Bikesrepublic

Berita Terkini

Monster Energy Yamaha dan Maverick Vinales telah bersetuju untuk berpisah di penghujung musim 2021, baru-baru ini.

Persetujuan bersama dicapai untuk Yamaha menamatkan kontrak Vinales yang masih berbaki semusim hingga 2022.

Ketika pelbagai khabar angin berlegar antaranya pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli dipetik sebagai pengganti Vinales, kini timbul pula nama Miguel Oliveira.

Pelumba KTM itu turut mengakui dihubungi Yamaha mengenai slot kekosongan di pasukan factory itu.

Bagaimanapun, bagi Oliveira dia menghormati kontraknya bersama KTM.

“Selepas menandatangani kontrak saya kekal komited dengan pasukan ini selama dua tahun dan saya akan menghormati janji saya.

“Sudah tentu situasi Vinales ini mengundang pelbagai ketidaktentuan. Saya juga dihubungi (oleh Yamaha) mengenai perkara ini tetapi seperti saya jelaskan, fokus saya adalah pasukan ini.

“Saya percaya kami mampu muncul juara dunia bersama KTM,” jelas Oliveira yang mempunyai kontrak bersama pasukan itu sehingga penghujung 2022. – GPOne

Pelumba Moto2 negara di saingan Kejuaraan CEV Repsol 2021, Adam Norrodin berjaya mendapat tempat ketiga dalam Race 1 di litar Autodrom Algarve, Portugal, semalam.

Bermula di petak ketiga, Adam berjaya menampilkan tunggangan konsisten untuk menaiki podium di litar Portimao di belakang dua pelumba Boscoscuro Talent Team, Fermin Aldeguer (juara) dan Alonso Lopez di tempat kedua.

Bagaimanapun, pelumba Liqui Moly Intact SIC Racing Team itu tidak dapat mengutip mata dalam Race2 apabila terbabit kemalangan.

Namun, nasib lebih baik buat rakan sepasukannya, Lukas Tulovic yang berjaya menamatkan Race 2 di tempat keempat, meskipun menduduki tempat ketiga di awal perlumbaan.

Keputusan perlumbaan di Portimao menyakikan Adam kini menduduki tempat kelima kejuaraan dengan 74 mata, manakala Aldeguer terus selesa didepan dengan 175 mata.

Saingan CEV akan kembali 27 Julai ini di Motorland Aragon.

Aprilia mengumumkan panggilan semula (recall) beberapa model baharu membabitkan RS660 dan Tuono 660 di Amerika Syarikat.

*Aprilia RS660

Panggilan semula itu menyaksikan Aprilia bakal menukar enjin kepada yang baharu.

Menurut laporan, Aprilia sedang mensasarkan beberapa model RS660 dan Tuono 660 berdasarkan nombor chasis tertentu.

*Aprilia Tuono 660

Sebelum ini, Aprilia telah pun berdepan isu dengan tetapan ‘valve train’ di samping beberapa pemilik mendakwa terdapat masalah dengan bahagian ‘connecting rod’.

Meskipun tidak dinyatakan secara terperinci namun kedua-dua isu ini dijangka punca Aprilia terpaksa membuat panggilan semula bagi menukar enjin kepada yang baru.

Pada masa sama, tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini akan turut menjejaskan model RS660 dan Tuono 660 yang dipasarkan di luar Amerika Syarikat termasuk di Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan bahawa sekatan jalan raya (SJR) akan ditambah di sekitar negeri itu sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok (3 Julai 2021).

Namun, kaedah kawat berduri tidak akan diguna pakai di Selangor selepas mengambil kira faktor keluasan kawasan.

Ketika ini terdapat antara 120 hingga 140 SJR dilaksanakan sekitar Selangor dan angka tersebut akan ditambah sepanjang PKPD termasuk operasi SJR secara mengejut (snap check).

Menurut Arjunaidi, 80 peratus daripada 14,000 anggota polis Selangor akan dikerahkan bagi sepanjang operasi Covid-19.

Dalam perkembangan lain, kaedah kawat duri akan dilaksanakan di lokaliti sekitar Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim yang turut mendedahkan pemasangan kawat duri di 14 lokaliti sekitar Kuala Lumpur akan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – The Star

Toprak Razgatlıoğlu akan terus kekal bersama Yamaha di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) setelah menandatangani kontrak lanjutan dua tahun.

Razgatlıoğlu dianugerahkan kontrak lanjutan setelah menampilkan prestasi cemerlang sejak menyertai pasukan itu pada 2020.

Pelumba kelahiran Turkey itu merekodkan kemenangan sulung dalam penampilan pertamanya dengan jentera R1 di Philip Island sebelum melakar dua lagi kemenangan untuk menduduki tempat keempat keseluruhan, musim lalu.

Prestasi Razgatlıoğlu terus cemerlang memasuki musim 2021 apabila menduduki tempat kedua kejuaraan setakat ini setelah mencatat tujuh podium.

Pencapaian Razgatlıoğlu turut menarik perhatian pasukan di MotoGP, antara yang disebut adalah Petronas Sepang Racing Team (SRT).

SRT bakal kehilangan khidmat Valentino Rossi yang didakwa akan memacu VR46 bersama Ducati musim depan manakala Franco Morbidelli disebut telah bersetuju untuk mengisi slot Maverick Vinales yang akan berhijrah ke pasukan baharu, hujung musim ini.

Sementara itu, kontrak dua tahun ini menyaksikan Razgatlıoğlu akan terus membantu Pata Yamaha with Brixx di pentas WorldSBk sehingga 2023.

Subaru telah berkongsi teaser baharu yang dicanang merujuk kepada model WRX 2022.

Meskipun teaser tersebut sekadar menampakkan siluet, namun jelas model WRX ini tampil dengan ‘hood scoop’ ikonik di bahagian depan.

Menurut Subaru, WRX akan datang ini akan dikagumi semua pihak terutamanya peminat model itu.

Sebelum ini beberapa gambar ‘spy shot’ WRX 2022 ini telah pun didedahkan kepada umum.

Menurut laporan, terdapat khabar angin yang mendakwa WRX 2022 ini akan digerakan enjin 2.4L turbocharge dengan varian STI (yang akan dilancarkan kemudian) menawarkan 400hp dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan manual.

Meskipun tiada tarikh didedahkan ketika ini namun dijangka model ini akan diperkenalkan lewat tahun ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube