Bikesrepublic

Berita Terkini

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah pun menjelaskan kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadapnya sebelum ini setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan media tempatan, bayaran tersebut telah pun dijelaskan di Bahagian Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar, semalam oleh seorang wakil Menteri Besar.

Muhammad Sanusi didapati melanggar SOP dengan merentas negeri ke Juru Autocity di Pulau Pinang untuk sesi pandu uji sebuah trak pikap jenis Ford Ranger Raptor sewaktu PKP.

Sementara itu, difahamkan beliau turut menjelaskan bayaran kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap wakil jualan kenderaan tersebut atas kesalahan membenarkan sesi pandu uji meskipun pusat pameran tidak dibenarkan beroperasi. – Kosmo

Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan bagi individu yang telah pun mendapat dua dos vaksin selepas Hari Raya Aidiladha.

Perkara itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan bahawa senario itu sedang dalam penelitian ketika ini.

Menurut Ismail Sabri, Jawatankuasa Teknikal sedang mengkaji secara menyeluruh terhadap individu dan sektor perniagaan yang akan terlibat dalam proses kelonggaran sekatan tersebut.

“Insya’allah info lebih terperinci akan diumumkan selepas Hari Raya Haji,” jelas beliau.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menjelaskan Kementerian Kesihatan sedang mengkaji apakah langkah yang boleh diambil untuk individu yang tidak dapat mengambil dos kedua vaksin atas sebab alahan atau faktor kesihatan. – The Star

Dalam usaha mengekang pergerakan orang ramai sempena perayaan Aidiladha, pihak berkuasa tidak akan menerima surat kebenaran MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) di setiap sekatan jalan raya (SJR).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, yang menjelaskan tindakan tersebut diambil setelah mendapati terdapat peningkatan jumlah kenderaan di lebuhraya.

Menurut Acryl, semua SJR diarahkan untuk tidak menerima surat MITI sebagai kebenaran untuk merentas negeri/daerah sehingga 21 Julai ini.

Bagaimanapun, sekatan itu tidak membabitkan mereka yang mempunyai janji temu vaksin atau sebarang perkara kecemasan. – NST

Umum sedia maklum jenama Suzuki di Malaysia telah pun diambil alih pengedar baharu.

Meskipun kami masih menanti pengumuman rasmi tersebut oleh pihak berwajib, namun perkembangan terbaru memberi bayangan bahawa pemberitahuan itu akan berlaku tidak lama lagi.

Ini berdasarkan perkongsian terbaru oleh Wah Motor Superbike di Klang, Selangor, pra-tempahan untuk enam model Suzuki 2021 telah pun dibuka.

Berdasarkan perkongsian itu, enam model tersebut membabitkan:

• Suzuki SV650
• Suzuki GSX-S750
• Suzuki V-Strom 750XT
• Suzuki GSX-R1000
• Suzuki GSX-R1000R
• Suzuki Katana

Bagaimanapun, beberapa model 2021 lain antaranya V-Strom 1050XT, GSX-S1000, GSX-S950 dan Hayabusa tidak disenaraikan.

Namun apa yang mencuri tumpuan kami perkongsian itu tidak menyebut sebarang model berenjin kecil antaranya GSX-R150 dan Belang 150 yang sebelum ini diwar-warkan antara model yang akan diperkenalkan di Malaysia.

Apa pun info pra-tempahan ini sudah cukup mengujakan kerana secara tidak langsung mengesahkan kembalinya Suzuki di Malaysia.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bakal dihadapkan dengan kompaun setelah didapati memandu uji kereta di salah sebuah pusat pameran di Autocity Juru, Seberang Perai, Jun lalu.

Muhammad Sanusi didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKP dengan melanggar larangan rentas negeri dan memandu uji kenderaan meskipun pusat pameran tidak dibenarkan beroperasi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain yang memaklumkan bahawa kompaun akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, pengesahan arahan kompaun akan disampaikan ke pejabat menteri besar Kedah dalam masa terdekat.

Setakat ini, jumlah kompaun yang akan dikenakan belum didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, tular rakaman memaparkan Menteri Besar Kedah itu dipercayai memandu uji sebuah kereta jenis Ford Ranger di Juru meskipun negara sedang dilanda PKP.- BH

Ducati meneruskan trend jualan positif bagi separuh pertama 2021 apabila berjaya menyerahkan 34,485 unit motosikal kepada tangan pemilik baharu.

Angka jualan tersebut sekaligus menyaksikan pengeluar motosikal Itali itu mencatatkan peningkatan lebih 43 peratus dan 9 peratus berbanding tempoh sama pada 2020 dan 2019.

Menurut Ducati, Jun merekodkan jualan paling cemerlang dengan 8,598 unit berjaya dijual seluruh dunia.

Berikut pecahan berdasarkan peratusan jualan mengikut negara:

  • Australia – 82 peratus
  • Itali – 55 peratus
  • Jepun – 53 peratus
  • Amerika Utara – 51 peratus

Pengenalan kepada model baharu menjadi percaturan terbaik buat Ducati apabila model adventure terbaru, Multistrada V4 paling popular diikuti Ducati Scrambler 800 Nightshift dan Icon Dark serta Streetfighter V4.

Lebih menarik, Monster 900 juga catat angka memberangsangkan meskipun baru berusia beberapa bulan dalam pasaran sejak dilancarkan April lalu.

Sementara itu, rata-rata model baharu sudah pun dipasarkan di Malaysia oleh Ducati Malaysia kecuali Multistrada V4, Monster dan Diavel 1260 S “Black and Steel” ekoran situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih melanda negara.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube