Seorang suri rumah maut selepas motosikal yang ditunggang oleh suaminya terbabas di Jalan Gemencheh – Batang Melaka.
Mangsa berusia 51 tahun bersama suaminya menaikki sebuah skuter maxi dari Ayer Molek, Melaka.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati pasangan yang menaiki motosikal jenis WMoto RT2 dari arah Ayer Molek dalam perjalanan ke rumah kakak wanita itu di Palong 1 Negeri Sembilan.
Pembonceng motosikal itu iaitu seorang wanita parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala penunggang cedera ringan pada bahagian tangan kanan.
“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat,” Superintendan Amiruddien.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin dan boleh menghubungi di talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.
Nota kepada pembaca
Motosikal yang terbabit merupakan sebuah skuter WMotor RT2 dengan enjin 250cc, dan bukannya sebuah “BMW RT2” seperti yang disebutkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Lencana BMW di depan motosikal merupakan hiasan.