Bikesrepublic

Berita Terkini

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pemasangan XPANDER di kilang HICOM Automotive Manufacturers terletak di Pekan, Pahang.

Menurut MMM, kilang terbabit mampu menghasilkan lebih 6,000 unit XPANDER setahun dan merupakan negara ketiga seleas Indonesia dan Vietnam dalam melaksanakan program CKD (complete knock-down).

Kilang di Pekan itu turut menempatkan Body Shop, Painting Jigs and Tester Line dengan XPANDER turut menjalani proses pra-rawatan dan Electro Deposition dalam tangki ED.

MMM turut menempatkan auditor dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Pekan bagi menjaminkan mutu dan kualiti XPANDER bertaraf tinggi seperti di kilang pengeluaran Mitsubishi di serata dunia.

Mitsubishi XPANDER dijangka akan menarik ramai pembeli di Malaysia tatkala pasaran Indonesia merekodkan lebih 270,000 unit setakat ini.

Mitsubishi XPANDER yang dijadualkan untuk dilancarkan pada November.

Pada Januari lalu, CFMoto memaklumkan bahawa mereka sedang membangunkan sebuah motosikal adventure dengan enjin KTM.

Motosikal itu yang diberi nama MT800 kini kelihatan lebih jelas berdasarkan imej intipan yang tular di media sosial, baru-baru.

CFMoto MT800 ini pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada September namun ditangguh sehingga penghujung Disember atau awal Januari 2021 susulan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beberapa gambar yang tular ini mendedahkan rupa bentuk jelas MT800 termasuk enjin (KTM) parallel-twin 799cc LC8 yang tampak sama seperti yang terdapat pada KTM 790 Adventure.

Enjin terbabit menawarkan 95hp pada 8,00rpm dan 88Nm pada 6,500rpm.

Walaupun mengguna pakai fork depan WP seperti yang ditawarkan KTM namun MT800 ini lebih memfokuskan tunggangan atas jalan raya berbanding ‘off-raoad’.

Meskipun ini percubaan baharu CFMoto namun hasil kerjasama KTM, MT800 ini pastinya akan memberi saingan terhadap BMW F 750 GS, F 850 GS malah Triumph Tiger 900!

Apa yang pasti, MT800 ini akan menawarkan harga yang jauh lebih rendah.

Dalam perkembangan lain, CFMoto telah pun memperkenalkan motosikal sport touring menerusi CFMoto 1250 TR-G yang merupakan model paling berkuasa pernah dihasilkan pengeluar motosikal China dengan 140hp hasil daripada enjin 1,279cc V-Twin dari KTM.

Sumber di Malaysia turut memaklumkan bahawa 1250 TR-G ini akan turut dilancarkan disini pada 2021.

Polis Diraja Malaysia (PDMR) Kontinjen Selangor telah menerima 18 unit basikal elektrik serta 8 unit jetski bagi tujuan pemantuan pesisir pantai Selangor.

*Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi perkongsian di Facebook.

Menurutnya, basikal elektrik dan jetski itu bertujuan membantu pihak polis dalam mengenalpasti sebarang cubaan menceroboh sempadan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan akan mula digunakan pada 1 November 2020 dengan kos RM1.15 juta.

Pada masa sama, kerajaan negeri Selangor turut membekalkan 100 unit PPE, 500 unit pelindung muka, 300 unit sarung tangan, 200 unit gaun dan beberapa kelengkapan lain kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor.

Usaha terbaru ini merupakan inisiatif kerajaan Selangor dalam menyahut usaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam sama-sama mengekang penularan Covid-19 di negeri ini.

Penganjuran pusingan 6, Kejuaraan Petronas Cub Prix yang sepatutnya berlangsung hujung minggu ini telah dibatalkan.

Pengesahan itu diumumkan pihak promoter, Safe Aim Mutual (SAM) dalam satu kenyataan, semalam.

Keputusan itu dibuat susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 November oleh Majlis Keselamatan Negara, semalam.

Bagaimanapun, penganjur memaklumkan bahawa kalendar baharu bagi musim 2020 akan diumumkan sebaik keadaan beransur pulih dengan sasaran utama adalah menamatkan musim ini pada Disember atau selewatnya Januari 2020.

Pada masa SAM turut menggesa orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha menangani penularan Covid-19.

Selepas lebih setahun khabar angin tular mengenai perancangan Harley-Davidson terlibat dengan basikal elektrik, akhirnya Serial 1 Cycle diperkenalkan.

*Serial 1 diinsiprasikan daripada Serial Number One yang diperkenalkan pada 1903

Menariknya, nama Serial 1 itu diberikan sempena model Serial Number One, nama yang diberikan kepada motosikal sulung Harley-Davidson yang dibina pada 1903.

Tidak hairanlah Serial 1 menampilkan rekaan dengan tayar berwarna putih, tempat duduk kulit dan grip tangan dengan kerangka berwarna hitam menyamai model pada 1903.

Projek basikal elektrik ini dibangunkan oleh Product Development Center, yang mengumpulkan sekumpulan peminat motosikal dan basikal dalam membantu melahirkan Serial 1.

Menurut Harley-Davidson, fokus utama pembangunan Serial 1 adalah memastikan model itu benar-benar layak dalam membawa nama Harley-Davidson dalam segmen basikal elektrik.

Ketika ini Harley-Davidson masih belum mendedahkan spesifikasi Serial 1.

Permintaan terhadap basikal elektrik semakin meningkat terutamanya di Amerika Syarikat dengan lebih 270,000 unit telah dieksport ke negara itu pada 2019.

Angka tersebut dijangka meningkat di antara 500,000 hingga 600,000 pada tahun akan datang. – The Verge

Dua bulan lalu, Ducati Malaysia telah pun melancarkan Panigale V2 untuk pasaran tempatan.

*Ducati Panigale V2

Bagi menjaminkan pengalaman pembelian terbaik kepada pelanggan, Ducati Malaysia kini menawarkan pakej ekzos titanium Akrapovic ‘full system’ bernilai RM28,000!

Kini dengan setiap pembelian Panigale V2 pada harga RM109,900, orang ramai boleh menikmati ekzos ‘full system’ dari Akrapovic yang menjamin peningkatan kuasa jentera sebanyak 4 peratus!

Tawaran ini sah dari 1 November hingga 31 Disember 2020.

*ekzos titanium Akrapovic bernilai RM28,00

Ekzos titanium ini dihasilkan dengan menggabungkan kerja tangan Akrapovic dan rekaan Ducati, khas untuk Panigale V2.

Dibina 100 peratus dengan penggunaan bahan jenis aloi titanium dan TIG (Tungsten Inert Gas) menjaminkan ketahanan terhadap suhu tinggi di samping lebih ringan.

Info lanjut mengenai Ducati Panigale V2 sila KLIK SINI.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube