Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, terdapat banyak tawaran menarik sedang menanti pengunjung di Ingress Auto. 

Bagi merancakkan lagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini, pelanggan yang membuat tempahan kereta BMW di Ingress Auto pada hujung minggu ini berpeluang menikmati lima (5) benda menarik!

1.             Rebat sehingga RM65,000

Anda tidak tersalah baca kerana anda boleh menikmati rebat sehingga RM65,000 (bergantung kepada model). 

Rebat ini memastikan anda berpeluang mendapatkan kereta idaman pada harga yang istimewa!

2.             Baucar BMW Lifestyle bernilai RM2,000

Apa yang ‘best’ selain membeli kereta BMW? Sudah tentu melengkapi diri dengan aksesori, pakaian, topi dan bag dengan lencana BMW. 

Dengan baucar RM2,000, jiran anda pun boleh tahu anda seorang pemilik kereta BMW yang sejati. 

3.             Pembiayaan BMW serendah 0.92%

Menerusi pembiayaan BMW, anda akan menikmati pembiayaan serendah 0.92% . 

Jadi bayangkan anda membeli sebuah BMW X5 dengan harga RM480,000 dengan pinjaman 70 peratus bagi tempoh lima tahun. Anda hanya perlu membayar faedah sebanyak RM15,456 sahaja bagi tempoh lima tahun.

Jangan kata abang tak payung. 

4.             Kad Touch ’n Go bernilai RM2,888

Bagi melengkapkan pengalaman pemilikan kereta BMW, anda juga akan menikmati kad Touch ’n Go bernilai RM2,888. Bukan sahaja anda dapat miliki kereta idaman dengan harga menarik malah tol pun BMW bayarkan!

5.             Bakul Tahun Baru Cina

Sambutan Tahun Baru Cina pastinya tak lengkap tanpa bakul istimewa Tahun Baru Cina. Untuk itu,  sebagai pelengkap pengalaman pemilikan kereta BMW terbaik, Ingress Auto turut akan beri sebuah bakul khas Tahun Baru Cina. 

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh ‘trade-in’ kereta (tak kira jenama) bagi mendapatkan kereta idaman BMW anda di Ingress Auto. 

Bagi kami, itu adalah magis Sambutan Tahun Baru Cina yang sangat istimewa dari Ingress Auto kerana anda kini hanya selangkah dari memiliki kereta BMW idaman. 

Jadi, jangan lupa kunjungi Ingress Auto Damansara pada 14 hingga 15 Januari ini dari 9 pagi hingga 5 petang untuk menikmati tawaran terbaik. 

Untuk maklumat lanjut layari IngressAuto.com atau hubungi 03 7721 2288. 

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Seperti dijangka, Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan Hondq ADV160 2023 untuk pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM12,999.

Bagi tahun 2022, skuter ‘adventure’ kompak itu kini dikuasakan enjin yang lebih besar, 156.9cc berbanding 149cc sebelum ini. Platform baharu itu juga menyaksikan Honda ADV 160 kini menawarkan 16hp dan 14.7Nm berbanding 14.8hp dan 13.8Nm sebelum ini.

Selain itu, naik taraf terbesar lain juga menyaksikan ADV 160 kini dilengkapi fungsi Honda Selectable Torque Control (traction control). Lebih menarik fungsi HSTC ini juga boleh dinyahaktifkan sekiranya mahu menunggang ‘off-road’.

Untuk rekod, Honda ADV160 ini juga tampil dengan panel badan berbeza berbanding model terdahulu sekaligus tampak lebih segar dan lasak.

Ketika pasaran Indonesia datang dengan dua varian, pasaran Malaysia pula datang dengan varian tertinggi sahaja iaitu lengkap dengan ABS. 

Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada ADV160 adalah port UBS, penghadang angin baharu, panel meter digital LED baharu dan ruang letak barang 30L.

Menariknya, Honda ADV160 juga menawarkan fungsi Idling Stop System yang membantu dalam penjimatan minyak yang lebih baik.

Ciri lain ditawarkan termasuk:

  • ABS
  • keyless (Honda Smart Key)
  • lampu belakang LED dengan Emergency Stop Signal
  • tangki 8.2L

GALERI: HONDA ADV160 2023

Honda telah pun memperkenalkan Honda ADV160 untuk pasaran Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan terbaru Filipina, pada Oktober tahun lalu. 

Ini bermakna tinggal Malaysia sahaja yang masih ketandusan skuter urban adventure itu setakat ini.

Namun, pelancaran Vario 160 memberi bayangan bahawa model itu akan dilancarkan disini tidak lama lagi. 

Menurut perkembangan terbaru, pihak Boon Siew Honda (BSH) telah memuat naik ‘teaser’ terbaru yang menggambarkan pelancaran model baharu pada 10 Januari (esok). 

Namun begitu, teaser tersebut tidak mendedahkan sebarang klu model apakah yang akan diperkenalkan pada jam 11 pagi (esok) itu kecuali kapseyn ‘Evolusi Tunggangan’. 

Namun, melihat kepada jemputan media ke Pulau Pinang sempena pelancaran model itu esok, pastinya motosikal yang akan dilancarkan itu cukup signifikan untuk pasaran tempatan. 

Pada masa sama, dengan Vario 160 telah pun diperkenalkan, adalah relevan pelancaran seterusnya merupakan Honda ADV160. 

Untuk rekod, Honda ADV160 merupakan generasi kedua menggantikan ADV150 menerusi peningkatan kapasiti enjin. Hasilnya, ADV160 menawarkan 15.8hp dan 14.7Nm, berbanding 14.7hp dan 13.9Nm yang dihasilkan ADV150.

Apa pun nantikan pelancaran rasmi pada 10 Januari (esok) 

Seramai 30 pemilik kenderaan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Majlis Perbandaran Klang (MPK) gara-gara tindakan kompaun RM1,000 kerana meletakkan kereta di padang Dewan Eng Ann, Taman Eng Ann, semalam. 

Memetik laporan Berita Harian,, kesemua pemilik tersebut meletakkan kenderaan dikawasan terbabit kerana menghadiri pertandingan taekwondo yang dijalankan di dewan berkenaan. 

“Saya pelik kerana program yang dihadiri hari ini adalah pada hari cuti iaitu hari Ahad. Jumlah kompaun itu sangat tidak masuk akal.

“Kebanyakan yang hadir pada hari ini adalah ibu bapa dari pelbagai sekolah di seluruh daerah ini, memandangkan kawasan ini adalah taman perumahan dan pada itu tidak mempunya papan tanda larangan memakir kenderaan ianya amat tidak adil kepada kami,” jelas salah seorang pemilik kereta yang dikenali sebagai Nantharajan, 43. 

Sementara itu, seorang lagi akur kecewa dengan tindakan MPK yang dianggap sebagai tidak bertimbang rasa.

“Saya sangat kesal. Mereka sepatutnya bertimbang rasa kerana padang itu adalah hak milik awam, memang mempunyai akses jalan untuk letak di kawasan pinggir padang.

“Sepatutnya penguatkuasa boleh memberi amaran dengan membuat pengumuman terlebih dahulu kerana kami hanya berada di dalam dewan berkenaan,” jelasnya. 

Dalam pada itu, pihak MPK telah pun dimaklumkan mengenai senario tersebut dan sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian terbabit. 

Desas-desus mengenai ketibaan Kawasaki Ninja ZX-4R telah pun bermula sejak Kawasaki memperkenalkan Ninja ZX-25R lagi.

Kawasaki sendiri mengesahkan dakwaan apabila mempatenkan nama ZX-4R, awal tahun lalu.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru bakal merancakkan lagi pasaran motosikal global apabila Kawasaki telah memfailkan dokumen kelulusan kenderaan di Amerika Syarikat yang memaparkan kod nama ZX400SP dan ZX400PP. 

Kod nama tersebut secara tidak langsung bukan sahaja mengesahkan ketibaan model itu tidak lama lagi.

Dua kod nama berbeza itu juga mengesahkan Ninja ZX-4R bakal datang dengan dua varian, ZX-4R dan ZX-4RR dengan varian RR merujuk kepada spesifikasi yang lebih tinggi.

Apa yang mengejutkan kami, penerbitan Jepun, Young-Machine melaporkan bahawa Ninja ZX-4R akan datang itu bakal menghasilkan lebih 70hp.

Meskipun belum ada pengesahan namu jarang sekali Young-Machine berkongsi maklumat yang tidak tepat setakat ini. 

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran global Kawasaki Ninja ZX-4R. 

BMW R 1200 GS merupakan motosikal paling laris di Itali dari tahun 2017 hingga 2019. 

Dalam tempoh tiga tahun itu, BMW berjaya menjual 11,439 unit R 1200 GS dengan tahun 2019 mencatatkan jualan tertinggi dengan 4,069.

Bagaimanapun, memasuki tahun 2020, populariti motosikal adventure dari Jerman itu yang telah dinaik taraf kepada R 1250 GS mula jatuh dengan kemunculan Benelli TRK 502. 

Motosikal adventure buatan China itu muncul terlaris bermula tahun 2020 dengan 3,569 unit terjual sebelum jualan meningkat hampir dua kali ganda tahun berikutnya dengan 6,543 unit jualan direkodkan. 

Angka jualan itu terus meningkat pada tahun 2022, apabila 6,645 unit TRK502 dijual dan terus mengesahkan kedudukan sebagai model popular bagi tiga tahun berturut-turut. 

Persoalannya, apakah rahsia utama Benelli TRK502 dalam mengatasi populariti BMW R 1200/1250 GS sebelum itu?

Jika dibandingkan antara kedua-dua model tersebut, pastinya BMW R 1200/1250 GS berada dalam kelas tersendiri apatah lagi datang dengan kapasiti enjin yang lebih besar lantas jauh lebih berkuasa. 

Namun begitu, faktor harga mampu milik yang ditawarkan TRK502 menjadi daya tarikan utama apatah lagi model buatan China itu bukan sahaja menarik perhatian penunggang berpengalaman malah penunggang baharu dan muda. 

Untuk rekod, Benelli TRK502 dikuasakan enjin parallel-twin yang menawarkan 47hp dan 45Nm. Angka kuasa itu juga sudah cukup untuk menghadirkan pengalaman menunggang yang baik terutamanya untuk menempuh perjalanan jauh. 

Sementara itu, Yamaha Tenere 700 muncul model ketiga popular dengan 2,762 berjaya dijual diikuti Keeway RKF 125 (2,589) dan Moto Guzzi V7 (2,536). 

Berikut senarai 10 motosikal paling laris di Itali tahun 2022 (bagi kategori motosikal bersaiz penuh) :

  1. Benelli TRK502/TRK502X – 6,645 unit
  2. BMW R 1250 GS – 4,062 unit
  3. Yamaha Tenere 700 – 2,762 unit
  4. Keeway RKF 125 – 2,589 unit
  5. Moto Guzzi V7 – 2,536 unit
  6. BMW R 1250 GS Adventure – 2,531 unit
  7. Ducati Multistrada V4/V4 S – 2,469 unit
  8. Royal Enfield Meteor 350 – 2,380 unit
  9. Moto Morini X-Cape 650 – 2,298 unit
  10. Honda CRF1100L Africa Twin – 2,203 unit

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube