Bikesrepublic

Berita Terkini

Warga Singapura tidak akan dibenarkan keluar dari Malaysia sekiranya mempunyai saman tertunggak.

Pesalah trafik dari negara jiran itu juga boleh ditangkap sekiranya memiliki saman berstatus waran tangkap.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim.

“JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warga Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini sekiranya mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 berdasarkan di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 24(4) Akta Polis 1967.

“Sementara itu, jika pesalah trafik mempunyai saman berstatus waran tangkap, polis akan menangkap mereka dan dituduh di mahkamah.

“Sekiranya tidak dapat dituduh pada hari sama, pesalah trafik berkenaan akan ditahan jika tidak dapat mengemukakan penjamin dalam kalangan warga Malaysia, sebelum dituduh keesokan hari,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.

Setakat ini sejumlah 108,757 saman yang masih belum dijelaskan pesalah trafik Singapura sejak 2016 hingga tahun lalu.

Sementara itu, Mat Kasim turut menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan pendaftaran kenderaan warga Singapura oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) yang akan dikuat kuasakan di pintu masuk negara tidak lama lagi. – HM

Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani menzahirkan rasa bimbang terhadap motosikal kapcai berprestasi tinggi di Malaysia.

Acryl Sani menyifatkan kapcai berprestasi tinggi itulah antara punca peningkatan kemalangan jalan raya.

Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan sebelum ini yang mendedahkan Suzuki Raider R150 Fi mampu cecah 177km/j di atas mesin dyno.

“Kenderaan (kapcai) seperti ini wajib diharamkan di Malaysia (kerana) tidak ada relevensi kelajuan 177 km/j di jalan raya sedangkan had laju maksimum adalah 110 km/j (di lebuh raya),” tegasnya.

Baginya, motosikal jenis kapcai adalah antara penyumbang kemalangan maut.

“Inilah (kapcai laju) antara penyumbang kepada tingginya kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit,” tambahnya.

Susulan itu, KPN mencadangkan agar kapcai berprestasi tinggi diharamkan daripada dijual di pasaran tempatan.

Pada masa sama, Acryl Sani juga mengharapkan
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menjadi bahan pendesak dalam merangka polisi motosikal selamat pada masa akan datang. – FMT

Repsol Honda mengesahkan bahawa Marc Marquez akan kembali bersaing hujung minggu ini di GP Amerika.

Juara dunia lapan kali itu telah pun terlepas dua pusingan sebelum ini sejak mengalami kecederaan serius sewaktu sesi pemanas badan di Litar Mandalika, Mac lalu.

Marquez turut terlepas saingan GP Argentina apabila disahkan mengalami diplopia (pandangan berganda) kali kedua.

Bagaimanapun, pelumba berusia 29 tahun itu telah pun menyempurnakan rawatan konservatif dan akan kembali membuat penampilan pada pusingan 4 di Austin, Texas, bermula dengan sesi ujian bebas pada Jumaat.

Walaupun mempunyai rekod cemerlang di COTA (Circuit of the Americas), Marquez hanya akan memfokuskan pusingan kali ini untuk kembali membiasakan diri dengan jentera RC213V.

Aksi MotoGP kembali bersambung hujung minggu ini dengan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro meneruskan saingan selaku pendahulu kejuaraan setelah memenangi pusingan ketiga di Argentina.

Espargaro kini mendahului dengan 45 mata diikuti Brad Binder (KTM), 38 mata dan Enea Bastianini (Pramac) 36 mata manakala pertahan juara, Fabio Quartararo (Yamaha) di kedudukan kelima dengan 35 mata.

CFMOTO Malaysia telah pun perkenalkan CFMoto 250SR 2022 yang tampil dengan pilihan warna Lava Orange untuk pasaran tempatan.

Bagaimanapun, selain tampil dengan warna baharu, CFMoto 250SR masih mengekalkan spesifikasi sama terutamanya bahagian enjin yang masih lagi dikuasakan platform satu silinder 249.2cc DOHC dengan penyejukkan cecair dan BOSCH EFI yang menjana 27.5hp pada 9,750rpm dan 22Nm pada 7,500rpm.

Komponen premium lain juga dikekalkan antaranya termasuk lampu LED penuh, fork depan upside/down (USD), cakera brek depan 292mm dan 220mm (belakang) serta paparan meter TFT.

Ciri elektronik lain yang turut ditawarkan adalah dua mod menunggang (Sport dan Eco) serta sistem ABS (anti-lock braking system),

Ciri menarik lain antaranya tangki 12L serta berat 165 kilogram juga menjadikan model ini cukup sesuai untuk kegunaan harian mahupun ‘ride’  dihujung minggu.

Untuk makluman, dua pilihan warna yang ditawarkan sebelum ini, Nebula Black dan Nebula White masih lagi ditawarkan manakala pilihan warna baharu, Lava Orange hanya terhad kepada 50 unit sahaja.

CFMoto 250SR 2022 ini boleh didapati di pengedar rasmi CFMOTO Malaysia pada harga RM16,800 dan didatangkan dengan waranti dua tahun serta perbatuan tanpa had.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjangkakan sebanyak 4.7 juta kenderaan akan memenuhi jalan raya sempena perayaan Aidilfitri.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim yang turut mengesahkan bahawa pihaknya akan menggerakkan 6,559 pegawai dan anggota trafik bagi memastikan kelancaran pengguna jalan raya.

“Cuti raya pada tahun ini agak panjang dan dijangka masyarakat akan mengambil peluang untuk beraya di kampung setelah dua tahun kita tidak dibenarkan untuk merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri susulan COVID-19,” jelasnya.

Pada masa sama, JSPT juga akan melancarkan Ops Selamat 18 bermula 29 April hingga 8 Mei yang akan memfokuskan pencegahan jenayah pecah rumah dan minimumkan kemalangan jalan raya.

“Dalam Op Selamat 18 ini, JSPT akan memberi fokus terhadap Op Motosikal, Op Had Laju dan Op Perdagangan yang akan dijalankan secara penguatkuasaan menyeluruh dengan tiada sebarang rayuan akan diterima bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan,” tambah Mat Kasim. – BH

Sejak 1 April lalu, tular beberapa gambar yang memaparkan segelintir rakyat Singapura memasuki Malaysia bagi ‘menikmati’ subsidi kerajaan negara ini bagi minyak RON95.

Gelagat warga negara jiran itu juga telah sampai ke perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

created by Polish

Lantas, KPDNHEP mengumumkan perlaksanaan Ops Pantau 2022 bagi menyekat penjualan petrol bersubsidi RON95 kepada kenderaan asing.

Pada masa sama, Menteri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengarahkan agar siasatan dijalankan terhadap stesen minyak yang membenarkan penjualan tersebut.

Sementara itu, stesen minyak di Johor juga telah diarahkan untuk tidak membenarkan penjualan RON95 kepada kenderaan asing. – NST

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube