Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini KTM telah pun melancarkan 1290 Super Duke RR yang terhad kepada 500 unit seluruh dunia.

Motosikal tersebut dibina berlandaskan 1290 Super Duke R namun telah dinaik taraf dengan beberapa ciri premium antaranya panel gentian karbon (carbon fiber), fungsi ‘fast throttle’, ekzos slip on Akrapovic, tayar Michelin Power Cup2 dan fork depan WP Apex Pro 7548 Close Cartridge.

Model RR ini juga 9kg lebih ringan berbanding Super Duke R.

Namun, versi ‘RR’ masih lagi didatangkan dengan enjin 1,301 LC8, V-Twin Euro 5 yang sama terdapat pada Duke R.

Bagaimanapun, laporan terbaru mendedahkan bahawa kesemua 500 unit Super Duke RR ini telah pun habis dijual dalam tempoh 48 minit!

Senario ini sekaligus menandakan populariti KTM terus berkembang meskipun 1290 Super Duke RR ini ditawarkan pada harga EUR25,690 (RM126,400).

Lagenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh mengumumkan keputusan untuk kembali aktif dalam arena perlumbaan rali.

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan di Lembah Klang, baru-baru ini.

Karamjit bakal kembali beraksi bersama pasukan tajaan syarikat swasta, Cisco.

Pengarah Urusan Cisco, Rabin Nijhar mendedahkan dia membuat keputusan untuk menghubungi Karamjit selepas membaca artikel mengenai situasi bekas pelumba itu Disember lalu.

“Selepas tahun 2020, ketika saya sedang mencari peluang baharu, saya terbaca kisah Karamjit dan seterusnya kami di Cisco mempunyai peluang unik untuk menawarkan sesuatu.

“Dari situ kami teruja untuk bersatu sebagai rakyat Malaysia bagi memberi sokongan kepada ikon negara,” kata Rabin.

Karamjit akan kembali ke arena rali sejak kali terakhir beraksi pada 2018 dan akan disatukan semula bersama rakan baiknya dan petunjuk arah, Jagdev Singh.

“Rali adalah minat saya dan telah menjadi karier saya sepanjang 30 tahun ini. Saya memandu secara profesional pada 1988 dan hanya baru-baru ini saya sukar untuk mendapatkan penaja.

“Hakikatnya, saya tidak dapat hidup tanpa perlumbaan rali. Ini adalah semangat saya dan saya mahu berlumba seberapa banyak yang mampu,” jelasnya.

Kisah Karamjit kembali mendapat perhatian apabila dia terpaksa mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing selepas terpaksa menjual rumah dan tiga kereta kesayangan termasuk duit simpanan wang pekerja (KWSP) bagi menanggung karier perlumbaan ralinya sejak 2012.

Karamjit dan Cisco Racing akan kembali beraksi pada 26 dan 27 Jun ini di Kejuaraan Rali Kebangsaan Malaysia yang akan berlangsung di Sepang.

Setelah menaik taraf RSV4 bagi tahun 2021, Aprilia turut melaksanakan kemas kini terhadap model ‘streetfighter’ Tuono V4.

Bagi tahun 2021, Tuono V4 dan Tuono V4 Factory kini tampil dengan perbandingan lebih ketara.

Berbanding Tuono V4 Factory yang menawarkan elemen lebih agresif sepertimana yang terdapat pada RSV4, Tuono V4 kini dilengkapi ciri sebuah motosikal ‘touring’.

*Aprilia Tuono V4 Factory 2021

Ciri ‘touring’ tersebut jelas kelihatan menerusi penggunaan penghadang angin lebih tinggi, tempat duduk pillion lebih tebal dan lebar yang dipadankan bersama pemegang.

*Aprilia Tuono V4 2021

Pada masa sama, ketika Tuono V4 Factory dilengkpai sistem suspenson elektronik separa aktif dari Ohlins, Tuono V4 tampil dengan suspension mekanikal dari Sachs.

Bukan itu sahaja, Aprilia turut menawarkan aksesori ‘touring’ tambahan termasuk ‘panniers’.

Menurut Aprilia, Tuono V4 2021 didatangkan dengan ciri ‘dual-layer fairing’ yang sebelum ini diperkenalkan pada Tuono 660.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, jelas Tuono V4 2021 turut dilengkapi dengan swingarm underslung jenis aluminum.

Bagaimanapun, model 2021 ini masih lagi mengekalkan enjin V4, 1077cc dengan homologasi Euro 5 yang menawarkan 175hp dan 121Nm yang terdapat pada model sebelumnya.

Namun Tuono V4 2021 didatangkan dengan Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang telah dinaik taraf dengan penggunaan ECU Magneti Marelli 11MP.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkn bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun 70 peratus bayaran kompaun.

Diskaun tersebut ditawarkan bermula 13 April hingga 13 Jun 2021 kepada 3.5 juta kompaun yang telah pun dikeluarkan setakat ini.

Menurut Wee Ka Siong, diskaun tersebut akan memberi peluang kepada pengguna jalan raya yang tidak dapat memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan ekoran tunggakan saman dan kompaun.

“Sebagai contoh, pengguna jalan raya hanya perlu membayar RM45 bagi saman bernilai RM150,” jelasnya.

Benelli Malaysia telah melancarkan supermoped baharu menerusi R18i untuk pasaran tempatan menerusi siaran strim langsung, hari ini.

Dikuasakan enjin 174c, R18i menawarkan 18hp pada 9,500rpm dan 15.1Nm pada 7,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Menurut Benelli, R18i juga dilengkapi ‘throttle body’ 34mm yang berupaya menghasilkan tindak balaa lebih efisien.

Motosikal ini turut didatangkan dengan fork USD dan penyerap hentakan tunggal boleh laras dari KTB sekaligus menjaminkan tunggangan lebih responsif dan agresif.

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan cakera brek 240mm depan dan 220mm belakang.

Antara ciri menarik lain:

  • Skrin digital LCD
  • Berat 128kg
  • Tangki 4.8L
  • tiga pilihan warna – biru (edisi khas), merah dan hitam

Benelli Malaysia menawarkan R18i pada harga RM7,999 (sebelum cukai jalan dan insurans) dengan setiap pembelian disertakan bersama jaminan waranti pengeluar fua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu).

Pembinaan Litar Jalan Raya Mandalika di Indonesia telah mendapat perhatian Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB dalam satu kenyataan mengecam pendekatan yang digunakan dalam pembinaan litar tersebut yang dijadualkan akan melangsungkan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dan kejuaraan MotoGP.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak PBB mendapati Indonesia telah mencabul hak asasi orang asli di kepulauan Lombok.

Wartawan khas PBB, Olivier De Schutter mendedahkan petani dan nelayan dari suku kaum Sasaktelah menerima pelbagai ugutan dan gertakan.

“Menurut sumber yang boleh dipercayai, penduduk tempatan telah diugut dan dipaksa keluar daripada tanah mereka tanpa sebarang bayaran pampasan.

“Meskipun kami membuat penemuan ini, namun Agensi Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC) enggan membuat bayaran pampasan mahupun cuba menyelesaikan masalah tanah ini.”

Pembangunan sektor pelancongan di Lombok semakin pesat dengan Litar Jalan Raya Mandalika bakal menjadi daya tarikan utama.

Baru-baru ini, pihak Dorna bersama FIM turut terbang ke Lombok bagi meninjau pembinaan litar tersebut yang dijadualkan akan menganjurkan MotoGP pada 2022. – Race.com

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube