Bikesrepublic

Berita Terkini

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model RS150R 2022 meskipun Honda RS-X telah pun dilancarkan sebelum ini.

Bagi tahun 2022, RS150R tampil dengan pilihan warna Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Radiate Grey Metallic disamping jalur grafik baharu.

Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan terhadap bahagian enjin yang masih lagi digerakkan platform satu silinder 149.2cc yang menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm.

Spesifikasi lain juga kekal antaranya lampu utama LED, meter digital, fork teleskopik depan dan penggunaan cakera brek depan dan belakang.

Honda RS150R 2022 ini ditawarkan pada harga RM8,299 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Proton kembali merekodkan angka jualan sihat bagi bulan Februari selepas pengeluar kereta nasional itu terpalit dengan isu banjir pada Januari.

Menurut Proton, jualan Februari catat 107 peratus peningkatan berbanding bulan sebelumnya dengan 9,225 unit (domestik dan eksport) berjaya dijual.

Pemulihan jualan itu juga sekaligus menyaksikan Proton kembali semula di kedudukan kedua dalam pasaran.

Sementara itu, kilang pengeluaran di Shah Alam dan Tanjung Malim yang kembali beroperasi sepenuhnya turut menyumbang kepada jumlah jualan secara keseluruhan.

Pada masa sama, Proton menjangkakan jualan Saga akan kembali meningkat beberapa bulan akan datang selepas hanya 2,951 unit dijual pada Februari.

Bagaimanapun, jualan model lain terutamanya X50 dan X70, merekodkan angka jualan melebihi sasaran awal yang ditetapkan.

Sementara itu, meskipun Proton mengemas kini Proton Iriz dengan memperkanlakn varian Active, hanya 321 unit berjaya dijual bulan lalu.

Berikut angka jualan mengikut model:

  • Proton X50 – 3,002 unit
  • Proton X70 – 1,119 unit
  • Proton Persona – 1,675 unit
  • Proton Exora – 157 unit
  • Proton Iriz – 321 unit

Honda dilaporkan bakal perkembangkan varian 250cc dan 500cc dengan sebuah model ‘scrambler’.

Perkara itu didedahkan media Jepun, Autoby yang turut memaklumkan kedua-dua model itu akan diperkenalkan pada 2022 dan 2023.

*Honda CL250

Meskipun laporan itu hanyalah khabar angin ketika ini namun Autoby mendakwa kedua-dua model scrambler tersebut akan dinamakan sebagai CL250 dan CL500.

Menurut laporan, CL250 akan mengguna pakai enjin sama pada CBR250 dan CB250 manakal CL500 akan dihidupkan enjin parallel-twin 500cc yang diambil dari CB500X, CBR500R dan CB500F.

*Honda CL500

Pereka imej render, Shinji Miyakubo, turut menghasilkan foto render yang membayangkan rupa CL250 dan CL500 tersebut.

Ciri yang paling mencuri tumpuan adalah penggunaan ekzos berkedudukan tinggi yang diiinspirasikan dari Honda CL72 1965.

Meskipun rupa CL250 dan CL500 seakan sama, namun versi 500cc itu didatangkan dengan ekzos berkembar berbanding tunggal pada varian 250.

Seorang guru sekolah telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar tempatan, suspek yang memuat naik video tersebut pada 13 Disember 2021 dikesan berada di Kuala Lumpur.

Tambahan lagi, salah seorang daripada penunggang motosikal terbabit merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini tular rakaman video yang memaparkan sekumpulan penuggang motosikal berkuasa tinggi menunggang dengan laju hingga 285km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Rakaman video tersebut juga memaparkan sebuah motosikal berwarna biru melakukan aksi ‘wheelie’. – KOSMO

Pelumba negara di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman, akan beraksi di kelas elit Asian Superbike 1000cc (ASB1000) bersama helmet baharu.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di akaun media sosial pelumba itu, hari ini.

Azlan dan Shark Helmets Malaysia disahkan menjalinkan kerjasama bagi ASB1000 musim 2022 yang menyaksikan pelumba itu menyarung helmet Shark Race-R Pro GP FIM.

Shark Race-R Pro GP FIM dibangunkan dengan penggunaan bahan COVA RS (Carbon On View & Aramid Integral Structure) bagi mencapai standard FIM Integral 1.

Azlan sebelum ini memakai helmet jenama NHK sewaktu memenangi kejuaraan sulung itu pada 2019.

Selain mendapat helmet baharu, Azlan juga bakal bergandingan dengan bekas pelumba Moto2, Moto3 dan CEV, Adam Norrodin di TKKR Racing Team. Kedua-dua pelumba tersebut bakal bertarung di ASB1000 menggunakan jentera BMW S 1000 RR 2022.

Dalam perkembangan sama, Shark Helmets Malaysia juga akan turut memberi kerjasama terhadap AS25 Academy Racing Team yang diterajui Azlan.

Axiis merupakan syarikat berpangkalan di Portugal yang pakar dengan mesin CNC.

Meskipun kurang dikenali namun Axiis sudah berada dalam pasaran agak lama dan bertanggungjawab menghasilkan komponen CNC khas bagi jentera perlumbaan terutamanya supermoto.

Bagaimanapun, memasuki tahun 2022, Axiis julung kalinya memperkenalkan motosikal sulung, dinamakan Liion.

Menggunakan pengalaman dalam arena supermoto, Axiis Liion merupakan motosikal jenis supermoto yang digerakan enjin elektrik.

Selain dibangunkan dengan komponen CNC dan gentian karbon, Axiis Liion ini juga didatangkan dengan bateri 12kWh.

Menurut Axiis, Liion menawarkan 134hp dan 720Nm serta mampu merekodkan kelajuan maksima hingga 200km/j.

Kombinasi komponen CNC dan gentian karbon termasuk penggunaan swingarm aluminium jenis ‘single-sided’ juga menyaksikan Axiis Liion ini hanyalah seberat 134 kilogram.

Bagaimanapun, buat masa ini supermoto elektrik ini masih lagi dalam peringkat akhir pembangunan dan belum lagi bersedia untuk ujian litar mahupun jalan raya. Namun, Axiis menjangkakan Liion akan memasuki pasaran sekitar awal 2023.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube