Bikesrepublic

Berita Terkini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan peringatan kepada orang ramai bahawa sabitan menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya akan membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan denda RM50,000.

Ini digariskan dalam seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang telah dipinda daripada Seksyen 41 kepada 45 pada Julai 2020; Di bawah Seksyen 41 Akta itu, pindaan itu bermakna denda bagi kesalahan itu ialah RM20,000 hingga RM50,000, dan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.

Sebelum ini, denda ini daripada RM5,000 hingga RM20,000 dan/atau penjara dua hingga 10 tahun bagi kesalahan pertama.

Siaran media sosial oleh PDRM itu dibuat selepas beberapa insiden lalu lintas jalan raya yang dihebahkan yang boleh mengakibatkan kemudaratan yang teruk, seperti menukar lorong secara tiba-tiba di lebuh raya yang kenderaan akan bergerak laju, gagal berhenti untuk mengelak perlanggaran, dan banyak lagi.

Kebanyakan kejadian ini telah diketahui hasil daripada perakam video digital atau kamera pemuka atas kenderaan, yang merakam dan menyediakan rakaman yang mungkin berguna sekiranya pemanduan yang tidak diingini mengakibatkan hasil yang tidak kemas, terutamanya apabila mereka yang berniat jahat ditemui.

Syarikat cat kustom terkemuka Amerika Syarikat, Troy Lee Designs (TLD) baru-baru ini ada menghasilkan grafik khas bagi jentera Yamaha YZF-R7.

Jentera R7 itu merupakan projek dibangunkan pengeluar ekzos, Yoshimura untuk beraksi di MotoAmerica sewaktu pusingan di Laguna Seca.

Tertarik dengan rekaan yang dihasilkan, Yoshimura meminta TLD untuk menghasilkan kit grafik tersebut untuk model lebih kecil, Honda MSX125 (Grom).

Ternyata permintaan itu membuahkan hasil kerana TLD berjaya mengolah kit grafik tersebut bagi dipadankan pada Honda MSX125.

Difahamkan, kit grafik oleh Yoshimura x TLD itu mengandungi 19 pelekat berasingan untuk dipasang pada MSX125. Kit grafik itu juga dihasilkan sepenuhnya di Amerika Syarikat dan menggunakan bahan berkualiti tinggi.

Menurut info dikongsikan, kit tersebut sudah dibuka untuk tempahan dengan pengedaran akan berlangsung pertengahan Ogos nanti.

BMW Motorrad telah memanggil semula 440,000 unit motosikal melibatkan model Gelande Strasse, R 1200 GS dan R 1250 GS.

Panggilan semula itu babitkan model GS yang dihasilkan antara 2013 hingga 2021.

Menurut laporan, kempen panggilan semula itu berkait degan risiko kerosakan yang boleh berlaku pada bahagian “cardan shaft”.

Bagi mengelakkan daripada maslaah tersebut terjadi, BMW Motorrad akan membuat lubang kecil berhampiran “cardan shaft” tersebut bagi memasukan “valve” baharu.

Valve tersebut akan membolehkan udara dan lembapan untuk keluar daripada “cardan tunnel” dan menyekat daripa kedua-duanya memasuki ruang “shaft” lalu memberi kesan pada aliran kuasa.

Sementara itu, kami difahamkan sebanyak 300 unit model berkaitan di Malaysia juga terkesan dengan panggilan tersebut.

Pihak BMW Motorrad Malaysia akan menghubungi pemilik yang terkesan dan membuat penambahbaikan sebagai komponen diperlukan itu tiba dalam beberapa minggu lagi.

Legenda rock tanah air, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meneruskan konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial @ Awie Ride fasa dua ke Pantai Timur bermula hari ini.

Konvoi fasa dua yang disertai 36 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dijadualkan melawati tiga negeri di Pantai Timur melibatkan Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Menurut Awie, kempen terbabit bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai risiko penipuan scammer khususnya masyarakat di luar bandar.

“Kita akan menjelajah beberapa negeri untuk fasa dua pada hari ini termasuk menyampaikan ceramah mengenai kesedaran bahaya dan mencegah jenayah scammer ini.

“Berdasarkan pengalaman saya sendiri, sudah banyak kali sindiket ini cuba menipu dan menerima ugutan namun ini risiko yang perlu saya hadapi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Ini merupakan satu tanggungjawab dalam memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa penipuan jenayah scam ini,” katanya.

Acara pelepasan peserta konvoi fasa dua itu disempurnakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din.

Konvoi fasa pertama bermula pada 19 Julai sehingga 22 Julai lalu meliputi empat negeri di utara semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

Seorang remaja yang ditahan ketika berlumba dengan sekumpulan penunggang motosikal di Gunung Keriang, Kedah, mengaku pernah dikenakan tujuh saman dua tahun lalu.

Namun begitu, pelajar tingkatan empat itu masih tidak serik untuk menunggang motosikal secara berbahaya dan terbabit dengan lumba haram.

Dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu, remaja 16 tahun berkenaan dikenakan saman untuk beberapa kesalahan termasuk tiada lesen memandu.

Selain remaja itu, operasi turut memeriksa 77 motosikal dan 30 kereta di sekitar Muzium Padi dan Gunung Keriang.

Terdahulu, Inspektor Mohd Hilmi Sauti dan Inspektor Jasmizar Jamiran mengetuai pasukannya melakukan intipan selama 30 minit terhadap kegiatan lumba haram itu yang turut disaksikan ‘penonton’.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sejumlah 126 saman dikeluarkan menerusi operasi itu atas kesalahan yang termasuk tiada lesen, cukai tamat tempoh dan penunggang bawah umur.

“Selain Muzium Padi dan Gunung Keriang, kita turut mengenal pasti beberapa lokasi lagi yang menjadi tumpuan lumba haram termasuk Jalan Pegawai dan Lebuhraya Darulaman.

“Kita kerap melakukan operasi di beberapa kawasan itu namun mereka ini tidak serik untuk terbabit dalam aktiviti tidak sihat,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Ahmad Shukri berkata, sebanyak 13 motosikal disita kerana kesalahan ubah suai, cukai jalan tamat tempoh, tidak mempunyai cermin sisi dan lain-lain.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 30-an yang menjadi penunggang, pembonceng dan penonton.

Beliau menasihati ibu bapa agar mengawasi anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat dan melanggar peraturan.

Tempat duduk motosikal jenama Honda C70 asli yang sudah tembus dan berkarat dijual pada harga RM350 di salah satu laman e-dagang telah mendapat perhatian ramai.

Dikatakan tempat duduk ‘ori motor’ (OM) itu dikeluarkan pada tahun 70-an dan tidak pernah diubahsuai sejak motosikal tersebut dibeli lagi.

Namun apa yang menjadi perdebatan adalah berkenaan dengan keadaan tempat duduk itu yang kelihatan usang namun harga yang ditawarkan terlalu mahal.

Rata-rata orang ramai menjadikan hantaran jualan tersebut sebagai bahan mereka untuk mengutuk sikap penjual yang hanya mahukan keuntungan berlipat kali ganda walaupun barang yang ditawarkan itu dalam keadaan tidak padan dengan harga.

“Bukan nak kata, betul lah barang ni ori motor tapi tidak beragak nak jual sampai RM350. Ini dah usang sangat ni, tak tahu dia jumpa dekat mana.

“Memang ada harga sebab barang lama, tapi kena tengok juga keadaan barang nak dijual itu setimpal atau tidak dengan harga yang ditawarkan,” jelas Azman Hamad.

“Saya nak beli kucing yang cakar kerusi ni, mesti lagi mahal sebab kucing tu yang membuatkan kerusi nampak hebat dan bercorak,” jelas Acap RS.

“Saya doakan kepada penjualnya mendapat pembeli yang sepatutnya, saya mampu berdoa harap ada orang yang bijak membeli barang purba ini, kalau tidak kita siapa lagi,” kata Paan Sayonara. – KOSMO

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube