Bikesrepublic

Berita Terkini

Jenama AGV tidak asing lagi dalam dunia pembuatan helmet dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jenama ini mempunyai reputasi yang baik dalam aspek aerodinamik tanpa menjejaskan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Malah, helmet buatan AGV diuji di litar lumba dan dibangunkan bersama nama besar seperti Giacomo Agostini dan legenda MotoGP Valentino Rossi.

AGV baru-baru ini memperkenalkan Pista GP RR Futuro yang diperbuat daripada ‘forged carbon fiber’ dengan kemasan matte.

Helmet edisi khas Pista GP RR Futuro ini menampilkan cangkerang baharu untuk perlindungan optimum dengan reka bentuk spoiler bermata tajam yang menyumbang kepada aspek aerodinamik.

AGV menyatakan bahawa kemasan matte “carbonio forgiato” yang terdapat pada Forturo memberikan imej perlumbaan kepada sang pemakai.

Kelebihan paling utama helmet ini adalah ianya sangat ringan dan mempunyai ciri penyerapan tenaga yang lebih baik terhadap impak.

Melihat kepada aspek keselamatannya pula, Futuro telah memperoleh pengiktirafan homologasi FIM untuk pertandingan kejohanan dunia.

AGV turut menyatakan beberapa ciri pada helmet ini yang membantu pengudaraan dan menjamin keselesaan pengguna iaitu; Integrated Ventilation System (IVS) dan Adaptive Fit System.

Berat sebuah AGV Pista GP RR Futuro adalah 1450 gram (1.4kg).

 

Yamaha Indonesia baru-baru ini memperkenalkan model skuter NMAX 155 versi 2022 yang hadir dengan tiga varian.

Model terbaharu itu datang dengan dua pilihan warna baharu, Matte Green and Metallic Red pada harga bermula:-

  • NMAX 155 Connected versi ABS – Rp 34,800.000 (RM10,119)
  • NMAX 155 Connected versi Standard Upgrade – Rp 31.950.000 (RM RM9,291)
  • NMAX 155 Standard – Rp 30.700.000 (RM8,927)

Pilihan warna Matte Green ditawarkan pada kesemua varian dengan padanan warna hitam bagi memberi sentuhan premium.

Selain itu, turut kelihatan rim berwarna emas bagi menyerlahkan lagi sisi mewah skuter tersebut.

Pilihan warna Mettalic Red pula, terdapat pada kesemua varian NMAX 155 Standard dan Connected (Standard Upgrade).

Warna Metallic Red dilihat mampu menonjolkan gaya sporty dan maskulin selain mengganti warna Matte Red yang digunakan pada model terdahulu.

Bagi peminat dan pengguna jenama Yamaha, model NMAX 155 sering dikatakan mempunyai kombinasi gaya dan prestasi tunggangan cemerlang.

Melalui pengenalan pilihan warna dan kemasan baharu ini, NMAX 155 dijangka mampu menarik lebih ramai penggemar skuter di Indonesia untuk memilikinya.

Tampil dengan rekaan dan grafik yang terkini, Boon Siew Honda telah memperkenalkan skuter kompak Honda BeAT dengan harga bermula RM5,765.

Dengan elemen Sporty dan Moden yang dimiliki, Honda BeAT mampu menarik minat pengguna yang lebih muda dan tidak melupakan aspek utama iaitu sebagai alat pengangkutan yang boleh dipercayai.

Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan, iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nighfall Blue.

Honda BeAT dijana oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 8.67hp pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6000 rpm.

Enjin eSP tersebut melepasi tahap piawaian emisi Euro 4 dan Energy Efficient Vehicle (EEV) dimana penggunaan bahan api adalah sangat jimat iaitu sekitar 59.1 km/liter (WMTC test mode).

Dari aspek tunggangan, Honda BeAT mendapat sentuhan inovasi enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang semestinya menjamin keselesaan penunggang.

Skuter kompak ini bukan sahaja mudah dikawal, malah menawarkan lebih ruang tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter lengkap dengan ruang simpanan seluas 11.7 liter.

Antara ciri dan kelengkapan yang terdapat pada sebuah Honda Beat adalah sistem lampu LED, Side Stand Switch dan Combined Braking System (CBS) yang berfungsi memindahkan tekanan brek pada tahap optimum kepada roda hadapan dan belakang.

Siapa sangka, laluan lebuh raya tertinggi di Malaysia, Laluan Jalan Berkembar Paya Terubong Jalan di Bukit Kukus boleh dinaiki air.

Jalan tersebut ditimpa banjir kilat selepas berlakunya hujan lebat, pada Ahad.

Video insiden air bertakung juga memaparkan bagaimana air bertakung hampir 0.5 meter pada bahagian jalan tersebut.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh mengesahkan air surut sejurus selepas anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang melakukan pembersihan.

“Kejadian itu disebabkan longkang tersumbat kerana lubangnya ditutup oleh daun kering dan sampah.

“Masalah itu telah berjaya diselesaikan dan air telah surut,” jelasnya.

Sebelum ini juga beberapa perkongsian di media sosial menunjukkan laluan tertinggi di Malaysia itu telah dipenuhi sampah sarap termasuk bungkusan nasi lemak yang ditinggalkan pengunjung.

Jalan Bukit Kukus yang berada pada ketinggian 61.5 meter itu mengambil masa enam tahun untuk disiapkan dan menelan belanja lebih RM378.2 juta. – K Online!

Enea Bastianini, muncul pelumba terpantas pada hari terakhir ujian (Day 2) ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelumba Gresini Racing MotoGP itu merekodkan catatan masa 1 minit 58.131 saat untuk muncul terpantas dengan kelebihan 0.026s ke atas wakil Aprilia, Aleix Espargaro.

Catatan itu turut memperbaiki catatan masa 1m 58.638s yang direkodkan pada hari pertama (semalam),

Bercakap kepada media, Bastianini mendedahkan jentera Ducati GP21 yang ditunggangnya musim ini jauh lebih baik berbanding GP19 ketika bersama Avintia Esponsorama musim lalu.

“(GP21) jauh lebih baik di setiap sudut litar. Saya boleh brek lebih lambat dan bahagian belakang juga lebih stabil.

“Penggunaan tayar baharu juga membolehkan saya membuka ‘throttle’  dengan lebiih agresif berbanding GP19,”  jelas Bastianini.

Selepas mempamerkan peningkatan mendadak di hujung musim lalu apabila merekodkan 71 mata pada baki enam pusingan terakhir, pelumba berusia 24 tahun itu dijangka akan mempamerkan prestasi cemerlang musim ini dalam musim pertamanya bersama Gresini.

Suzuki Ecstar menempuh musim yang mengecewakan pada 2021, bukan sahaja kerana Joan Mir tidak mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim 2020 malah Alex Rins juga gagal berikan cabaran.

Mir ketinggala 70 mata dibelakang juara, Fabio Quartararo manakala Rins sekadar mengutip 99 mata selepas 18 pusingan musim lalu.

Sewaktu ditemui ketika sesi ujian pra-musim di Sepang, Rins akui fokus utamanya musim ini, selain mencabar kejuaraan adalah mendapatkan semula ‘feel’ yang sama pada musim 2020 apabila menamatkan musim itu dikedudukan ketiga dengan 139 mata, hanya 32 mata di belakang juara dan rakan sepasukan, Mir.

“Sasaran musim ini adalah dapatkan semula ‘feel’  dua tahun lalu. Pada musim 2020 saya menunggang dengan laju jadi untuk pastikan itu berlaku saya berlatih dengan lebih keras kali ini tidak kira di rumah atau di gim dengan usaha meningkatkan lagi tahap fizikal.

“Kami perlu beri lebih baik musim ini, dan itulah yang Suzuki sedang lakukan jadi saya kena buat perkara sama,” jelas Rins.

Melihat kembali musim lalu, Rins beberapa kali mengalami nasib malang apabila sering kemalangan ekoran jenteranya hilang cengkaman terutamanya sewaktu keluar selekoh perlahan.

Menyedari perkara itu, Rins juga mengharapkan jentera kali ini lebih baik dan aspek cengkaman diperbaiki hasil bantuan pelumba uji, Slyvain Guintoli.

“Masalah utama waktu itu adalah ketika mahu keluar dari selekoh perlahan tetapi saya rasa bukan masalah cengkaman tetapi lebih kepada aerodinamik.

“Kerana saya rasa cengkaman cukup baik tetapi jentera mudah melakukan ‘wheelie’  jadi perkara itu memberi kesan sewaktu henda keluar dari selekoh perlahan.

“Suzuki juga sedang memperhalusi perkara itu,”  tambah Rins.

Sewaktu sesi ujian pra-musim hari pertama di SIC, Rins rekodkan masa ketiga terpantas dengan 1 minit 59.340s sebelum memperbaiki catatan pada hari kedua (hari ini) dengan 1m 58.261s.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube