Bikesrepublic

Berita Terkini

Kawasaki kembali mencuri tumpuan sejak melancarkan ZX-25R di Indonesia sehingga ada ura-ura yang mengatakan pengeluar motosikal Jepun itu akan turut memperkenalkan varian 400cc.

Dalam perkembangan terbaru, sumber dari Jepun telah pun mengesahkan bahawa model ZX-4R itu telah pun siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Meskipun berita tersebut mengujakan namun, kemunculan model ZX-4R itu bukan lagi satu kejutan apatah lagi Kawasaki telah pun memfailkan paten seawal 2019 berserta penerangan bahawa paten tersebut akan diperkenalkan pada model 400cc.

Menurut laporan media antarabangsa, Kawasaki ZX-4R itu akan mengikut acuan rekaan sama seperti ZX-25R termasuk kerangka tubular steel, dan swingarm.

Bagaimanapun, ZX-4R ini akan tampil dengan panel depan yang lebih tajam, diinspirasikan daripada model ZX-10R dan grafik dan warna menyamai ZXR750.

Jika ZX-25R menghasilkan 50hp dengan bantuan Ram-Air, ZX-4R ini pula dijangka menawarkan antara 70 hingga 80hp sekaligus menjadikan model ini paling berkuasa dalam kelasnya.

Seperti ZX-25R, model ini juga dijangka akan dipasarkan khusus untuk pasaran Asia.

Umum sedia maklum bahawa MForce Bike Holdings telah pun mengesahkan bahawa jenama dari China, QJMotor bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Berita yang diumumkan Oktober 2021 itu menyaksikan MForce bakal membawa masuk beberapa model QJMotor antaranya SRT800, SRK600 dan QJ Race 250.

Dalam perkembangan terbaru di China, QJMotor didapati bakal memperkenalkan 600RR yang telah dikemas kini bagi tahun 2022.

Perkara itu didedahkan menerusi satu imej ‘spy shot’ yang telah pun dikongsikan beberapa media antarabangsa.

Berdasarkan gambar tersebut, QJMotor telah melaksanakan beberapa penambah baikan terhadap motosikal fairing penuh itu.

Bahagian depan telah diolah agar tampak lebih moden dan agresif sementara panel tepi pula dipadankan bersama ‘winglet’ ala MotoGP.

Model itu juga dilaporkan mendapat sistem ekzos baharu sekaligus memberi bayangan bahawa bahagian enjin juga telah dinaik taraf bagi mencapai standard Euro 5.

Selain itu, model itu juga memaparkan rekaan lampu depan baharu manakala bahagian fairing pula lebih lebar dan menutup bahagian enjin berbanding generasi sebelumnya.

Bagaimanapun, model 2022 ini dijangka akan membawa ciri sama seperti sebelumnya, seperti paparan skrin TFT 5-inci, sistem keyless, brek Brembo dan suspensi Marzocchi.

Ducati menamatkan tahun 2021 dengan cemerlang apabila berjaya menyerahkan lebih 59,447 unit motosikal seluruh dunia.

Angka itu menyaksikan jenama motosikal Itali tersebut merekodkan peningkatan lebih 24 peratus mengatasi jualan pada 2020 dan 2019.

Menurut Ducati, kejayaan tersebut dicapai setelah pasaran Amerika Syarikat kembali menjadi peneraju dengan 9,007 unit terjual diikuti Itali (8,707 unit) dan Jerman (6,107 unit).

Pasaran motosikal di China juga catat peningkatan sebanyak 21 peratus dengan 4,901 unit terjual diikuti Perancis dengan 12 peratus (4,352 unit).

Untuk rekod, Ducati Multistrada V4 merupakan motosikal paling popular tahun lalu dengan 9,957 unit berjaya dijual diikuti model Scrambler 800 (9,059 unit) dan Monster (8,734 unit).

Sementara itu, Ducati yakin tahun 2022 bakal membawa kesinambungan sama terutamanya menerusi beberapa model baharu yang telah pun dilancarkan sebelum ini.

Ducati meletakkan keyakinan terhadap DesertX, Streetfighter V2, Multistrada V2 dan Panigale V4 2022 bagi memacu jualan tahun ini.

Pada 7 Januari lalu, telah berlaku satu rompakan bank di bandar Hai Phong, Vietnam dengan sejumlah VND3.5 bilion (RM646 ribu) berjaya dilarikan.

Bagaimanapun, perompak tersebut kemudiannya berjaya dicekup pihak polis dua hari kemudian selepas membuat satu pembelian dan menunjuk di media sosial.

Polis telah mengenal pasti Nguyen Van Nam, 23 tahun, sebagai suspek rompakan tersebut.

Identitinya diketahui selepas dia menggunakan duit rompakan dengan membeli sebuah Kawasaki ZX-10R 2021 sehari selepas melakukan jenayah itu lalu memuat naik pembelian motosikal tersebut ke media sosial.

Menurut laporan, polis berjaya menahan Van Nam berserta jentera ZX-10R terbabit dan baki wang rompakan sewaktu serbuan. Polis juga menemukan senjata yang digunakan semasa rompakan tersebut.

Namun, apa yang mencuri tumpuan, Van Nam juga sempat bergambar dengan jurujual Kawasaki tersebut ketika sesi penyerahan motosikal.

Lebih memeranjatkan apabila Van Nam merupakan salah seorang daripada ‘influencer’ terkenal di media sosial di Vietnam.

Difahamkan, sewaktu Van Nam datang membuat pembelian, kedai motosikal itu juga berasa sangsi bagaimana seorang remaja berusia 23 tahun mampu membuat bayaran tunai sebanyak VND700 juta (RM129 ribu) bagi sebuah superbike.

Sementara itu, Nguyen berjaya diberkas menggunakan rakaman CCTV rompakan di samping statusnya sebagai ‘influncer’ membuatkan ramai pengguna media sosial mengenalinya.

Rezeki semakin melimpah-ruah buat Abang Viva apabila telah menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi atas jasanya membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar, 30, telah menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa akesori lain seperti yang dimuat naik di laman Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd.

Ketika dihubungi, kami dimaklumkan oleh pihak ICITY Motorworld bahawa motosikal tersebut telah dibeli oleh seseorang untuk tujuan menghadiahkan kepada saudara Azwan.

Sebagai penghargaan terhadap usaha murni itu, pihak ICITY Motorworld turut menaja beberapa aksesori antaranya helmet, jaket serta beg untuk Azwan.

Baru-baru ini, Azwan juga telah dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka atas jasanya yang kehulu hilir menghulur bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di sekitar Semenanjung.

Jenama motosikal Itali, Italjet, sebelum ini telah pun mengesahkan akan mula memasarkan model yang ternanti-nanti, Dragster 125 dan Dragster 200 bermula Disember 2021.

Seperti dijanjinkan Italjet telah pun memulakan pemasaran kedua-dua varian tersebut untuk pasaran Eropah dan Asia.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan pasaran Malaysia juga bakal menyambut ketibaan Italjet Dragster varian 125 tahun ini.

Menurut laporan Paultan.org, Italjet Dragster 125 itu dijanka tiba di Malaysia sekitar pertengahan 2022 oleh pengedar, Chear Global.

Skuter dengan gaya agresif dan ala ‘naked’ itu bingkas menarik perhatian ramai pihak sejak dipertontonkan kepada umum.

Namun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun berikutnya telah memberi kekangan pada Italjet dalam memasarkan motosikal tersebut.

Bagaimanapun, jenama itu kembali beri jaminan bahawa Dragster akan mula dipasarkan pada Disember 2021 sebagai model 2022 ketika di EICMA, baru-baru ini.

Italjet Dragster ini akan ditawarkan dalam dua varian, 125cc dan 200cc.

Varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala enjin 200cc dengan standard Euro5 menawarkan 18hp.

Lebih menarik, Italjet Dragster ini juga ditawarkan dengan komponen berprestasi tinggi antaranya ekzos Akrapovic, sistem brek Brembo dan suspensi Öhlins.

Sementara itu, Italjet turut mendedahkan bakal lancar model elektrik pada separuh masa kedua 2022 dan akan dinamakan sebagai Dragster e01. – Paultan.org

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube