Bikesrepublic

Berita Terkini

Suzuki telah melancarkan GSX-R150 MotoGP Edition di Indonesia sempena meraikan ulang tahun ke-100 pengeluar motosikal Jepun itu dan 50 tahun sejak bertapak di republik itu.

Edisi MotoGP ini menyaksikan GSX-R150 tampil dengan warna Suzuki Ecstar dengan gabungan warna biru dan silver seperti yang terdapat pada GSX-RR.

Bagaimanapun, spesifikasi GSX-R150 ini kekal sama dengan enjin 147.3cc DOHC satu silinder yang menghasilkan 19hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Model ini turut dilengkapi dengan sistem keyless, lampu LED, paparan digital, rim 17 inci serba hitam, fork teleskopik dengan tayar 90/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang).

Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition ini juga menawarkan berat (kering) sekita 131 kilogram sahaja.

Suzuki Indonesia menawarkan GSX-R150 MotoGP Edition ini pada harga IDR31.6 juta (RM8,950) *tukaran langsung.

Sementara itu, Suzuki Malaysia yang kini telah pun kembali di Malaysia dengan pemegang baharu (akan diumumkan kemudian) pernah mendedahkan akan membawa masuk GSX-R namun tidak mendedahkan sama ada model itu membabitkan sesaran enjin 150cc.

Bagaimanapun, pastinya model GSX-R150 MotoGP Edition ini mampu menarik perhatian sekiranya dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Aktivis sosial dan pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa kerajaan untuk mewujudkan laluan berasingan bagi motosikal di seluruh negara.

Menurut Lee Lam Thye, tindakan kerajaan meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi menangani insiden membabitkan pemandu mabuk sememangnya dipuji namun menyifatkan keutamaan yang sama tidak diberikan kepada penunggang motosikal.

“Cadangan ini berkenaan dengan keselamatan penunggang motosikal yang merupakan pengguna jalan raya paling terdedah dengan kemalangan maut.

“Contoh terbaik adalah laluan motosikal di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan dari Petaling Jaya hingga ke Klang.

“Menurut statistik, purata hanya dua kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal berlaku dalam setahun,” jelasnya.

Sementara itu, aktivis tersebut turut mencadangkan agar kerajaan menghadkan kelajuan motosikal.

“Langkah kedua adalah menggubal undang-undang bagi menghadkan kelajuan motosikal yang kini menjadi kebiasaan untuk menunggang secara melulu dan laju tanpa perlu risau akan dikenakan tindakan.

“Bagi mengurangkan perbelanjaan dalam menyediakan laluan berasingan bagi motosikal, pihak berkuasa seperti Kementerian Pengangkutan dan polis boleh hadkan penunggang motosikal untuk menunggang hanya di lorong lebuh raya paling kiri.

“Hanya dengan cara ini, kenderaan dua roda tidak boleh menggunakan di lorong laju yang menjadi antara penyebab utama kemalangan maut di kalangan penunggang motosikal.

“Ikatan Komuniti Selamat melihat cadangan ini boleh dilaksanakan dan praktikal. Hanya berlandaskan logik akal,” tambahnya. – Bernama

Sempena tahun 2020 semakin menutup tirai, Modenas Power Store mengadakan promosi hujung tahun istimewa.

Orang ramai kini boleh mendapatkan motosikal naked street popular, Modenas Pulsar NS200 ABS dengan harga RM9,600 OTR (termasuk cukai jalan dan insurans)!

Pulsar NS200 ABS merupakan model terkini ditawarkan Modenas yang dilancarkan pada Disember 2019,

Model ini didatangkan dengan enjin satu silinder 199.5cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 24hp pada 9,750rpmd dan 18.6Nm pada 8,000rpm.

Lebih menarik, ini merupakan enjin sama yang terdapat pada KTM 200 Duke susulan Bajaj (sebelum dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia) merupakan pemilik KTM lantas kedua-dua jenama ini berkongsi platform sama.

Enjin ini juga tahan lasak dan menawarkan kelajuan maksima (atas kertas) sekitar 136km/j.

Orang ramai yang berminat boleh hubungi Modenas Power Store di +60128003470 untuk pertanyaan lanjut.

Promosi ini hanya sah di Modenas Power Store Kota Damansara.

UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi Toyota Yaris baharu (facelift), hari ini.

Toyota Yaris baharu ini menampilkan rekaan yang telah dikemas kini antaranya reka bentuk bampar depan serba baharu di samping penggunaan aerokit dan rekaan gril berbeza.

Antara ciri lain yang turut diperkemas adalah penggunaan lampu depan ‘triple bezle’ LED yang kini dilengkapi dengan fungsi ‘follow-me-home’ sekaligus mempertingkatkan ciri keselamatan dan kemudahan pengguna.

Menariknya, fungsi ini boleh didapati pada semua varian (J,E dan G).

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K, Yaris baharu ini menawarkan sentuhan baharu.

“Yaris yang diperbaharui ini dibina untuk melangkaui standard sedia ada.

“Model yang sudah sedia menarik ini diberikan sentuhan baru untuk tampil lebih dinamik dengan karisma personaliti tersendiri. Ini merupakan cerminan kepada kesungguhan Toyota di peringkat global dalam mengatur langkah ke hadapan.

Sejak dilancarkan pada April 2019, Yaris menjadi pilihan no.1 bagi kenderaan hatchback segmen Bukan Nasional sehingga kini.

Orang ramai yang berminat dengan Yaris 2020 ini boleh mula membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara dengan harga (estimated price) bermula dari RM71,688 hingga RM85,587 dengan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Meskipun tahun 2020 merupakan detik sukar bagi semua pihak susulan wabak Covid-19, Ducati masih mampu merekodkan penjualan Suku Ke-3 (Q3) terbaik pernah dilakukan.

*Kilang Ducati di Borgo P

Penjualan Q3 membabitkan bulan Jun hingga September menyaksikan lebih 14,694 unit terjual dengan bulan September mencatat penjualan tertinggi, 4,468 unit!

China, Switzerland dan Jerman turut merekodkan penjualan lebih tinggi tahun ini berbanding tempoh sama pada 2019.

*Ducati Streetfighter V4

Kami menjangkakan angka tinggi tersebut disumbang menerusi model premium terbaru membabitkan Panigale V4 dan Streetfighter V4 serta Panigale V2.

*Ducati Panigale V4

Menurut Ducati, mengalihkan pelancaran motosikal ke platform digital menerusi strim langsung turut berjaya memastikan jenama itu terus disebut-sebut peminat di seluruh dunia.

*Ducati Panigale V4R

Dalam perkembangan sama, Ducati turut memperluaskan rangkaian dengan pembukaan pusat pameran di Rio de Janeiro, Vienna, Wolfsburg dan Antwerp.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menyifatkan syarikat itu akan terus melaksanakan yang terbaik bagi para Ducatisti di seluruh dunia.

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) telah memperkenalkan logo baharu dan penyertaan PROTON sebagai salah satu jenama di bawah naungan syarikat itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, EON telah mengambil alih sembilan pusat pengedaran PROTON dari PROTON Edar Sdn Bhd.

Ini adalah penjenamaan semula EON (buat kali ketiga) sejak ditubuhkan pada 1984 sebagai pengedar eksklusif PROTON di Malaysia.

Logo baharu ini menampilkan rekaan dan pilihan warna yang lebih moden.

Sementara itu, EON turut kembali memikul tugas sebagai pengedar PROTON dengan sembilan pusat pengedar yang merangkumi empat pusat 4S dan tiga cawangan 3S.

Rujuk senarai cawangan di bawah:

Menurut EON, kesemua sembilan cawangan berada di bawah kendalian PROTON Edar, sebelum ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube