Bikesrepublic

Berita Terkini

Italjet Dragster 200 dan Dragster 125 tiba di Malaysia menerusi pengedar rasmi Chear Global. 

*Italjet Dragster 200

Italjet Dragster ini ditawarkan dalam dua varian, 125cc dan 200cc dengan masing-masing dijual pada harga RM29,500 dan RM34,800

Meskipun begitu, kedua-dua varian menampilkan rekaan, spesifikasi dan dimensi yang sama dan hanya dibezakan dengan kapasiti enjin sahaja.

*Italjet Dragster 125

Untuk rekod,  varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala varian 200cc pula menawarkan enjin satu silinder 181cc dengan standard Euro5 yang berupaya menghasilkan 17hp pada 8,000rpm dan 15.5Nm pada 7,750rpm.

Lebih menarik, Italjet Dragster ini juga ditawarkan dengan komponen berprestasi tinggi antaranya brek Brembo dan suspensi depan dan belakang yang boleh diselaraskan.

Pada masa sama, apa yang turut menjadikan Dragster 200 dan Dragster 125 ini unik adalah penggunaan sistem ISS (Independent Steering System) yang menjaminkan kawalan lebih baik untuk tunggangan agresif.

Kehadiran tangki 9L juga memastikan Italjet Dragster 200 dan Dragster 125 sesuai digunakan sebagai skuter harian.

Honda Wave 125i 2023 telah pun mendarat di Thailand dan sekaligus menjadi pasaran Asia Tenggara pertama yang menerima model baharu itu.

Terdapat dua varian ditawarkan di Thailand dan dibezakan dengan rim aloi dan rim ‘spoke’ dan ditawarkan pada harga bermula dari THB54,300 (RM6.7k). 

Meskipun rupa Honda 125i tampak sama seperti model terdahulu namun generasi terbaru Honda Wave itu telah menerima beberapa peningkatan bagi 2023.

Pertamanya, Honda Wave 125i dibangunkan dengan kerangka baharu di samping dilengkapi reka bentuk berlainan yang lebih moden.

Menariknya, Wave 125i juga dijana enjin 123.94cc SOHC dengan PGM-Fi baharu. Enjin tersebut digerakkan dengna transmisi 4-kelajuan. 

Antara ciri dinaik taraf lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter analog dan digital LCD
  • lampu belakang LED dengan bentuk X
  • lampu depan LED
  • suspensi baharu
  • ruang letak barang muat sebuah helmet
  • tangki 5.4L

Kos ujian pengambilan lesen motosikal B2 (bawah 250cc) akan ditanggung kerajaan antara intipati pembentangan Bajet 2023, hari ini.

Bagaimanapun, meneliti kenyataan terbabit, ini bermakna kerajaan hanya akan menanggung kos ujian lesen B2 sahaja sementara kos lain seperti pendaftaran dan lain-lain masih perlu diselesaikan sendiri oleh pemohon.

Pengumuman tersebut dibuat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz ketika sesi pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, hari ini. 

Dalam perkembangan sama, kerajaan juga akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing menerusi program My PSV.

Inisiatif tersebut adalah bagi menggalakkan golongan B40 menyertai sektor perkhidmatan pengangkutan. 

Gara-gara seronok berlumba sesama sendiri, seramai 240 remaja telah ditahan pihak berkuasa dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

Operasi yang berjalan pada 3.30 pagi itu berkesudahan dengan 240 remaja lelaki dan perempuan membabitkan 189 motosikal dan 36 kereta telah ditahan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir yang menjalankan operasi dibantu 30 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Sebelum penahanan dibuat, Ahmad Shukri mendedahkan pihaknya telah membuat pemantaun dua jam lebih awal bagi mengesan aktiviti kumpulan remaja tersebut.

Jelas Ahmad Shukri, dua persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan telah dijadikan garisan perlumbaan dan disaksikan ramai remaja lain di bahu jalan.

Meskipun ada cuba melarikan diri selepas terkejut dengan kehadiran polis namun percubaan sekumpulan remaja terbabit gagal ekoran setiap laluan keluar telah pun dikepung. – KOSMO 

Pelumba Suzuki, Joan Mir, akan kembali beraksi di litar MotoGP selepas disahkan sudah kembali cergas sepenuhnya. 

Juara dunia musim 2020 itu telah pun terlepas empat pusingan setakat ini ekoran mengalami kecederaan kaki. 

Bagaimanapun, Suzuki mengesahkan pelumba itu akan turun beraksi bersama jentera GSX-RR di Australia. 

Sementara itu, Mir teruja dengan tahap kecergasannya ketika ini dan tidak sabar untuk turun membuat penampilan semula pada 14 Oktober ini.

“Segalanya nampak baik dan saya gembira selepas diberitahu doktor akan perkabaran ini selepas melakukan pemeriksaan.

“Kecederaan saya alami sudah pulih dengan baik dan proses pemulihan telah berjalan dengan lancar.

“Saya masih belum mencapai keadaan 100 peratus tetapi situasi ketika ini jauh lebih baik daripada beberapa minggu sebelum ini.

“Saya mahu menghabiskan baki tiga pusingan terakhir ini bersama pasukan saya jadi saya berharap dapat kembali berlumba dengan baik,” jelas Mir. 

Ini merupakan musim terakhir pelumba Sepanyol itu bersama Suzuki sebelum berhijrah ke Repsol Honda bagi musim 2023.

Suzuki juga akan meninggalkan kejuaraan dunia MotoGP sebaik musim 2022 melabuhkan tirai di Valencia, November nanti. 

Tidak dinafikan, Indonesia merupakan antara pasaran motosikal terbesar di dunia dengan lebih 130 juta pemilik motosikal berdaftar direkodkan setakat ini.

Ekoran lambakan pengguna dua roda di negara itu, kerajaan Indonesia mahu memulakan projek emisi sifar bermula dengan pasaran motosikal.

Untuk itu, kerajaan Indonesia mensasarkan untuk merendahkan jejak karbon (carbon footprint) sebanyak 29 peratus menjelang 2030 agar misi emisi sifar boleh dicapai menjelang 2060. 

Bagaimanapun, sebelum objektif tersebut tercapai, Indonesia mahu menempatkan dua juta motosikal elektrik di jalan raya negara itu menjelang 2025. 

Menurut Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi, inisiatif tersebut diutarakan kerajaan sewaktu Federal Group Discussion yang berlangsung di Jakar, 4 Oktober lalu.

“Ketika ini terdapat 133 juta pengguna motosikal di Indonesia dengan 5 juta permintaan setiap tahun. 

“Ini bermakna permintaan cukup tinggi dan boleh menjadi pemangkin kepada mencapai peralihan ini,” jelasnya. 

Sementara itu, usaha mempromosikan motosikal elektrik di Indonesia lebih mudah berbanding kereta elektrik ekoran terdapat 35 syarikat motosikal elektrik berbanding hanya tiga syarikat kereta elektrik di negara itu. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube