Pengeluar kereta elektrik dari China, BYD bakal memperkembangkan perniagaan mereka dengan menceburi pembangunan jentera dua roda.
Memetik laporan The Economic Observer, BYD telah pun mengesahkan akan mula membangunkan motosikal hasil kerjasama dengan syarikat luar.
Difahamkan, BYD telah pun memeterai kerjasama dengan jenama motosikal Sepanyol, Nerva untuk menghasilkan motosikal elektrik. Motosikal tersebut akan dikuasakan bateri ‘iron phosphate’ milik BYD dan akan menghasilkan 16.2hp dan mampu merekodkan kelajuan 125km/j.
Pengesahan itu secara tidak langsung menjadikan BYD pengeluar kereta kedua dari China yang akan mula menghasilkan motosikal selepas Great Wall Motor (GWM)
Sebelum ini, GWM telah pun memaklumkan bahawa akan membelanjakan CNY556 juta (RM354 juta) bagi pasaran motosikal dan menjangkakan pengeluaran sekitar 10,000 unit setahun.
Boon Siew Honda telah pun memperkenalkan Honda Vario 125 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM7,080.
Pelancaran itu sudah pun dijangka berdasarkan ‘teaser’ yang dikongsikan BSH sebelum ini. Untuk pasaran tempatan, tiga warna ditawarkan termasuk Kuning, Biru dan Merah.
Menariknya, Honda Vario 125 ini tampil dengan rekaan sama seperti Vario 150 namun bernadikan enjin yang lebih kecil dan kompak. Hasilnya, skuter terbaru itu dikuasakan enjin satu silinder SOHC dengan suntikan bahan api dan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 11.5hp dan 11.74Nm.
Meskipun tampil dengan enjin cilik, varian 125cc ini masih lagi mengekalkan ciir moden termasuk lampu LED depan dan belakang, sistem smart-key, pengecas USB serta sistem ‘anti-theft’.
Bahagian roda pula dilengkapi rim 14-inci depan dan belakang dengan tayar 90/80 depan dan 100/80 belakang. Sama seperti Vario 150 sebelum ini, versi 125cc ini juga hanya dilengkapi brek CBS yang dipadankan bersama brek dram belakang dan cakera tunggal di depan.
Kemunculan Vario 125 ini secara tidak langsung melengkapkan tiga model Vario yang ditawarkan di Malaysia menerusi Vario 150 dan terbaru Vario 160. Namun, pengeluaran Vario 150 telah pun dihentikan dan digantikan dengan Vario 160.
MForce Bike Holdings Sdn Bhd dengan rasminya memperkenalkan WMOTO Bobbie VII untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM35,888.
Seperti namanya, WMOTO Bobbie VII merupakan motosikal berkonsepkan ‘bobber’ sekaligus tampil dengan gaya retro klasik.
Sekali imbas, Bobbie VII ini tampak diinspirasikan daripada jenama lain antaranya Triumph dan Harley-Davidson.
WMOTO Bobbie VII dikuasakan enjin parallel-twin 693cc 4-stroke DOHC yang berupaya menghasilkan 74hp pada 8,500rpm dan 68Nm pada 6,500rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan.
Meskipun tampil dengan imej retro, Bobbie VII ini lengkap dengan siistem suntikan bahan api (EFI) dan sistem brek ABS dwi-saluran. Selain itu, model ini juga datang dengan fork teleskopik depan yang dipadankan bersama kaliper brek 2-pot dan cakera brek320mm depan dan 256mm belakang.
Tidak lupa juga kehadiran panel meter digital LCD yang cukup besar lalu menyerlahkan lagi kelengkapan moden pada model ini.
Dalam pada itu, Bobbie VII ini turut menawarkan pencahayaan LED penuh (depan dan belakang) sekaligus menjaminkan penglihatan yang lebih jelas terutamanya di waktu malam.
Menariknya, meskipun bergaya ‘bobber’, model ini masih praktikal dengan adanya tempat duduk ‘pillion’ berbanding jenama lain.
Ciri lain ditawarkan termasuk tangki 15L, rim tubeless 17-inci depan dan 16-inci belakang yang dipadankan bersama tayar TImsun 120/80 di depan dan 150/80 belakang.
Untuk rekod, WMOTO Bobbie VII ini dijenamakan semula daripada Briston Bobber 700 yang ketika ini dipasarkan di Filipina. Untuk pasaran Malaysia, WMOTO Bobbie VII ini datang dengan dua pilihan warna ‘Matte Black’ dan ‘Metallic Black’.
Sementara itu, MForce turut mempamerkan Bobbie VII versi ‘sidecar’ yang akan pasarkan kemudian kerana masih menanti kelulusan.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Harley-Davidson dengan rasminya memperkenalkan model paling mampu milik menerusi Harley-Davidson X350 yang dilancarkan di China, hari ini.
Dibangunkan bersama pengeluar motosikal China, QJ Motor, Harley-Davidson X350 menampilkan rekaan yang diinspirasikan daripada Sporster XR1200X terutamanya di bahagian tangki dan ekor.
Berdasarkan imej rasmi yang dikongsikan, Harley-Davidson X350 tampak mencerminkan DNA Harley-Davidson yang sebenar meskipun dihasilkan pihak QJ Motor.
Menurut Harley-Davidson, X350 ini dikuasakan enjin parallel-twin 353cc dengan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 36.2hp dan 31Nm pada 7,000rpm. Mengambil kira ‘bore x stroke’ berukuran 70.5mm dan 45m2mm tersebut, X350 ini menjanjikan nadi dengan rev tinggi dan sporty.
Sementara itu, kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan.
Untuk rekod, enjin tersebut adalah yang sama terdapat pada QJ Motor SRK 350 dan Benelli 302S.
Selain itu, Harley-Davidson X350 ini juga dilengkapi dengan ciri premium termasuk fork USD depan dengan rebound boleh laras. Monoshock belakang juga datang dengan fungsi ‘preload’ dan ‘rebound’ boleh laras.
Sistem brek pula hadir menerusi kaliper brek 4-pot tunggal di depan dan satu pot dibelakang. Sesuai untuk kegunaan harian dan dihujung minggu, model ini juga dilengkapi dengan tangki berkapasiti 13.5L.
Meskipun harga belum diumumkan namun ada yang mendakwa model 350cc itu akan dijual sekitar CNY33,388 (RM21.6k).
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bertindak menyerbu syarikat perniagaan pengataraan (EHO) MAXIM selepas didapati beroperasi tanpa permit sah.
Serbuan itu dibuat setelah pihak JPJ menjalankan risikan selama 14 hari terhadap syarikat yang berpangkalan di Kuantan, Pahang itu.
JPJ dalam satu kenyataan mendedahkan pihak MAXIM telah melanggar peraturan Sekseyn 12A (5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 atas kesalahan membenarkan sejumlah besar kereta beroperasi tanpa permit EVP.
Difahamkan, hanya 402 unit kenderaan daripada 5,000 keseluruhan yang mempunyai permit EPV.
Dalam pada itu, JPJ menegaskan orang ramai untuk menyemak terlebih dahulu perkhidmatan e-hailing yang diguna pakai agar terdapat jaminan perlindungan insurans sewaktu menaiki sebarang kenderaan e-hailing. – The Star
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya mengumumkan harga bagi model cruiser, Modens Vulcan S untuk pasaran tempatan.
Menurut EMOS, Modenas Vulcan S itu kini boleh dimiliki dengan harga bermula RM36,500 bagi pilihan warna Metallic Flat Spark Black dan RM37,200 bagi warna Matte Sage Green.
*Mate Sage Green
*Metallic Flat Spark Blac
Untuk rekod, Modenas Vulcan S merupakan salah satu daripada motosikal Kawasaki yang djenamakan semula sebagai Modenas selepas Ninja 250 dan Z250 hasil daripada kerjasama kedua-dua pihak. Vulcan S juga merupakan model 650cc sulung yang dijenamakan dan akan diikuti oleh Ninja 650, Z650 dan Versys 650.
Dalam pada itu, Modenas Vulcan S dikuasakan enjin parallel-twin 649cc dengan penyejukan cecair yang berupaya menjana 61hp pada 7,500rpm dan 63Nm pada 6,600rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan.
Dicanang sebagai ‘cruiser’ mesra penunggang, Vulcan S ini dipadankan dengan tayar berukuran 18-inci depan dan 17-inci belakang. Bagi menambah keselesaan, tempat letak kaki juga boleh diubah kepada 3-posisi berbeza mengikut kesesuaian (25mm kedepan dan 25mm kebelakang).
Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk lampu LED depan dan belakang, tangki 14L, tayar 120/70 depan dan 160/60 belakang, fork teleksopik depan, penyerap hentakan belakang jenis ‘horizontal back-link’ dan sistem brek ABS dwi-saluran.
Menurut EMOS, setiap pembelian Modenas Vulcan S datang dengan waranti kilang 2 tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu).