Bikesrepublic

Berita Terkini

MotoGP akan bertandang ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini sempena GP Malaysia yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober ini. 

Tumpuan pastinya terarah kepada perebutan kejuaraan dunia di antara pelumb Ducati Francesco Bagnaia dan wakil Yamaha, Fabio Quartararo. 

Ini kerana ketika di GP Australia tempoh hari, Bagnaia berjaya memintas Quartararo selaku pendahulu kejuaraan dunia MotoGP yang baharu selepas merekodkan tempat ketiga manakala Quartararo gagal menamatkan perlumbaan ekoran kemalangan.

Keputusan perlumbaan di litar Phillip Island itu menyaksikan Bagnaia kini mendahului dengan 233 mata, 14 mata di hadapan Quartararo. Sementara Aleix Espargaro masih lagi enggan mengaku kalah dengan 27 mata dibelakang Bagnaia.

Quartararo pastinya mahu merampas kembali status pendahulu bagi mencerahkan peluang untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu.

Lain pula kisahnya bagi Bagnaia, yang mahu mengubati kekecewaan musim lalu dengan menghadiahkan kejuaraan bagi kem Ducati selepas kali terakhir dilakukan Casey Stoner pada 2007.

Bagaimanapun, berdasarkan statistik semasa, Bagnaia mempunyai peluang yang lebih cerah.

Untuk rekod, dalam lapan perlumbaan sebelum ini -termasuk di Australia – Bagnaia merekodkan empat kemenangan berturut-turut (Assen, Silverstone, Red Bull Ring dan Misano) dan berjaya menaiki podium di Aragon (kedua), Thailand serta Australia (ketiga).

Namun dia tidak bernasib baik di Motegi, Jepun apabila kemalangan di lap terakhir sekaligus gagal mengutip sebarang mata. 

Sementara itu, Quartararo pula tidak konsisten dan hanya menaiki podium sekali sahaja dalam baki lapan pusingan terakhir, mendapat tempat kedua di Austria di belakang Bagnaia.

Ketika di Phillip Island, Quartararo terus malang apabila dua kesilapan menyebabkannya kemalangan lalu menyaksikan status pendahulunya dirampas Bagnaia.

Namun begitu, Quartararo dalam kenyataan terbaru mendakwa dia akan membawa pertarungan ke Malaysia.

“Saya akan ke Malaysia dengan motivasi tinggi.

“Sepang adalah litar yang bagus dan saya sukakannya jadi kita lihat apa yang kami boleh lakukan,” jelasnya.

Pada masa sama, Quartararo menyifatkan cuaca panas di Malaysia juga akan memberi kelebihan pada keadaan tayar.

“Lebih mudah untuk tayar berada dalam keadaan panas tetapi itu tidak bermakna perlumbaan lebih mudah,” tambahnya.

Kali terakhir MotoGP berlangsung di SIC adalah pada musim 2019 dan ketika itu, Maverick Vinales yang masih bersama Yamaha muncul juara diikuti Marc Marquez dan Andrea Dovizioso. 

Quartararo pula merekodkan tempat ketujuh (bersama Petronas SRT) manakala Bagnaia (Pramac)di tempat ke-12.

Apa yang pasti, Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi medan pertarungan antara Ducati dan Yamaha dalam merebut kejuaraan dunia 2022. 

Persoalannya, siapa yang menjadi pilihan untuk kejuaraan kali ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah. 

Pasaran Filipina menjadi pasaran Asia Tenggara ketiga selepas Indonesia dan Thailand yang menerima Honda ADV160 2022. 

Skuter adventure bernadikan enjin baharu itu tampil dengan tiga warna baharu; MAtte Solar Red Metallic, Matte Pearl Crater White dan Matte Gunpowder Black Metallic.

Bagi tahun 2022, generasi baharu ADV160 ini – yang menggantikan ADV150 – digerakan enjin 157cc 4-valve SOHC dengan penyejukan cecair menawarkan 15.82hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm. 

Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi automatik V-Matic. 

Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada ADV160 adalah port UBS, penghadan angin baharu, panel meter digital LED baharu dan ruang letak barang 30L.

Menariknya, Honda juga menawarkan fungsi Honda Selectable Torque Control (HSTC/traction control) pada ADV160 ini.

Ciri lain ditawarkan termasuk:

  • ABS
  • keyless (Honda Smart Key)
  • lampu belakang LED dengan Emergency Stop Signal
  • tangki 8.2L

Sementara itu, ADV160 ini dipasarkan di Filipina pada harga PHP164,900 (RM13.2k).

Susulan pelancaran Honda ADV160 di tiga pasaran Asean ketika ini, kami menjangkakan bahawa skuter tersebut akan turut dipasarkan di Malaysia ekoran permintaan terhadap ADV150 cukup tinggi sebelum ini.

Untuk rekod, Boon Siew Honda akan memperkenalkan sebuah skuter kompak baharu untuk pasaran tempatan pada November ini. Namun, model tersebut bukanlah ADV160. 

Kawasaki Malaysia dibawah kendalian Edaran Modenas (EMOS) akan memeriahkan minggu MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang dengan mempamerkan Kawasaki Ninja ZX-25R.

Ini sekaligus mengesahkan lagi kenyataan pihak EMOS sebelum ini yang memaklumkan jentera 250cc 4-silinder itu akan dipasarkan di Malaysia awal tahun depan.

Menurut sumber, model itu telah pun berada di Gurun ketika ini dan akan dipamerkan di SIC sekaligus memberi peluang pada orang ramai yang hadir untuk melihat dengan lebih dekat.

Menariknya, selain ZX-25R terdapat beberapa lagi motosikal Kawasaki yang akan dipamerkan.

Untuk rekod, Kawasaki ZX-25R dikuasakan enjin 249.8cc 4-inline DOHC yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm (51hp dengan Ram Air) dan 22.9Nm pada 14,500rpm dengan nisbah mampatan (compression ratio) 11.5:1.

Pengeluar motosikal gergasi Jepun, Honda telah pun memfailkan lakaran paten baharu yang menunjukkan sebuah kamera dipasang pada panel depan Honda CRF1100L Africa Twin.

Kamera tersebut akan bertindak seperti kamera terdapat pada telefon pintar iaitu menggunakan sensor berbanding lensa untuk tujuan fokus dan zoom seperti dilaporkan Motorrad.

Honda juga dilaporkan telah mempatenkan tapak khas bagi menempatkan kamera tersebut yang berfungsi melindungi kamera daripada debu dan batu kecil di jalan raya.

Menariknya, paten tersebut menunjukkan kamera itu bukan di letakkan secara tetap sebaliknya secara tergantung agar dilindungi daripada gegaran yang boleh menjejaskan sistem kamera terbabit.

Meskipun lakaran ini hanya menunjukkan aplikasi pada Africa Twin namun kami yakin sistem tersebut akan turut diperkenalkan pada model ‘touring’ lain seperti NT1100, dan XADV 750. 

Pada masa sama, paten ini bukanlah 100 peratus mengesahkan sistem tersebut akan diperkenalkan pada Africa Twin namun menyaksikan pengeluar lain telah pun memperkenalkan teknologi radar seperti Ducati Multistrada V4, KTM 1290 Super Adventure S dan BMW R 1250 RT dan akan datang Yamaha Tracer 9 GT, tidak hairan juga Honda juga mengorak langkah sama.

Setelah sekian lama akhirnya pengeluar helmet motosikal dari Korea Selatan, HJC (Hong Jin Crown) meperkenalkan helmet gaya retro menerusi model V10.

HJC V10 merupakan jawapan HJC bagi memberi saingan pada Arai Neo Rapide, Biltweel Lanesplitter, Shoei Glamster dan Bell Bullit. 

Tahun 2022 ternyata tempoh sibuk buat HJC apabila telah pun memperkenalkan beberapa helmet baharu dan yang telah dinaik taraf antaranya barisan model RPHA. 

HJC sebelum ini telah pun memperkenalkan RPHA 1, RPHA 11, RPHA 71, RPHA 91 dan terbaru RPHA 31 yang merupakan helmet jenis ‘open-face’ yang premium.

Bagaimanapun, helmet V10 ini lebih mencuri tumpuan kerana menampilkan reka bentuk yang retro dan vintaj.

Ini merupakan kali pertama HJC menghasilkan helmet seumpama itu dengan model V90 (modular) menjadi model retro yang diperkenalkan terlebih dahulu. 

Apa yang pasti, helmet V10 ini menandakan arah baharu bagi HJC.

Seperti yang boleh dilihat, HJC V10 menampilkan penggunaan bahan premium seperti cenkerang jenis gentian kaca (fiberglass).

Untuk rekod, HJC V10 ini juga mencapai standard keselamatan ECE22.06 yang baharu.

Tinjauan di laman web HJC mendapati terdapat tujuh warna ditawarkan bagi helmet V10 dan dijual pada harga bermula EUR329.90 (RM1.5k). 

Susulan daripada tragedi kemalangan maut yang menimpa pelumba drag dalam satu acara tempatan yang diadakan baru-baru ini, Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengetatkan pemeriksaan terhadap kenderaan yang terlibat sukan permtooran dalam negara.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan insiden yang menimpa mangsa, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40 di Litar Perlumbaan Terengganu, tidak lagi berlaku.

Sekarang sudah ada kelulusan standard terhadap sukan drif dan drag termasuk spesifikasi kenderaan. Sebelum ini kita tidak pernah dengar kes kenderaan drif terbabit kemalangan sebegini.

Bagi kes berlaku di Terengganu itu kita akan semak dengan PDRM yang menyiasat dari segi pemanduan pemandu dan keadaan jalan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim memberitahu Harian Metro. 

Muhamad Hafez atau lebih dikenali dengan Apeh Jamal, disahkan meninggal dunia selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo 7 hilang kawalan lalu melanggar pokok.

Pada waktu itu, mangsa sedang terlibat dengan acara ujian masa individu. 

Jenazah mangsa telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya. – Harian Metro

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube