Bikesrepublic

Berita Terkini

Adakah kita akan melihat pengakhiran era superbike dengan enjin V-Twin Ducati, setelah Ducati Panigale V2 Superquardro Final Edition (Edisi Terakhir) dilancarkan? Kilang itu masih akan menggunakan enjin V-Twin 90° dalam model lain, tetapi ia akan menjadi hari yang menyedihkan untuk melihat ketiadaan superbike Ducati dua silinder dalam barisan model Ducati, kerana enjin V-Twin (Ducati memanggilnya ‘L’-Twin) inilah yang mengukuhkan nama Ducati di mata dunia.

Jadi, mungkin ini masa yang sesuai untuk menjejaki semula evolusi superbike Ducati dengan enjin V-Twin. (Artikel ini merangkumi motosikal sportbike Ducati sahaja.)

Bilakah enjin V-Twin Ducati bermula?

Seperti hampir semua pengeluar, Ducati telah bermula dengan membina enjin satu silinder. Yang pertama sebenarnya adalah unit 48cc buatan SIATA yang dipasang pada basikal Ducati pada 1950.

Ducati sebenarnya pernah membina sebuah motosikal berenjin V4 yang dipanggil Berliner 1260 Apollo pada 1964. Ia terlalu buas yang hampir tiada siapa boleh menunggangnya dan tiada tayar belakang dapat menahan tork dan kuasa enjin tersebut. Mengapa tidak: Enjin 90° V-Four 1257cc itu menghasilkan 100 hp pada hanya 7,000 RPM. Sebagai perbandingan, enjin V-Twin Harley-Davidson pada era itu hanya menghasilkan 55 hp. (Kami akan bercerita lebih lanjut mengenai motosikal yang menarik ini!)

Pada suatu hari, 20 Mac 1970, Dr. Fabio Taglioni mula membuat lakaran untuk sebuah enjin V-Twin 90°. Dari sinilah sejumlah besar model muncul dalam perlumbaan dan model jalanan, termasuk motosikal lumba 500cc dan basikal jalan 750cc. Ducati 750 Imola Desmo terus memenangi perlumbaan Imola pada tahun 1972.

Aci sesondol dipandu dari aci menegak dan sistem gear serong sehingga ke tahap ini. Taglioni memperkenalkan Pantah 500SL dengan sesondol dipacu tali sawat pada tahun 1980. Sistem dipacu tali sawat ini diteruskan sehingga Superquardro V-Twin muncul pada 1199 Panigale.

Dua bertambah menjadi empat

Dr. Taglioni telah mengkaji penggunaan kepala silinder dengan empat injap tetapi nampaknya tidak membuat kemajuan. Sebaliknya, muridnya Massimo Bordi yang berjaya merekabentuk dan meneruskannya.

Enjin empat injap V-Twin 90° kini dikenali sebagai Desmoquattro, bermula dalam prototaip 748IE untuk perlumbaan Bol d’Or pada 1986, sebelum digunakan dalam Ducati 851 pada 1987. Pada masa yang sama, ia juga merupakan enjin Ducati yang pertama yang menggunakan penyejukan cecair. Raymond Roche membawa 851 ke mahkota Superbike Dunia julung kalinya untuk Ducati pada 1990, dan sebagai pembuka tirai penguasaan Ducati dalam kejuaraan itu.

Model 851 menjadi 888, kemudian muncul 916 ikonik yang seterusnya menjadi 955 (versi SP yang amat terhad sahaja), dan akhirnya 996.

Sub-kategori bagi Desmoquattro

Testastretta

Pada 2001, Ducati mengeluarkan model homologasi 996R. Ia pada asasnya menggunakan enjin 998cc  yang menampilkan kepala Testastretta baharu atau “kepala sempit”. Testastretta baharu mempunyai sudut injap yang disertakan dikurangkan daripada 40 darjah kepada 25 darjah. Oleh itu, lubang boleh dibuat lebih besar untuk meningkatkan had putaran, dengan itu menghasilkan lebih banyak kuasa hujung atas.

Model 999 yang direka oleh Pierre Terblanche ialah motosikal yang direkabentuk semula sepenuhnya, dan menyusul pada tahun 2003. Walau bagaimanapun, rekabentuk itu terlalu jauh dari masanya dan telah dikutuk dengan teruk, walaupun 999 ini lebih baik di semua segi.

Testastretta Evoluzione

999 pula digantikan oleh 1098 pada tahun 2007. Ia menggunakan enjin V-Twin Testastretta Evoluzione yang paling berkuasa pada era itu dan diterima baik, apalagi dengan gaya evolusi 916. 1098 menjadi 1198 pada tahun 2009.

Superquadro

Barisan 1098/1198 kemudiannya digantikan dengan 1199 Panigale pada tahun 2012, dan dengan itu bermulalah era enjin Superquardro. Ia adalah V-Twin yang paling berkuasa pada masa itu dengan menghasilkan 195 hp dan 133 Nm.

Terdapat beberapa perubahan, yang paling jelas ialah aci sesondol yang dipacu dengan sistem haibrid tali sawat/rantai. Ducati membuat empat kapasiti enjin ini, antara 898cc hingga 1285cc.

Sportbike V-Twin yang lebih kecil

Kita perlu menyebut mengenai motosikal sportbike Ducati berkapasiti lebih kecil kerana ia membawa kepada Ducati Panigale V2 Superquardro Final Edition. Di bawah 916 adalah 748 yang lebih kecil yang Ducati lumbakan dalam kategori SuperSport untuk bertarung dengan superbike berenjin 600cc empat silinder sebaris. Enjin 748 sudah tentunya merupakan enjin Desmo V-Twin 90° dengan empat injap setiap silinder. Jadi, untuk melengkapkan garis masa, enjin 748cc mula menjadi lebih besar menjadi 749, 848, 899, dan akhirnya 955 sekarang dengan enjin Superquardro. Panigale 955cc telah dijenamakan semula sebagai Panigale V2 berikutan penampilan pertama Panigale V4 pada 2018.

 

‘On’ tak ‘on’. Malah mungkin menyebabkan GP India dipindahkan ke tarikh yang berbeza. Itulah saga MotoGP Kazakhstan 2024. Ia kini telah dibatalkan sepenuhnya dan akan digantikan dengan pusingan kedua di Misano.

Kazakhstan telah dijadualkan pada 2023 tetapi Litar Antarabangsa Sokol dianggap belum siap. Itu menyebabkan pusingan tersebut ditunda ke tahun ini. Malangnya, banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini melanda rantau Asia Tengah pada Mei dan memaksa pusingan yang dijadualkan bermula dari 16 Jun itu dibatalkan.

Kemudian penganjur GP India pula membuat onar. Akibatnya, Dorna memutuskan untuk menggantikan GP India yang dijadualkan bermula dari 20 September dengan GP Kazakhstan. GP India, sebaliknya, dipindahkan ke Mac tahun depan.

Tetapi itu bukan penamat, kerana MotoGP mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa pusingan Kazakhstan telah dibatalkan sama sekali kerana isu logistik yang “telah menjadikan acara itu mustahil untuk dijalankan.”

“FIM, IRTA dan Dorna Sports mengumumkan pembatalan Grand Prix Kazakhstan,” kata kenyataan itu. “Isu operasi dan logistik yang timbul daripada banjir awal di seluruh wilayah menyebabkan acara itu mustahil untuk diadakan pada 2024.

“Litar Dunia Misano Marco Simoncelli sebaliknya akan menganjurkan Grand Prix Emilia-Romagna dari 20 hingga 22 September.

“MotoGP teruja untuk mengadakan acara kedua di tempat ikonik Adriatik, memberikan peminat Itali yang bersemangat peluang selanjutnya untuk melihat sukan paling menarik di dunia beraksi.”

Semakan itu mewujudkan situasi janggal kerana Kejohanan Superbike Dunia juga akan berlangsung pada hujung minggu yang sama, walaupun di trek Itali lain, Litar Cremona. Pusingan pertama MotoGP Misano akan diadakan dari 6-8 September. Jadi, Itali akan menjadi hos kepada 3 pusingan perlumbaan motosikal dalam masa dua minggu.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. telah mengumumkan dua pilihan warna baharu untuk Honda ADV160 (2024) iaitu Kelabu dan Putih.

Ia boleh didapati di semua Honda Impian X dan pengedar sah Honda di seluruh negara mulai 18 Julai 2024. Harga jualan yang disyorkan ialah daripada RM 13,249 (bukan atas jalan).

Aspek mekanikal skuter pengembaraan ringan yang popular ini kekal tidak berubah, menampilkan enjin 157cc, silinder tunggal, 4 injap dengan teknologi eSP+, yang menghasilkan 11.8 kW (15.8 hp) pada 8,500 RPM dan tork 14.7 Nm pada 6,500 RPM.

Prestasi enjin disokong oleh sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang mengoptimumkan penghantaran tork enjin mengikut daya tarikan tayar, manakala Sistem Idling Stop (ISS) yang dimajukan meningkatkan kecekapan bahan api enjin.

Keselesaan penunggang masih menggunakan ciri-ciri ketinggian tempat duduk rendah 780mm, skrin penahan angin depan boleh-laras dua langkah. ABS adalah standard untuk brek hadapan sahaja, walaupun brek belakang menggunakan sistem cakera.

Ciri-ciri lain termasuk sistem Honda Smart Key, pengecas USB 5V 2.1A, dan 30 liter ruang simpanan bawah tempat duduk.

Honda mendakwa berat basah Honda ADV160 (2024) ialah 133kg dengan tangki petrol yang penuh.

Pembeli akan mendapat waranti 20,000km atau dua tahun, yang mana dahulu.

Sila layari https://boonsiewhonda.com.my, atau lawati pengedar Honda Impian X yang terdekat untuk mendapatkan butiran lanjut, atau telefon nombor percuma 1-800-88-3993.

Galeri foto Honda ADV160 (2024)

Royal Enfield secara rasmi nya telah melancarkan model roadster keduanya iaitu Guerilla 450.

Dikatakan sebagai varian yang lebih berfokus kepada jalan raya daripada Himalayan 450, Guerilla dibina khas untuk layan korner di pergunungan dan juga di jalan-jalan kota yang padat.

Guerilla dibangunkan di sekitar Barcelona, dan walaupun kami hanya diberi sedikit maklumat mengenai motosikal ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Royal Enfield telah bekerja secara senyap pada motosikal ini sejak 2019.

Tetapi kami tidak boleh berknogsi tentang bagaimana rasanya kerana terdapat embargo yang sedang berlangsung yang tidak membenarkan ulasan diterbitkan sehingga 27 Julai. Ini kerana acara uji pandu di Barcelona masih berlangsung dan masih ramai wartawan yang belum menunggang motosikal tersebut.

Apa yang boleh kami beritahu anda adalah spesifikasi dan kami juga boleh menunjukkan reka bentuk motosikal ini, kali ini dengan butiran penuh tanpa bahagian kabur.

Guerilla 450 berkongsi banyak komponen dengan abangnya, Himalayan 450, jadi kami memberi amaran sekarang bahawa akan ada banyak rujukan kepada Himalayan. Harap ber sabar dengan kami.

Reka bentuknya adalah perbezaan terbesar (dan paling jelas), tetapi terdapat elemen model Hunter 350, yang tidak begitu mengejutkan kerana kedua-duanya pada dasarnya adalah Roadster.

Bermula dengan tayar, Guerilla menggunakan tayar Ceat Gripp XL Rad yang sama yang pertama kali kami lihat pada, ya, Himalayan. Tayar ini dibina khusus untuk motosikal pengembaraan tetapi Royal Enfield mengatakan tayar kompaun keras ini telah diubah suai untuk Guerilla.

Tayar ini meliputi satu set roda 17-inci di hadapan dan belakang sementara kuasa brek diuruskan oleh cakera 310mm di hadapan yang diapit oleh kaliper ByBre dua piston. Bahagian belakang dikawal oleh kaliper satu piston dengan cakera 270mm. Kedua-duanya disokong oleh sistem ABS dua saluran.

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik 43mm di hadapan dengan 140mm perjalanan sementara monoshock dengan 150mm perjalanan menguruskan bahagian belakang, dan boleh disesuaikan untuk pre-load atau pra-beban.

Fork mempunyai sudut rake 21.8 darjah yang 4 darjah kurang daripada Himalayan sementara jejaknya berukuran 91mm, 27mm lebih pendek daripada Himalayan.

Ini menghasilkan motosikal dengan jarak roda 70mm lebih pendek pada 1440mm dan panjang keseluruhan 2090mm, yang lebih pendek 155mm daripada abangnya.

Berkenaan dengan dimensi, Guerilla sesuai untuk mereka yang mempunyai cabaran ketinggian. Ia mempunyai ketinggian keseluruhan 1125mm (turun 191mm dari H besar) sementara tempat duduk hanya 780mm dari tanah. Terdapat pilihan tempat duduk tinggi yang duduk 800mm dari tanah serta pilihan tempat duduk rendah yang duduk 760mm. Ini menjadikan Guerilla sesuai untuk semua binaan badan.

Dari segi berat, Guerilla hanya seberat 185kg (berat kasar dengan 90% bahan api dan pelincir) dan itu menjadikannya 11kg lebih ringan daripada Himalayan.

Bagi teknologi, Guerilla mempunyai lampu depan LED bulat yang sama seperti Himalayan dan bahagian belakang juga mempunyai isyarat belok LED yang juga berfungsi sebagai lampu brek.

Panel instrumen empat inci berwarna juga sama seperti Himalayan dan menawarkan sambungan telefon pintar melalui aplikasi Royal Enfield yang khusus. Mengenai navigasi, daripada mencipta semula roda, Royal Enfield hanya mengintegrasikan Google Maps ke dalam aplikasi dan dengan itu memberikan navigasi belok demi belok pada panel meter itu sendiri.

Selain daripada perkongsian komponen yang jelas, bahagian terbesar adalah enjinnya sendiri. Enjin 452cc hampir tidak berubah daripada yang terdapat pada Himalayan dan menghasilkan 40PS dan 40Nm tork.

Apa yang telah berubah adalah keadaan penalaan, dengan Royal Enfield mengatakan bahawa Guerilla mempunyai tork pertengahan terbaik dalam kelasnya.

Transmisi enam kelajuan juga 90% serupa dengan hanya pemacu akhir yang sedikit lebih tinggi. Terdapat juga klac bantuan dan slipper klac yang menjadikan tuas berasa sangat ringan, yang berguna dalam lalu lintas.

Enjin dipasang pada rangka tiub keluli yang sama seperti Himalayan walaupun ia telah diubah sedikit sementara sub-framenya adalah semua baru.

Royal Enfield mengatakan bahawa jisim keseluruhan motosikal telah diletakkan lebih rendah dan ke hadapan untuk memberikan rasa yang lebih tangkas di dalam dan luar selekoh.

Tangki bahan api 11 liter sebaliknya adalah semua baru dan diperbuat daripada logam, dan angka penggunaan bahan api rasmi dinilai pada 29.5km per liter yang memberikan jarak teori yang lebih 300km.

Terdapat pelbagai warna dan banyak aksesori rasmi Royal Enfield untuk menyesuaikan watak motosikal ini.

Dari segi harga, rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga motosikal ini dilancarkan secara rasmi untuk itu tetapi jangkakan harga di bawah RM40k.

Harga untuk pasaran dunia adalah seperti berikut di bawah:

Enjin Ducati Panigale V-Twin (atau “L-Twin” seperti yang ditegaskan Ducati) nampaknya memainkan peranan sokongan sejak Panigale V4 diperkenalkan pada 2018. Walaubagaimanapun, enjin V-Twin a.k.a. V2 masih bertahan kerana ia menawarkan harga yang lebih berpatutan dan prestasi yang lebih senang dicapai dalam kategori bawah 1000cc. Tetapi adakah ia akan ditamatkan secara berperingkat selepas Ducati Panigale V2 Superquardro Final Edition (2025) ini?

Ducati Panigale V2 Superquardro Final Edition (2025) ini memberi penghormatan kepada enjin Superquardro pertama yang membuat penampilan sulungnya dengan Panigale 1199 pada 2012. Dan sudah tentu, ia merupakan pengeluaran yang terhad kepada 555 unit sahaja.

Rekabentuk grafik FE ini telah direka oleh Drudi Performance yang lagenda (merekalah yang merekabentuk grafik topi keledar terkenal termasuk untuk Valentino Rossi).

Di bawah fairing itu terdapat beberapa komponen menarik termasuk penutup silinder, penutup klac, dan penutup takungkan minyak yang dibuat daripada magnesium. Gerek silinder bersalut Nikasil, manakala lengan aci sesondol (camshaft) disalut DLC. Enjinnya diletakkan dalam kerangka monocoque, seperti sebelum ini. Set alat bantu elektronik tetap ada dan terdiri daripada tetapi tidak terhad kepada kawalan cengkaman, kawalan roda, Cornering ABS EVO, Ducati Quick Shift, kawalan brek enjin.

Dan terdapat juga komponen Öhlins iaitu suspensi depan dan belakang serta peredam stereng. Anda akan memijak pemijak bilet aluminium daripada Rizoma. Komponen yang dibuat daripada gentian karbon termasuk madgad depan dan belakang, penutup penyenyap ekzos, pelindung penutup klac (di atas penutup magnesium), penutup lengan ayun, penutup penyerap hentak. Bateri adalah litium-ion, dan terdapat genggaman bar hendal khas juga. Bercakap tentang hendal, ia dipasangkan pada pengapit yang dimesin (billet) di mana anda juga boleh menemui nombor siri motosikal yang diukir menggunakan laser.

Terdapat juga kit trek khas untuk Ducati Panigale V2 Superquardro Final Edition (2025) ini yang terdiri daripada kit pengemas untuk pemegang plat lesen dan cermin, penutup tangki bahan api aluminium bilet, dan modul GPS untuk pemerolehan data DDA.

Ducati Malaysia tidak mendedahkan harga tetapi media luar negara mengatakan ia dijual dari USD 28,000 (RM 130,534.69). Ia boleh didapati mulai Oktober 2024.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. telah melancarkan Honda NSS250 (2024), yang dahulunya dikenali sebagai Forza 250 di Indonesia dan Jepun.

Sebagai skuter berkapasiti lebih besar, NSS250 ini mempunyai beberapa ciri yang meletakkannya dalam segmen skuter premium.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin 249cc, silinder tunggal, sejukan cecair, SOHC, empat lejang, empat injap dengan eSP+ yang menghasilkan 17 kW (22.8 hp) pada 7,750 RPM dan 24 Nm pada 6,250 RPM.

  • Sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang menghantar jumlah tork yang jitu kepada tayar belakang dan berfungsi sebagai kawalan cengkaman.

  • Pasangan meter analog baharu dengan panel LCD untuk lebih senang dibaca.
  • Lampu depan dwi LED dan lampu belakang yang ditingkatkan.

  • Sistem Emergency Stop System (ESS) yang menyalakan lampu kecemasan secara automatik apabila membrek kecemasan.
  • ABS depan dan belakang dwi-salur.

  • Skrin depan yang boleh dilaras secara elekrik dengan melalui gerakan 180mm.
  • Ruang simpanan barang sebesar 48-litre di bawah pelana yang boleh memuatkan sehingga dual topi keledar full-face.

  • Kotak simpanan depan yang termasuk soket pengecasan 12V.
  • Smart Key untuk memulakan motosikal serta ciri jawab balas, sambil menghalang kecurian.

  • Keberatan basahnya ialah 186 kg.

Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda berkata, “Pelancaran Honda NSS250 merupakan detik yang membanggakan bagi Boon Siew Honda. Skuter ini merangkumi dedikasi kami untuk menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk yang bergaya, memberikan penunggang pengalaman peringkat teratas. Kami yakin NSS250 bukan sahaja akan memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan kami, menawarkan standard kecemerlangan baharu dalam pasaran skuter.

Honda NSS250 (2024) boleh didapat dalam tiga pilihan warna iaitu Mat Gun Powder Black Metallic, Pearl Smoky Gray, dan Candy Syrah Wine Red. Harga jualan yang disyorkan ialah RM 25,888 (bukan atas jalan).

Galeri foto Honda NSS250 (2024)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube