Bikesrepublic

Berita Terkini

Harley-Davidson Malaysia melancarkan Low Rider S, Softail Standard dan Street Bob 114 yang merupakan model 2021 untuk pasaran tempatan.

*Street Bob 114

Harley-Davidson Street Bob 114 paling mencuri tumpuan apabila dinaik taraf dengan enjin Milwaukee-Eight 1,868cc di samping menjadi model Softail paling ringan.

Enjin baharu ini menyaksikan Street Bob 114 2021 menawarkan 161.3Nm pada 3,000rpm.

Street Bob 114 20221 ini ditawarkan ada harga bermula dari RM101,900.

*Softail Standard

Sementara itu, Softail Standard dan Low Rider S ditawarkan pada harga RM89,900 dan RM106,900.

Harley-Davidson Low Rider S merupakan model yang dibina dari chasis Softail namun telah disuntik dengan komponen premium terutamanya bahagian ‘suspension’ bagi menawarkan pengalaman tunggangan yang agresif.

*Low Rider S

Low Rider S dengan enjin Milwaukee-Eight 114 ini menawarkan 115Nm seawal 3,250rpm.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk menyaksikan tawaran 2021 ini dengan lebih dekat boleh hadir ke ‘rumah terbuka’ di semua pengedar rasmi Harley-Davidson seluruh negara pada 27 dan 28 Mac ini.

UMW Toyota Malaysia (UMWT) melancarkan Toyota Corolla Cross serba baharu untuk pasaran tempatan.

Untuk pasaran negara, Toyota Corolla Cross datang dalam dua varian, 1.8V dan 1.8G dan merupakan model CBU yang diimport dari Thailand dengan masing-masing ditawarkan dengan harga RM134,000 dan RM124,000.

Bagaimanapun, menurut UMWT, model pemasangan tempatan CKD akan diperkenalkan sekitar hujung tahun ini.

Seperti model baharu Toyota lain, Corolla Cross tampil dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), yang menjamin kestabilan serta ketahanan semasa pemanduan.

Corolla Cross ini menawarkan panjang keseluruhan 4,460mm, lebar 1,825mm dan ketiggian 1,620mm di samping jarak kelegaan tanah (ground clearance) pada 161mm.

Varian 1.8G merupakan model standard yang menawarkan lampu jenis halogen di bahagian depan serta LED di belakang manakala varian 1.8V tampil dengan pencahayaan Bi-LED penuh dengan fungsi Daytime Running Light (DRL).

Bagaimanapun, kedua-dua varian menawarkan tempat duduk dengan kemasan kulit serta pencahayaan LED di panel pintu manakala tempat duduk pemandu boleh diselaraskan secara elektronik.

Bahagian infotainmen tampil dengan skrin 9″ yang turut memaparkan imej dari ‘reverse camera’ manakala ruang hadapan pemandu menempatkan paparan 4.2″ Multi-Informaton Display (MID).

Sementara itu, Toyota Corolla Cross dikuasakan dengan enjin 1.8L DOHC dengan dual VVT-i yang menawarkan 137.2hp pada 6,400rpm dan 172Nm pada 4,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan Sequential Shiftmatic (CVT).

Sewaktu sesi ujian pemanduan, kami dapati radius pusingan 5.2 meter (terbaik dalam kelasnya) memudahkan pemandu untuk membuat pusingan dengan lebih mudah dan selamat.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • Keterhubungan Apple CarPlay/Android Auto
  • Ruang letak barang 440L
  • Bukaan sudut depan 18 darjah
  • Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 (1.8V sahaja) menawarkan Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dan Automatic High Beam
  • (AHB)
  • Digital Video Recorder (DVR)
  • Vehicle Telematic System (VTS)
  • 7 beg udara SRS
  • ISOFIX

Toyota Corolla Cross ditawarkan dengan lima pilihan warna – Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan Nebula Blue Metallic.

BMW Motorrad melancarkan C 400 X dan C 400 GT yang telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu.

*BMW C 400 GT 2021

Bagi tahun 2021, enjin 350cc satu silinder ini kini berstatus Euro 5 namun kekal menawarkan 34hp pada 7,500rpm dan 35Nm pada 5,750rpm serta dipadankan bersama transmisi jenis CVT (Continuously Variable Transmission).

*BMW C 400 GT

Pada masa sama, BMW turut memperkenalkan fungsi ‘electronic throttle grip’ di samping sistem pengurusan enjin baharu.

Beberapa bahagian enjin juga telah dikemas kini antaranya, catalytic converter, O2 sensor, cylinder head, wiring harness dan kelajuan idle.

*BMW C 400 X

Susulan mencapai piawaian Euro 5, enjin juga lebih lancar dan lebih sensitif kepada pulasan throttle manakala gegaran sewaktu dalam ‘idle’ kurang dirasai.

Sistem ‘Automatic Stability Control'(ASC) turut dioptimumkan bagi model 2021 antaranya kalibrasi boleh dilakuakn secara automatik berbanding manual seperti sebelum ini antaranya ketika pertukaran tayar.

*BMW C 400 X

Menurut BMW Motorrad, ASC tidak lagi perlu dinyahaktifkan ketika menunggang atas permukaan basah dan licin.

Ruang letak barang dengan Flexcase 45L kini menerima pencahayaan lebih baik dengan cahaya datang dari atas berbanding sisi seperti model sebelum ini.

Selain daripada soket 12V, ruang letak barang di bahagian depan sebelah kanan kini menempatkan port pengecas USB.

BMW C 400 X didatangkan dengan tiga warna pilihan, Blackstorm metallic, Granite Grey sementara varian Style Sport datang dengan warna Blackstorm Metallic dan Racingblue Metallic.

Manakala C 400 GT datang dengan warna Alpine White dan Kallisto Grey dan Blackstorm Metallic bagi varian Style Triple Black.

Baru-baru ini, Yamaha telah pun melancarkan Y16ZR VVA yang merupakan generasi baharu motosikal jenis moped untuk pasaran tempatan.

Kini, Boon Siew Honda, turut dicanang bakal memperkenalkan Winner X setelah motosikal itu dikesan menjalani ujian jalan raya di sini.

Meskipun gambar tersebut diambil dari belakang namun berdasarkan reka bentuk lampu dan pemegang belakang sememangnya mengesahkan model tersebut sebagai Winner X, moped 150cc yang dipasarkan di Vietnam.

Gambar ‘spy shot’ ini juga secara tidak langsung memberi bayangan bahawa Boon Siew Honda bakal memperkenalkan motosikal ini dalam masa terdekat.

Berdasarkan Winner X yang diperkenalakn di Vietnam, motosikal itu dikuasakan enjin 150cc satu silinder PGM-Fi DOHC yang menawarkan 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm pada 6,500rpm.

Model ini turut dilengkapi dengan teknologi ABS (Anti-lock Braking System).

Sebuah litar bertaraf antarabangsa bakal dibina di Bukit Malut, Langkawi dengan kerjasama Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan sebuah syarikat swasta.

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menjelaskan ketika ini terdapat 1,600 pemilik kereta berkuasa tinggi di pulau itu.

Katanya, kesemua pemilik tersebut tidak dapat menikmati kereta berkuasa itu atas faktor pergerakan terhad ekoran hanya boleh pusing sekitar pulau Langkawi selain tidak boleh ketempat lain.

“Kalau nak pandu ke tempat lain, pemilik perlu memohon kebenaran dari agensi tertentu,” katanya.

Jelas Sanusi lagi, dengan wujudnya litar tersebut maka setiap pemilik boleh menimati kereta masing-masing dengan bayaran tertentu.

Sementara itu, Sanusi turut menjelaskan bahawa litar tersebut bukanlah untuk berlumba sebaliknya untuk kenderaan berprestasi tinggi bagi menguji kemampuan sebenar kenderaan masing-masing. – SH

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi motosikal popular, Pulsar RS200.

Dilancarkan julung kalinya pada 2017, RS200 merupakan motosikal segmen 200cc yang paling mampu milik ditawarkan dalam pasaran.

Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 ini tampil dengan pilihan warna Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red.

Aspek paling menonjol adalah penggunaan rim berwarna putih dengan kemasan ala gentian karbon di bahagian panel depan dan belakang di samping logo Pulsar kini terpampang di tempat duduk

Model ini masih lagi mengekalkan enjin 199.5cc satu silinder SOHC, dengan penyejukan cecair yang menawarkan 24.5hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm pada 8,000rpm.

Sistem membrek dikendalikan ABS satu saluran dengan bantuan cakera break 300mm depan dan 230mm belakang.

Antara ciri lain:

  • fork teleskopik depan
  • nitrox mono-shock belakang
  • tangki 13L

Menariknya, model 2021 ini masih lagi ditawarkan pada harga RM9,990 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube