Bikesrepublic

Berita Terkini

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengemaskini Yamaha YZF-R25 dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023.

Tahun 2023 menyaksikan motosikal ‘sportsbike’ bersesaran 250cc itu datang dengan warna Midnight Star dan Racing Blue. 

Seperti kebiasaan, setiap pembelian Yamaha R25 2023 dengan harga jualan rasmi RM22,998 ini akan turut disertakan dengan ‘safety disc lock’ Yamaha bernilai RM100. 

Meskipun begitu, tiada perubahan di ruangan enjin dan spesifikasi lain yang kekal digerakn platform 249cc parallel-twin dengan DOHC yang berupaya menghasilkan 35hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm. 

Ciri keselamatan lain seperti ABS turut dikekalkan bagi tahun 2023 termasuk lampu isyarat LED.

CFMoto Malaysia dengan rasminya memperkenalkan CFMoot 700CL-X ADV untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM35,888. 

CFMoto 700CL-X ADV itu sertai varian Sport dan Heritage yang telah pun diperkenalkan sebelum ini.

Berbanding Heritage yang menampilkan rekaan neo-retro sementara Sport pula lebih bercirikan kontemporari, 700CL- X ADV tampak lebih lasak dan agresif dengan elemen scrambler.

Model 700CL-X ADV itu diperkenalkan tiga tahun selepas syarikat motosikal China itu mendedahan model konsep ketika di EICMA 2019.

Perbandingan ketara antara ADV dan dua varian sedia ada adalah ciri Scrambler yang lebih ketara, ini termasuk penggunaan tayar depan 19-inci dengan rim jenis lidi (wire-spoke), serta kedudukan ‘beak’ (paruh) depan yang lebih tinggi.

Di samping itu, CFMoto turut memasang panel khas bagi memudahkan pemasangan ‘panniers’. Bukan itu sahaja, CFMoto 700CL-X ADV ini juga menawarkan mod menunggang ‘off-road’.

Namun, model baharu ini masih lagi dikuasakan enjin 693cc dua silinder yang sama seperti varian Heritage dan Sport, yang mampu menghasilkan 70hp pada 8,500rpm dan 60.9Nm pada 6,500rpm.

Baru-baru ini, kami turut sertai ‘Global Media Launch CFMoto 700CL-X ADV’ di Istanbul, Turkey dan berpeluang merasai sendiri kemampuan motosikal tersebut. 

Dalam usaha mengukuhkan jenama di pentas dunia, Ducati menawarkan program ‘Ducati Borgo Panigale Experience’. 

Program tersebut membolehkan peminat jenama motosikal Itali itu menikmati pengalaman terbaik termasuk sejarah 90 tahun Ducati di Muzium Ducati.

Dalam pada itu, Ducati turut menjalinkan kerjasama dengan Lamborghini yang membenarkan pengunjung melihat sendiri proses kejayaan automotif di Motor Valley. 

Sementara itu, bagi memudahkan pengunjung meninjau kedua-dua lokasi ini, Ducati turut menyediakn perkhidmatan bas secara percuma. 

Namun, perlu diingatkan bahawa program tersebut hanya ditawarkan pada hari Sabtu dan Ahad dan terhad kepada 15 orang sahaja. 

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Ducati. 

Jenama motosikal premium Itali, Ducati melakar rekod baharu dalam sejarah syarikat itu apabila pertama kalinya merekodkan pendapatan lebih EUR1 bilion pada 2022, sekaligus menandakan peningkatan 24 peratus berbanding EUR878 juta pada tahun sebelumnya. 

Tidak cukup dengan itu, Ducati juga merekodkan keuntungan operasi yang tinggi dengan EUR109 juta, berbanding EUR61 juta pada 2021 sekaligus menyaksikan kenaikan sekitar 77 peratus.

Sementara itu, kejayaan tersebut dicapai setelah terdapat peningkatan mendadak terhadap jenama motosikal itu kebelakangan ini. Tahun lalu, sebanyak 61,562 unit motosikal dijual serata dunia, naik 3.6 peratus berbanding 2021.

“Buat pertama kali dalam sejarah, kami melepasi 60,000 motosikal dan pendapatan kami melepasi satu bilion euro.

“Ini menjadikan 2022 sebagai tahun terbaik buat Ducati dalam beberapa aspek, bermula daripada prestasi jualan dan kewangan yang hebat sehinggalah kejayaan dalam MotoGP dan WorldSBK,” ujar CEO Ducati, Claudio Domenicali. 

Dalam pada itu, Ducati dijangka meneruskan momentum semasa menerusi beberapa model baharu yang ketika ini mencapai permintaan tinggi antaranya Ducati Multistrada V4 dan DesertX.

Setakat penghujung tahun lalu, Ducati mempunyai 821 rangkaian pengedar seluruh dunia. 

Pengedar rasmi jenama CFMoto di Malaysia, MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan CFMoto 450SR untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM28,888. 

Menariknya, harga tersebut adalah lebih rendah berbanding harga pengenalan yang diumumkan pengedar terdahulu tahun lalu. 

Untuk rekod, CFMOTO 450SR dibangunkan daripada model prototaip SR-C21 yang didedahkan sebelum ini.

CFMoto 450SR merupakan jentera sportsbike bernadikan enjin parallel-twin 449cc dengan ‘270-degree crank’ yang berkeupayaan menghasilkan 50hp dan 39Nm. Angka kuasa itu sekaligus meletakkan CFMoto 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Selain daripada enjin berkuasa, CFMoto 450SR juga datang dengan rekaan yang sporty dan agresif termasuk menawarkan ciri ‘winglet’ yang terdapat pada model prototaip SR-C21 sebelum ini.

CFMOTO juga mendakwa 450SR ini mampu merekodkan kelajuan maksima 190km/j dan menawarkan perbatuan efisien dengan adanya tangki 14L.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • skrin TFT
  • lampu LED penuh dengan DRL
  • ABS Bosch
  • slipper clutch FSS
  • soket pengecas
  • brek Brembo M40 (depan)

Menurut CFMOTO Malaysia, 450SR ini akan hadir dengan dua pilihan warna. 

Aveta turut menyertai segmen skuter ‘adventure’ dengan pelancaran Aveta VADV150. 

Aspek paling mencuri tumpuan adalah di bahagian enjin di mana VADV150 ini dikuasakan sistem ‘Hybid Assist’ yang merangkumi ‘Smart Motor Generator’ yang menyumbang kepada kadar pecutan yang lebih efisien.

Dipadankan bersama motor tersebut adalah enjin bersesaran 150cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menjana 16.2hp dan 14.6Nm. 

Tidak cukup dengan itu, VADV150 ini juga lengkap dengan kamera DVR yang merakam bahagian depand dan belakang sekaligus meningkatkan lagi aspek keselamatan penunggang. 

Pada masa sama, Aveta VADV150 ini juga datang dengan tangki 9.3L sekaligus menjadikannya sebagai skuter yang praktikal untuk kegunaan harian atau tunggangan jauh di hujung minggu. 

Kelengkapan lain ditawarkan termasuk rim 14-inci depan dan 13-inci belakang yang di padankan bersama cakera dan kaliper brek axial di bahagian depan. ABS juga didatangkan secara standard. 

Tawaran teknologi moden tidak berakhir disitu apabila VADV150 ini juga lengkap dengan sistem ‘Adaptive Front Light System’ (AFS). Sistem tersebut menyelaraskan pencahayaan mengikutk kelajuan dan sudut menunggang. Melengkapi ciri yang ada termasuk panel meter TFT 7”.

Menurut Aveta, VADV150 ini datang dengan tiga pilihan warna, Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby dengan kesemuanya dijual pada harga RM13,980

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube