Terdapat warna baharu yang dipanggil warna Heavy Grey Metallic You untuk Honda Gold Wing Tour (2024).
Apa lagi yang boleh dikatakan tentang Honda Gold Wing selain memberikan sanjungan demi sanjungan kepadanya? Ia adalah motosikal yang menjadi “piawaian” kelas motosikal jelajah (touring) mewah. Ia mungkin kelihatan terlalu besar, tetapi anda hanya perlu menunggangnya sekali sahaja untuk anda jatuh cinta dengan kelancaran enjin dan pengendaliannya yang amat mudah. Ia sudah tentunya amat selesa: Ia seakan sofa kulit IKEA kegemaran anda yang ada dua roda. Anda boleh memuatkan hampir segala-galanya ke dalam beg bagasinya. Terdapat banyak ciri dan butang infotainment yang boleh anda mainkan di lampu henti. Dan, versi terkini adalah salah satu motosikal tercantik yang pernah dicipta. Sebab itulah kami menggelarnya “Honda Accord Beroda Dua.”
Okay, okay, nampaknya kita sudah terlalu teruja. Mari kita lihat ciri-cirinya.
Ciri-ciri utama:
- Enjin enam silinder mendatar 1833cc, DOHC, 24 injap.
- Ia menghasilkan kuasa maksimum 93kW (124.7hp) dan tork maksimum 170Nm. Enjin ini ditala untuk menghasilkan tork yang kuat bagi memuatkan segala bagasi, aksesori, serta penunggang dan pembonceng.
- Kuasa enjin dihantar melalui transmisi Dual Clutch Transmission (DCT/Transmisi Dwi Klac) generasi ketiga dengan 7 kelajuan untuk penukaran gear yang lancar.
- Terdapat ruang bagasi berjumlah 61 liter.
- Skrin TFT 7-inci dengan ciri pautan Apple CarPlay, Android Auto, and Bluetooth.
- Pendikit Throttle-By-Wire (TBW) dengan 4 mod tunggangan: TOUR, SPORT, ECON, dan RAIN.
- Skrin angin yang boleh dilaras secara elektrik.
- Pencahayaan LED serta lampu isyarat yang berhenti sendiri.
- Mod Idling Stop dan Integrated Starter Generator (ISG).
Honda Gold Wing Tour (2024) dalam warna Heavy Grey Metallic You berharga daripada RM212,888 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti dua tahun atau 20,000km, yang mana sampai dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hondabigbike.com.my atau ke Honda BigWing berhampiran anda. Pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui nombor bebas tol di 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan wakil perhubungan pelanggan.