Bikesrepublic

Berita Terkini

Ketika pasaran dua roda negara sedang merekodkan kenaikan harga, MForce Bike Holdings Sdn Bhd memberi jaminan tiada kenaikan yang berlaku bagi kesemua model di bawah pengurusan syarikat itu tahun ini.

Perkara itu disampaikan Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad sewaktu pelancaran WMoto SX2 300 di X Park Sendayan, baru-baru ini.

Asri memberi jaminan bahawa kenaikan harga tidak akan berlaku bagi motosikal jenama Benelli, WMoto, SYM, QJMotor dan beberapa jenama lain dibawah payung MForce, sehingga hujung tahun ini.

Beberapa jenama motosikal lain di Malaysia sudah mula menampakkan kenaikan harga motosikal sejak awal tahun lagi.

Peningkatan harga itu berlaku ekoran kebanyakan pengeluar tidak mampu untuk menyerap peningkatan kos yang berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kos pengangkutan serta pelaksanaan gaji minimum.

Sementara itu, menurut laporan BH Online, harga motosikal akan terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Tan Tien Chye berkata kejatuhan nilai ringgit merupakan faktor terbesar terhadap kenaikan itu di samping kos bahan mentah yang telah meningkat lebih 30 peratus.

Isle of Man TT 2022 merekodkan kematian ketiga setelah penganjur mengesahkan pelumba berpengalaman, Davy Morgan meninggal dunia ekoran kemalangan pada 6 Jun.

Morgan merupakan korban ketiga di IOMTT 2022 selepas Mark Purslow (1 Jun) dan Oliver Lavorel (4 Jun).

Morgan kemalangan ketika perlumbaan pertama kategori Supersport yang merupakan penampilan ke-80 pelumba itu di perlumbaan TT.

Dia terbabas di Milestone 27th ketika di penghujung lap terakhir tatkala pelumba lain sedang melintasi Grandstand untuk menamatkan perlumbaan.

Penganjur mengibarkan bendera merah susulan kemalangan itu namun Morgan disahkan meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah.

Morgan merupakan pelumba TT yang berpengalaman, tidak pernah terlepas sejak membuat penampilan sulung di kategori Production 600 Race pada 2022.

Morgan pernah merekodkan tempat ketujuh di Senior TT 2006 dan tempat kelima di Lightweight TT 2008 di samping melakar 14 Silver Replicas dan 30 Bronze Replicas.

Pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd akan memperkenalkan enam model Ducati baharu untuk pasaran tempatan menerusi Ducati  Malaysia Premier 2022.

Ini merupakan pelancaran motosikal terbesar oleh pihak Ducati Malaysia sejak negara terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ducati Multistrada V2

Selain daripada pelancaran enam model baharu itu, Ducati MY juga akan meraikan beberapa kejayaan yang telah dicapai setakat ini.

Walaupun tiada info model apakah yang akan dilancarkan namun pastinya membabitkan model baharu yang telah didedahkan secara global menerusi Ducati World Premier (DWP) 2022 sebelum ini.

Ducati Scrambler Urban Motard

Antara model yang dijangkakan adalah Ducati Scrambler Urban Motard, Multistrada V2, Streetfighter V4 SP, dan Scrambler 1100 Tribute Pro.

Ikuti perkembangan lanjut di MotoMalaya.Net mengenai pelancaran enam model baharu tersebut.

Pasangan suami isteri disahkan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 pagi itu menyaksikan mangsa, Ezuddin Mohammad, 50 dan isteri, Surayah Muhamat, 48, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan tersebut turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal, Ya’akob Mohamd, 57, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau sebelum dirempuh pemandu kereta berusia 24 tahun dari arah Merlimau yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan. – FMT

Umum mengetahui bahawa Modenas telah pun disahkan sebagai pengedar baharu jenama motosikal Kawasaki di Malaysia menerusi anak syarikat EMOS (Edaran Modenas).

Kawasaki menerusi sebaran terbaru oleh EMOS juga mengumumkan 20 pusat servis rasmi jenama motosikal Jepun itu di seluruh negara.

Terbaru, Modenas turut menghebahkan laman Facebook rasmi Kawasaki Malaysia yang akan berkongsi pelbagai berita dan perkembangan terbaru mengenai jenama itu disini.

Menariknya, hebahan itu turut ditemani imej serba gelap yang memaparkan sebuah jentera Kawasaki.

Berdasarkan pemantauan, model tersebut merupakan Ninja 650 yang telah dipasang dengan aksesori ‘winglet’.

Kawasaki Ninja 650

Walaupun gambar tersebut mungkin sekadar tujuan promosi namun tidak dinafikan pihak EMOS sebelum ini pernah memaklumkan antara model Kawasaki yang akan dipasang disini membabitkan model 250 hingga 650cc sekaligus melibatkan Ninja 650.

Pihak Modenas sebelum ini juga pernah menayangkan Modenas Ninja 250 sekaligus mengesahkan bakal menjadi antara model yang akan dijenamakan semula untuk pasaran tempatan.

Bagaimanapun, segalanya masih lagi hanya satu spekulasi dan makluman ini hanya boleh disahkan sebaik pihak Kawasaki Malaysia/EMOS membuat pengumuman rasmi.

Dalam perkembangan sama, kami juga akan berangkat ke Gurun, Kedah bagi menemui pihak Kawasaki Malaysia untuk mendapatkan info lebih terperinci akan perkembagan jenama itu disini.

Nantikan perkembangan terbaru mengenai Kawasaki Malaysia nanti.

Pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia, Didi Group, telah pun melancarkan Moto Guzzi V7 Stone untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga RM62,900, V7 Stone ini dikuasakan enjin 850cc berprestasi tinggi baharu yang mampu menjana 65hp pada 6,800rpm and 73Nm pada 5,000rpm sekaligus naik mendadak berbanding 52hp dan 60Nm sebelum ini.

Platform baharu ini juga menghasilkan 80 peratus tork seawal 3,000rpm.

Moto Guzzi juga mendakwa tempat duduk telah direka semula untuk hadirkan keselesaan yang lebih baik termasuk ‘footpeg’ yang kini memberi sokongan lebih baik.

Antara naik taraf lain yang turut diperkenalkan adalah penggunaan lampu LED baharu, paparan skrin digital LCD serta rim aluminium dengan tayar belakang yang lebih besar, 150/70.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube