Bikesrepublic

Berita Terkini

Tak dinafikan, rakyat Malaysia memang gemar mengubahsuai kenderaan masing-masing tak kira kereta mahupun motosikal.

Mengenal pasti minat pengguna di Malaysia terhadap budaya kustom, Mitsubishi Motors Malaysia bersama-sama Speedline Industries telah berkerjasama dalam menghasilkan  projek ‘one-off’ Mitsubishi Xpander Motorsport. 

Siapa kata kereta keluarga tak boleh nampak garang dan agresif?

Mitsubishi Xpander dengan tema ‘motorsport’ ini telah diinspirasikan daripada kereta rali Xpander AP4 yang dibangunkan Mitsubishi Motors Indonesia bersama-sama Team Ralliart New Zealand mengikut spesifikasi AP4. 

Xpander AP4 tersebut menghasilkan 350hp dan 556Nm di samping menawarkan sistem ‘all-wheel drive’ dan kotak gear ‘sequential’ dengan 6-kelajuan.

Projek ‘one-off’ ini telah dibangunkan Speedline Industries dengan idea utama adalah mereka tarikan visual sama seperti AP4. Hasilnya, sebuah Xpander dengan perubahan kosmetik yang mendadak. 

Pertamanya, bahagian bampar depan dipasang dengan dua corong udara. Terdapat juga dua corong udara di bahagian bonet depan yang berfungsi untuk mengeluarkan suhu panas dari ruang enjin.

Tak cukup dengan itu, visual bahagian sisi pula dipertingkat dengan skirting yang lebih lebar serta ‘fender flare’ yang lebih menonjol yang dipadankan bersama rim 18-inci. 

Sementara itu, spoiler yang besar dan serba hitam menjadi fokus utama bahagian belakang yang turut ditambah dengan ‘diffuser’ yang menonjol. 

Akhir sekali, Mitsubishi Xpander Motorsport ini dlengkapkan dengan ‘air-scoop’ rali dan pilihan warna dan grafik yang diinspirasikan dari Mitsubishi Motorsport. 

Ketika ini, mesti anda tertanya-tanya apa sebenarnya motif utama projek ‘one-off’ ini?

Apa yang kami boleh rungkaikan, projek ini jadi bukti Mitsubishi Xpander boleh diubahsuai sehingga tahap radikal dan tampil lebih agresif. 

Ducati bakal memperkembangkan lagi model V4 menerusi model ‘power cruiser’ Ducati Diavel. 

Berdasarkan imej ‘spy shot’ yang tersebar di Eropah, Ducati Diavel akan mendapat suntikan enjin Gran Turismo V4 yang sama terdapat pada Multistrada V4.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, tempat duduk Diavel terbaru itu menampilkan nama Diavel V4 sekaligus mengesahkan kehadiran enjin V4 bagi generasi terbaru motosikal terbabit. 

Diperkenalkan pada 2010, Ducati Diavel sememangnya menampilkan rekaan lain dari yang lain.

Jadi tidak hairanlah sejak itu DIavel menjadi inspirasi utama kepada pengeluar lain dalam menghasilkan ‘power cruiser’ tersendiri.

Benelli 502C jelas antara model yang diilhamkan daripada reka bentuk Diavel.

Bagi tahun 2023, generasi ketiga Diavel akan dilancarkan tidak lama lagi menerusi Ducati World Premiere 2023.

*Gran Turismo V4

Berdasarkan gambar ’spy shot’ yang disiarkan, Ducati akan menggantikan enjin 1260 DVT Testastretta yang digunakan sejak 2010 dengan platform Gran Turismo V4 1158cc. 

Menariknya, enjin tersebut tidak lagi menggunakan ‘desmodromic valve’ yang ikonik kepada Ducati sebaliknya digantikan dengan ‘valve spring’. Hasilnya, ‘major service’ enjin terbabit diletakkan pada 60,000km.

Menyaksikan Diavel dibina sebagai sebuah jentera cruiser, maka menerapkan enjin V4 dari Multistrada V4 ini adalah langkah relevan dari Ducati.

Nantikan pelancaran global Ducati Diavel menerusi DWP 2023 yang ketika ini masih berbaki enam episod lagi. 

Tidak dinafikan motosikal Aprilia RS250 cukup gah sejak diperkenalkan dari 1994 hingga 2004. 

Bagaimanapun, enjin dua-lejang (2-stroke) merupakan teknologi lama dan tidak bersih untuk pasaran semasa di samping tidak melepasi standard emisi global.

Namun, perkembangan terbaru mengesahkan bahawa Aprilia akan kembalikan model RS250 namun dengan enjin baharu.

Enjin tersebut merupakan platform parallel-twin 250cc 4-lejang (4-stroke). 

Lakaran CAD ini memaparkan enjin parallel-twin 250cc DOHC 4-lejang serba baharu yang sedang dibangunkan Aprilia. Menariknya, enjin ini menempatkan ‘central-cam drive’ antara silinder berbanding pada satu belah sahaja. 

Konfigurasi ini jarang diterapkan namun Honda juga pernah mengguna pakai konsep sama antaranya pada Honda CBX 1000 dan VFR400R.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada konfigurasi ini termasuk menghasilkan ‘cylinder head’ yang lebih kompak sekaligus mengurangkan tahap kelenturan ‘camshaft’ dan ‘crankshaft’. 

Apa yang pasti, enjin 250cc parallel-twin yang dibangunkan Aprilia ini tidak pernah lagi dibuat pengeluar lain.

Untuk rekod, enjin tersebut telah didaftarkan oleh Zongshen-Piaggio di China dan akan menjadi nadi kepada RS250 serba baharu untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. 

Manakala, untuk pasaran Asia pula Aprilia akan menggunakan nama GPR250RR. 

*Aprilia RS250 SP

Zongshen sebelum ini juga bertanggungjawab menghasilkan Aprilia RS125 dan GPR250R untuk pasaran China yang digerakkan enjin satu silinder. GPR250R juga menjadi platform kepada RS250 SP yang dipasarkan sebagai jentera litar di Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Pembangunan model baharu ini secara tidak langsung menandakan langkah baru Aprilia dan menyaingi segmen ‘sportsbike’ 250cc yang ketika ini diterajui Yamaha R25, Honda CBR250RR dan Kawasaki Ninja 250. 

Menurut laporan sebelum ini, Honda akan memperkenalkan empat model serba baharu bermula dengan Honda Hornet 750.

Enjin tersebut bukanlah platform parallel-twin 745cc yang ketika ini menggerakkan X-ADV 750, Forza 750 dan NC750X tetapi merupakan enjin 755cc serba baharu.

Enjin baharu itu akan diperkenalkan pada Honda Hornet yang akan dilancarkan tahun ini.

*Enjin parallel-twin 755cc serba baharu dari Honda.

Apa yang menarik tentang nadi terbaru dari Honda ini? Pertamanya, enjin parallel-twin 755cc dengan 8-valve Unicam ini menawarkan 92hp pada 9,500rpm dan 75Nm pada 7,250rpm. 

Menariknya, Honda juga mula mengorak langkah seperti pengeluar lain dengan menerapkan sistem crankshaft 270-darjah. 

Maka tidak hairanlah mengapa enjin parallel-twin 755cc ini menawarkan kuasa berlipat ganda dari parallel-twin 745cc sedia ada yang menghasilkan 58hp dan 69Nm. 

Meskipun hanyalah perbezaan 10cc namun jelas membuktikan enjin serba baharu ini bertujuan untuk menghasilkan motosikal yang lebih berkuasa.

*Timbalan Pengarah Projek Utama Honda, Fuyuki Hosokawa

Timbalan Pengarah Projek Utama Honda, Fuyuki Hosokawa dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa enjin terbaru itu dibangunkan kerana mahu menyuntik sesuatu yang istimewa pada model Hornet yang sememangnya istimewa pada jenama itu. 

“Bagi mencapai prestasi dan kendalian yang ringan, kami tahu kami perlu menghasilkan enjin dengan stroke pendek dengan crankshaft 270-darjah. 

“Enjin ini bukan sahaja menghasilakn kuasa yang tinggi malah tork rendah yang ‘sporty’, sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar dan di lebuh raya,” jelasnya.

*Honda XL750 Transalp dikesan jalani ujian baru-baru ini.

Seperti laporan sebelum ini, Honda dijangka akan mendedahkan Hornet selewatnya di pameran ECIMA 2022 di Milan pada November ini. Sementara itu, Honda juga dijangka menyuntik enjin sama kepada tiga model baharu lain termasuk Transalp 750, Hawk 75 dan CBR750RR. 

Baru-baru ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Hong Leong Yamaha Motor akan menghasilkan semula motosikal ikonik, Yamaha RXZ untuk pasaran tempatan.

Meskipun dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana pembinaan enjin 2-stroke telah pun dihentikan di samping tidak mencapai standard emisi semasa negara (Euro 4) namun masih ada lagi yang berkongsi berita tidak sahih itu.

Namun, bagi peminat motosikal klasik Yamaha di Thailand, mereka boleh bersorak kerana Yamaha Thailand masih lagi menghasilkan model klasik, seperti SR400.

Yamaha SR400 mula dihasilkan pada 1978 dan dipasarkan di Jepun sebelum diperkenalkan di pasaran dunia lain selepas itu termasuk di Thailand.

Bagaimanapun, sempena meraikan ulang tahun ke-44, Yamaha Thailand memperkenalkan SR400 Black Gold Limited Edition.  

Model istimewa itu hanyalah terhad kepada pasaran Thailand sahaja dan datang dengan warna ‘Black Gold’ menyamai warna pada model pertama yang dihasilkan pada 1978. 

Dikuasakan enjin 399cc 4-lejang SOHC dengan penyejukan udara, Yamaha SR400 ini menawarkan 22.9hp pada 6,500rpm dan 27.4Nm pada 3,000rpm. 

Seperti model terdahulu, SR400 edisi terhad ini menggunakan ‘kickstarter’ namun telah dinaik taraf dengan sistem ‘fuel injection’ berbanding karburator. 

Sistem suspensi pula hadir menerusi fork teleskopik di bahagian depan dan penyerap hentakan berkembar di belakang. Brek pula dikendalikan cakera brek 298mm depan dan brek drum di belakang.

Turut melengkapkan rupa Yamaha SR400 edisi terhad ini adalah penggunaan rim lidi 18-inci dengan tayar jenis tube.

Menariknya, hanya 400 unit Yamaha SR400 edisi ulang tahun ke-44 ini ditawarkan untuk pasaran Thailand dengan setiap unit disertakan nombor khas. 

Menurut laporan di Thailand, Yamaha SR400 Edisi Ulang Tahun Ke-44 ini dijual pada harga THB309,000 (RM38k). 

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah menyumbang sebuah trak pikap Mitsubishi Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Sumbangan itu dibuat bagi membolehkan NCSM melakukan kerja-kerja saringan di komuniti pedalaman yang sukar diakses kenderaan biasa.

“Mitsubishi Motors menyokong usaha murni NCSM dalam menjalankan misi meningkatkan kesedaran umum terhadap pencegahan, saringan dan pengesanan awal kanser. 

“Selari dengan visi CSR kami ‘Inspiring Lives Today for a Greater Future’, kami faham kejayaan tidak seharusnya diukur dari segi bilangan kenderaan di atas jalan raya, akan tetapi kualiti kehidupan setiap insan yang telah ditambah baik di sepanjang perjalanan tersebut.

“Sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab, kami amat berbesar hati untuk memenuhi CSR kami dengan menggunakan kekuatan inovatif 4×4 kami untuk membawakan penambahbaikan yang lebih besar terhadap masyarakat,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.

NCSM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi dengan pembiayaan sepenuhnya oleh sumbangan orang awam. NCSM bertanggungjawab memberi sokongan penuh kepada pesakit dan penjaga dalam memahami dan menangani kanser pelbagai fasa. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube