Jenama fesyen terkemuka Itali, Gucci bakal melancarkan barisan fesyen baharu hasil kolaborasi dengan Moto Guzzi dan fesyen streetwear, Palace.
Kolaborasi kali ini bakal menyaksikan beberapa barangan akan ditawarkan namun paling mencuri tumpuan adalah sebuah Moto Guzzi V7 yang mendapat sentuhan Gucci dan Palace.
Antara bahagian paling mencuri tumpuan adalah bahagian tempat duduk yang menawarkan kemasan monogram Gucci sementara bahagian tangki pula tampil dengan corak ‘camo’ yang menampilkan tulisan Palace.
Di bahagian sisi tangki juga menampakkan logo Palace dan Gucci di sebelah kiri manakala di sebelah kanan memaparkan lencana Moto Guzzi dengan warna keemasan.
Menariknya, lencan Gucci juga ditempatkan di sebelah kiri dan kanan fork depan sekaligus menonjolkan ciri premium motosikal terbabit.
Selain itu, Moto Guzzi V7 x Gucci X Palace ini juga dilengkapi dengan ‘saddlebag’ dari Gucci yang turut memaparkan monogram Gucci.
Buat masa ini tiada harga rasmi didedahkan namun Gucci akan membuat pengumuman sebaik dipasarkan pada Jumaat (esok).
Untuk rekod Moto Guzzi V7 ini dikuasakan enjin 850cc dua silinder yang menawarkan 65hp dan 73Nm.
Ducati Malaysia bawa pulang tiga anugerah berprestij di Ducati Global Dealer Conference 2022 yang berlangsung di Sardinia, Itali, baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, Ducati Malaysia dianugerahkan Global Distributor of The Year 2022, Best Marketing Team 2022 di Asia Pasifik dan Best Commercial After Sales Team 2022 Di Asia Pasifik.
Hadir bagi menerima anugerah kehormat tersebut adalah Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael yang turut disaksikan Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pasifik, Marco Biondi.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor Holding, Claudio Domenicalli.
Sementara itu, Ducati Malaysia dalam satu perkongsian di laman sosial mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam membantu mencapai kejayaan tersebut.
“Kepada keluarga Ducati Malaysia, pelanggan kami dan rakan kongsi serta sahabat handai, kami mengucapkan Grazie! (terima kasih).
“Ini adalah satu pencapaian untuk kita semua dan kami tidak dapat lakukannya tanpa anda.”
Kejayaan ini merupakan penanda aras baharu buat Ducati Malaysia selepas dianugerahkan Best Marketing dan Best Aftersales Award tahun lalu.
Jenama Benelli kembali menempah nama selepas diambil alih Qianjiang Group (QJMotor) yang berpangkalan di China.
Motosikal seperti Benelli TRK 502 dan Leoncino kini antara model popular di Eropah terutamanya di Itali dengan TRK 502 juga beberapa kali muncul motosikal popular di negara itu.
Bersandarkan kepada kejayaan Benelli, kini QJMotor turut mengorak langkah sama dengan model SRK dan SRV.
Namun, mengenal pasti permintaan tinggi terhadap motosikal ADV, QJMotor juga bakal memperkenalkan SVT 650.
Beberapa bulan lalu, rupa jelas model ini telah pun didedahkan kepada umum menerusi paten yang telah difailkan syarikat itu.
Bagaimanapun, orang ramai akan dapat menyaksikan model baharu itu dengan lebih dekat selepas QJMotor disahkan akan mempamerkan SVT 650 di EICMA, November ini.
Seperti laporan sebelum ini, SVT 650 akan dikuasakan enjin V-Twin 645cc yang mempunyai konfigurasi sama seperti yang terdapat pada Suzuki V-Strom 650.
Enjin tersebut berupaa menghasilkan 71hp pada 8,800rpm dan 62Nm pada 6,500rpm.
Walaupun spesifikasi lebih terperinci tidak didedahkan namun setakat ini QJ650 tersebut menawarkan ciri berikut:
MotoGP akan bertandang ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini sempena GP Malaysia yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober ini.
Tumpuan pastinya terarah kepada perebutan kejuaraan dunia di antara pelumb Ducati Francesco Bagnaia dan wakil Yamaha, Fabio Quartararo.
Ini kerana ketika di GP Australia tempoh hari, Bagnaia berjaya memintas Quartararo selaku pendahulu kejuaraan dunia MotoGP yang baharu selepas merekodkan tempat ketiga manakala Quartararo gagal menamatkan perlumbaan ekoran kemalangan.
Keputusan perlumbaan di litar Phillip Island itu menyaksikan Bagnaia kini mendahului dengan 233 mata, 14 mata di hadapan Quartararo. Sementara Aleix Espargaro masih lagi enggan mengaku kalah dengan 27 mata dibelakang Bagnaia.
Quartararo pastinya mahu merampas kembali status pendahulu bagi mencerahkan peluang untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu.
Lain pula kisahnya bagi Bagnaia, yang mahu mengubati kekecewaan musim lalu dengan menghadiahkan kejuaraan bagi kem Ducati selepas kali terakhir dilakukan Casey Stoner pada 2007.
Bagaimanapun, berdasarkan statistik semasa, Bagnaia mempunyai peluang yang lebih cerah.
Untuk rekod, dalam lapan perlumbaan sebelum ini -termasuk di Australia – Bagnaia merekodkan empat kemenangan berturut-turut (Assen, Silverstone, Red Bull Ring dan Misano) dan berjaya menaiki podium di Aragon (kedua), Thailand serta Australia (ketiga).
Namun dia tidak bernasib baik di Motegi, Jepun apabila kemalangan di lap terakhir sekaligus gagal mengutip sebarang mata.
Sementara itu, Quartararo pula tidak konsisten dan hanya menaiki podium sekali sahaja dalam baki lapan pusingan terakhir, mendapat tempat kedua di Austria di belakang Bagnaia.
Ketika di Phillip Island, Quartararo terus malang apabila dua kesilapan menyebabkannya kemalangan lalu menyaksikan status pendahulunya dirampas Bagnaia.
Namun begitu, Quartararo dalam kenyataan terbaru mendakwa dia akan membawa pertarungan ke Malaysia.
“Saya akan ke Malaysia dengan motivasi tinggi.
“Sepang adalah litar yang bagus dan saya sukakannya jadi kita lihat apa yang kami boleh lakukan,” jelasnya.
Pada masa sama, Quartararo menyifatkan cuaca panas di Malaysia juga akan memberi kelebihan pada keadaan tayar.
“Lebih mudah untuk tayar berada dalam keadaan panas tetapi itu tidak bermakna perlumbaan lebih mudah,” tambahnya.
Kali terakhir MotoGP berlangsung di SIC adalah pada musim 2019 dan ketika itu, Maverick Vinales yang masih bersama Yamaha muncul juara diikuti Marc Marquez dan Andrea Dovizioso.
Quartararo pula merekodkan tempat ketujuh (bersama Petronas SRT) manakala Bagnaia (Pramac)di tempat ke-12.
Apa yang pasti, Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi medan pertarungan antara Ducati dan Yamaha dalam merebut kejuaraan dunia 2022.
Persoalannya, siapa yang menjadi pilihan untuk kejuaraan kali ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.
Pasaran Filipina menjadi pasaran Asia Tenggara ketiga selepas Indonesia dan Thailand yang menerima Honda ADV160 2022.
Skuter adventure bernadikan enjin baharu itu tampil dengan tiga warna baharu; MAtte Solar Red Metallic, Matte Pearl Crater White dan Matte Gunpowder Black Metallic.
Bagi tahun 2022, generasi baharu ADV160 ini – yang menggantikan ADV150 – digerakan enjin 157cc 4-valve SOHC dengan penyejukan cecair menawarkan 15.82hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm.
Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi automatik V-Matic.
Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada ADV160 adalah port UBS, penghadan angin baharu, panel meter digital LED baharu dan ruang letak barang 30L.
Menariknya, Honda juga menawarkan fungsi Honda Selectable Torque Control (HSTC/traction control) pada ADV160 ini.
Ciri lain ditawarkan termasuk:
ABS
keyless (Honda Smart Key)
lampu belakang LED dengan Emergency Stop Signal
tangki 8.2L
Sementara itu, ADV160 ini dipasarkan di Filipina pada harga PHP164,900 (RM13.2k).
Susulan pelancaran Honda ADV160 di tiga pasaran Asean ketika ini, kami menjangkakan bahawa skuter tersebut akan turut dipasarkan di Malaysia ekoran permintaan terhadap ADV150 cukup tinggi sebelum ini.
Untuk rekod, Boon Siew Honda akan memperkenalkan sebuah skuter kompak baharu untuk pasaran tempatan pada November ini. Namun, model tersebut bukanlah ADV160.
Kawasaki Malaysia dibawah kendalian Edaran Modenas (EMOS) akan memeriahkan minggu MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang dengan mempamerkan Kawasaki Ninja ZX-25R.
Ini sekaligus mengesahkan lagi kenyataan pihak EMOS sebelum ini yang memaklumkan jentera 250cc 4-silinder itu akan dipasarkan di Malaysia awal tahun depan.
Menurut sumber, model itu telah pun berada di Gurun ketika ini dan akan dipamerkan di SIC sekaligus memberi peluang pada orang ramai yang hadir untuk melihat dengan lebih dekat.
Menariknya, selain ZX-25R terdapat beberapa lagi motosikal Kawasaki yang akan dipamerkan.
Untuk rekod, Kawasaki ZX-25R dikuasakan enjin 249.8cc 4-inline DOHC yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm (51hp dengan Ram Air) dan 22.9Nm pada 14,500rpm dengan nisbah mampatan (compression ratio) 11.5:1.