Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mencetuskan suasana panas di kem MotoGP apabila mendakwa perlu ada jurang antara jentera factory dan satelit dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke laman rasmi MotoGP. 

Dalam temu bual tersebut (yang dibuat selepas perlumbaan di GP Perancis), Bagnaia memberi pendapatnya bagaimana untuk mengurangkan risiko kemalangan di peringkat awal perlumbaan. 

“Ada pelumba di belakang yang tidak berpotensi besar, mahu memintas enam pelumba dalam satu lap. Ini tidak boleh berlaku, kerana (di awal perlumbaan) kita semua sudah mencapai had untuk meraih objektif utama. 

“Jika brek saya sudah mencapai had maksimum, terutamanya di peringkat awal perlumbaan, adalah salah (untuk pelumba lain) untuk cuba brek lebih lewat dari itu. 

Bagi Bagnaia kebanyakkan kemalangan berlaku di awal perlumbaan kerana masing-masing dah tak sabar. 

“Jika diperhatikan, insiden seperti ini terutamanya berlaku di bahagian awal perlumbaan. Kita perlu mencai jalan untuk memperbaiki situasi ini kerana ia tidak lagi selamat. 

“Apa yang saya rasakan, ini kerana daripada jentera pertama hingga terakhir, semua boleh menang. Tiada lagi jurang 0.6 hingga 0.7 saat antara jentera factory dan satelit,” tambah Bagnaia. 

Dia kemudiannya membuat kenyataan berikut,” Tahap sekarang cukup ekstrim. Dengan segala aerodinamik, setiap pelumba ada peluang untuk menang. 

“Sebagai contoh, Augusto Fernandez, dia mendapat kedudukan keempat, dia juara dunia (Moto2) tetapi dia masih seorang ‘rookie’ (di MotoGP). 

“Jadi pendapat saya, saya mahu ada jurang antara jentera factory dan satelit. Bagi mengelakkan perkara ini (kemalangan) berlaku,” ujar pertahan juara dunia MotoGP itu. 

Mengambil maklum tentang aktiviti menungang motosikal berkuasa tinggi di jalan raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi khas seluruh negara mensasarkan kumpulan tersebut. 

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar. 

“Sebagai langkah pencegahan, JSPT akan mengadakan Op Khas Motosikal Berkuasa Tinggi di seluruh negara yang mana tumpuan akan diberikan kepada penunggang yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Umum mengetahui motosikal menjadi penyumbang tertinggi kemalangan jalan raya iaitu lebih 55 peratus berbanding kenderaan lain,” jelasnya. 

Oleh demikian, JSPT akan memberi fokus pada motosikal berkuasa tinggi dalam Op Khas kali ini. 

Dalam pada itu, Mohd Nasri juga menasihatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk mematuhi undang-undang dan berhemah di jalan raya. – Sinar Harian

Sinar Puncak Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi Sinopec Motorcycle Lubricants di Malaysia dengan rasminya melancarkan minyak enjin Sinopec X-Series serba baharu untuk pasaran tempatan. 

*(dari kanan) Pengurus Pemasaran Sinar Puncak Sdn Bhd, Andy Lee , dan Li Chen Ming, Ketua Perwakilan Sinopec Lubricant Malaysia dan Brunei.

Menurut pihak Sinopec Lubricant Malaysia, Sinopec X-Series ini tersedia bagi motosikal manual dan automatik. Menerapkan formulasi sintetik penuh dan bahan tambahan pelbagai fungsi, Sinopec X-Series ini mencapai standard Japanese Automobile Standards Organization (JASO) termasuk JASO MA2 dan JASO MB selain turut berdaftar dengan panel JASO Engine Oil Standards.

Pada masa sama, produk terbaru keluaran Sinopec Lubricant ini juga mencapai standard API SN kategori minyak pelincir.

Untuk rekod, Sinopec X-Series merangkumi produk berikut:

  • XPLORE 10W-30 (semi-synthetic) – RM35
  • XTREME 5W-40 (fully-synthetic) – RM45
  • XPLORE 10w-40 (semi synthetic) – RM35
  • XTRA 10W-30 – semi-synthetic) – RM30
  • XTRA 5W-40 (fully synthetic) – RM40
  • XTRA 10W-40 (semi-synthetic) – RM30

Dalam perkembangan sama, Sinar Puncak Sdn Bhd selaku pengedar rasmi minyak Sinopec Lubricant di Malaysia turut mengadakan Minyak Rahmah RM5 bagi pembelian sebotol minyak enjin Sinopec pada 5 Mei lalu. 

Menariknya, sebanyak 555 botol telah habis terjual dalam tempoh satu jam. 

Dalam pada itu, barisan produk Sinopec X-Series kini sudah boleh didaati di semua pengedar rasmi seluruh negara. 

Great Wall Motor (GWM) melancarkan rangkaian model kenderaan tenaga baharu (NEV) yang dinanti-nantikan dalam Pameran Automotif Shanghai 2023 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Tetapi apa yang menjadikan beberapa model kereta ini menonjol dari segi penampilan mereka?

Selepas sidang media, Andrew Dyson, yang memimpin jabatan reka bentuk di GWM, mendedahkan ilham di sebalik reka bentuk “GOOD CAT” dan apa yang boleh diharapkan dari model kereta GWM pada masa hadapan, dengan menggunakan ORA sebagai contoh.

Dengan GWM yang kian cepat menuju ke arah kenderaan baru yang pintar dan lebih efisien dari segi tenaga, ianya penting bagi pasukan GWM untuk menggubah reka bentuk yang menarik dalam mewakili dan mencerminkan saranan GWM – “Go With More”.

Bagi mencapai sasaran ini, Andrew Dyson memperkenalkan falsafah reka bentuk “Life and Energy”, yang membawa konsep “keabadian” dan “beremosi” di dalam produk semasa GWM. Falsafah ini adalah bukti komitmen GWM dalam mencipta produk yang mempamerkan keindahan semulajadi dan ketahanan yang lama, dengan tujuan untuk meningkatkan imej GWM.

Pasukan reka bentuk GWM ORA mencari inspirasi melalui perkara-perkara yang melambangkan keindahan abadi, kedamaian, dan kehidupan. Inspirasi-inspirasi tersebut telah menggunakan “telur” dalam menyampaikan idea-idea yang amat simbolik walaupun sederhana dan seterusnya menciptakan “estetika hidup” ORA EGG.

Kebiasaannya para pengguna merasa amat dekat dengan reka bentuk sesebuah produk lantas menjadikan ia faktor yang penting dalam membuat keputusan setiap pembelian mereka.

Pasukan reka bentuk ORA di GWM amat memahami kepentingan dalam mereka satu bentuk yang unik dan dapat menarik perhatian serta memenuhi kehendak pengguna untuk kenderaan tenaga baru.

Andrew Dyson mendedahkan bahawa rahsia GWM terletak dalam menterjemahkan permintaan pelanggan untuk personalisasi ke dalam reka bentuk inovatif yang memberi fokus kepada pengalaman pengguna.

“Sebutir telur mempunyai struktur yang sempurna dan indah, bersama-sama dengan lengkungan yang tidak terdefinisi di alam semula jadi. Permukaannya yang cembung mampu menahan tekanan sehingga 120 kali beratnya.

“Dengan mengambil inspirasi dari lengkungan unik berbentuk telur dan prinsip daya terpesat pada kulit telur, pasukan reka bentuk kami memadukan struktur badan yang kuat secara menyeluruh untuk keselamatan dengan penampilan elegan.

“Pasukan reka bentuk ORA mengintegrasikan konsep-konsep ini ke dalam bahasa reka bentuk yang unik, menyampaikan kreativiti melalui ungkapan personaliti,” jelas Dyson.

Oleh itu, bayangan bentuk telur menginspirasikan semua model ORA. Ini tercermin dalam kotak fender depan yang menonjol dan lampu depan berbentuk bulat di dalam kereta ORA, yang bekerja bersama-sama untuk mencipta “estetika hidup” ORA EGG.

Bahagian belakang model mempunyai lengkungan yang anggun, mencantikkan lagi reka bentuk keseluruhan. Bentuk bulat ini dikekalkan dalam panel instrumen, panel pintu yang terintegrasi, dan tempat duduk yang selesa, yang diperbuat menggunakan bahan mesra alam.

Reka bentuk dalaman bertujuan untuk membangkitkan rasa kebebasan dan ketenangan, sejajar dengan komitmen ORA untuk mencipta ruang yang selesa bagi pemilik kereta untuk bersantai dan berehat seperti yang ditekankan oleh Dyson.

Dengan sejarah yang kaya dalam pembuatan kereta, GWM gigih bergerak ke arah transformasi tenaga baru.

Melangkaui warisan intipati reka bentuk masa lalu, jenama ini terus berinovasi falsafah reka bentuknya dengan pengalaman pengguna sebagai inti, dengan matlamat untuk memperkenalkan mesej reka bentuk yang lebih pelbagai dalam pengeluaran besar-besaran model lain pada masa depan 

Umum sedia maklum Malaysia ketika ini sedang dilanda gelombang haba yang dikenali sebagai fenomena El Nino. 

Situasi tersebut cukup serius ketika ini dengan kerajaan sedang pertimbang untuk mengaktifkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 termasuk mengisytiharkan darurat. 

Setajat 15 Mei 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun merekodkan 15 kes strok haba dengan satu kematian dicatatkan. Daripada 15 kes tersebut, empat kes melibatkan strok haba, lima kelesuan haba dan enam kes kejang haba.

Antara yang terdedah pada bahaya strok haba pastinya kanak-kanak dan beberapa golongan dewasa terutamanya mereka yang ulang-alik kerja setiap hari menggunakan motosikal. Selain itu, mereka yang melakukan aktiviti ‘ride’ dihujung minggu juga terdedah kepada bahaya tersebut. 

Untuk itu, kami senaraikan empat tip penting ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

1. Kerap minum air

Antara pertahanan utama terhadap strok haba adalah untuk kerap minum air bagi mengekalkan hidrasi badan. 

Badan akan bertindak mengeluarkan peluh bagi tujuan penyejukan dan peluh tersebut akan cepat tersejat maka penting untuk lebih kerap minum air bagi memastikan cecair dalam badan kekal optimum. 

2. Pakai ‘riding gear’ yang sesuai

Bagi yang ulang-alik ke tempat kerja mahupun keluar ‘ride’ di hujung minggu, dinasihatkan untuk memakai jaket jenis ‘mesh’. Selain daripada dapat melindungi badan dari kecederaan serius sewaktu kemalangan, jaket ‘mesh’ juga menawarkan aliran angin paling maksimum sekaligus memastikan badan kekal sejuk ketika menunggang. 

Kami tahu ada yang gemar buka jaket bila ride dalam cuaca panas sehingga mendedahkan kulit tetapi tahukah tindakan itu lebih membahayakan? Ini kerana peluh yang terhasil akan cepat kering dan membuatkan badan lebih terdedah pada kepanasan melampau?

3. Keluar ‘ride’ di waktu pagi atau lewat petang

Sudah tentu, antara cara untuk mengelak daripada berdepan cuaca panas adalah untuk menunggang motosikal di waktu pagi atau lewat petang. 

Ini kerana pada kedua-dua waktu tersebut, suhu panas berada pada tahap paling minimum sekaligus lebih selamat untuk penunggang motosikal. 

4. Kerap berhenti

Bagi yang bercadang untuk keluar ‘ride’ ke lokasi yang jauh, dinasihatkan untuk kerap berhenti. Ini kerana terdedah pada suhu panas yang lama boleh meningkatkan risiko strok haba. 

Pada masa sama, cuaca panas juga boleh menyebabkan penunggang hilang fokus sekaligus terdedah kepada kemalangan. 

Berikut antara empat tips penting yang kami syorkan untuk penunggang motosikal di Malaysia. Semoga tips disediakan ini memberi manfaat. 

Tidak dinafikan, antara motosikal yang ditunggu-tunggu untuk menembusi pasaran Malaysia adalah Kawasaki Ninja ZX-25R. 

Sejak pelancaran sulung di Indonesia, ramai yang masih ternanti-nanti akan ketibaan model itu disini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), Roslan Roskan, telah pun memaklumkan bahawa Ninja ZX-25R akan dipasang di Malaysia dan akan dijenamakan sebagai Modenas.

Untuk rekod, EMOS telah beberapa kali mempamerkan Ninja ZX-25R kepada umum ketika di MotoGP Malaysia 2022 dan terbaru di Malaysia Autoshow 2023.  

Ketika itu, kami difahamkan Ninja ZX-25R akan dipasarkan sekitar pertengahan tahun ini. Bagaimanapun, maklumat terbaru yang kami terima adalah EMOS sebagai rasmi jenama Kawasaki di Malaysia masih lagi dalam peringkat perbincangan bagi menentukan harga sesuai untuk dipasarkan disini. 

@kawasakishahalam Replying to @Slurpee Clarification and latest update for ZX25-R ! What you guys waiting for? COME ON! PM kami laju-laju! #FreeYondOpen #kawasaki #h2r #maepsserdang #zx25r #cmcdaytona #caferacer #retro #CapCut #malaysiaautoshow2023 #kawasakimalaysia #sbk #ninja250 #zx10r #versys #kawasakininja #kawasakishahalam ♬ original sound – Kawasaki Shah Alam

Dalam perkembangan terbaru, akaun TikTok rasmi Kawasaki Shah Alam mendedahkan bahawa Ninja ZX-25R itu akan datang dengan dua varian, ZX-25R SE dan ZX-25RR. 

Menariknya, video berdurasi 52 saat itu juga memaklumkan bahawa model ‘empat dapur’ itu akan dijual pada harga antara atas RM33k dan bawah RM40k. 

Apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak EMOS dan Kawasaki Malaysia sendiri. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube