Bikesrepublic

Berita Terkini

Jenama Benelli kembali meningkat naik sejak diambil alih syarikat gergasi China, Qianjiang.

Dibawah pengurusan baharu, ibu pejabat serta jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Benelli yang terletak di Itali meneruskan pembangunan beberapa model baharu sambil dibantu bahagian pembuatan dan pemasangan di China.

Kolaborasi dua bahagian ini berjaya menghasilkan motosikal Itali dengan harga lebih rendah dan mampu milik.

Dikalangan model yang ditawarkan, motosikal ‘adventure’, TRK 502 paling mendapat perhatian ramai.

Sejak diperkenalkan pada 2018, TRK 502 bingkas menjadi model paling popular dan berjaya muncul sebagai model paling laris di Itali pada tahun 2020.

Rekod itu kemudiannya dipecahkan pada 2021 apabila 6,543 unit berjaya dijual.

Menuju ke tahun 2023, Benelli sekali lagi bakal mengorak langkah baharu apabila akan melancarkan varian TRK yang lebih besar, dikenali sebagai TRK 702.

Perkara itu didedahkan menerusi paten terbaru yang difailkan di China oleh syarikat induk, Qianjiang.

Menariknya, paten tersebut turut mendedahkan rupa jelas TRK 702, yang semenangnya menawarkan rekaan serba baharu berbanding TRK 502.

Menurut dokumen yang difailkan, TRK 702 akan dikuasakan enjin parallel-twin 693cc dengan penyejukan cecair mirip dengan platform CFMoto 700CL-X.

Berupaya menghasilkan 75hp dan 70Nm, Benelli TRK 702 ini dijangka bakal memberikan saingan sengit terhadap segmen ADV pertengahan.

Yamaha bakal mengorak langkah ke alam motosikal elektrik bermula denngan Yamaha E01 tidak lama lagi.

Menariknya, Yamaha Japan telah memilih Malaysia bersama beberapa negara Asia lain termasuk Thailand, Indonesia dan Taiwan sebagai medan ujian Yamaha E01.

Perkara itu disampaikan sewaktu sesi penerangan produk oleh Yasushi Noumura.

Yamaha Jepun sebelum ini telah pun mengadakan sesi ujian di Eropah dan Jepun dan bakal meneruskan usaha itu di iklim Malaysia yang akan menguji ketahanan dan kelasakan Yamaha E01.

Ujian tersebut akan memfokuskan jarak perjalanan, kaedah pengecasan dan masa yang akan diambil sewaktu mengecas yang sememangnya menjadi cabaran utama bagi mobiliti elektrik.

Menariknya, Yamaha E01 tampil dengan dimensi hampir sama dengan model sedia ada Yamaha Nmax namun akan digerakan bateri lithium-ion 4.9kWh yang mampu menjana 8.1kW (10.8hp) pada 5,000rpm dan 30.2Nm pada 1,950rpm.

Sebagai skuter urban, Yamaha E01 menawarkan boleh mencapai jarak perjalanan hingga 100km dan mampu mencapai kelajuan 100km/j.

Terdapat tiga pilihan pengecas bagi Yamaha E01:

  • pengecas konvensional (rumah) – 5 jam hingga penuh
  • pengecas pantas (pengedar) – 1 jam hingga 80 peratus
  • pengecas mudah alih – 14 jam hingga penuh

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Yamaha E01 menawarkan ruang letak barangan yang luas, 28L di bawah tempat duduk sekaligus menjadikan skuter elektrik ini praktikal untuk kegunaan harian.

Yamaha E01 dijangka akan mula menjalani ujian sekitar Julai tahun ini.

Polis sedang mencari penunggang motosikal lelaki yang tular menyiku kepala pembonceng wanita dalam satu kejadian yang dirakam berlaku di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih, baru-baru ini.

Polis siasat kes penunggang motosikal siku kepala pembonceng dipercayai isterinya . Baca Artikel Penuh : https://www.laporan7.com/2022/04/video-polis-siasat-kes-penunggang.html?m=1

Posted by Lazdrop Asia on Thursday, 21 April 2022

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong setelah pihaknya menerima perhatian video berdurasi 11 saat yang tular di Facebook.

“Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan itu memaparkan seorang lelaki menyiku menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali ke arah kepala wanita tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dua individu tersebut,” jelasny Hoong Fong.

Pada masa sama, Hoong Fong juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 03-33782222.

Seorang pemandu wanita warganegara Malaysia telah dihadapkan ke mahkamah Griffiith Local Court, New South Wales, Australia atas kesalahan memiliki lesen memandu Malaysia palsu.

Menurut Griffith Highway Patrol, wanita berusia 26 tahun itu telah dikesan memandu melebihi had laju di Murrumbidgee Avenue Griffith arah utara.

Wanita tersebut dirakam melakukan 113km/j dalam zon had laju 110km/j menggunakan sebuah Honda Accord.

Ketika ditahan, wanita tersebut diminta menunjukkan lesen memandu lalu mempamerkan lesen memandu yang menyerupai lesen memandu Malaysia.

Bagaimanapun, semakan pada portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) Malaysia mendapati wanita itu tidak memiliki sebarang lesen memandu Malaysia.

Polis Griffith kemudiannya mendapati terdapat beberapa ciri tak konsisten pada lesen memandu Malaysia tersebut sebelum wanita itu memberitahu polis bahawa dia telah meminta seseorang untuk menghasilkan lesen tersebut.

Siasatan lanjut dengan bantuan Interpol di Malaysia juga mengesahkan lesen memandu Malaysia yang dipamerkan adalah palsu. Wanita tersebut kemudiannya dihadapkan ke mahkamah pada 13 April lalu atas kesalahan memiliki dokumen palsu dan cuba mempengaruhi tugas penjawat awam. – Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force

Honda Motorcycle Japan telah pun mengumumkan akan memperkenalkan Honda Super Cub 110 Pro untuk pasaran negara itu bermula Mei.

Super Cub 110 Pro merupakan varian yang diperkenalkan khas untuk orang ramai yang menggunakan motosikal sebagai mod penghantar barangan.

Hasilnya, Super Cub 110 Pro dilengkapi dengan bangkul di bahagian depan secara standard serta ruang letak barang yang lebih besar dan lasak berbanding Super Cub 110 sedia ada.

Kehadiran bakul juga mengubah kedudukan lampu depan berbanding versi standard.

Honda juga menaik taraf bahagian suspensi agar membolehkan Super Cub 110 Pro membawa muatan lebih berat daripada kebiasaan.

Selain itu, Honda juga mengemas kini enjin dengan ‘stroke’ yang lebih panjang agar tork hadir lebih awal. Paip ekzos juga dinaik taraf agar mencapai peraturan emisi di Jepun.

Meskipun hanyalah sebuah moped 110cc namun Honda turut menaik taraf ciri keselamatan dengan cakera brek depan dan sistem ABS.

Menariknya, model ini juga dilengkapi tayar ‘tubeless’ yang dipadankan bersama rim aloi 14-inci.

Antara kemas kini lain yang dilaksanakan adalah kehadiran petunjuk gear di skrin LCD, jam dan meter minyak.

Pelumba negara, Syarifuddin Azman telah dipilih untuk menggantikan pelumba pasukan Moto3, Alberto Surra untuk dua pusinngan bermula hujung minggu ini di GP Portugal.

Syarifuddin @ Damok akan mewakili pasukan Rivacold Snipers Team mengambil tempat Surra di GP Portugal dan GP Sepanyol selepas pelumba itu mengalami kecederaan serius sewaktu ujian bebas di GP Amerika Syarikat, 10 April lalu.

Damok – yang pernah beraksi di Moto3 musim lalu bersama Petronas Sprinta Racing – akui teruja dengan peluang yang diberikan kali ini.

Dia juga berharap pengalaman beraksi di Litar Algarve akan memberi sedikit kelebihan dalam memberikan aksi terbaik.

“Saya sangat gembira dengan peluang yang diberikan Team Snipers.

“Tahun lalu saya berupaya meraih posisi yang sangat baik pada sesi kelayakan Kejuaraan Dunia JuniorGP, jadi saya harap dapat meraih mata.

“Saya menyasarkan untuk dapatkan penamat dalam kelompok mata dan buat yang lebih baik di Aragon tahun lalu. Harap semuanya berjalan lancar dan semuanya menjadi kenyataan,” jelasnya.

Pelumba 21 tahun itu ketika ini sedang beraksi di Kejuaraan Dunia JuniorGP bersama pasukan SIC Racing.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube