Bikesrepublic

Berita Terkini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan lebih 2.97 juta rakyat Malaysia telah pun memuat turun aplikasi MyJPJ sejak Februari lalu. 

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, aplikasi MyJPJ berjalan dengan lancar setakat ini di samping memaklumkan pihaknya turut menggunakan alat Smart Management Enforcement Device (SMED) bagi tujuan pengesanan maklumat pemandu. 

“Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SmED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital.

“Justeru saya menyeru kepada seluruh masyarakat untuk memuat naik aplikasi MyJPJ  bagi memudahkan urusan,” jelasnya.

Memetik laporan Utusan Online, Zailani meminta agar pengguna jalan raya merancang jadual perjalanan sempena cuti Aidilfitri. 

“Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan yang mana kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C.

“Jadi saya menyeru pengguna untuk tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelakkan kesesakan,” tambahnya. – Utusan Online

MForce Bike Holdings memperkenalkan kapcai mampu milik baharu untuk pasaran Malaysia menerusi SM Sport 110E yang boleh dimiliki pada harga RM3,859. 

Dikuasakan enjin satu silinder 109cc 4-stroke, motosikal ini menawarkan 6.03hp pada 7,500rpm dan 7Nm pada 5,000rpm. 

Menurut MForce, SM Sport 110E ini didatangkan dengan rim 17-inci dengan 70/90 depan dan 80/90 belakang dan dipadankan bersama brek drum. Tidak cukup dengan itu, motosikal ini juga menawarkan ruang letak barang yang mencukupi untuk menyimpan barangan peribadi. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk tangki 4L. 

Dalam pada itu, SM Sport 110E ini datang dengan tiga warna pilihan; merah, biru dan kuning dan datang dengan waranti pengeluar dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu). 

MForce Bike Holdings telah memperkenalkan motosikal mampu milik terbaru untuk pasaran tempatan menerusi WMoto WM110 dengan harga jualan asas RM3,788. 

Dikuasakan enjin satu silinder 109cc 4-stroke, WM110 ini menawarkan 7.1hp pada 8,000rpm dan 7.2Nm pada 6,000rpm. Menariknya dengan hanya seberat 99kg, WM110 ini pastinya mudah dikendalikan untuk penunggang lelaki dan wanita. 

Menariknya, meskipun dijual sebagai kapcai marhaen, namun WMoto WM110 ini datang dengan ciri premium termasuk penyerap hentakan berkembar belakang dari Kayaba (KYB) dan cakera brek di depan. 

Meskipun tidak didatangkan dengan lampu LED namun MForce mendakwa WM110 ini masih lagi menawarkan pencahayaan yang terang. Antara ciri lain ditawarkan termasuk tangki minyak berkapasiti 4L dan mampu pergi sejauh 55km bagi setiap liter. 

Tampil dengan tiga warna pilihan, biru, merah dan hitam, WMoto WM110 ini turut datang dengan waranti pengeluar dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu). 

Dalam perkembangan sama, MForce turut memperkenalkan WMoto VE1-110E dengan harga jualan asas RM3,748. Sama seperti WM110, model ini juga ditawarkan dengan tiga pilihan warna; merah, biru dan kuning.

Menawarkan 6.6hp dan 6.9Nm daripada enjin satu silinder 106cc 2-valve, model ini juga didatangkan dengan fork teleskopik depan.

Sempena sambutan Aidilfitri yang semakin hampir, PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma bagi semua pemilik kenderaan persendirian.

Kempen tersebut berjalan hari ini (10 April) hingga 20 April 2023. 

Pemilik kenderaan persendirian boleh hadir secara ‘walk-in’ ke cawangan PUSPAKOM terlibat (kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang) dari jam 8 pagi hingga 5 petang. 

PUSPAKOM turut menyediakan perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak di lokasi berikut bagi memudahkan orang ramai yang akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

  • Wisma DRB-HICOM (11 April)
  • MMU Cyberjaya (11 April) *kakitangan sahaja
  • Setia Alam Impian (15 April)
  • Lotus Ara Damansara (19 April)

”Kempen pemeriksaan percuma sempena perayaan Aidilfitri ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer PUSPAKOM yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya.

”Pada kempen kali ini, kami beri layanan VIP kepada pelanggan yang menjalani pemeriksaan sukarela di mana mereka boleh hadir terus ke PUSPAKOM tanpa perlu temujanji dan turut diberi keutamaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail. 

Menurut PUSPAKOM, kempen kali ni akan memberi fokus pada aspek keselamatan termasuk brek, tayar, suspensi, asap, lampu, cermin gelap dan pelbagai lagi. 

Baru-baru ini, Harley-Davidson telah pun memperkenalkan model X350 hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal China, QJ Motor. 

Kemunculan model itu telah pun dijangka berdasarkan beberapa paten dan dokumen pensijilan yang difailkan di China dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Harley-Davidson tidak berhenti disitu kerana pengeluar motosikal dari Milwaukee itu turut mendedahkan model 400cc serba baharu hasil kerjasama dengan pengeluar India, Hero MotorCorp.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, motosikal tersebut – yang dianggarkan bersesaran 400cc – tampil dengan rekaan ‘flat track’ mirip Harley-Davidson XR1200 namun dengan sistem penyejukan udara/minyak. Difahamkan enjin tersebut mampu dipulas sehingga 8,000rpm. 

Ada laporan yang mendakwa model tersebut dikuasaken enjin Hero XPulse 400 namun tiada pengesahan rasmi setakat ini. 

Antara ciri ditawarkan termasuk lampu LED penuh, panel meter TFT berwarna, fork depan jenis USD, kaliper brek ByBre dan tayar jenama CEAT Zoom Cruz. 

Melihat kepada keseluruhan rupa model 400cc itu hampir siap sepenuhnya, kami jangkakan Harley-Davidson akan memperkenalkan model tersebut tidak lama lagi. 

Benelli Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Benelli TNT25N untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM12,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Berkonsepkan motosikal ‘naked’, TNT25N ini dikuasakan enjin satu silinder 249cc DOHC dengan penyejukan cecair yang berupaya menjana 25.5hp pada 9,250rpm dan 21.2Nm pada 8,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk lampu LED penuh, panel meter digital, cakera brek tunggal dengan 260mm depan dan 240mm belakang. 

Pakej suspensi pula terdiri daripada fork jenis ‘inverted’ di bahagian depan dan penyerap hentakan tunggal di belakang sekaligus menghadirkan tunggangan yang stabil dan tepat. 

Dengan berat (kering) 155kg dan ketinggian tempat duduk pada 780mm, Benelli TNT25Nm ini juga sesuai untuk penunggang baharu dan berpengalaman. Selain itu, model ini juga praktikal untuk kegunaan harian ekoran hadir dengan tangki 13.5L. 

Menurut Benelli Malaysia, TNT25N ini datang dengan tiga warna pilihan termasuk Power Black, Strength Red dan Golden Yellow.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube