Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelumba Cardinals Racing Team, Ahmad Afif Amran menghadiahkan kemenangan untuk pasukannya apabila mengungguli Perlumbaan 2 kategori UB150 di Buriram pada Ahad.

Bermula di petak keempat ternyata tidak menyekat Afif untuk bersaing dengan kelompok depan dan bignkas menempatkan dirinya di belakang pendahulu selpeas tiga lap.

Afif kemudiannya terus mendahulu perlumbaan di lap keempat dan memulakan asakan untuk membuka jurang di lap kelima.

Dia kemudiannya berjaya mengekalkan kelajuan sehingga ke garisan penamat untuk muncul juara dengan kelebihan tiga saat berbanding pesaing terdekat, Wahyu Aji Trilaksanaka (INA) dari ONEXOX TKKR Racing Team di tempat kedua.

Wakil LFN HP696 Indonesia Racing Team, Murobbil Vithoni melengkapkan podium di tempat ketiga.

Sementara itu, Afif berterima kasih kepada pasukannya yang berkerja keras untuk mensiapkan jentera.

“Pasukan telah berpenat lelah sepanjang minggu untuk memperkemaskan jentera bagi memastikan kami mendapat catatan masa yang baik. Saya sangat gembira dengan keputusan ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kategori SuperSport 600cc (SS600) menghadirkan pencapaian berganda untuk Malaysia apabila Mohd Helmi Azman muncul juara sementara Mohd Ibrahim Mohd Norrodin melengkapkan podium di tempat ketiga.

“Perlumbaan kali ini cukup mencabar, cuba mengekalkan kelajuan sewaktu mengekori Andi (Farid Izdihar). Tetapi apabila peluang itu tiba, saya terus memotong dan kekalkan kelajuan.

“Saya gembira kerana dapat mencatat lap yang baik,” ujarnya.

Pada masa sama, bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menamatkan aksi di tempat kelima dalam aksi sulungnya di pentas perlumbaan kompetitif selepas kembali dari persaraan.

Kurang beberapa minggu selepas Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha 135LC Fi, pengeluar produk prestasi motosikal tempatan, TuneBoss telah pun sibuk melakukan beberapa ujian sains terhadap model popular itu.

Sewaktu pelancaran di Litar Antarabangsa Sepang pada 8 Mac lalu, kami juga berpeluang menguji kemampuan 135LC V8 itu di litar namun berbekalkan ketinggian 175cm dengan 88kg, ternyata cukup sukar nak capai 100km/j.

Bagaimanapun, bagi memberikan bukti yang lebih nyata, TuneBoss telah meletakkan 135LC V8 di atas mesin dyno dan hasilnya kapcai baharu itu merekodkan kelajuan maksima 126km/j.

Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Video berdurasi 1 minit 45 saat itu juga bukan sahaja memaparkan kelajuan maksima malah turut mendedahkan kuasa yang dihasilkan adalah pada 9.4hp lebih rendah berbanding angka atas kertas, 12.5hp.

Bagi tahun 2022, 135LC ini menerima kemas kini yang besar bermula dengan bahagian enjin yang kini dihidupakan dengan platform silinder tunggal 135cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menjana 12.5hp pada 8,000rpm dan 12.2Nm pada 6,000rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 4-kelajuan.

Sistem pembakaran juga lebih efisien dengan bantuan suntikan bahan api (fuel injection) berbanding karburetor sebelum ini.

Untuk pasaran tempatan, Yamaha 135LC Fi ini ditawarkan pada harga RM7,798 (Standard) dan RM8,198 (SE).

MForce Bike Holdings memperkenalkan sebuah lagi tawaran baharu bagi 2022 kali ini menerusi WMoto ES250i.

created by Polish

Bakal saingi segmen skuter maxi 250cc di Malaysia, skuter bernadikan enjin satu silinder 244.3cc SOCH 4-valve itu ditawarkan pada harga RM13,888.

Menariknya, walaupun didatangkan dengan harga mampu milik, skuter ini didatangkan dengan beberapa ciri premium antaranya:

  • fork depan teleskopik KYB boleh laras
  • penyerap hentakan berkembar KYB boleh laras
  • ABS dwi saluran
  • cakera brek 240mm depan dan belakang
  • lampu LED dengan fungsi DRL (daytime running light)
  • sistem Smartkey (keyless)
  • paparan digital LCD + analog

Menurut MForce, WMoto ES250i ini menawarkan 21hp pada 8,500rpm dan 21Nm pada 6,500rpm. Rekaan kompak bagi skuter 250cc ini juga menyaksikan ES250i hanyalah seberat 147 kilogram.

Kehadiran tangki 12L juga menjaminkan ES250i sesuai dijadikan sebagai motosikal kegunaan harian dengan MForce mendakwa boleh mencapai jarak 280km dengan kelajuan 100km/j.

Setiap pembelian WMoto ES250i didatangkan dengan waranti 2 tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu).

Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu Fiery Red, Midnight Blue dan Slate Grey.

Sempena ulang tahun ke-30 bagi model ikonik, CBR Fireblade, Honda menjemput semua pemilik motosikal itu ke Litar Misano Marco Simoncelli pada 23 April ini.

Dikenali sebagai Fireblade Day, litar ikonik itu akan dikhaskan kepada semua pemilik Fireblade – dari model 1992 hingga terkini – untuk menikmati kemampuan jentera kesayangan mereka.

Bagaimanapun, hanya model CBR900RR, CBR1000R dan CBR1000RR-R dengan ekzos stok atau ekzos perlumbaan dengan DB killer dibenarkan untuk memasuki litar.

Setiap peserta akan diberikan tiga lap bagi setiap 20 minit dengan penganjur akan turut menyediakan perkhidmatan catatan masa dan sewaan transponder dengan bayaran hanya EUR60 (RM280).

Honda juga menawarkan perkhidmatan tukar tayar di litar tersebut bagi yang benar-benar mahu ‘menikmati’ pengalaman penuh dengan jentera Fireblade masing-masing.

Orang ramai yang berminat untuk sertai Fireblade Day pada 23 April ini boleh layari https://www.honda.it/motorcycles/experience-honda/eventi/fireblade-day-2022.html dan muat turun borang permohonan.

Nexx Helmets telah mengumumkan Yamashiro Malaysia sebagai rakan strategik terbaru yang bertanggungjawab untuk mengedar helmet jenama itu di Malaysia bermula 26 Oktober 2021.

Nexx Helmets dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama dengan Yamashiro Malaysia akan membantu dalam mewujudkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dalam usaha menyampaikan barisan produk pelbagai kepada orang ramai dengan lebih efisien.

Yamashiro Malaysia Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik Yamashiro Ltd yang berasal dari Jepun dan telah wujud lebih 70 tahun yang lalu.

Yamashiro Malaysia komited dalam menyediakan perkhidmatan servis selepas jualan terbaik kepada pelanggan Nexx Helmets di samping menawarkan harga yang berpatutan.

Bagi yang berminat untuk ikuti perkembangan Nexx Helmets di Malaysia, orang ramai boleh layari www.yamashiro-malaysia.com atau hantarkan emel kepada info@yamashiro-malaysia.com.

Baru-baru ini, Qianjiang Motorcycle telah pun memfailkan paten nama Harley-Davidson 338R di Amerika Syarikat sekaligus mengesahkan kehadiran motosikal berkapasiti kecil itu tidak lama lagi.

Walaupun mengambil masa lebih dua tahun untuk kerjasama Qianjiang-Harley Davidson membuahkan hasil akhirnya perkembangan mengenai motosikal berkapasiti kecil sulung dari Harley-Davidson itu bakal direalisasikan.

*Harley-Davidson 338R

Seperti dilaporkan sebelum ini, HD 338R itu dikuasakan enjin sama daripada Benelli 302R.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Qianjiang dilaporkan sedang menguji sebuah lagi motosikal Harley-Davidson kali ini babitkan model 500cc.

Lebih menarik, motosikal Harley-Davidson 500cc itu menampakkan chasis dan enjin yang sama daripada Benelli Leoncino 500.

*Benelli Leoncino 500

Berdasarkan tangkapan gambar yang tular, segala elemen yang kelihatan – termasuk kerangka, fork depan 50mm dan kaliper brek radial – adalah mirip dengan Leoncino 500.

Bukan itu sahaja, bahagian swingarm, braket nombor plat, rim, footpeg dan handlebar juga dipinjamkan daripada Leoncino.

Namun, perbezaan ketara adalah di bahagian tangki dan subframe yang telah direka semula dengan DNA Harley-Davidson sendiri.

Bahagian sisi tangki juga memaparkan logo Harley-Davidson lantas memberi bayangan model ini telah berada dalam peringkat akhir ujian.

Sekiranya benar Harley-Davidson ini bernadikan enjin parallel-twin 500cc dari Leoncino maka dijangka model baharu itu akan menawarkan sekitar 45 hingga 50hp.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube