Inilah BMW R 1300 GS Adventure 2025 atau lebih dikenali sebagai GSA yang dinanti-nantikan.
Kami akan menunggu ulasan tentang penggayaannya daripada anda, namun di bawah badan baharu itu ialah segala-gala ciri yang boleh dipasangkan oleh BMW. Dan kami bermaksud segala-galanya.
GSA terkenal dengan tangki bahan apinya yang lebih besar dan model baharu ini turut menggunakannya, berkapasiti 30 liter, sama seperti R 1250 GS Adventure yang terdahulu.
Ciri-ciri BMW R 1300 GS Adventure (2025):
Automated Shift Assistant (ASA) dengan operasi klac automatik dan penukaran gear automatik mengikut mod tunggangan yang dipilih. Oleh itu, tiada lagi tuil klac.
Enjin Boxer yang dikongsi dengan GS bukan Adventure yang menampilkan transmisi pada bahagian bawah.
Teknologi BMW ShiftCam dikekalkan untuk mengubah pemasaan injap dan lejang injap pada bahagian pengambilan.
Ia menghasilkan 107 kW (145 hp) pada 7,750 RPM dan 149 Nm pada 6,500 RPM.
Casis direka bentuk semula sepenuhnya berbanding pendahulunya dengan kerangka utama kepingan logam dan kerangka belakang dengan tiub aluminium.
Suspensi Telelever EVO baharu dengan elemen lentur dan panduan roda belakang EVO Paralever yang disemak semula untuk pengendalian yang lebih tepat dan tunggangan yang lebih stabil.
BMW Motorrad Full Integral ABS sebagai ciri standard.
Empat mod tunggangan.
Engine drag torque control (MSR), Dynamic Brake Control (DBC) and Hill Start Control (HSC) sebagai ciri standard.
Ciri Driving Modes Pro sebagai ciri tambahan.
Dynamic Traction Control (DTC) sebagai standard.
Electronic Dynamic Suspension Adjustment (DSA) juga merupakan ciri tambahan.
Adaptive vehicle height control sebagai ciri tambahan. Sistem ini meninggikan motosikal 30mm secara automatik setelah bergerak, dan merendahkannya kembali apabila bergerak perlahan sebelum berhenti.
Lampu depan Matrix LED dan lampu spotlight baharu sebagai ciri standard.
Headlight Pro dengan ciri lampu depan adaptif sebagai ciri tambahan.
Pelindungan tangan berserta lampu signal sebagai standard.
Dynamic Cruise Control (DCC) dengan fungsi brek sebagai standard.
Riding Assistant with Active Cruise Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), Lane Change Warning, dan Rear End Collision Warning (RECW) merupakan ciri-ciri tambahan.
Kompartmen mengecas telefon dengan soket USB dan soket pengecas 12V adalah ciri-ciri standard.
Pemanas pelana penunggang dan pembonceng sebagai ciri tambahan.
Penambah tinggi hendel sebanyak 30mm juga ciri tambahan.
Terdapat juga berbagai variasi pelana sebagai ciri tambahan.
Meter TFT 6.5-inci dengan berbagai ciri sebagai standard.
RDC, Keyless Ride, dan pemanas handel sebagai ciri-ciri standard.
Intelligent Emergency Call merupakan ciri standard tetapi bergantung kepada pasaran.
Terdapat tiga pilihan warna iaitu Triple Black, GS Trophy, and Option 719 Karakorum.
BMW Motorrad berkata bahawa berat basah BMW R 1300 GS Adventures (2025) ialah 269kg, berbanding 237kg untuk R 1300 GS (2024), manakala ketinggian tempat duduknya ialah 870mm dan boleh laras kepada 890mm.
Harga di UK bermula dari £18,870 (RM113,872.52) hingga £21,300 (RM128,536.55).
Sepasang kekasih yang giat menjual topi keledar tiruan yang berjenama Arai ditangkap oleh pihak berkuasa. Mereka menjalankan kegiatan mereka menerusi aplikasi TikTok dan Facebook.
Operasi serbuan dilakukan oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bersama wakil syarikat di sebuah rumah di Alor Setar.
Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan itu selepas aduan dan hasil risikan yang dilakukan sejak Februari lalu.
“Pemeriksaan lanjut di dalam premis menemukan 95 topi keledar, 133 unit beg sarung topi keledar dan lain-lain barangan yang mempunyai label jenama yang disahkan tiruan oleh wakil syarikat.
“Semua barangan disita dengan nilai rampasan dianggar RM16,248 dan pasangan berusia 30-an itu ditahan. Mereka dilepaskan selepas diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan orang ramai dinasihat agar tidak menjual atau menawarkan apa-apa barangan yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang kegiatan mencurigakan boleh menyalurkannya menerusi semua saluran aduan rasmi KPDN atau pejabat KPDN Kedah di talian 04-7001745, “katanya.
Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi dan Francesca Novello bakal menyambut anak kedua mereka.
Rossi mengumumkan berita gembira itu dalam akaun media sosial X dengan beberapa gambar dan kapsyen “La Franci è incinta, aspettiamo un’altra bambina,” yang diterjemahkan kepada “Franci hamil, kami menjangkakan seorang lagi gadis kecil.” Ya, anak pertama mereka juga seorang perempuan, bernama Guilietta.
Foto-foto menunjukkan Rossi berpakaian seperti seorang doktor yang dikaitkan dengan nama samarannya “The Doctor” ketika berlumba. Foto ini meniru foto ketika dia mengumumkan anak pertama mereka pada 2021. Dia bersara daripada perlumbaan motosikal profesional tidak lama kemudian.
“È sicuramente una femmina Dottore!”
La Franci è incinta,aspettiamo un’altra bambina 🎀 pic.twitter.com/jV7fOkuUrc
Walaupun masih mengekalkan jawatan sebagai duta Yamaha, “The Doctor” ialah pemilik pasukan VR46 Racing Team yang menggunakan jentera Ducati di dalam kejuaraan MotoGP.
Selain itu, Rossi telah beralih kepada perlumbaan kereta dan telah mencapai beberapa keputusan yang baik.
Beliau kini merupakan pemandu GT3 pasukan pengilang untuk BMW. Beliau memulakan kerjaya GT3-nya dengan pasukan WRT dan Audi pada 2022, tetapi pasukan itu beralih kepada BMW tahun lepas untuk menghadapi usaha pengilang dalam kelas Hypercar di dalam Kejuaraan Endurans Dunia (WEC). Oleh itu, pertukaran kepada BMW dalam GT3 adalah sebahagian daripada pakej tersebut.
Memandu BMW M4 GT3, Rossi telah menaikki podium beberapa kali dalam siri GT World Challenge Europe (GTWCE), termasuk dua kemenangan, kedua-duanya di Misano.
Tahun ini, beliau berganjak ke WEC segaris dengan penglibatan beliau di dalam GTWCE. Rossi meraih podium pertamanya awal tahun ini pada pusingan kedua di Imola. Malangnya, BMW #46 miliknya terlibat dalam kemalangan berbilang kereta di Spa. Perlumbaan Le Mans 24 Jam baru-baru ini menyaksikan keretanya mendahului beberapa kali sebelum terlibat dalam satu lagi kemalangan berbilang kereta.
Art of Speed Malaysia 2024 (AOS) akan lebih besar daripada sebelumnya. Dengan slogan “Stop The Violence” (“Hentikan Keganasan”) tahun ini, ia memupuk cinta tanpa kebencian, dan perpaduan tanpa sempadan.
Acara tahunan Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia ini kembali ke Taman Ekspo Agro Malaysia, Serdang (MAEPS). Tapak ini mempunyai kawasan pameran dalaman seluas 42,000 meter persegi (452,084 kaki persegi) dan kawasan pameran luaran seluas 3.5 hektar (8.6 ekar). AOS berkata bahawa setiap dewan acara telah dipenuhi serta akan menampilkan banyak aktiviti dan pameran yang menyeronokkan untuk peminat dan pelawat pada hujung minggu. MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2024 (AOS 2024) pada 27 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 28 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam).
Daripada siaran media AOS:
Senarai tetamu yang diketengahkan AOS 2024 daripada komuniti custom dan media antarabangsa akan termasuk:
Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii daripada MOONEYES, Jepun.
Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing akan menghadiri AOS 2024! Daigo ialah pemandu yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan telah memenangi pelbagai kejuaraan, termasuk siri Grand Prix D1 dan siri Formula Drift. Beliau juga telah mengasaskan kedainya sendiri bernama Fat Five Racing, di mana beliau telah membina banyak kereta drift yang unik. Satu contoh yang ketara ialah Lamborghini Murcielago (drift-spec) miliknya. Sejak itu beliau telah mengembangkan kedainya – kini dikenali sebagai Fat Five Land – yang merangkumi ruang istirahat/bar, pameran kereta dan kawasan drift di mana anda boleh menunggang bersama Daigo.
Katie’s Customs; Jepun – akan menampilkan motosikal kustom Vincent Black Shadow (https://en.wikipedia.org/wiki/Vincent_Black_Shadow). Ditubuhkan pada tahun 2005, Katie’s Custom Shop beroperasi di Daerah Nishitama di Tokyo. Pemiliknya Encik Katsuya Tasaki, adalah seorang yang pakar dalam Harley-Davidsons, dan visi kreatifnya adalah untuk mencipta satu silhouette dimana orang yang tidak berminat dengan budaya kustom akan tertarik dengannya! Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah di Yokohama Hot Rod Custom Show.
STOOP Motorcycles; Jepun – Masato Ikemori dari STOOP Motorcycles akan hadir ke AOS 2024 dengan Harley-Davidson Panhead miliknya. Panhead pertama kali diperkenalkan pada tahun 1948 dan telah dikeluarkan sehingga tahun 1965, dibuat dalam dua versi (61 and 74 cubic inch displacements). Nama panggilan “Panhead” merujuk kepada bentuk penutup injap aluminium yang ditekan yang menyerupai kuali memasak. Panhead terletak tinggi dalam hierarki enjin Harley-Davidson klasik bersama-sama enjin terulung lain seperti Flathead, Knucklehead dan Shovelhead.
EVILACT, Jepun – Dilahirkan dan dibesarkan di Yokohama, Jepun, Minato Yamamoto dibesarkan di bawah pengaruh counterculture yang terkenal di kampung halamannya. Selain mengasaskan EVILACT, Minato juga seorang bekas pelukis dan kini merupakan pereka fesyen. Minato akan membawa Harley-Davidson Knucklehead EL 1947 miliknya ke AOS 2024.
Nigel Petrie dari Engineered To Slide; Australia – Nigel Petrie terkenal dengan kerja-kerjanya bersama kereta kustom. Minatnya yang mendalam terhadap kereta dan motosikal telah mendorongnya untuk menjadi pengimpal dan pereka, dengan rekaanya yang paling terkenal iaitu space frame drift Toyota Hilux, yang dibina di bawah jenamanya Engineered To Slide. Nigel kekal komited mengasah kemahirannya untuk mencipta kereta serta motosikal kustom untuk dipadankan dengan gaya uniknya.
Spinny, Thailand – Pemenang Best European Custom Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024.
Little Boy Cycles, Thailand – Pemenang Best of Show di Bangkok Hot Rod Show 2024.
Dino Dalle Carbonare & Alexander Iain dari Speedhunters.com; Global.
ONE LOW, Masashi Tasaki; Japan – One Low ialah kedai Volkswagen Speed Shop yang ternama dari Jepun, terkenal kerana membina MOONEYES Volkswagen Beetle drag car – Moon Bug.
Tengku Djan, The Prince of Drift – Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel ialah seorang pemandu drift profesional Malaysia yang telah bertanding dalam siri D1 Grand Prix Racing sepanjang beberapa siri drift dan perlumbaan. Beliau mempunyai banyak pencapaian dalam kerjaya perlumbaan profesionalnya seperti memenangi perlumbaan Merdeka Millennium Endurance selama 12 jam berturut-turut pada 2005 dan 2006.
Makoto from Makoto M&K Custom Signs – Makoto ialah artis yang menghasilkan poster AOS 2024 dan juga pereka untuk kereta die-cast di Hot Wheels Japan Collectors Convention.
2 Percenter, Jepun
Masanari Kobyashi dari Jepun
Burnout Magazine, Jepun
Majalah Vibes, Japan – Tahun ini pemilik majalah Vibes, Encik Tosihiro, akan mengunjungi AOS 2024
Majalah Ignite, Thailand
Cynar, Jepun
Mow, Australia
Choppajoop, Singapore
Hisa Artes 66 Paintlab, Indonesia (a collective group of 15 pinstripe artists)
Fahmi Freeflow, Indonesia
Mill Art, Indonesia
Mr. Pinman, Thailand
Irvine Jasta, Indonesia
Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapore
Bangkok Hot Rod Show, Thailand
Mooneyes Bangkok, Thailand
Kustomfest, Indonesia
Borneo Kustom Show, Brunei
BBQ Ride, Indonesia
Wicked Wallop, Singapore
Ya Seat, Thailand
Wheelspin, Thailand
Von Dutch, Indonesia
Sorotan khas AOS 2024 bakal merangkumi:
Terbaharu Untuk 2024! – SoundCircus Takeover oleh Art of Speed kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Bukan lagi festival di luar dewan, SoundCircus kini mengambil alih Dewan A! Kugiran musik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi akan menggegar AOS kali ini! SoundCircus akan diadakan sepanjang acara berlangsung dari 27 ke 28 Julai 2024 dari jam 4:00 petang hingga lewat di MAEPS Serdang. Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual).
*PENTING* Memandangkan SoundCircus Takeover ialah acara tertutup, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak yang hadir!
Terbaharu Untuk 2024! – Art of Speed akan berkolaborasi dengan Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen SFC yang sedang berjalan; “Stop The Violence”, melayari daripada bola sepak kepada gaya hidup automotif.
Terbaharu Untuk 2024! – Komuniti Moto4sale untuk jual beli motosikal bawah 500cc.
Terbaharu Untuk 2024! – Kolaborasi Art of Speed bersama IGL Coatings akan mempamerkan coating edisi terhad yang dibuat khas untuk penunggang motosikal dan motosikal.
Terbaharu Untuk 2024! – AOS berkolaborasi bersama 4 jenama tahun ini! Pertama, Art of Speed X Zippo. Kedua, Art of Speed X Von Dutch (baju kerja dan topi). Ketiga, Art of Speed X Selangor FC, dan kolaborasi yang ditunggu-tunggu tahun ini ialah Art of Speed x MOONEYES.
Terbaharu Untuk 2024! – AOS Invitational Build-Off kembali dengan 10 orang pembina binaan khas yang akan merebut hadiah wang tunai dan juga peluang untuk menghantar motorsikal kustom mereka ke Jepun untuk acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024. Pembina binaan khas yang tepilih adalah;
Abah & Sons (Padin Musa)
Nodie Cycles
Acid Welding
Zuhalfast
RGF
Flying Loser
Chaos Customs
FNG Works
Son of Abdul
The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia kembali lagi di Dewan C selepas mendapat sambutan yang hangat dari pelawat dan pengumpul kereta figura tersebut pada tahun 2023. Kali ini pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels – yang termasuk Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy And Sell, sesi perkongsian pengumpul, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi! Dan untuk satu malam, majlis makan malam juga akan diadakan untuk Hot Wheels Collector Convention di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. AOS 2024 akan melancarkan modal die-cast eksklusif konvensyen pertama untuk Malaysia bersama-sama Pengurus Pereka – Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.
Kembali di AOS juga ialah Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal. Sorotan untuk ThunderCircus termasuk “ride-in” mega dan pengumpulan kumpulan motosikal dari sekitar rantau ini.
Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan NEAT Fest di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia. Kereta yang diketengahkan adalah beberapa yang diubah suai menarik daripada kategori tempatan, Jepun, Eropah dan supercar.
Daripada menjadi sebahagian AOS kepada acaranya tersendiri – Off The Grid akan kembali semula di Dewan C. Menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin, Off The Grid akan mempamerkan banyak aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga. Jenama-jenama tempatan dan antarabangsa juga tersedia buat peminat “gaya hidup outdoor” cuci mata dan membeli belah!
Hail Vintage dan Streetware Con menampilkan fesyen pakaian jalanan dan thrift di Hall D. Kini dengan lebih banyak vendor untuk 2024. Tahun ini menampilkan Backdoor Soundsystem Collectiveuntuk menghiburkan orang ramai sepanjang hujung minggu.
Christopher Ng dari Motoqar akan menjadi hos pada tahun ini untuk acara Kustom & Koffee Talk tahunan di Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu, bersama-sama dengan ahli panel dari luar negara. Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri motosikal dan automobil.
Show & Shine juga kembali di Dewan A, menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 32nd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2024 nanti.
Aktiviti tambahan AOS 2024 merangkumi:
Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania.
La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
Food Park- Vendor dan foodtruck makanan kini di LUAR!
Bazar vintaj automobil.
Pelancaran produk di atas pentas.
Test Ride Zone untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain).
Cabutan bertuah tahun ini akan berlangsung pada hari Ahad dan ianya istimewa kerana hadiahnya merupakan kolaborasi antara AOS X QARTEL TV. Seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan SATU (1) Honda yang telah dimodifikasi. Kereta ini merupakan kenderaan “moden” pertama yang dipilih sebagai hadiah, dipilih kerana berfungsi serba boleh dan kecakapannya. Oleh itu, AOS telah bekerjasama dengan pakar Honda, Qaqal Jeffry dari QARTEL TV.
Pas hujung minggu AOS 2024 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. Baharu untuk tahun 2024 adalah pilihan untuk mendapatkan parkir tiket valet VIP. Dengan bayaran RM30.00, pengunjung boleh meletakkan kereta mereka di aras bawah di Dewan D dan ia sah untuk kemasukan sehari. *Tidak termasuk yuran pemprosesan RM3.
“Kami amat bersyukur kerana dapat menganjurkan Art of Speed Malaysia selama 13 tahun. Ia bukan sahaja untuk merealisasikan sebuah impian tetapi juga untuk kekal dengan cita-cita asal kami iaitu mengadakan acara yang mengumpulkan peminat-peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan segala yang berkaitan dengan seni, gaya hidup, budaya dan permotoran,” kata Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).
“Kami dengan sedaya upaya telah mencipta acara kami dengan dasar dan cara yang betul untuk diikuti, yaitu menyediakan ruang yang selamat, selesa dan inklusif, kandungan untuk semua deria manusia, aspirasi yang berpatutan, persaudaraan, dan sentiasa meraikan masa yang baik. Kesimpulannya, Art of Speed adalah untuk semua orang; sentiasa ada dan akan sentiasa ada. Terima kasih kerana bersama dengan kami sekali lagi untuk tahun 2024 dan jom kita sama-sama nanti meraikan AOS 2024!”
Permohonan Vendor & Korporat kini dibuka, sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mula menguatkuasakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan lalu lintas mulai Isnin, 1 Julai 2024. Kesalahan-kesalahan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan perundangan subsidiarinya.
DBKL mengumumkan kadar kompaun bagi kategori motosikal ialah RM30 bagi pembayaran yang dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).
Bagi kesalahan yang melibatkan kereta, kadar kompaun adalah RM50 bagi pembayaran yang dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, RM80 (16 hingga 30 hari) dan RM100 (31 hingga 60 hari).
Manakala bagi kenderaan berat, kadar kompaun adalah RM200 bagi pembayaran yang dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, RM250 (16 hingga 30 hari) dan RM300 (31 hingga 60 hari).
Perhimpunan Panigale Kingdom Mega Gathering 2024 baru-baru ini mencipta rekod baharu.
Ia adalah peristiwa penting apabila lebih 310 pemilik Ducati Panigale berserta motosikal mereka berkumpul untuk acara tersebut. ia jelas mengatasi rekod sebelumnya yang merekodkan 150 Ducati Panigale pada 2011. Perhimpunan terbesar ini mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records.
Acara Panigale Kingdom Mega Gathering 2024 bermula di bilik pameran Ducati KL, dan seterusnya menuju ke Nilai Spring untuk perayaan selanjutnya. Keseluruhan acara dan konvoi menyerlahkan keakraban dan perpaduan masyarakat Panigale.
Beberapa tokoh menghadiri acara itu termasuk wira MotoGP, WSBK dan ARRC Hafizh Syahrin; Siddhartha Varma, Pengarah Pemasaran Asia Pasifik, Ducati Motor Thailand; dan Dennis Michael, COO Ducati Malaysia.
Dennis Michael mengongsikan pendapatnya, “Perhimpunan Panigale Kingdom Mega Gathering ini adalah lebih daripada sekadar acara pemecahan rekod dunia; ia turut meraikan semangat ‘Malaysia Boleh!’ dan cinta Ducati di negara kita. Kami sangat teruja untuk menyokong kelab Ducati tempatan kami yang bersemangat dan pemilik bersemangat mereka, terutamanya apabila ia berkaitan dengan cinta mereka untuk Ducati, di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Saya juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada rakan sekerja saya Siddhartha kerana menyerikan acara ini dan menyaksikan sendiri kekuatan peminat Ducati Malaysia kami.”
Siddhartha Varma menambah, “Perhimpunan Panigale Kingdom di Malaysia adalah bukti semangat dan dedikasi penunggang kami. Ia adalah pemandangan yang luar biasa untuk melihat begitu banyak motosikal Panigale bersama-sama, mencerminkan perpaduan dan semangat yang mentakrifkan keluarga Ducati.”
Secara keseluruhannya, Panigale Kingdom Mega Gathering 2024 bukan sahaja mencatat rekod dunia baharu tetapi juga menekankan komitmen dan semangat yang tidak berbelah bagi pelumba Ducati. Acara bersejarah ini mempamerkan intipati warisan Ducati, semangat inovasi, dan semangat kemasyarakatan yang mendalam yang mengikat peminat Panigale di seluruh dunia.