Bikesrepublic

Berita Terkini

Spesifikasi CFMoto 675 SR untuk lesen kelas A2 telah didedahkan.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, CFMoto sedang bersiap untuk melancarkan dua motosikal sportbike kelas pertengahan. Yang pertama ialah dengan enjin 500cc empat silinder sebaris yang dipanggil CFMoto 500 SR Voom, dan yang kedua dengan enjin 675cc tiga silinder yang dipanggil CFMoto 675 SR.

Pengilang ini telah pun menunjukkan edisi khas 675 SR-R Aspar pada bulan lepas. Ia dihiasi dengan segala warna Aspar serta grafik yang agak bersemak. Kini, CFMoto telah memfailkan permohonan kelulusan jenis untuk versi 675 SR yang standard.

CFMoto telah berkata bahawa enjin tiga silinder ini akan menghasilkan “lebih daripada 100hp” semasa di EICMA 2023, tetapi dokumen itu menunjukkan pada 70kW (94hp). Kenapa pula begitu? Itu adalah kerana 94hp merupakan kuasa maksimum menurut sekatan Kesatuan Eropah untuk pemegang lesen kelas A2. Adakah terdapat versi yang tidak mematuhi kelas A2? Kita akan nantikan.

Dokumen kelulusan juga menyatakan kapasiti enjin pada 674cc dengan tiga silinder dan gerek 72mm. Ini bermakna lejang mestilah sekitar 55mm, memberikan lejang yang lebih panjang daripada enjin 675cc Triumph (gerek 73mm) dan MV Agusta (gerek 79mm). Ini boleh bermakna bahawa enjin CFMoto mungkin mempunyai RPM maksimum yang lebih rendah tetapi menghasilkan tork lebih tinggi khususnya dalam julat RPM rendah dan pertengahan.

Spesifikasi 675 SR standard ini tidak mempunyai sayap yang lebih panjang dan lebih besar berbanding dengan 675 SR-R Aspar, tetapi ia mempunyai ekor yang lebih panjang dan pelana pembonceng, serta pemijak kaki untuk pembonceng. Edisi Aspar dikatakan motosikal trek sahaja, justeru tidak mempunyai lampu, lampu isyarat, cermin. Namun, berita baiknya ialah 675 SR standard ini mengekalkan fairing brek daripada prototaip yang menyalurkan udara penyejuk ke kaliper brek empat piston J.Juan.

Mungkin terdapat fork KYB boleh laras seperti pada CFMoto 800 NK dan lengan ayun aluminium. Jarak roda adalah 1399.6mm, lebih pendek sedikit daripada Honda CBR650R. Berat basah ialah 195kg.

Bagi anda yang taksub top speed, pengeluar meletakkan kelajuan maksimum CFMoto 675 SR pada 219km/j untuk versi A2 ini, jadi versi standard mungkin akan lebih pantas.

Susulan pengumuman kembalinya jenama lagenda Itali, Lambretta ke Malaysia, model-model Lambretta X250 (2024) dan Lambretta G350 (2024) kini berada di dalam pasaran.

Kedua-dua model itu dipasang oleh Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (MOMOS) di Malaysia.

Lambretta X250 (2024)

X250 mempunyai kerangka separa ‘monocoque‘, yang mana semua komponen lain dipasangkan padanya. Enjin 250cc, 4-injap disejukkan cecairnya menghasilkan kuasa maksimum 24.8hp pada 8,250 RPM dan tork maksimum 24.5Nm pada 6,250. Lambretta mengatakan bahawa liang-liang angin di tepi radiator berkesan untuk memastikan enjin sejuk dan menyediakan udara yang diperlukan untuk pembakaran bahan api.

Terdapat sepasang penyerap hentakan di bahagian belakang, manakala suspensi depan menampilkan jenis ‘double pull‘ yang sinonim dengan Lambretta.

Tangki bahan api memuatkan 7 liter petrol, dan berat kering ialah 165kg.

Other features include ABS which is standard fitment for European bikes above 125cc, smart key ignition, and LED lighting.

Ciri-ciri lain termasuklah sistem brek anti kunci (ABS), seperti mana yang diwajibkan di Eropah untuk motosikal yang lebih besar daripada 125cc dan ke atas. Selain daripada itu, ia turut menggunakan sistem nyalaan smart key, disampaing lampu LED.

Harga jualannya bermula daripada RM22,800.

Lambretta G350 (2024)

Model G350 ini merupakan ialah model perdana untuk Lambretta, dan menampilkan enjin 330cc,  silinder tunggal dengan penyejukan cecair, yang menghasilkan 25.8hp pada 7,500 RPM dan 25.5Nm pada 6,250 RPM.

Walaupun saiz badannya kelihatan seakan sama dengan X250, G350 mempunyai tangki bahan api yang lebih besar iaitu 9 liter, dan jumlah berat keringnya ialah 173kg

Suspensi juga serupa dengan X250 seperti jenis ‘double pull‘ di depan dan penyerap hentakan berkembar di belakang.

Terdapat beberapa perbezaan utama lain juga, seperti skrin TFT dan ruang simpanan barang di depan dengan pengecas USB.

Harga jualannya bermula daripada RM29,800.

Galeri gambar Lambretta Lambretta X250 (2024)
Galeri gambar Lambretta G350 (2024)

Seorang lelaki memasang nombor palsu pada motornya bagi mengelakkan ianya ditarik.

Lelaki itu ditahan ketika satu sekatan jalan raya yang dijalankan oleh oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5 berdekatan Subang Jaya, semalam. Pegawai-pegawai yang berada di operasi itu perasan bahawa motosikal tersebut tiada nombor plat depan, manakala nombor plat belakang tidak lengkap.

Pegawai-pegawai JPJ kemudiannya melakukan pemeriksaan casis kemudiannya mendapati bahawa motosikal jenis Yamaha 135LC itu tidak sepadan dengan nombor pendaftaran yang dipasang pada motosikal.

Akhirnya penunggang motosikal itu mengaku bahawa dia menukar nombor plat di motosikalnya kerana tidak mahu ia ditarik akibat tidak membayar ansuran lebih dari 3 bulan.

“Sebulan saya perlu membayar RM299 dan ada tiga tahun lebih lagi kena bayar.

“Saya tukar nombor plat ini dalam seminggu, takut kedai tarik. Saya tahu risiko buat benda ini, tapi itulah… saya reda,” katanya ketika ditemui di sini.

JPJ bertindak menyita motosikal terbabit. Lelaki tersebut juga didapati tidak ada lesen memandu.

Peminat MotoGP mungkin perasan ada sebuah Italjet Dragster dalam warna Gresini Racing Team di latar belakang semasa pusingan GP Perancis. Dan sekarang secara rasminya, Italjet Dragster Gresini MotoGP Replica dilancarkan.

Italjet dan Gresini menjadi rakan kongsi awal tahun ini, lantas melahirkan replika yang memakai warna yang sama dengan motosikal perlumbaan Gresini Ducati GP16 MotoGP.

Motosikal ini boleh didapati dalam dua varian merentasi banjaran modelnya, iaitu versi standard dan versi edisi terhad. Edisi standard boleh didapati untuk Italjet Dragster 125, 200, dan 300, yang juga mamakai warna Gresini.

Edisi terhad merupakan versi perdana dan hanya disediakan untuk versi 300cc, dan hanya 75 unit akan dibina. Ia mempunyai suspensi depan dan belakang Öhlins, sistem ekzos Akrapovic, dan penutup tempat duduk belakang dengan sayap “ekor triceratops”. Terdapat juga hologram khas yang memaparkan keaslian motosikal yang diperakui oleh Gresini Racing Team.

Harga Italjet Dragster Gresini MotoGP Replica bermula daripada €6,399 (RM32,333.63) untuk versi 125cc standard kepada €7,499 (RM37,891.74) untuk versi 300cc standard. Edisi terhad pula berharga €9,499 (RM47,996.76).

Sejurus Yamaha NMAX “Turbo” dilancarkan di Indonesia baru-baru ini, terma “Turbo” mencetus banyak pertanyaan yang menunjukkan beberapa kekeliruan. Jadi, mari kita lihat bagaimana sebuah pengecas turbo berfungsi.

Bagaimanapun, NMAX “Turbo” tidak menggunakan pengecas turbo yang sebenar. Sebaliknya, ia adalah mod yang membuatkan transmisi CVT hasilkan tork segera untuk memecut dan memotong.

Terdapat beberapa sebab mengapa pengecas turbo tidak popular di kalangan pembuat motosikal, walaupun terdapat era motosikal yang mengunakan pengecas turbo.

Apakah turbo?

Enjin pembakaran dalaman memerlukan udara untuk berfungsi. Udara disedut masuk, dicampur dengan bahan api dan dibakar. Pembakaran ini menukar tenaga kimia dalam bahan api kepada tenaga haba, yang seterusnya menolak omboh ke bawah untuk memutarkan aci engkol (tenaga kinetik).

Walaubagaimanapun, setiap piston boleh menyedut hanya seberapa banyak udara. Udara yang tidak mencukupi bermakna anda tidak boleh mencampurkan terlalu banyak bahan api, jika tidak bahan api yang tidak terbakar akan terbuang. Oleh kerana udara dan bahan api tidak mencukupi, enjin menghasilkan tork dan kuasa yang terhad.

Turbo mengubahnya dengan memaksa lebih banyak udara ke dalam kebuk pembakaran, untuk dicampur dengan lebih banyak bahan api, jadi enjin boleh menghasilkan lebih kuasa lebih tinggi.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Premis asasnya ialah pengecas turbo menggunakan gas ekzos (daripada dibuang terus) untuk memampatkan udara.

Secara spesifik, pemampat dalam pengecas turbo menekan udara masuk sebelum ia memasuki manifold kemasukan udara.

  • Komponen utama pengecas turbo ialah:
    • Turbin – biasanya dengan rekabentuk jejari.
    • Pemampat – biasanya jenis pemampat emparan.
    • Hab aci pusat berputar.
  • Turbin

Bahagian turbin (juga dipanggil “bahagian panas” atau “bahagian ekzos” turbo) ialah tempat daya putaran dihasilkan, untuk turut memutarkan pemampat (melalui aci berputar melalui tengah turbo). Selepas ekzos memutarkan turbin ia terus masuk ke dalam ekzos.

Turbin menggunakan satu siri bilah untuk menukar tenaga kinetik daripada aliran gas ekzos kepada tenaga mekanikal aci berputar (yang digunakan untuk menggerakkan bahagian pemampat). Perumah turbin mengarahkan aliran gas melalui bahagian turbin, dan turbin itu sendiri boleh berputar pada kelajuan sehingga 250,000 rpm.

  • Pemampat

Pemampat menarik udara luar melalui sistem pengambilan udara dan memampatkannya, dan memaksanya ke dalam ruang pembakaran (melalui manifold masuk).

  • Hab aci pusat berputar

Hab aci pusat berputar menempatkan aci yang menyambungkan turbin ke pemampat. Aci yang lebih ringan boleh membantu mengurangkan kelambatan galakan turbo (turbo lag). Bahagian juga mengandungi galas untuk membolehkan aci ini berputar pada kelajuan tinggi dengan geseran yang minimum.

Sesetengah hab disejukkan dengan air dan mempunyai paip untuk mengalirkan coolant enjin. Satu sebab untuk penyejukan air adalah untuk melindungi minyak pelincir pengecas turbo daripada menjadi terlalu panas.

Keburukan pengecas turbo

Setiap penyelesaian kejuruteraan mencipta masalah lain. Begitu juga dengan pengecas turbo, maka penggunaannya terhad.

Kelewatan galakan turbo

Kelewatan galakan turbo atau turbo lag merujuk kepada kelewatan yang berlaku antara menekan pendikit dan pengecas turbo untuk memberikan tekanan rangsangan. Kelewatan ini disebabkan oleh peningkatan aliran gas ekzos (selepas pendikit dibuka secara tiba-tiba) mengambil masa untuk memutarkan turbin ke kelajuan di mana rangsangan dihasilkan (disebabkan oleh inersia turbin). Kesan kelewatan galakan turbo melambatkan tindak balas pendikit, justeru melambatkan penghantaran kuasa.

Kemudian, apabila tekanan rangsangan mencukupi, tork enjin meningkat secara tiba-tiba dan menyebabkan kenderaan memecut dengan tiba-tiba yang boleh mengejutkan penunggang.

Terdapat cara untuk mengatasi kelambatan ini,tetapi ia memerlukan banyak teknologi dan menjadi mahal.

Haba

Sistem turbo menjana banyak haba, memerlukan penggunaan minyak yang boleh menahan penyeksaan. Oleh itu, hanya minyak enjin sintetik disyorkan.

Seorang pemuda meluahkan penyesalannya kerana gajinya hanya tinggal RM50 setelah membeli sebuah superbike BMW.

Melalui ciapan pemuda yang berusia 26 tahun itu, gajinya telah mencapai RM6,000 sebulan tetapi dia ingatkan ia mencukupi untuk membeli motosikal idamannya yang berharga RM129,000 (harga untuk BMW S 1000 RR).

Tetapi ia nyata yang dia telah silap bajet. Melalui ciapannya di laman X, “Betul kata orang superbike sebenarnya hobi untuk orang kaya.

“Sekarang baru tengah bulan, lepas renew (baharui) cukai jalan, servis apa semua, duit makan pun tinggal RM50.

“Tak tahu boleh survive sampai hujung bulan ni tak,” beliau mengeluh.

Seperti biasa, netizen cepat memberikan teguran kerana dia tidak mengukur baju di badan sendiri. Ada pula yang mengatakan bahawa superbike kelas itu hanya sesuai bagi mereka yang bukan makan gaji dan dengan pendapatan lima angka setiap bulan.

“Bagilah gaji berapa pun, memang tak cukup kalau boros, tak pandai urus wang. Gaji tinggi, gaya hidup pun tinggi, memang tak cukup,” komen seorang netizen.

Ada yang memberikan nasihat kewangan.

“Secara logiknya RM50 tak lepas sampai hujung bulan. Tapi kalau pinjam atau pakai simpanan boleh je.”

“Jual jelah, jalan terbaik kalau dan membebankan tu,” kata seorang netizen yang lain.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube