Bikesrepublic

Berita Terkini

Remy Gardner menyifatkan aksi pelumba WithU Yamaha RNF Racing, Darryn Binder sewaktu pusingan pertama di Litar Lusai, Qatar sebagai membahayakan.

Seperti Binder, Gardner juga membuat penampilan sulung di kelas premier musim ini bersama Tech3 KTM.

Meskipun berjaya mengutip satu mata selepas menamatkan aksi di kedudukan ke-15, pelumba KTM itu berasakan dia mampu mencapai posisi yang lebih baik dengan mengejar Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales jika bukan sebab Binder.

“Pada satu ketika, saya rasa seperti mampu kejar Vinales dan Dovizioso tetapi Binder berada di depan saya ketika itu dan saya tidak dapat memintasnya.

“Dia datang dari kelas Moto3, jadi tunggangannya bersepah, termasuk memasuki garisan pelumbaan tanpa menoleh walaupun ketika itu dia tersasar jauh.

“Situasi ini sangat membahayakan dan saya juga tertinggal dari kelompok depan.

“Saya mahu bersemuka dengannya (Binder) bagi membincangkan perkara ini,” jelas Gardner.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan model moped terbaru, Yamaha 135LC EFi 2022.

Bagi tahun 2022, 135LC ini menerima kemas kini yang besar bermula dengan bahagian enjin yang kini dihidupakan dengan platform silinder tunggal 135cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menjana 12.5hp pada 8,000rpm dan 12.2Nm pada 6,000rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 4-kelajuan.

Sistem pembakaran juga lebih efisien dengan bantuan suntikan bahan api (fuel injection) berbanding karburetor sebelum ini.

Sementara itu, sistem suspensi dikendalikan fork depan jenis teleskopik manakala komponen brek pula hadir dengan cakera brek tunggal depan dan belakang.

Antara naikt taraf lain yang turut diperkenalkan adalah seperti berikut:

  • lampu LED penuh depan dan belakang
  • paparan digital baharu
  • bakul depan dengan ruang simpanan premium
  • slot pengecas USB tertutup
  • tangki 4.6L (naik 0.6L berbanding model terdahulu)

Pada masa sama, rekaan 135LC Fi juga telah diperbaharui dengan HLYM mendakwa menghasilkan kadar geseran angin yang lebih rendah sekaligus meningkatkan tahap aerodinamik keseluruhan motosikal.

Model 135LC Fi 2022 ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna menarik; Ruby Red, Crystal Cyan dan Midnight Star serta Desert Storm (SE).

Menurut HLYM, Yamaha 135LC Fi ini ditawarkan pada harga RM7,798 bagi varian standard dan RM8,198 bagi varian SE.

Pakatan Harapan (PH) telah menawarkan bayaran deposit 10 peratus pembelian motosikal baharu bagi golongan B40 di Johor.

Usaha itu merupakan antara inisiatif untuk memikat pengundi di samping membantu golongan B40 sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung di negeri itu pada 12 Mac ini.

Namun, antara syarat dikenakan hanya individu B40 yang mahu menggunakan motosikal untuk tujuan pekerjaan layak memohon.

Bagaimanapun, setakat ini tiada info lanjut didedahkan mengenai insentif tersebut termasuk jenis motosikal dan harga yang dilayakkan untuk pembelian. PH juga tidak memaklumkan jumlah deposit 10 peratus yang dibenarkan.

Suzuki Malaysia bakal melancarkan GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi pada 10 Mac ini.

Perkara itu diumumkan menerusi akaun media sosial Suzuki Malaysia.

Pelancaran pada Khamis itu sekaligus menyaksikan tiga model 150cc itu kembali diperkenalkan untuk pasaran tempatan yang sebelum ini hanya disajikan dengan model berkuasa tinggi.

Sebelum ini, Suzuki Malaysia memuat naik teaser bagi ketiga-tiga model tersebut dan menunjukan GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi akan dipasarkan pada harga RM11,XXX, RM10,XXX dan RM8,XXX.

Meskipun pelancaran dijadualkan pada Khamis namun Suzuki Malaysia telah pun membuka tempahan bagi ketiga-tiga model terbabit.

Dua penunggang motosikal disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, petang tadi.

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika semua mangsa sedang berteduh bawah jambatan ekoran hujan lebat.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dirempuh lori yang dikatakan hilang kawalan ekoran kerosakan.

Beberapa juga telah tercampak ke longkang berhampiran.

Video kejadian juga tular di media sosial yang memaparkan mangsa sedang nazak sejurus selepas dirempuh lori terbabit.

Suzuki telah memperkenalkan GSX-250R 2022 untuk pasaran global yang telah dikemas kini dengan pilihan warna baharu.

Menurut Suzuki, GSX-250R 2022 kali ini mendapat sentuhan warna dua-tona baharu Metallic Crystal Blue dan Pearl Nebular Black.

Warna baharu itu kelihatan jelas di bahagian cowl depan, tanki dan ekor.

Sementara itu, komponen lain tampil serba hitam termasuk fender depan, suspensi dan enjin manakala ekzos juga serba hitam dengan pelindung haba metalik.

Menariknya, grafik kali ini juga lebih ringan sekaligus mewujudkan rupa yang lebih bersih dan tidak serabut.

Bagaimanapun, model 2022 ini mengekalkan spesifikasi sama kecuali ABS yang kali pertama diperkenalkan bagi model yang dipasarkan di Amerika Syarikat.

GSX-250R ini didatangkan dengan kaliper brek dua-piston dari Nissin yang dipadankan bersama cakera brek tunggal di bahagian depan dan kaliper satu piston dengan cakera tunggal di belakang.

Sementara itu, GSX-250R ini juga kekal dikuasakan enjin parallel-twin 248cc DOHC dengan penyejukan cecair menjana 24hp dan 22Nm.

Di Amerika Syarikat, Suzuki GSX-250R ini ditawarkan pada harga USD4,999 (RM20.8k).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube