Bikesrepublic

Berita Terkini

Ducati Malaysia akhirnya melancarkan Scrambler Nightshift, beberapa bulan selepas model itu diperkenalkan secara global pada November tahun lalu.

Ducati Scrambler Nightshift merupakan di antara empat model Scrambler lain yang turut didedahkan menerusi Ducati Web Series.

Bagaimanapun, varian Nightshift paling mencuri tumpuan tatkala pereka di Borgo Panigale seakan menggabungkan semua elemen dari Icon, Full Throttle dan Cafe Racer .

Hasilnya, sebuah motosikal yang bukan sahaja tampak jahat malah kemas hasil daripada pilihan warna Aviator Grey yang pastinya menganjakan meter ‘hensem’ si penunggang.

Tempat duduk pillion juga yakni lebih selesa dengan permukaan yang rata.

Menurut Ducati, penggunaan handlebar yang lebih lebar ini juga dipinjamkan daripada Scrambler 110 Sport Pro di samping penggunaan lampu LED, rim spoke dan tayar Pirelli MT60.

Meskpun model ini masih lagi didatangkan dengan enjin sama seperti barisan Scrambler 800 lain, 803cc L-Twin yang menawarkan 73hp dan 66.2Nm namun telah dikemaskini bagi mematuhi piawain Euro 5.

Menurut Ducati Malaysia, Scrambler Nightshift ini boleh dimiliki dengan harga RM65,900.

Pelumba Tech3 KTM, Danilo Petrucci, telah pun kehilangan tempatnya di MotoGP musim depan setelah pasukan itu menandatangani khidmat dua pelumba baharu.

Tech3 bakal mempertaruhkan Remy Gardner dan Raul Fernandez bagi musim 2022 sekaligus menyaksikan Petrucci dan Iker Lecuona ketiadaan pasukan.

*Raul Fernandez, KTM Ajo Moto2

Bagaimanapun, dalam usaha memastikan Petrucci terus kekal bersama KTM, pasukan itu menerusi CEO, Stefan Pierer, memaklumkan mereka mahu pelumba Itali itu mewakili KTM di Rali Dakar 2022 di Arab Saudi.

“Danilo seorang yang baik.

“Sebab itu kami mahu dia kekal bersama kami. Saya telah pun menawarkan dia untuk berlumba bersama kami di Rali Dakar 2022.

“Pada awalnya dia seakan tidak percaya, beraksi di Dakar merupakan impiannya dan dia juga sering mengutarakan kepada kami.

“Projek ini akan membuka pelbagai kemungkinan dari aspek pemasaran dan pengedaran di Itali,” jelasnya.

Pada masa sama, Pierer turut menegaskan Petrucci tetap akan bersama KTM.

*Danilo Petrucci, Tech3 KTM MotoGP

“Kami tidak akan lepaskan Danilo (Petrucc). Kami telah memberitahu pengurus off-road KTM, Robert Jonas, bahawa kami perlukan pelumba Dakar keempat dan Danilo adalah orangnya,” tambah Pierer.

Penjelasan Pierer ini sekaligus menafikan dakwaan KTM mahu Petrucci sebagai pelumba uji pasukan itu bermula musim depan.

“Kami telah pun mengesahkan Dani Pedrosa dan Mika Kallio untuk 2022,” ujar Pierer lagi.

Bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran tawaran berlumba di Dakar 2022 masih lagi tidak dapat disahkan apatah lagi tindakan ini mungkin sekadar langkah KTM untuk menyelamatkan imej mereka yang sebelum ini dikritik ekoran mengumumkan perpindahan Fernandez ke Tech3 sewaktu Petrucci sedang beraksi di sesi kelayakan GP Styria, Sabtu lalu.

Sementara itu, saingan MotoGP kembali bersambung hujung minggu ini di Red Bull Ring. – GPOne

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pun mengumumkan bahawa pengguna jalan raya harus memperbaharui lesen dan cukai jalan sebelum 1 Oktober ini.

Ini kerana moratorium lanjutan bagi lesen memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tidak lagi disambung dan akan berakhir pada 30 September.

JPJ turut memaklumkan bahawa urusan JPJ juga boleh dibuat di kaunter Pos Malaysia namun perlu membuat janji temu secara dalam talian terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ekoran orang ramai berpusu-pusu cuba membuat tempahan telah menyebabkan laman sesawang Pos Malaysia sukar diakses dan tergendala sehingga kini.

Sekiranya berjaya melayari laman tersebut, orang ramai akan berdepan kesukaran untuk membuat tempahan disamping rata-rata tarikh janji temu juga telah penuh.

Sementara itu, orang ramai juga boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan menerusi perkhidmatan atas talian MyEG. – Lowyat.net

PUSPAKOM menyarankan pemeriksaan kenderaan dagangan dilakukan sebelum 1 Oktober selaras dengan pengumuman terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak lagi melanjutkan moratorium pembaharuan lesen kenderaan (LKM) dan cukai jalan selepas 30 September ini.

Menurut PUSPAKOM, semua pemilik kenderaan perdagangan dan e-hailing yang telah tamat tempoh Perakuan Pemeriksaan PUSPAKOM dari 1 Jun hingga 30 September perlu melakukan pemeriksaan kenderaan bermula hari ini.

Bagi memastikan sesi pemeriksaan kenderaan berjalan dengan lancar, PUSPAKOM akan memastikan slot janji temu pemeriksaan adalah cukup sepanjang tempoh moratorium ini.

Pada masa sama, PUSPAKOM menggesa agar orang ramai yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di samping hanya individu dengan status MySejahtera berisiko rendah sahaja dibenarkan masuk.

KTM telah pun mengumumkan perpindahan Raul Fernandez ke kelas MotoGP bersama Tech3 musim depan, Sabtu lalu.

Pengumuman tersebut dibuat sewaktu sesi FP4 (Ujian Bebas) GP Styria sedang berlangsung.

Keputusan itu menyaksikan Fernandez bakal sertai rakan sepasukan KTM Ajo, Remy Gardner di Tech3 dibawah kendalian Herve Poncharal.

Bagaimanapun, senario itu mencetus kontroversi apabila KTM tidak memaklumkan terlebih dahulu pelumba Tech3 sedia ada, Danilo Petrucci dan Iker Lecuona bahawa kedua-duanya akan digantikan hujung musim ini.

*Danilo Petrucci

Dalam perkembangan terbaru, Fernandez sendiri mendedahkan ketika temu bual bersama Dazn Spain bahawa dia tidak gembira dengan perpindahan tersebut apatah lagi baru semusim di kelas Moto2.

“Tidak,” merupakan jawapan balas Fernandez apabila ditanyakan adakah dia berada di tempat yang diinginkan bagi 2022.

*Raul Fernandez

Sebelum ini, Petronas Sepang Racing Team (SRT) merupakan antara pasukan yang berminat dengan khidmat pelumba berusia 20 tahun itu.

Menurut laporan GPOne, pengurus Fernandez, Hannes Kinigadner, sebelum ini pernah berjumpa dengan CEO KTM, Stefan Pierer dan Pengarah Sukan KTM, Pit Beirer dan meminta agar kontrak pelumba itu dibatalkan namun permintaannya tidak dilayan. – GPOne

Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin, berjaya merekodkan kemenangan sulung di kelas premier meskipun perlumbaan terpalit dengan insiden bendera merah.

Aksi di GP Styria terpaksa dihentikan selepas beberapa lap apabila berlaku pertumpahan minyak dan kebakaran babitkan jentera Dani Pedrosa (KTM) dan Lorenzo Salvadori (Aprilia).

Ini merupakan kejayaan bermakna buat Martin, yang sebelum ini terlepas aksi di Jerez, Le Mans dan Mugello ekoran kecederaan.

Menariknya, pelumba berusia 23 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran sengit dari juara musim lalu, Joan Mir (Suzuki) yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Mir tampak lebih pantas bagi aksi pertama separuh kedua musim ini hasil bantuan ‘ride height device’ yang membantu jentera GSX-RR mencatat kelajuan lebih baik sewaktu di selekoh sekaligus mampu memberi saingan yang lebih baik.

Sementara itu, tempat ketiga jadi milik pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, yang pada awalnya menerima asakan dari wakil Ducati, Jack Miller, sebelum pelumba Australia hilang kawalan lalu terbabas.

Quartararo terus mengutip mata penting untuk kekal peneraju dengan 172 mata diikuti Johann Zarco (132 mata) dan Mir (121 mata).

Dalam perkembangan lain, aksi di Moto2 menyaksikan pelumba Sky Racing Team VR46, Marco Bezzecchi, muncul juara diikuti Aron Canet (Aspar Team) kedua dan Augusto Fernandez (Marc VDS) ketiga.

Sementara saingan Moto3 kekal rancak dengan Pedro Acosta (KTM) melakar kemenangan kelima musim ini dengan Sergio Garcia (Santander Consumer) dan Romano Fenati (Sterilgarda Max Racing Team) melengkapkan podium dengan kedudukan kedua dan ketiga.

Saingan MotoGP akan kembali bersambung minggu depan sekali lagi di Red Bull Ring.

Berikut keputusan penuh perlumbaan MotoGP:

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube