varian Tiger 1200 ditawarkan di Malaysia menerusi Tiger 1200 GT Pro dan Rally Explorer dan dijual pada harga RM115,900 dan RM130,000.

Di tengah-tengah pembangunan Tiger 1200 terletaknya enjin dengan ‘crank T-Plane’ baharu yang sebelum ini diperkenalkan pada varian Tiger 900.

‘Crank T-Plane’ membolehkan enjin menghasilkan ‘rev’ yang lebih efisien dan bertenaga ketika rpm rendah dan tinggi.

Enjin 1160cc itu kini menghasilkan 147hp pada 9,000rpm dan 130Nm pada 7,000rpm – naik 8.5hp dan 8Nm berbanding generasi sebelumnya.

Bagi tahun 2022, Tiger 1200 kini tampil dengan varian Rally Explorer yang tampil dengan tangki 30L serta menawarkan ciri elektronik tambahan termasuk sistem ‘blind spot detection’.

Tiger 1200 GT Pro dilengkapi suspensi Showa separa-aktif elektronik di samping tayar 19-inci depan dan 18-inci belakang manakala Rally dan Rally Pro didatangkan bersama tayar 21″ depan dan 18″ belakang dengan rim jenis ‘wire-spoke’ (lidi) tubeless.

Menariknya, Triumph Motorcycles Malaysia turut memperkenalkan promo khas ‘early bird’  yang menyaksikan pelanggan yang membuat pembelian Tiger 1200 terbaru akan turut menerima ‘panniers’ aluminium.

Polis Johor Bahru Utara telah menahan seorang lelaki yang dirakam menunggang motosikal secara merbahaya sambil membonceng seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya.

Aksi ‘wheelie’  lelaki tersebut turut tular di media sosial.

Penahanan lelaki tersebut telah pun disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

Lelaki terbabit didapati melakukan aksi wheelie sambil menunggang motosikal di Jalan Bukit Impian 1, Taman Impian Emas, Skudai, dipercayai semata-mata bagi meraih perhatian warganet di media sosial. Video terbabit dipercayai dirakamkan oleh seorang rakannya sebelum dimuatnaik ke Facebook lelaki terbabit iaitu ‘Hafiz Sim’ pada 15 Februari 2022,” kata Rupiah.

Sebanyak tiga saman turut dikeluarkan atas kesalahanan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, cukai jalan tampat tempoh dan menunggang motosikal tanpa mengenakan topi keledar.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dengan melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun pengguna jalan raya,” tambah Rupiah.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pelaku berdepan penjara sehingga lima tahun dan denda tak kurang daripada RM5,000 dan tak lebih RM15,000 jika didapati bersalah.

Pengedar rasmi jenama Triumph Motorcycles di Malaysia, Fast Bike telah pun mengumumkan harga rasmi Tiger Sport 660, RM49,900.

Harga rasmi tersebut sekaligus menyaksikan pihak Triumph Motorcycles Malaysia menunaikan janji memastikan model tersebut ditawarkan harga bawah RM50 ribu dan hanya lebih RM6 ribu berbanding model Trident 660.

Tiger Sport 660 dijangka bakal menarik ramai peminat sepertimana yang dipamerkan Trident 660, yang sentiasa kehabisan stok sebaik mendarat di pusat pameran Triumph Motorcycles Malaysia.

Dibangunkan dengan enjin tiga silinder 660cc sama yang terdapat pada Trident 660, Tiger Sport tampil dengan elemen motosikal ‘sport tourer’ sekaligus menawarkan ciri praktikal dan serba boleh.

Model baharu ini juga bakal memberi saingan terhadap Kawasaki Versys 650 dan Suzuki V-Strom 650 XT di Malaysia.

Tiger Sport 660 ini menghasilkan 79hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm dengan Triumph dakwa 90 peratus tork dapat dirasai seawal 3,600rpm.

Ciri lain yang turut dibawa dari Trident adalah fungsi dua mod tunggangan, Rain dan Road, sistem Ride-by-Wire dengan transmisi 6-kelajuan serta ciri klac assist/slipper.

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan ABS dwi-saluran yang dipadankan dengan kaliper brek Nissin dua piston depan bersama cakera brek 310mm depan dan 255mm belakang.

Bagaimanapun, perlu diingatkan sistem ABS tersebut tidak boleh dipadamkan.

Antara ciri menarik lain turut ditawarkan adalah seperti berikut:

  • fork depan USD 41mm Showa
  • monoshock belakang Showa
  • tinggi tempat duduk 835mm
  • tangki 17.2L
  • lampu LED penuh
  • paparan TFT berwarna dengan fungsi My Triumph Connectivity

Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan sasaran baharu bagi tahun 2022, menjual lebih 80,000 unit kenderaan.

Sasaran itu ditetapkan berdasarkan ramalan ‘Total Industry Volume’ yang diletakkan sebanyak 60,000 unit.

Menurut Honda Malaysia, keyakinan mencapai angka tersebut juga dijangka bakal dipacu dua model baharu yang akan dilancarkan tahun ini.

Kami menjangkakan dua model baharu itu – meskipun tidak didedahkan lagi – merujuk pada BR-V dan HR-V serba baharu.

Dalam perkembangan sama, Honda Malaysia juga bercadang memperkembangka tawaran RS e:HEV di Malaysia pada model akan datang bagi menjaminkan penjimatan minyak yang lebih baik di samping rendah karbon.

Honda Malaysia juga merancang memperkenalkan teknologi terkini antarnaya VTEC Turbocharged, Honda SENSING dan Honda CONNECT pada model lain.

Setelah beberapa bulan menyepi, akhirnya Suzuki Malaysia mendedahkan bahawa model 150cc, GSX-R150 akan dilancarkan tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian terbaru di laman Facebok Suzuki Malaysia yang mendedahkan GSX-R150 bakal tiba dalam masa terdekat.

Menurut perkongsian itu, Suzuki juga membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar minat mereka terhadap model terbaru itu.

Suzuki GSX-R150 merupakan satu daripada tiga model 150cc yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan diikuti GSX-S150 dan Belang R150.

Apabila dilancarkan nanti, Suzuki GSX-R150 bakal bersaing dengan dua lagi jenama Jepun di Malaysia, menerusi Yamaha YZF-R15 dan Honda CBR150R.

Suzuki GSX-R150 dikuasakan enjin 147.3cc satu silinder DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 19hp pada 10,500rpm dan 14Nm @ 9,000rpm.

Tiada angin tiada ribut, Suzuki Malaysia memuat naik ‘teaser’ terbaru di media sosial dengan slogan “The Road Conqueror”.

Selain daripada slogan tersebut, Suzuki Malaysia seperti biasa enggan memberikan petunjuk lain, taktik yang biasa digunakan untuk membuatkan peminat dan kami terus berteka-teki.

Namun jika lihat diruangan komen, ada yang berkata slogan tersebut merujuk kepada model 150cc yang ditunggu-tunggu, Suzuki Belang R150.

Jika melihat kepada perkembangan sebelum ini, sememangnya Suzuki Malaysia dilaporkan bakal memperkenalkan tiga model 150cc baharu, babitkan GSX-S150, GSX-R150 dan Belang R150.

Malah, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia, Ahmad Faez Yahaya, turut memuat naik gambar rim tayar Suzuki Belang R150 sekaligus beri bayangan motosikal itu kini berada dalam peringkat pemasangan.

Meskipun, ‘teaser’ terbaru itu masih samar namun berkemungkinan besar merujuk kepada salah satu model 150cc yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube