Bikesrepublic

Berita Terkini

Suzuki Malaysia sememangnya bekerja dengan keras sejak diambil alih pengedar baharu.

*Suzuki Hayabusa

Setakat ini, Suzuki Malaysia telah pun memperkenalkan 13 model baharu setakat ini – yang merangkumi Raider R150 Fi, GSX-S150, GSX-R150, Burgman 400, SV650, V-Strom 650XT, GSX-S750, Katana, GSX-R1000, GSX-R1000R, V-Strom 1050XT, GSX-S1000 – dengan Suzuki GSX-S1000GT menjadi model terbaru diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

*Suzuki Burgman 400

Daripada 13 model tersebut, tiga daripadanya babitkan kapasiti 150cc manakala baki 10 model lagi menawarkan enjin antara 400cc hingga 1300cc. 

Ini bermakna, Suzuki Malaysia masih ketandusan model 250cc yang merupakan segmen antara yang paling popular disini.

Bagaimanapun, kami difahamkan bahawa Suzuki Malaysia akan memperkenalkan V-Strom 250 SX untuk pasaran tempatan.

Ini kerana, kelibat model itu menjalani ujian jalan raya di Malaysia telah mula kelihatan ketika kami berada sekitar perkarangan Suzuki Malaysia di Glenmarie.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan bila model itu akan diperkenalkan.

Namun, berdasarkan spesifikasi V-Strom 250 SX yang diperkenalkan di India, motosikal ADV tersebut didatangkan dengan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve Fi yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm.

Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik
  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yang memudahkan enjin dihidupkan.

Untuk pasaran India, Suzuki V-Strom 250 SX ini ditawarkan pada harga INR211, 600 (RM11,900). 

Suzuki V-Strom 650 merupakan antara model yang telah lama berada dalam pasaran sejak diperkenalkan pada 2004. 

Akhirnya, selepas hampir 20 tahun, Suzuki akan menggantikan motosikal ‘adventure touring’ segmen pertengahan itu dengan sebuah model baharu.

Perkara itu didedahkan menerusi rakaman ‘spy shot’ terbaru yang dimuat naik baru-baru ini.

Walaupun sudah berusia hampir 20 tahun namun model 650cc Suzuki, termasuk V-Strom 650 dan SV650 kekal popular di pasaran Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun, tidak dinafikan, enjin V-Twin 650cc itu sudah berusia dan tidak lagi relevan untuk bersaing dengan pasaran semasa apatah lagi dengan peraturan emisi yang bertambah ketat.

Jadi, sememangnya sudah sampai masa untuk keluarga 650 Suzuki dinaik taraf agar dapat beri saingan dengan jenama lain.

Buat masa ini Suzuki tidak memberi sebarang pengesahan mengenai kapasiti enjin namun berdasarkan paten yang telah difailkan sebelum ini, Suzuki sememangnya sedang membangunkan enjin parallel-twin 700cc.

Ini secara tidak langsung mengesahkan bahawa V-Strom 700 tidak lagi akan menawarkan konfigurasi V-Twin seperti generasi 650.

Selain daripada enjin, rekaan bahagian depan – berdasarkan imej ‘spy shot’ – mendedahkan bentuk baharu terutamanya lampu depan yang diilhamkan dari model V-Strom 1050. 

V-Strom 700 itu juga dilihat datang dengan suspensi USD baharu dengan penggunaan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang.

Bagi yang bertanya bilakah model ini akan diperkenalkan, kami jangka previu Suzuki V-Strom 700 ini akan berlangsung di EICMA 2022, November ini. 

Ketika ini, terdapat dua varian Suzuki V-Strom 650 dipasarkan, merangkumi V-Strom 650 dan V-Strom 650 XT. Untuk pasaran Malaysia, hanya varian V-Strom 650 XT dipasarkan di Malaysia dengan harga sekitar RM37,989.

RNF Racing akan memulakan aksi sulung selaku pasukan satelit Aprilia bagi musim 2023 di Kejuaraan Dunia MotoGP dengan gandingan Miguel Oliveira dan Raul Fernandez.

RNF dalam satu kenyataan mengesahkan barisan pelumba bagi musim 2023 dengan menamakan Oliveira dan Fernandez sebagai pilihan utama.

Menariknya, kedua-dua pelumba akan bersama-sama RNF Aprilia bagi musim 2023 hingga 2024 setelah mengikat kontrak dua tahun.

Prinsipal pasukan, Razlan Razali, turut berkongsi keterujaan selepas berjaya memikat kedua bakat muda itu.

“Kami sangat teruja untuk mengucapkan selamat datang kepada Miguel Oliveira dan Raul Fernandez kepada pasukan WithU RNF MotoGP Team bermula musim 2023.

“Proses ini bukan mudah tetapi bersama Aprilia kami amat jelas dengan pilihan kami.

“Kedua-duanya adalah pelumba muda yang mempunyai pengalaman terutamanya dari Miguel (Oliveira) dan Raul yang saya sendiri merupakan peminat besarnya sejak dari Moto2 lagi.

“Sangat mengujakan kerana kami akhirnya berjaya mendapat khidmatnya,” jelas Razlan. 

Kedua-dua pelumba tersebut telah pun dikaitkan dengan perpindahan ke RNF Aprilia sebelum ini. 

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali turut tidak berselindung dengan menyatakan Fernandez kekal menjadi pilihan utamanya sebelum ini.

Sementara itu, dengan pengesahan Oliveira, ini bermakna pelumba Tech3 KTM ketika ini, Remy Gardner, berpeluang besar untuk ke Tech3 GASGAS bagi digandingkan bersama Pol Espargaro.

Gardner sebelum ini menyatakan kebimbangan terhadap senario semasa di KTM dengan pasukan itu berharap Oliveira kekal agar dapat sertai GASGAS.

Benelli 752S telah pun berada di dalam pasaran global pada awal 2021 dan turut dilancarkan di Malaysia pada Februari 2021 dengan harga RM37,888.

*Benelli 752S

Walaupun tampil dengan reka bentuk agresif dan ‘sporty’ namun model bernadikan enjin parallel-twin 754cc ketinggalan dari aspek kuasa dengan hanya menawarkan 75hp dan 67Nm.

Meskipun kuasa tersebut meletakkannya setaraf dengan Yamaha MT-07 namun 752S jauh lebih berat dengan 228kg berbanding 183kg. 

*Benelli 752S

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Benelli akan mengatasi masalah itu dengan memperkenalkan versi 802S tidak lama lagi.

Ini kerana jenama motosikal China-Itali itu telah pun memfailkan dokumen kelulusan di China yang mendedahkan model akan datang itu bukan sahaja lebih berkuasa (dengan kapasiti enjin lebih besar) malah lebih ringan.

Menurut dokumen tersebut, motosikal generasi terbaru itu naik 45cc kepada 799cc dengan kuasa juga meningkat dari 75hp kepada 95hp. 

Bukan itu sahaja, Benelli juga berjaya mengurangkan sekitar 20 kilogram berbanding model 752S. 

Meskipun tidak dinyatakan apakah punca kepada berat yang lebih ringan itu namun kami menjangkakan Benelli menaik taraf bagi kerangka, swingarm dan rim bagi mencapai keputusan tersebut.

Namun, beberapa ciri lain masih lagi dikekalkan antaranya fork 50mm dari Marzocchi dan brek Brembo.

Joan Mir akan terus beraksi di kelas premier MotoGP bagi musim 2023 setelah disahkan menjadi pelumba pasukan Repsol Honda musim depan. 

Honda Racing Corporation (HRC) dalam satu kenyatana rasmi kepada media mengumumkan perkara tersebut.

Menurut HRC, pelumba berusia 24 tahun itu akan beraksi dengan jentera Honda RC213V bersama pasukan factory setelah mengikat kontrak dua tahun.

Ini bermakna, bekas juara dunia MotoGP musim 2020 itu akan dipadankan bersama Marc Marquez musim depan.

Pengumuman itu pastinya sesuatu yang dinantikan Mir setelah masa depannya terumbang-ambing ekoran penarikan diri Suzuki dari kejuaraan dunia MotoGP, sebelum ini.

Mir ketika ini sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan serius ekoran kemalangan ‘highside’ di litar Red Bull Ring di Austria.

Dia juga akan terlepas aksi hujung minggu ini di Misano dengan tempatnya akan digantikan dengan pelumba Suzuki Endurance Racing Team, Kazuki Watanabe.

Sejak kebelakangan ini, ada sahaja penjualan barangan berkaitan motosikal yang mencuri tumpuan orang ramai.

Baru-baru ini, seorang penjual meletakkan harga RM180,000 bagi sesiapa yang berminat untuk membeli sebuah Yamaha RXZ tahun 2009 miliknya.

Sebelum itu juga, terdapat juga beberapa lagi barang niaga berkaitan motosikal yang dijual pada harga tidak masuk akal.

Terbaru seorang penjual di Facebook dengan akaun Pokjacks Vtg Empire mengiklankan sebuah helmet vintaj Bell LTD warna kelabu yang dijual pada harga RM38,000.

Bukan itu sahaja, akaun tersebut turut membuat jualan ‘combo’ babitkan dua lagi helmet, sebuah Magnum LTD putih dan Magnum Ltd oren dengan harga RM85,000.

Apakah yang membuatkan ketiga-tiga helmet ini ditawarkan pada harga sedemikian? Persoalan itu mungkin hanya boleh dijawab si penjual dan mereka yang mengumpul helmet berkenaan.

Apa yang pasti, bagi orang lain yang turut memiliki helmet seperti itu pastinya berasa gembira dengan nilai semasa.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube