Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan berminat untuk menaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin.

Perkara itu diutarakan ketika menjawab soalan di laman sosial Instagram miliknya.

Dalam perkembangan terbaru, TMJ memperjelaskan situasi berkenaan dengan tajaan terhadap Hafizh dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Saya suka tengok sikap dan disiplin serta komitmen Hafizh.

“Bagi saya, jika dia boleh membanggakan negara mungkin saya akan cuba membantu jika tak banyak pun saya akan memberi sumbangan agar dia boleh mengejar impian untuk terus membanggakan negara.

“Sebagai contoh sepertimana saya membantu petinju, Farhan, sebelum ini,” jelas TMJ.

Pada masa sama, beliau menjelaskan masih belum ada sebarang perbincangan diadakan bersama Hafizh ketika ini.

“Saya belum berbincang dengan Hafizh lagi.

“Saya pun nak tahu berapa bajet dia setiap tahun, apa bantuan yang dia terima sebelum ini serta apa perancangan dia.

“Jadi setakat ini, masih belum ada sebarang perbincangan lagi,” tambah TMJ.

Dalam saingan Moto2 di GP Catalunya semalam, Hafizh menamatkan aksi dikedudukan ke-20 yang menyaksikan Remy Gardner muncul juara diikuti Raul Fernandez kedua dan Xavi Vierge ketiga.

Pelumba KTM, Miguel Oliveira merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila muncul juara di GP Catalunya.

Ini merupakan kemenangan keempat pasukan factory KTM di kelas premier setakat ini.

Meskipun bermula di petak ke-4, Oliveira mempamerkan tunggangan konsisten untuk menerajui perlumbaan sejak awal lagi.

Bagaimanapun, Oliveira menerima asakan hebat dari pelumba Yamaha, Fabio Quartararo, yang berjaya mengejar dari belakang dan pada satu ketika dipintas pelumba Perancis itu.

Namun, Oliveira kembali memintas dan terus mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat dengan Johann Zarco kedua.

Sementara itu, Quartararo ditimpa nasib malang apabila dikenakan penalti 3-saat sekaligus kehilangan tempat ketiga.

Penalti itu dikenakan ekoran Race Direction mendapati Quartararo melakukan kesalahan ‘shortcut pada Turn 1-2.

Keputusan itu menyaksikan dia hilang kedudukan podium dengan tempat ketiga dianugerahkan kepada Jack Miller.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, pelumba Perancis itu telah dikenakan dengan pertambahan penalti 3-saat (menjadikan jumlah 6-saat) selepas didapati menamatkan baki 3-lap dengan racing suit yang terbuka.

Dia juga dirakam membuang ‘pelindung dada’ dengan ada yang mendakwa situasi tersebut berlaku ekoran beg udara racing suit Alpinestar miliknya telah diaktifkan .

Tambahan penalti 3-saat itu menyaksikan Quartararo menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dibelakang rakan sepasukan Maverick Vinales.

Ini sekaligus menyaksikan terdapat perubahan kutipan mata dengan Quartararo kini mendahului kejuaraan dengan 115 mata, hanya 14 mata dipisahkan dengan Zarco di tempat kedua (101 mata) dan Miller ketiga dengan 90 mata.

Berikut senarai kutipan mata semasa:

Selepas beberapa tahun penantian, akhirnya pasaran Malaysia mampu berasa teruja seiring dengan negara jiran apabila Boon Siew Honda (BSH) melancarkan CBR250RR 2020!

Honda CBR250RR didatangkan dengan enjin 249.7cc dengan silinder berkembar yang menjana 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm.

Ini juga merupakan motosikal 250cc pertama di Malaysia yang didatangkan dengan fungsi quickshifter yang turut dipadankan bersama klac assist/slipper sekaligus menjaminkan pertukaran gear efisien seangkatan ‘abang besar’ CBR1000RR-R.

Pada masa sama pelbagai ciri lain turut didapati antaranya fungsi Ride-by-Wire, tiga mod tunggangan, paparan LCD serta penggunaan lampu LED penuh.

Sistem brek dikendalikan oleh Anti-lock Braking System (ABS) dwi-saluran (dual-channel) yang dipadankan dengan cakera brek depan 310mm dan 240mm belakang di samping fork depan (inverted) 37mm.

Honda CBR250RR ini didatangkan dengan dua warna pilihan, Winning Red dan Mat Gunpoweder Black Metallic dan ditawarkan pada harga RM25,999.

Orang ramai yang berminat boleh kunjungi Honda BigWing dan Honda Impian X untuk melihat jentera ini dengan lebih dekat.

Jenama motosikal Itali-China, Benelli, telah melancarkan Leoncino 500 Sport 2021.

Diperkenalkan sebagai jentera konsep empat tahun lalu di EICMA, Leoncino 500 Sport ini menawarkan ciri sebuah motosikal cafe-racer hasil penggunaan beberapa komponen bagi membezakan dengan versi standard.

Antara ciri baharu diperkenalkan adalah handlebar jenis clip-on, headlight cowl, ekzos jenis double-barrel, rim jenis spoke dan beg sandang kecil di sebelah kanan.

Model ini juga didatangkan dengan paparan digital LCD dengan nyalaan biru.

Bagaimanapun, model ini masih lagi dikuasakan enjin parellel-twn 499.6cc yang menjana 48hp pada 8,500rpm dan 47Nm pada 5,500rpm.

Sistem suspension juga kekal dengan fork upside/down 50mm depan dan monoshock di belakang.

Tunku Mahkota Johor (TMJ),Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa beliau berminat untuk menaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin.

Perkara itu diutarakan ketika menjawab beberapa soalan di laman media sosial Instagram miliknya.

Hafizh memerlukan seberapa banyak tajaan untuk bersaing di peringkat tertinggi di Moto2.

Musim lalu ketika bersama pasukan Angel Nieto di Moto2, Hafizh terpaksa bertarung semusim tanpa bayaran gaji namun itu tidak menyekat dirinya untuk terus bersaing.

Bagaimanapun, situasinya bertambah baik sejak menyertai pasukan baharu, NTS RW Racing GP, musim ini yang menggunakan khidmat dan pengalaman Hafizh bagi membangunkan chasis NTS musim ini.

Minggu lalu di Mugello, Hafizh berjaya menduduki kelompok 10 terbaik buat julung kalinya apabila menamatkan aksi di tempat ke-9.

Sementara itu, diharapkan pendedahan TMJ yang menyuarakan minat untuk menaja Hafizh bakal membakar semangat pelumba itu yang akan beraksi hujung minggu ini di GP Catalunya.

Ujian bebas 1 dan 2 (FP1 dan FP2) menyaksikan Hafizh merekodkan masa ke-27 terpantas dikalangan 32 pelumba semalam.

Baru-baru ini, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Imigresen Malaysia yang tidak memberi pelepasan terhadap isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk bersamanya di luar negara.

Bagaimanapun, pihak Imigresen dalam satu kenyataan menjelaskan kebenaran hanya diberikan atas sebab tertentu sahaja.

“Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara sudah pun ditolak.

“Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan.

“Contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional. Ahli sukan menyertai kejohanan secara on and off dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan.

“Hanya jurulatih dan kru profesional terbabit dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan.”

Pada masa sama, Imigresen turut mendedahkan terdapat beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara oleh warnganegara Malaysia menerusi pemeriksaan di pintu masuk negara. – HM

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube