Bikesrepublic

Berita Terkini

Ducati telah pun memperkenalkan tiga model baharu setakat ini menerusi Ducati World Premiere 2023 (DWP 2023) yang disiarkan secara atas talian.

Pengeluar motosikal Itali itu telah pun melancarkan Streetfighter V4 Lamborghini, Monster SP dan terbaru Multistrada V4 Rally.

Setakat ini ketiga-tiga model terbabit bukanlah satu kejutan kerana kesemuanya adalah model sedia ada yang telah dipertingkat.

Bukan itu sahaja, dengan DWP 2023 masih berbaki empat episod lagi, kami menjangkakan tiga daripadanya libatkan Ducati Diavel V4, Scrambler baharu dan Panigale V4 R. 

Ini secara tidak langsung membuatkan kami berasa kurang teruja dengan episod akan datang DWP 2023. 

Namun, episod akhir, yang dijadualkan akan berlangsung di pameran motosikal EICMA dijangka membabitkan sebuah model serba baharu yang tidak pernah dihasilkan Ducati setakat ini.

Ini berdasarkan dokumen pendaftaran kenderaan yang telah difailkan Ducati di US National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat.

Dokumen tersebut – yang didedahkan Motorcycle.com –  memaparkan maklumat mengenai sebuah enjin satu silinder baharu. 

Dokumen difailkan pada 22 September itu turut menyenaraikan enjin bagi model 2023 yang melibatkan Panigale V4 R (1000cc), Scrambler (803cc), Multistrada V4 Enduro dan Diavel V4 (1158cc). 

Namun, maklumat enjin yang paling mencuri tumpuan adalah mengenai enjin satu silinder 659cc 4-valve dengan penyejukan cecair. 

Persoalannya, motosikal jenis apakah yang akan mengguna pakai enjin terbabit?

Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Ducati menghasilkan enjin satu silinder kerana pernah melakukanya pada era 60 dan 70an menerusi model Scrambler.

Kemudian pada era 90an, Ducati menghasilkan jentera edisi terhad Supermono bagi tujuan perlumbaan ‘Sound of Singles’.

Namun, tidak relevan untuk Ducati menggunakan platform baharu itu pada motosikal Scrambler kerana varian model itu ketika ini dihidupkan enjin 803cc dengan penyejukan udara. 

Jadi kemungkinan besar, enjin satu silinder 659cc itu akan digunakan pada model serba baharu.

Sama-sama kita nantikan perkembangan menarik dari Ducati.

Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah didapati bersalah membunuh jirannya dengan kejam di pekan Thorpe St Andrew, Norfolk, England.

Jamie Crosbie, 48 tahun telah dikenakan hukuman penjara selama 28 tahun atas tindakannya membunuh jirannya sendiri dalam satu kejadian pada April tahun lalu.

Crosbie telah menikam Dean Allsop, 41, beberapa kali gara-gara tidak berpuas hati dengan bunyi bising yang dihasilkan motosikal milik anak mangsa, sekitar April tahun lalu.

*Jamie Crosbie dipenjara minimum 28 tahun.

Crosbie telah menghampiri mangsa sambil memegang sebilah pisau dan gergaji lalu menyebabkan Allsop menghubungi pihak polis.

Namun, ketika Allsop sedang bercakap di telefon, Crosbie serta-merta menikam mangsa beberapa kali sehingga maut. 

Crosbie kemudiannya cuba menyerang anak mangsa namun remaja tersebut sempat menyelamatkan diri.

Suspek kemudiannya berpatah balik ke Allsop dan menikamnya sekali lagi kali ini dibahagian belakang. Dia kemudiannya menikam pasangannya sendiri di bahagian dada dan salah seorang jiran yang cuba membantu. 

Allsop disahkan meninggal dunia di tapak kejadian.

Sementara itu, sewaktu ditahan pihak polis, Crosbie berkata,” Saya sangat gembira, kadang kala bunuh orang lain bukannya perkara jahat,” ujarnya. – MCN

 

Sempena berlangsungnya MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 Oktober ini, Ducati Malaysia mengadakan sesi “Meet and Greet” bersama pelumba Ducati Lenovo Team.

Berlangsung di pusat pameran Ducati Malaysia di Petaling Jaya, sesi tersebut membolehkan pemilik motosikal Ducati di Malaysia (Ducatisti) menemui Francesco Bagnaia dan Jack Miller dengan lebih dekat. 

Lebih istimewa, Ducatisti berpeluang menyertai konvoi bersama-sama Bagnaia dan Miller ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Peluang ini hanya terbuka khas untuk pemilik jentera Ducati di Malaysia sahaja.

Bagi yang berminat sila imbas kod QR dibawah untuk mendaftar.

Selepas aksi GP Thailand di Litar Buriram pada Ahad, Bagnaia kini hanya dua mata dibelakang pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo.

Saingan MotoGP akan kembali bersambung pada 15 hingga 17 Oktober ini di Litar Phillip Island, Australia. 

Baru-baru ini viral perkongsian video yang memaparkan sebuah motosikal berkuasa tinggi  telah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.

Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan motosikal jenis Honda CBR1000RR sedang bergerak dengan beberapa jentera lain di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur.

Meskipun tidak pasti apakah punca kejadian tersebut namun rata-rata netizen mendakwa penunggang terbabit brek mengejut ekoran menyedari rakannya yang lain mengambil simpang kiri menghala ke Subang Jaya/Klang. 

Ekoran daripada brek mengejut itu, motosikal tersebut mula ‘dikunyah’ Nissan Almera yang berada di belakang susulan tidak sempat membrek. 

Penunggang CBR1000RR itu juga sangat bernasib baik kerana tidak tercampak daripada jenteranya dan masih duduk elok di atas pelana sewaktu kejadian berlaku. 

Sementara itu, orang ramai terutamanya penunggang motosikal diminta untuk lebih berhati-hati terutamanya jika berada di lorong kanan. 

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Suzuki Malaysia bakal memperkenalkan Suzuki V-Strom 250 SX untuk pasaran Malaysia.

Pendedahan tersebut dibuat ekoran model tersebut telah dilihat menjalani ujian di Malaysia.

*Suzuki V-Strom 250

Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendapati motosikal ‘adventure’ 250cc dari Suzuki itu mungkin bukan varian V-Strom 250 SX seperti dilaporkan sebelum ini. Sebaliknya, model yang akan dilancarkan itu berkemungkinan Suzuki V-Strom 250.

Selain reka bentuk berbeza, perbezaan utama antara V-Strom 250 SX dan V-Strom 250 adalah dibahagian enjin.

*Suzuki V-Strom 250 SX

Ini kerana V-Strom 250 SX bernadikan enjin satu silinder SOCH manakala V-Strom 250 dijana enjin parallel-twin SOCH. 

Suzuki V-Strom 250 juga merupakan model yang pernah diperkenalkan di pasaran United Kingdom pada tahun 2017 manakala V-Strom 250 SX merupakan model serba baharu yang baru dilancarkan April tahun ini. 

Sementara itu, sebuah lagi model yang dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan adalah Suzuki GSX-250R.

Ini berdasarkan beberapa imej dikongsikan pengedar tempatan di Facebook yang hadir bagi latihan produk oleh Suzuki Malaysia.

Perkongsian tersebut jelas menampakkan GSX-250R termasuk lampiran spesifikasi jentera terbabit.

Untuk rekod, Suzuki GSX-250R dikuasakan enjin dua silinder 248cc SOHC dengan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 24.7hp pada 8,000rpm dan 23.3Nm pada 6,500rpm. 

Angka tersebut ternyata meletakkan GSX-250R jauh ketinggalan di belakang Yamaha R25 (35.5hp) dan Honda CBR250RR (41hp). 

Meskipun perkembangan ini bakal merancakan pasaran motosikal tempatan namun apa yang pasti, sebarang pengesahan mengenai kedua-dua model ini hanya boleh dibuat pihak Suzuki Malaysia. 

Miguel Oliveira sekali lagi mengesahkan statusnya sebagai ‘Rain Master’ apabila mendominasi perlumbaan di Litar Buriram, Thailand, pada Ahad.

Pelumba Red Bull KTM itu mempamerkan tunggangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula meskipun Litar Buriram bergenang dengan air ekoran hujan lebat.

Meskipun bermula di petak kesebelas namun keadaan litar yang basah dan hujan memberi kelebihan kepada pelumba Portugal itu ekoran keparakannya beraksi dalam senario demikian.

Untuk rekod, Oliveira turut muncul juara GP Indonesia yang turut berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

Ketika perlumbaan bermula, Oliveira berada di belakang tiga jentera Ducati namun ketika di pertengahan pelumbaan, pelumba KTM itu mula memintas seorang demi seorang untuk berada di depan.

Tempat kedua jadi milik Jack Miller yang meneruskan kecemerlangannya untuk menaiki podium selepas memenangni GP Jepun, minggu lalu.

Sementara itu, tempat ketiga turut jadi milik Ducati menerusi Francesco Bagnaia. Keputusan ini menyaksikan Bagnaia kini mengutip 217 mata, hanya dua mata dibelakang pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo.

Quartararo pastinya kecewa apabila hanya mampu menamatkan aksi di tempat ke-17. 

Sementara itu, Marc Marquez meneruskan usahanya untuk kembali mencapai prestasi sebenar dengan menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Berikut kutipan mata semasa MotoGP:

  1. Fabio Quartararo – 219 mata
  2. Francesco Bagnaia – 217 mata
  3. Aleix Espargaro – 199 mata
  4. Enea Bastianini – 180 mata

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube