Bikesrepublic

Berita Terkini

Sejak dilancarkan tahun lalu, Allianz Motorcycle Plus telah menawarkan perlindungan terbaik kepada lebih 720,000 motosikal bawah 245cc tanpa sebarang caj tambahan.

Allianz Motorcycle Plus menawarkan perlindungan komprehensif termasuk kehilangan atau kerosakan terhadap motosikal disebabkan kemalangan, kebakaran dan kecurian, kemalangan pihak ketiga, kecederaan dan kerosakan pihak ketiga.

Bagi menikmati perlindungan komprehensif, penunggang motosikal boleh memohon Accident Cover untuk RM5,000 – bagi kematian/kecacatatan kekal – belanja hospital RM50 sehari – sehingga 60 hari – dan All Special Perils Full Sum-Insured Protection (membabitkan banjir, tanah runtuh atau sebarang bencana alam).

Ketua Pegawai Penjualan Allianz General, Horst Habbig menyifatkan Allianz Motorcycle Plus sebagai perlindungan selamat tanpa caj ekstra.

“Apa yangg Allianz General tawarkan kepada pelanggan sekarang adalah perlindungan ekstra tanpa sebarang caj tambahan kerana apa yang penting adalah perlindungan yang benar-benar membawa kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia.

“Jika ada yang mencari perlindungan untuk motosikal kapcai mereka, biar kami yang lakukannya,” jelas Habbiq.

Bagi yang berminat untuk membeli Allianz Motorcycle Plus, layari https://quote.allianz.com.my/onlinequote/ atau kenal pasti produk ditawarkan di allianz.com.my/motorcycle-plus

Sejak Kawasaki memperkenalkan ZX-25R, jentera sportbike 250cc dengan empat silinder, kami tertanya-tanya adakah pengeluar lain akan mengikut jejak sama?

Kawasaki ZX-25R

Manakan tidak, impak ZX-25R cukup besar dan mengujakan peminat dua roda seluruh dunia termasuk Malaysia yang tidak perlu menaik taraf lesen untuk merasai kesyahduan 4-silinder.

Kini timbul khabar angin daripada laporan negara jiran oleh iwanbanaran.com yang mengatakan Yamaha turut akan memperkenalkan jentera 250cc 4-silinder.

Yamaha YZF-R25

Diberi nama YZF-R25M, jentera ini dijangka menawarkan ciri yang dipertingkat berbanding yang ditawarkan R25 bagi menyaingi ZX-25R.

Sementara itu,turut didakwa Honda juga bakal membangunkan enjin sama dan akan dikenali sebagai CBR250RR-R – konsep sama ditawarkan varian 1000cc CBR1000RR-R.

Sekiranya khabar angin ini bertukar realiti pastinya akan menghangatkan pasaran 250cc serba baharu ini. – iwanbanaran.com

Dalam usaha meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Castrol Malaysia melancarkan kempen Castrol KitaCare.

Ini merupakan inisiatif bagi membuktikan kepada pelanggan, mekanik dan pengguna bahawa Castrol Malaysia mengambil berat keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan, menyifatkan Castrol Malaysia sentiasa mencari jalan bagi menjaminkan bahawa Castrol bukan sekadar pelincir.

“Jenama mempunyai peranan penting untuk dimainkan di sepanjang krisis COVID-19 dan pada masa seperti inilah penting untuk kita mengotakan apa yang dikata.

“Sebab itulah kami di Castrol Malaysia melakukan lebih daripada yang sepatutnya. Kami sangat teruja untuk mengumumkan kempen Castrol KitaCare dan kami berharap dapat mengingatkan pelanggan, mekanik serta pengguna bahawa kami sentiasa bersama dengan mereka, sedia untuk menyokong dan membantu mereka mengatasi krisis ini,” jelasnya.

Sementara itu, Komuniti Castrol Malaysia boleh menikmati pelbagai kandungan menarik menerusi platform pelbagai yang disediakan termasuk hebahan menerusi SMS mengenai Covid-19.

Pada masa sama, Castrol Malaysia akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam memastikan keselamatan semua pihak.

Untuk maklumat lanjut layari www.castro.com/my

Yamaha R1 sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri apatah lagi dengan generasi terkini dibangunkan oleh teknologi YZR-M1 di MotoGP.

Tidak hairanlah, ada sesetengah penunggang yang berasa dirinya seperti Valentino Rossi sebaik berpeluang untuk menunggang jentera tersebut.

Seorang penunggang motosikal di India telah mengambil peluang situasi Covid-19 – jalan raya lengang – untuk menunggang sebuah jentera R1 di India Electric City bertujuan untuk mencapai kelajuan maksima motosikal terbabit.

Jalan lurus sekitar 10 kilometer itu membolehkan penunggang terbabit merekodkan kelajuan 300km/j!

Lelaki itu kemudiannya bertindak memuat naik rakaman video itu ke laman Instagram dalam usaha untuk mendapatkan perhatian.

Bagaimanapun, video tersebut turut menarik perhatian polis Bangalore yang kemudiannya mendedahkan telah menahan penunggang terbabit dan merampas jentera R1 itu.

Kes seumpamanya turut pernah berlaku di Malaysia tahun lalu apabila seorang remaja lelaki merakam aksinya menunggang laju – sebuah jentera Kawasaki – di Jambatan Pulau Pinang lalu berkongsi aksinya di media sosial.

Dia kemudiannya turut ditahan pihak polis susulan menunggang dalam keadaan membahayakan di samping melebihi had laju.

Jenama helmet LTD merupakan antara produk keluaran Solidgold Helmets yang bertapak di Cheras, Kuala Lumpur.

Helmet LTD merupakan antara helmet yang cukup popular sejak diperkenalkan awal 90an tatkala ditawarkan pada harga murah dan berpatutan di samping turut mendapat piawaian SIRIM.

Kebelakangan ini, jenama helmet buatan Malaysia mula dilupakan bukan sahaja disebabkan tidak dapat menyaingi jenama antarabangsa namun lambakan helmet tiruan turut memberi kesan.

Bagaimanapun, kami difahamkan helmet LTD vintaj kini telah pun mencecah harga ribuan ringgit susulan dianggap ‘rare’, unik sekaligus mencuri perhatian pengumpul helmet.

Seorang pengguna Facebook turut berkongsi bagaimana helmet LTD Star Putih Ungu (new old stock) terjual dengan harga RM4,500!

Menariknya, helmet keluaran 1998 itu bukanlah yang dianggap paling mahal kerana difahamkan varian bintang dengan warna kuning ditawarkan harga yang lebih tinggi sekitar RM7 ribu!

Menurut seorang penjual helmet LDT di Muar, hampir setiap hari ada yang bertanyakan varian bintang bewarna kuning tersebut namun dia belum berminat untuk menjualnya.

Difahamkan, helmet LTD bercorak bintang itu mula mencuri perhatian sekitar pertengah tahun 2018 dengan awalnya ditawarkan pada harga RM500 sahaja sebelum mencecah harga ribuan ringgit dalam tempoh dua tahun ini.

Dia turut menjelaskan bahawa tiada harga ditetapkan bagi sebarang helmet LTD bintang sebaliknya hanya menjual mengikut tawaran daripada pelanggan.

Ada juga khabar angin mengatakan pengeluar helmet LTD, Solidgold Helmets akan menghasilkan semula rekaan bintang ini namun dengan sedikit perbezaan – dari lima bintang ke empat belas bintang – namun info tersebut tak dapat dipastikan.

Meskipun ada yang akan mempersoal harga yang ditawarkan namun perlu diingatkan ini merupakan item koleksi dan tidak lagi mudah didapati apatah rekaan ini tidak lagi dihasilkan.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memanggil semula 12,732 unit kenderaan yang dihasilkan di antara 2011 hingga 2015.

Panggilan semula itu membabitkan hydraulic pressure accumulator yang terdapat pada transmisi dual clutch gearbox (DSG) 7-kelajuan.

Difahamkan, masalah pada hydraulic pressure accumulator tersebut boleh menganggu transmisi di antara enjin dan kotak gear.

Antara model yang terkesn adalah Volkswagen Beetle, Cross Touran, Golf MK6 dan MK7, Jetta, Passat B7, Passat CC, Polo 6R dan Scirocco namun model yang dihasilkan selepas 2016 tidak terkesan.

Menurut VPCM, kempen ini akan berjalan secara berperingkat bagi memastikan proses berjalan lancar dengan semua pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan serta-merta.

Sekiranya anda memiliki kenderaan disebut namun tidak dihubungi VPCM, kenderaan anda akan tetap diterima untuk kempen panggilan semula ini.

Pada masa sama, pemilik boleh buat semakan di laman sesawang Volkswagen atau hubungi 1800-18-8947 untuk maklumat lanjut.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube