Bikesrepublic

Berita Terkini

Ketika KTM memperkenalkan KTM 1290 Super Duke RR pada tahun 2021, kesemua 500 unit model edisi terhad itu habis terjual dalam masa kurang satu jam. 

Oleh sebab itu, kami tidak terkejut KTM membuat keputusan untuk memperkenalkan versi 2023 bagi memenuhi kehendak peminat yang terlepas peluang mendapatkan jentera itu dua tahun lalu. 

Seperti 1290 Duke RR 2021, versi 2023 ini juga mencapai nisbah kuasa kepada berat 1:1 dengan berat dikurangkan sebanyak 11kg daripada model standard. Apabila dipadankan dengan 180hp dan 140Nm, maka terhasillah sebuah jentera yang bukan hanya berkuasa malah agresif. 

Seperti generasi terdahulu, KTM 1290 Super Duke RR 2023 ini juga datang dengan ‘subframe’ gentian karbon di samping terdapat banyak lagi komponen ringan yang diguna pakai pada bahagian lain termasuk ‘mudguard’, penutup tangki dan pelindung enjin. 

Pakej suspensi pula terdiri daripa fork depan WP APEX PRO 7548 dan penyerap hentakan belakang WP APEX PRO 7746. Kedua-duanya boleh diselaraskan. 

Sebagai sebuah jentera yang memfokuskan prestasi di litar lumba, 1290 Super Duke RR ini juga dilengkapi dengan mod khas litar temrasuk Track dan Performance. Bagi yang mahukan lebih kuasa, boleh memilih untuk memasang sistem ekzos Akrapovic Evo yang akan meningkatkan lagi kuasa kuda jentera terbabit. 

Sementara itu, ciri yang membezakan model 2021 dan 2023 adalah dari aspek pengayaan dengan model terbaru itu datang dengan pilihan warna serba hitam yang dipadankan bersama kemasan berwarna oren di bahagian kerangka. 

Acara ‘Kustom dan Counter Culture’ terbesar di Malaysia, Art Of Speed kembali lagi bagi edisi 2023. Seperti kebiasaan, edisi kali ini akan turut bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Menariknya, edisi kali ini dijangka terbessar yang pernah diadakan dengan acara kali ini akan melibatkan kesemua dewan utama di MAEPS bagi menempatkan lebih banyak acara dan vendor.

Menurut pihak penganjur, Art Of Speed 2023 kali ini akan berlangsung dari 29 Julai hingga 30 Julai 2023 dari jam 10 pagi hingga 7 petang. 

Antara jemputan yang akan hadir merancakkan acara kali ini termasuk:

  • Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” from MOONEYES; Japan 
  • Cycle Zombies; USA
  • V-Twin Visionary; USA
  • Wild Road Choppers; Japan
  • Cosmic Chopper City; Japan
  • Geoff from Return of Cafe Racer; USA
  • Dino Dalle Carbonare from Speedhunters.com; Japan
  • Side Yakotani; Japan
  • Hopping Shower; Japan
  • Boopin; Japan
  • Ken Flat Top; Japan
  • Jetwrench_artstudio; Japan
  • Vondutch; Indonesia
  • Ya Seat; Thailand

Sementara itu, beberapa acara baru turut diperkenalkan bagi merancakkan lagi edisi kali ini termasuk; Outdoor ThunderCircus “Brother Rally”, Official Hot Wheels Collector Convention (pertama di Asia Tenggara), Hot Wheels Rare and Collectibles Exhibition, Hot Wheels Skate School serta Hot Wheels Swap Buy And Sell.

Tidak lupa juga bagi meraikan ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel dan PROTON telah berkerjasama bagi menghasilkan Hot Wheels Proton Saga. 

Seperti biasa turut memeriahkan acara adalah barisan kereta dari NoEqual, gaya hidup Off The Grid, jualan barangan vintage, dan streetwear, acara Kustom & Koffee Talk yang dihoskan oleh Qhalis Najmi (NoEqual) dan panelis luar negara. 

Antara acara lain yang tersenarai termasuk:

  • Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival supported by Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, which includes a fashion display of Cholo and Chicano style, Dance and DJ show, and more
  • Streetware Con – streetwear fashion vendors galore at Hall D
  • Pinup Pageant presented by Cherrybomb Pinup Parlour
  • Food Park food vendors and trucks now with sheltered access at the Food and Beverage basement/underground level DG 
  • Automotive Flea Market
  • Product launching on stage
  • Test Ride Zone for bike (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson and more)

Turut kembali bagi edisi kali ini adalah acara popular SoundCircus Festival, namun senarai lengkap acara itu akan diumumkan kemudian. 

Sementara itu, pemegang tiket bertuah akan membawa pulang sebuah Toyota Celica 1979 yang telah diubahsuai sepenuhnya. 

Berikut senarai harga tiket:

  • RM35 – Dewasa
  • RM60 – Speedlane (Sabtu/Ahad) *dibuka satu jam awal sebelum pintu utama dibuka
  • PERCUMA – kanak-kanak bawah 12 tahun

Fabio Quartararo berjaya melakar perubahan pada hari terakhir ujian pra-musim di Portimao, Portugal namun berasakan pakej aerodinamik yang diujinya tidak membawa perubahan besar. 

Meskipun jentera YZR-M1 hadir dengan ‘rear wing’ yang agak esktrem namun Quartararo berpendapat dia tidak merasakan sebarang perbezaan langsung.

“Tak rasa pun. Maksud saya, ia bukanlah baik atau buruk tetapi saya rasa kami tidak akan menggunakannya,” jelas Quartararo. 

Pada masa sama, pelumba Perancis itu juga tidak menafikan dakwaan bahawa pakej ‘rear wing’ itu sebagai buruk.

“Mekanik saya juga berharap bahawa alat itu tidak akan berfungsi!”, tambahnya.

Tanpa kehadiran ‘rear wing’ tersebut, juara dunia musim 2021 itu berjaya merekodkan catatan masa ketiga terpantas termasuk mempamerkan aksi cemeralng ketika simulasi perlumbaan Sprint.

Untuk pengetahuan, bahagian belakang tempat duduk tidak termaktub dalam peraturan Aero Body maka tiada kekangan terhadap reka bentuk mahupun sekatan penggunaan di MotoGP. Pada masa sama, pasukan boleh menguji bentuk berbeza ketika musim sedang berlangsung.

Ketika Moto Guzzi V100 Mandello membuat penampilan sulung tahun lalu, motosikal segmen ‘sport cruiser’ itu menerima pujian melambung. 

Ini kerana motosikal tersebut bukan setakat sebuah model baharu malah membawa nama Moto Guzzi dalam melangkah ke abad ke-21. Ini kerana V100 Mandello itu merupakan motosikal pertama yang dihasilkan Moto Guzzi yang dilengkapi ciri moden dan berteknologi tinggi termasuk sistem suspensi semi-aktif, IMU 6-axis, cornering ABS dan ‘quickshifter’.

Bukan itu sahaja, Moto Guzzi V100 Mandello juga mempunyai panel badan dibahagian kanan dan kiri tangki yang akan terbuka dengan sendirinya bagi menghasilkan ‘downforce’ yang lebih efisien. Menurut Moto Guzzi, teknologi itu dinamakan sebagai ‘adaptive aerodynamics’.

Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa motosikal premium dan berteknologi tinggi akhirnya akan dipasarkan di Malaysia tahun ini. Meskipun tarikh terperinci tidak diberitahu namun jangkaan model itu akan tiba antara Suku Kedua dan Suku Ketiga. 

Untuk rekod, Didi Group merupakan pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia  selain daripada Aprilia, Vespa, Harley-Davidson, Royal Enfield dan terbaru, Triumph Motorcycles. 

Dalam pada itu, Moto Guzzi V100 Mandello dikuasakan enjin jenis ‘transverse’ V-Twin 1,042cc yang berupaya menghasilkan 115hp dan 105Nm pada 3,500rpm. Meskipun bersesaran lebih besar berbanding platform yang diguna pakai pada V85 TT, namun enjin V100 Mandello itu 103mm lebih pendek.

Persoalannya, sekiranya dipasarkan di Malaysia nanti, berapakah jangkaan harga yang akan ditawarkan? Di Amerika Syarikat, Moto Guzzi V100 Mandello datang dengan dua varian, Standard dan ‘S’ dengan kedua-duanya dijual pada harga USD15,490 (RM69k) dan USD17,490 (RM79k).

Pengeluar kereta elektrik dari China, BYD bakal memperkembangkan perniagaan mereka dengan menceburi pembangunan jentera dua roda. 

Memetik laporan The Economic Observer, BYD telah pun mengesahkan akan mula membangunkan motosikal hasil kerjasama dengan syarikat luar. 

Difahamkan, BYD telah pun memeterai kerjasama dengan jenama motosikal Sepanyol, Nerva untuk menghasilkan motosikal elektrik. Motosikal tersebut akan dikuasakan bateri ‘iron phosphate’ milik BYD dan akan menghasilkan 16.2hp dan mampu merekodkan kelajuan 125km/j.

Pengesahan itu secara tidak langsung menjadikan BYD pengeluar kereta kedua dari China yang akan mula menghasilkan motosikal selepas Great Wall Motor (GWM)

Sebelum ini, GWM telah pun memaklumkan bahawa akan membelanjakan CNY556 juta (RM354 juta) bagi pasaran motosikal dan menjangkakan pengeluaran sekitar 10,000 unit setahun. 

Boon Siew Honda telah pun memperkenalkan Honda Vario 125 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM7,080. 

Pelancaran itu sudah pun dijangka berdasarkan ‘teaser’ yang dikongsikan BSH sebelum ini. Untuk pasaran tempatan, tiga warna ditawarkan termasuk Kuning, Biru dan Merah. 

Menariknya, Honda Vario 125 ini tampil dengan rekaan sama seperti Vario 150 namun bernadikan enjin yang lebih kecil dan kompak. Hasilnya, skuter terbaru itu dikuasakan enjin satu silinder SOHC dengan suntikan bahan api dan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 11.5hp dan 11.74Nm. 

Meskipun tampil dengan enjin cilik, varian 125cc ini masih lagi mengekalkan ciir moden termasuk lampu LED depan dan belakang, sistem smart-key, pengecas USB serta sistem ‘anti-theft’. 

Bahagian roda pula dilengkapi rim 14-inci depan dan belakang dengan tayar 90/80 depan dan 100/80 belakang. Sama seperti Vario 150 sebelum ini, versi 125cc ini juga hanya dilengkapi brek CBS yang dipadankan bersama brek dram belakang dan cakera tunggal di depan. 

Kemunculan Vario 125 ini secara tidak langsung melengkapkan tiga model Vario yang ditawarkan di Malaysia menerusi Vario 150 dan terbaru Vario 160. Namun, pengeluaran Vario 150 telah pun dihentikan dan digantikan dengan Vario 160. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube