Bikesrepublic

Berita Terkini

Sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di negeri Selangor, kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan bantuan dron.

Dron tersebut – merupakan sebahagian daripada inisiatif Sistem Pengurusan Aset Jalan Raya Selangor (SRAMS) – telah dilengkapi dengan kamera 360-darjah bagi tujuan memantau dan mengenal pasti jalan rosak yang kemudiannya akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari, SRAMS akan digabungkan bersama Intelligent Resposne Selangor (IRS) bagi membolehkan pengguna jalan raya membuat aduan jalan berlubang yang ditemui.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh membuat laporan di media sosial menggunakan ‘hashtags’ tertentu yang akan dimaklumkan nanti.

Menariknya, sistem tersebut juga akan membenarkan laporan mengenai kerosakkan lampu dibuat.

Bagaimanapun, buat masa ni sistem tersebut hanya akan diterapkan pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sebelum diluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada pertengahan 2022.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat disahkan berapa pantas masa yang akan diambil JKR Selangor dalam menangani laporan jalan berlubang dan rosak sekiranya berjaya dikesan oleh dron yang telah digunakan.

Pada masa sama, adakah penggunaan dron berbanding pemantaun atas jalan raya oleh pihak berwajib lebih efektif dalam menangani masalah jalan raya di sekitar negeri Selangor?

Seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Bat Jacko mencuri tumpuan apabila memuat naik iklan menjual motosikal jenis Yamaha RX-Z.

Berdasarkan perkongsian tersebut minggu lalu, pemiliknya, Izrul Nizam berniat untuk melepaskan RX-Z Millenium kesayangan demi melunaskan hasrat untuk membina sebuah surau di Gopeng, Perak.

Surau berkenaan bakal dibina di sebuah pusat rekreasi milik penjelajah negara, Datuk Muhammad Muqharabbin Moktharrudin (Qobin) yang terletak di Sungai itik.

Motosikal keluaran tahun 2001 itu juga dikatakan datang dengan nombor plat menarik (tiga angka).

Menurut Izrul, dia mahu menggunakan keseluruhan wang jualan untuk pembinaan surau berkenaan.

Assalammualaikum Jualan untuk membina sebuah surau d gopeng Moto tahun 2001 Plat 3 angka Sambil membeli niat tuk…

Posted by Bat Jacko on Tuesday, 22 March 2022

Difahamkan, Izrul baru sahaja membeli Yamaha RX-Z itu tahun lalu pada harga RM15,500 dan telah pun membaik pulih motosikal untuk kembali seperti baharu.

Lebih menarik, Izrul mahu pembeli membuat pembayaran terus kepada tuan tanah bagi pembuatan surau dan hanya perlu berjumpa dengannya untuk urusan ambil motor dan tukar nama sahaja. – Mstar

Honda Malaysia telah melakar sejarah baru di Malaysia apabila berjaya mencapai angka 1,000,000 unit pegeluaran kenderaan sejak kilang pemasangan di Pagoh, Melaka beroperasi pada 2003.

Honda Malaysia meraikan pencapaian tersebut dengan mendedahkan unit 1,000,000 yang berupa Honda Civic FE serba baharu.

“Sudah 20 tahun sejak Honda Malaysia beroperasi di Malaysia. Kami telah merekodkan pelbagai kejayaan sejak itu.

“Pada Mac 2021, kami menjual lebih 1 juta unit di Malaysia dan setahun kemudian, kami meraikan satu lagi pencapaian, pengeluaran unit ke-1,000,000 yang merupakan sebuah Honda Civic,” jelas Pengara Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.

Kilang pemasangan Honda Malaysia di Pagoh, Melaka telah beroperasi sepenuhnya pada Januari 2003 dan mampu menghasilkan 50,000 unit kenderaan setiap tahun.

Kenderaan pertama yang dihasilkan di kilang tersebut merupakan CR-V generasi kedua.

Kejuaraan elektrik skuter pertama dunia telah pun disahkan akan berlangsung di Timur London pada bulan Mei ini.

London Docklands bakal menjadi medan pertembungan sulung antara pelumba e-skuter dunia yang akan berlumba dengan kelajuan lebih 100km/j dengan jentera masing-masing.

Sementara itu, pihak penganjur yang turut dibarisi juara Formula E dan Le Mans, Lucas Di Grassi serta Alex Wurz menjanjikan perlumbaan penuh sengit .

“Kami bermula seperti kertas kanvas yang kosong. Kami sedang mewujudkan sukan baharu dan seakan mengolah semula sukan perlumbaan.

“Perlumbaan ini akan berjalan penuh sengit dan menyaksikan pelumba wanita dan lelaku bersaing antara satu sama lain,” jelas pengasas bersama, Hrag Sarkissian.

Difahamkan, pelumba terlebih dahulu perlu melayakkan diri menerusi pusingan saringan dengan setiap pusingan babitkan enam pelumba.

Pemenang akan kemudiannya berganjak ke 12 pusingan lagi sebelum menentukan siapakah yang akan layak ke peringkat akhir.

Antara nama besar yang akan sertai perlumbaan sulung itu adalah atlet olimpik (speed skater) Elise Christie, juara dunia BMX Tre White dan pemenang pingat Gansa acara ‘snowboard’ Billy Morgan.

Kesemua peserta akan beraksi menggunakan skuter elektrik S1x yang dibangunkan dengan kerjasama Williams Advanced Engineering.

Skuter elektrik tersebut dikuasakan dua motor 6kW dengan bantuan bateri 1.33kWH. – MotorsportMagazine

Umum mengetahui Suzuki Malaysia telah pun melancarkan tiga model dengan kapasiti 150cc untuk pasaran tempatan, baru-baru ini.

Pelancan tiga model tersebut mengisi segmen kapcai, ‘naked’  dan ‘full-fairing’ menerusi Raider R150 Fi, GSX-S150 dan GSX-R150.

Bagaimanapun, terdapat sebuah model bersesaran 112.8cc yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk pasaran Malaysia ekoran menawarkan ciri praktikal untuk pengguna di Malaysia.

Suzuki Raider J Crossover merupakan sebuah motosikal jenis kapcai yang tampil dengan elemen ‘motocross’ sekaligus sesuai untuk kegunaan pelbagai situasi termasuk meredah permukaan ‘off-road’ apatah lagi dibantu dengan jarak kelegaan tanah 156mm dan tempat duduk yang tinggi (775mm).

Dengan aktiviti sukan permotoran lasak semakin popular di Malaysia, kehadiran Suzuki Raider J Crossover membolehkan lebih ramai untuk merasai pengalaman menunggang ‘off-road’.

Bukan itu sahaja, dengan enjin yang tahan lasak, Suzuki Raider J Crossover juga cukup sesuai untuk kegunaan harian terutamanya bagi mereka yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan dan barangan.

Suzuki Raider J Crossover dikuasakan enjin satu silinder 112.8cc SOHC dengan penyejukan udara dan suntik bahan api yang menghasilkan 9.1hp pada 7,500rpm dan 9Nm pada 6,500rpm dan digerakan dengan transmisi 4-kelajuan.

Antara ciri lain ditawarkan adalah fork depan jenis teleskopik 31mm, cakera brek depan dan brek drum di belakang serta tangki 4L.

Raider J Crossover ini juga hanyalah seberat 97 kilogram lantas cukup mudah untuk dikendalikan semua jenis penunggang termasuk lelaki dan wanita.

Buat masa ini, Suzuki Raider J Crossover telah pun ditawarkan di Indonesia, Filipina dan terbaru Thailand.

Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian seorang pelanggan yang mengalami pengalaman buruk setelah menghantar keretanya ke sebuah bengkel tempatan.

*Mangsa bersama kereta Proton Preve miliknya

Berdasarkan perkongsian tersebut di akaun Facebook Alif Hj Zainuddin, dia telah menghantar sebuah kereta jenis Proton Preve ke sebuah bengkel untuk tujuan menukar warna dan ‘body kit’.

Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah timbul mengenai urusan tersebut sehinggakan pemilik Proton Preven itu terpaksa membuat laporan polis.

Menurut info dikongsikan, Alif telah bersetuju untuk membelanjakan RM15,000 untuk tujuan tukar warna dan memasang ‘body kit’ dengan pemilik bengkel berjanji untuk siapkan kereta selepas sambutan Tahun Baru Cina 2022.

Semoga menjawab persoalan semua… ? Enjin rosak + finishing hancur + cat terkopek ? Report polis telah dibuat..di ruangan komen… #hatipanas

Posted by Alif Hj Zainuddin on Monday, 28 March 2022

Berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa telah menerima rakaman video daripada pemilik bengkel yang menunjukkan dirinya memandu kereta mangsa dan memberitahu bawah enjinnya bermasalah.

Mangsa kemudiannya hadir ke bengkel untuk melihat sendiri keretanya dan mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul antaranya panel dashboard patah, antena orignal hilang di samping keadaan cat yang tidak sempurna di beberapa bahagian.

-Minyak hitam 10k fully bertarikh 3/12/21 -Serah kereta pada SD Aerodynamics Automobile Design 8/12/21 -Curent mileage…

Posted by Alif Hj Zainuddin on Tuesday, 29 March 2022

Dalam perkongsian kedua di akaun Facebook, mangsa juga mendapati keretanya telah dipandu lebih 3,000km oleh pemilik bengkel atas sebab yang tidak diketahui.

Difahamkan, kereta mangsa juga baru sahaja selesai ‘overhaul’ yang menelan belanja RM8,000 sebelum menyerahkan kepada bengkel untuk tujuan ‘modifikasi’ sebelum mendapati keretanya telah merekodkan lebih 3,782 kilometer perbatuan daripada tarikh diserahkan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube