Bikesrepublic

Berita Terkini

Mahkamah Majistret Kulai telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 kepada pemandu Ford Ranger yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Lamborghini dalam insiden yang berlaku Mac lalu.

Pemandu Ford Ranger, seorang wanita berusia 28 tahun telah di denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Sementara, pengawal peribadi yang merupakan penumpang dalam kereta jenis Lamborghini turut dikenakan denda RM2,000 susulan tindakannya menampar pemandu wanita berkenaan.

Pemandu wanita terbabit akan berdepan penjara sebulan jika gagal membuat bayaran manakala pengawal berusia 44 tahun itu berdepan penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Insiden kemalangan pada Mac itu turut tular di media sosial yang memaparkan Ford Ranger tersebut dipandu secara melulu sehingga berlakunya kemalangan dengan sebuah Lamborghini berwarna hijau.

Insiden itu turut menyebabkan konvoi beberapa kereta mewah memberhentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya untuk bersemuka dengan pemandu wanita tersebut. – Utusan Online

Selepas dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19, kegiatan lumba haram dikenal pasti kembali aktif.

Demikian pendedahan terbaru oleh Utusan Malaysia dalam satu laporan yang diterbitkan hari ini.

Menurut laporan tersebut, rata-rata Mat Rempit dah kembali gian untuk beraksi di jalan raya utama dan lebuh raya bukan hanya di Lembah Klang malah di sekitar kawasan lain.

Setiap perlumbaan akan babitkan wang taruhan bermula serendah RM500 namun perlumbaan antara bengkel motosikal melibatkan taruhan yang lebih besar, sehingga RM450,000.

Difahamkan, wang taruhan akan ditentukan mengikut jumlah jentera yang akan menyertai perlumbaan haram tersebut.

Terdapat dua jenis perlumbaan yang boleh disertai; lumba longgok (tanpa mengira jenis motosikal) mengenakan yuran penyertaan RM500 manakala lumba ikut kategori pula babitkan motosikal yang telah diubah suai dan pemenang bakal mendapat ganjaran hingga RM20,000.

Taruhan juga boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit terutamanya membabitkan pertarungan antara bengkel bagi menguji kehebatan motosikal yang telah diubahsuai.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pertarungan antara dua bengkel popular dalam negara pada 2018 mempertaruhkan nilai ganjaran tertinggi sehingga RM450,000.

Susulan ganjaran berbentuk wang lebih menarik perhatian perlumbaan haram di Malaysia, wanita tidak lagi menjadi taruhan kemenangan. – Utusan Malaysia

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selaku pengedar baharu jenama Kawasaki di Malaysia telah memperkembang rangkaian pusat servis di beberapa kawasan di Malaysia.

Menurut EMOS dalam satu kenyataan, penambahan itu babitkan negeri Sabah, Wilayah Tengah dan Utara negara sekaligus menjadikan bilangan pusat servis Kawasaki kepada 20.

Berikut senarai pusat servis mengikut kawasan:

Utara

  • Bikers Gallery – Alor Setar, Kedah
  • EL Chong Motor – Sungai Bakap, Pulau Pinang
  • Sheng Fatt – Georgetown, Pulau Pinang
  • Hot Bike – Georgetown, Pulau Pinang

Pantai Timur

  • KK Superbike – Temerloh, Pahang

Wilayah Tengah

  • Eang Chun Motor – Setapak, Kuala Lumpur
  • Apex Motorsports – Batu Caves, Selangor
  • Serdang Motorcycle – Seri Kembangan, Selangor
  • Seri Gading – Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
  • Chear Motor – Seksyen 15, Petaling Jaya, Selangor
  • Soon Heng Bikers – Cheras, Kajang, Selangor
  • Motorsim – Batu Caves, Selangor
  • Puncak Alam – Petaling Jaya, Selangor
  • KMSB Solutions – Glenmarie, Shah Alam

Selatan

  • Zong Heng – Bukit Baru, Melaka
  • BZ Top Automobile – Durian Daun, Melaka
  • Qbee Superbike Centre – Kawasan Perindustrian Tiong Nam, Johor
  • Tong Ban Seng Motor – Kulai, Johor

Sabah & Sarawak

  • Ghee Hua – Kuching, Sarawak
  • Inti Deras Motors – Kota Kinabalu, Sabah

Menariknya, bekas pengedar Kawasaki (yang kini beralih kepada Suzuki) KMSB Solutions Sdn Bhd turut diumumkan sebagai salah satu pusat servis di wilayah tengah.

“Kami berbesar hati dengan adanya KMSB Solutions sebagai salah satu daripada wakil pusat servis sah bagi wilayah Tengah, pastinya bekas pengedar motosikal KAWASAKI ini lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan model-model jenama ini.

“Dengan ini kami dapat memastikan kesinambungan yang berterusan dalam memenuhi keperluan dan jenama KAWASAKI di seluruh negara.” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk tidak melarikan diri daripada sekatan jalan raya kerana boleh mencetuskan kemalangan yang boleh menggugat nyawa sendiri dan orang lain termasuk polis yang bertugas.

Peringatan itu disampaikan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim.

“Sekatan jalan raya adalah bagi memeriksa kesalahan oleh pengguna jalan raya. Rutin tersebut tidak melibatkan kes jenayah jadi tidak perlu melarikan diri.

“Kami bimbang jika mereka cuba larikan diri, mereka akan berdepan risiko yang lebih tinggi termasuk dilanggar kenderaan lain,” jelasnya.

Mat Kasim membuat kenyataan tersebut susulan insiden terbaru apabila seorang anggota polis cedera selepas dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang remaja 22 tahun yang cuba melarikan diri sewaktu ‘snap check’ di jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Jelas Mat Kasim, penunggang motosikal terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Polis 1967 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan ekoran menghalang penjawat awam melakukan tugas. – SH

Seorang remaja lelaki telah ditahan polis Sibu gara-gara mempamerkan nombor pendaftaran ‘JANDA’ pada motosikal jenis Yamaha Y15ZR miliknya.

Remaja tersebut telah ditahan anggota peronda Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Sibu.

Menurut laporan, remaja tersebut ditahan di Lorong Lanang 4, Sibu kerana kelihatan mencurigakan sebelum didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Penggunaan nombor pendaftaran palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 108 akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pelaku berdepan denda RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun sekiranya didapati bersalah.

Penggunaan nombor plat palsu dan ‘fancy’ merupakan satu kesalahan dan pihak polis menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. – IPD Sibu

Baru-baru ini tular satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan masing-masing di lorong kecemasan di Jalan Temiang-Pantai.

Bagaimanapun, salah seorang daripada penunggang motosikal tersebut jelas dirakam berdiri di jalan raya dan bertindak agresif sebaik di hon kereta yang melalui jalan tersebut.

Kejadian tersebut kemudiannya sampai ke perhatian polis Seremban yang cuba mengesan individu terbabit.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof.

“Siasatan awal mendapati kejadian tular itu berlaku semalam, anggaran waktu sekitar tengah hari yang mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletak kenderaan di laluan kecemasan di lokasi kejadian.

“Dalam pada masa yang sama, rakaman video daripada papan pemuka kereta itu turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam,” jelasnya.

Susulan rakaman berdurasi 11 saat itu, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu berkenaan. – Kosmo

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube