Bikesrepublic

Berita Terkini

Suzuki V-Strom merupakan antara motosikal segmen adventure touring paling popular dalam pasaran dunia ketika ini.

Bagaimanapun, ketika ini hanya tiga varian ditawarkan, 650cc dan 1,037cc manakala versi 250cc hanya terhad kepada beberapa pasaran di Australia, Asia dan Eropah.

Kini, timbul laporan yang mendakwa V-Strom versi lebih kecil – 160cc – akan dihasilkan dengan dengan rakan kerjasama Suzuki di China, Haojue.

Difahamkan, Suzuki-Haojue sedang dalam proses membangunkan sebuah jentera adventure bersesaran 160cc dan akan menggunakan nama V-Strom berdasarkan imej paten yang dikongsikan.

Haojue merupakan rakan bersama Suzuki di China yang baru-baru ini menghasilkan DR300 yang dicanang akan dilencanakan semula sebagai GSX-S300.

Berdasarkan imej tersebut, jelas rekaan keseluruhan diilhamkan daripada V-Strom yang lebih besar penghadang angin tinggi dan tangki yang besar.

Imej tersebut turut menampakkan penggunaan cakera brek depan tunggal, handleguard, lampu LED, fork teleskopik, rim aloi dan bash plate.

Sekiranya Suzuki bercadang untuk memasarkan V-Strom ini dipasaran global, dijangka model ini turut akan didatangkan dengan fungsi Anti-lock Brake System (ABS).

Haojue DR160S

V-Storm 160 ini juga dijangka menggunakan enjin daripada Haojue DR160S yang menawarkan 15hp dan 10Nm.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan menganjurkan Marshall Riding Training (MRT) pada 24 Oktober ini.

Latihan tersebut memfokuskan kepada kemahiran menunggang motosikal dan tips keselamatan sewaktu menunggang secara berkumpulan dan akan diadakan di Kompleks Hong Leong Yamaha Motor di Sungai Buloh.

Menurut info dikongsikan HLYM di Facebook, latihan tersebut adalah terbuka kepada orang ramai yang memiliki motosikal Yamaha termasuk lesen motosikal yang sah dan belum tamat tempoh.

Orang ramai yang berminat hanya perlu membuat pembayaran RM150 dengan hari terakhir pendaftaran adalah pada 2 Oktober ini dan tempat adalah terhad.

Pada masa sama, pihak HLYM mensyaratkan semua peserta untuk membawa kelengkapan menunggang sendiri antaranya topi keledar, jaket, sarung tangan dan kasut di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pihak HLYM juga akan menyediakan makanan dan minuman sepanjang latihan dengan peserta yang berjaya melengkapkan latihan akan menerima sijil.

Bagi yang berminat, boleh menghubungi 03-6157 7011 untuk pertanyaan lanjut atau emelkan kepada jalaludin@yamaha-motor.com.my.

Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales merekodkan kemenangan pertama bagi musim 2020 selepas mengungguli perlumbaan di GP Emilia Romagna, hari ini.

Menariknya, Vinales muncul pemenang keenam selepas tujuh pusingan musim ini selepas Fabio Quartararo, Brad Binder, Andrea Dovizioso, Miguel Oliviera dan Franco Morbidelli.

Pusingan kali ini terus berlangsung dengan penuh drama apabila pelumba Pramac Racing, Pecco Bagnaia alami kemalangan di penghujung aksi meskipun berada di depan sejak awal perlumbaan.

Senario itu membuka peluang kepada Vinales untuk kembali di depan sehingga menuju ke lap terakhir dengan catatan masa 41 minit 55.846 saat.

Sementara itu, pelumba Ecstar Suzuki, Joan Mir, berjaya mengulangi pencapaian di Red Bull Ring, Ogos lalu apabila menamatkan aksi di tempat kedua (+2.425s).

Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) melengkapkan podium di tempat ketiga (+4.528s) selepas Fabio Quartararo yang berada di tempat ketiga dikenakan penalti 3-saat selepas membuat keputusan untuk tidak melaksanakan ‘long lap penalty’ di lap terakhir.

Keputusan hari ini menyaksikan perebutan kejuaraan dunia kini membariskan empat pelumba, Andrea Dovizioso, Fabio Quartararo, Vinales dan Mir dengan masing -masing dipisahkan kurang lima mata.

Quartararo yang mendahului kejuaraan sehingga minggu lalu selepas dipintas Dovizioso dengan perbezaan satu mata, kekal dengan jurang sama dengan pelumba Itali itu bersama-sama Vinales manakal Mir turut memiliki peluang cerah dengan hanya empat mata dibelakang pendahulu.

Aksi MotoGP bakal kembali bersambung 27 September ini di Litar Catalunya, Barcelona.

Sempena Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK), Team Hiap Aik Suzuki Racing melancarkan pasukan yang akan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang bermula 25 September ini.

Team Hiap Aik Suzuki Racing meneruskan kepercayaan mereka dengan mempertaruhakn Cy Khoo #66 dan Jin Tw #7 yang akan beraksi menggunakan jentera Suzuki GSX-R1000.

Bagaimanapun, disebabkan kekangan pandemik Covid-19, MSBK yang sepatutnya berlangsung untuk lima pusingan akan dipendekkan ke dua pusingan dengan masing -masing berlangsung pada 25 hingga 27 September dan 16 hingga 18 Oktober ini.

Perkara itu disahkan sendiri penganjur utama, Pengarah Two Wheel Motor Racing (TWMR), Ron Hogg, yang turut hadir di pelancaran Hiap Aik Suzuki Racing.

Turut hadir menjayakan pelancaran ini adalah wakil penaja utama Mobil dan Winmaster Sdn Bhd selaku pengedar helmet SHARK dan Furygan di Malaysia.

Dalam perkembangan sama, MSBK kali ini akan menyaksikan pengenalan kelas baharu, Underbone 150 yang akan dilangsungkan mengikut spesifikasi sama seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Menariknya, kelas ini terbuka kepada semua pasukan dan pelumba.

Baru-baru ini, hangat dibincangkan mengenai trend berbasikal di Malaysia.

Terbaru, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan lesen dan nombor plat bagi penunggang basikal susulan aktiviti itu kini dibawa ke jalan raya awam termasuk lebuhraya.

Atlet berbasikal negara dan ranking nombor dua dunia keirin, Azizulhasni Awang kemudian berkongsi pendapatnya di laman Facebook mengenai isu berbasikal di Malaysia.

Kini, Azizul – dengan jolokan The Pocket Rocketman – bersuara sekali lagi, kali ini menegur penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya.

Azizul dalam perkongsian terbarunya, membangkitkan beberapa isu kepada penunggang basikal termasuk yang melakukan kayuhan secara semberono.

https://www.facebook.com/41189391704/posts/10157584161916705/

“Disini saya memohon jasa baik kepada semua yang berkayuh basikal, sama ada mereka yang melakukan kayuhan sosial, kayuhan untuk kesihatan mahupun mereka yang berkayuh secara kompetitif,
tolong patuhi peraturan jalan raya!” tegas Azizul.

Bekas juara dunia keirin 2017 itu turut menyelar penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya seperti rakaman video ‘dashcam’ yang dikongsikan.

“Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya (kayuh macam atuk nenek die punye jalan).

“Kita rasa kita hebat atas jalanraya tapi kalau kene langgar dengan kenderaan lain macam mana?,” tambahnya.

Kumpulan penunggang basikal berhimpun dengan tepi jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain di Puncak Genting Peras, Ulu Langat.

Pada masa sama, Azizul turut meminta penunggang basikal untuk menghormati pengguna jalan raya lain.

“Tolong ‘respect’ pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’.

“‘Respect is earned, not given,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, PDRM turut menegaskan bahawa kesalahan menunggang di lebuhraya boleh berdepan denda tak lebih RM1,000 dan penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini sebuah Yamaha 125ZR telah terjual dengan harga RM85,000 dan sebelum itu, seorang penjual telah meletakkan harga RM70,000 bagi Yamaha RXZ miliknya.

Kini, Rudy Geng Tayar Besar (GTB) yang terkenal dengan melakukan modifikasi tayar besar kepada beberapa model kapcai antaranya Y15ZR, dikatakan telah membelanjakan RM100,000 bagi membeli sebuah Yamaha RXZ Catalyzer 2010 (NOS)!

Rudy berdasarkan video yang dimuat naik ke laman YouTube Geng Tayar Besar, berkongsi bagaimana dia telah ke sebuah bengkel di Johor bagi membuat pembelian tersebut.

Jentera tersebut – meskipun berhabuk – merupakan serba baharu dan serba lengkap dengan alat ganti original termasuk buku manual.

Menerusi video tersebut, Rudy turut mendedahkan ekzos standard RXZ itu kini bernilai RM3,000,panel meter mencecah harga RM2,000 manakala tempat duduk ‘orimotor’ bernilai RM5,000.

Sementara itu, seorang rakan yang berhubung dengan Rudy menerusi panggilan video juga menasihatkan untuk mengisi minyak di tempat yang ramai dan elak tempat sunyi agar tidak menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya bukan sekadar gimik, Yamaha RXZ ini milik Rudy GTB kini memegang rekod sebagai penjualan motosikal lama paling mahal setakat ini, namun tak hairan jika ada yang berminat ‘memecah’ rekod itu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube