Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) bakal melancarkan motosikal ‘adventure’ berupa CRF190L di negara itu tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan menerusi paten terbaru yang difailkan di negara itu.

Honda CRF190L telah pun diperkenalkan secara global oleh jenama motosikal Jepun itu September lalu.

CRF190L merupakan motosikal ADV ‘entry-level’ dalam barisan motosikal ‘adventure’ Honda dan ditempatkan atas model CB150X.

Seperti namanya, CRF190L mendapat inspirasi daripada CRF11000L Africa Twin dengan gaya ala motosikal Dakar.

CRF190L didatangkan dengan penghadang angin tinggi serta lampu depan LED bersegi.

Ciri lain turut ditawarkan adalah seperti tempat duduk jenis ‘single-piece’ serta penggunaan handlebar menegak dan tinggi bagi memudahkan tunggangan di permukaan ‘off-road’.

Antara ciri menarik lain:

  • fork depan jenis teleskopik
  • kerangka tubular steel
  • jarak kelegaan tanah 241mm
  • berat 145kg
  • rim 19-inci depan dan 17-inci belakang

Menariknya, model ini juga bakal disertakan dengan rim jenis lidi mirip dengan Africa Twin.

Sementara itu, bahagian enjin pula dijangka datang dengan versi satu silinder 184cc dengan penyejukan udara (sama seperti CB200X) yang menawarkan 17hp pada 8,500rpm dan 16.1Nm pada 6,000rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.

Allianz General Insurance Company (Malaysia) mengumumkan berita baik untuk penunggang motosikal bawah 250cc di Malaysia apabila menaik taraf perlindungan Allianz Motorcycle Plus.

Bagi tahun 2022, Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif dan Pihak Ketiga) bagi motosikal 250cc ke bawah telah dipanjangkan perlindungan kepada penunggang dan pembonceng membabitkan Kematian/Kecacatan Kekal sehingga RM10,000 setiap seorang an perbelanjaan hospital hingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari selama 60 hari).

Menariknya, perlindungan tambahan ini ditawarkan kepada pembonceng tanpa sebarang caj tambahan.

Sementara itu, Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal pemilik dari kemalangan, kebakaran, dan kecurian; kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga; dan kerosakan atau kerugian harta pihak ketiga.

Manakala polisi pihak ketiga melindungi kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga; dan kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga.

Tambahan lagi, insurans komprehensif juga merangkumi Special Perils Full Sum-Insured Protection yang melindungi motosikal dari bencana alam termasuk banjir, tanah runtuh atau sebarang bencana lain.

Pengguna Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) juga boleh menikmati bantuan tepi jalan secara percuma oleh Allianz Road Rangers yang boleh dihubungi di talian 1800-22-5542.

Allianz Road Rangers membabtikan servis tunda (percuma hingga 50km pergi-balik), penghantaran minyak dan servis tayar pancit.

Dalam perkembangan sama, Allianz General mengumumkan pemenang hadiah utama bagi kempen 111 Motosikal yang berlangsung di Allianz Arena, Plaza Sentral, hari ini.

Rohisham Husain muncul pemenang bertuah dan memenangi sebuah jentera Honda CBR250RR bernilai RM25,999.

Suzuki Malaysia menerusi perkongsian ‘teaser’  terbaru di laman sosial mendedahkan harga rasmi bagi model underbone akan datang, Raider R150 Fi.

Menurut info dikongsikan, Raider R150 Fi (Belang R150) akan ditawarkan pada harga RM8,XXX.

Dengan slogan ‘The Epitome of Underbone”, Suzuki Raider R150 Fi melengkapkan barisan model 150cc yang akan diperkenalkan Suzuki Malaysia tidak lama lagi.

Suzuki Raider R150 Fi dikuasakan enjin 147.3cc DOHC dengan penyejukan cecair dan menawarkan 18.23hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 7,000rp

Polis sedang mengesan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di jambatan kedua Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal yang turut memaklumkan nombor pendaftaran motosikal yang dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ juga telah dikenal pasti.

“Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Insiden tersebut adalah berkaitan video rakaman yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bukan sahaja menunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah malah dirakam melakukan ‘wheelie’.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan sebuah motosikal berwarna biru melakukan ‘wheelie’ di jambatan tersebut sambil dirakam kawannya yang turut kelihatan merekodkan kelajuan lebih 285km/j. – Utusan

Seorang pengguna perkhidmatan kurier tempatan berasa serabut apabila motosikal jenis Yamaha RXZ yang dipos dari Tawau, Sabah sejak 13 Disember lalu masih belum sampai.

Muhd Zakri memaklumkan motosikal RXZ itu sehingga kini masih belum sampai ke tangan penerima meskipun telah memasuki hujung Februari.

“Saya pos motosikal saya dari Tawau pada 13 Disember 2021 dan jadi sampai sekarang motosikal saya masih tak sampai lagi ke alamat penerima.

“Saya dah cuba semak ‘tracking number’ tapi macam tidak dikemas kini, apabila saya hubungi pihak kurier asyik beri alasan sama,” jelasnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Difahamkan, status terakhir dalam sistem 5 Januari 2022 menunjukkan motosikal tersebut telah pun keluar dari pusat kurier di Tawau dan dalam proses penghantaran.

“Kali terakhir saya hubungi pihak operasi kurier, mereka mengatakan motosikal saya kemungkinan masih berada di atas kapal dan tidak ada kebenaran untuk berlabuh.

“Tapi sebelum ini apabila saya hubungi mereka, pihaknya kata motosikal dah sampai Port Klang. Bukannya motosikal saya itu dari negara lain, dari Sabah sahaja,” tambahnya.

Umum sedia maklum bahawa Suzuki Malaysia bakal memperkenalkan tiga model 150cc yang merangkumi GSX-R150, GSX-S150 dan Belang R150.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Suzuki Malaysia mengesahkan bahawa Belang R150 akan diperkenalkan sebagai Raider R150 Fi.

Pendedahan itu dibuat menerusi perkongsian terbaru Suzuki Malaysia di akaun media sosial, hari ini.

Dengan slogan ‘The Epitome of Underbone”, Suzuki Raider R150 Fi melengkapkan barisan model 150cc yang akan diperkenalkan Suzuki Malaysia tidak lama lagi.

Suzuki Raider R150 Fi dikuasakan enjin 147.3cc DOHC dengan penyejukan cecair dan menawarkan 18.23hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube