AFY Mobility Industries Sdn. Bhd. (AMI) telah melancarkan MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Limited Edition. Ia merupakan sebuah model yang amat istimewa, maka sesuai bagi pelancaran AMI sebagai pengedar rasmi MV Agusta di Malaysia.
Seperti tertera di dalam namanya, MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Limited Edition dihasil berasaskan litar lagenda Nurburgring yang terletak di Jerman. Sebagai sebuah model terhad, MV Agusta akan menghasilkan hanya 150 unit sahaja bagi seluruh dunia. Namun, hanya satu unit akan dijual di Asia. Justeru kita amat bernasib baik kerana satu negara Asia itu merupakan Malaysia dengan nombor 90/150.
Model ini menggunakan enjin 998cc, 4 silinder sebaris yang menghasilkan kuasa maksimum 208 HP pada 13,000 RPM dan tork maksimum 116.5 Nm pada 11,000 RPM. Kuasa dan tork ini dihantar melalui transmisi 6 kelajuan.
Ciri-ciri lain termasuklah komponen-komponen yang dibuat daripada gentian karbon termasuk rim; kaliper brek depan jenis Brembo Stylema, panel meter TFT 5.5 inci, sistem suspensi Ohlins, lampu-lampu LED, antara yag lain. Model ini juga dijual bersama Nurburgring Racing Kit (Kit Perlumbaan Nurburgring) yang terdiri dairpada sistem ekzos titanium Arrow, ECU perlumbaan, serta beberapa komponen gentian karbon.
Ciri-ciri elektronik terdidiri daripada mod tunggangan, kawalan traksi (traction control), wheelie control, sistem quick-shift MV EAS 3.0, sistem perhubungan MV MY Ride App, dan ABS.
MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Limited Edition dijual pada harga RM399,900.
AMI turut dipamerkan barisan model-model MV Agusta yang lainseperti Brutale 1000 RS (RM168,800), F3 RR (RM145,800), Fs Rosso (RM111,800), Superveloce (RM138,800), Dragster RR (RM148,800), Dragster Rosso (RM99,800), Brutale Rosso (RM96,800), Turismo Veloce Lusso (RM140,800) dan Turismo Veloce Rosso (RM99,800).
Pusat pameran AFY Two Wheels SEA Sdn. Bhd. yang baharu beroperasi di Seksyen 51A, Petaling Jaya dan dibuka hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.