Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang individu telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dihadiahkan sebuah Honda Civic seperti yang dijanjikan kepadanya.

#UC21025 有时对我爸爸很失望。每天讲一套做一套。答应我的事情没有一样做到的。憋着很不爽想写出来。前几个月他答应要买honda…

Posted by UTAR Confessions 2017/18 on Friday, 22 January 2021

Luahan itu dibuat menerusi laman Facebook UTAR Confessions terhadap ayahnya yang telah menghadiahkannya sebuah Perodua Myvi.

Menerusi luahan tersebut, individu tersebut berasa malu dan marah dengan ‘hadiah’ tersebut kerana rata-rata kawannya memandu kereta jenis BMW dan Volkswagen.

*Perodua Myvi

“Dia mampu beli Myvi secara tunai tetapi tidak mampu belikan saya Civic yang hanya beza beberapa ribu sahaja?

“Dia sendiri pandu Volvo yang berharga lebih RM300 ribu!,” jelas individu tersebut menerusi perkongsian itu.

Menurutnya lagi, ayahnya telah berjanji untuk membelikan Honda Civic jika dia berjaya merekodkan markah tinggi sewaktu peperiksaan di samping membantu ayahnya di tempat kerja.

“Apabila dua sudah tua, saya perlu menjaganya dengan baik kenapa dia tidak boleh melayan saya dengan baik ketika ini?” tambahnya.

Bukan Suzuki Malaysia. Harap maklum.

Sebaliknya, Suzuki Motor Corporation merancang untuk memperkenalkan beberapa barisan model 2021 secara atas talian pada 5 Februari ini.

Acara tersebut yang dicanang sebagai ‘platform komunikasi generasi baharu’ itu membolehkan peminat dan bakal pelanggan motosikal Suzuki untuk menyertai pelancaran tersebut.

Platform tersebut membenarkan orang ramai untuk mengakses setiap model dengan lebih teliti seperti berada di pelancaran fizikal dan berinteraksi dengan pengunjung lain.

Meskipun tidak memberi bayangan model apa yang akan diperkenalkan namun mengambil kira EICMA 2019 sebagai kali terakhir Suzuki melancarkan model baharu menerusi V-Strom 1050, pelancaran atas talian ini dilihat sebagai medan terbaik untuk Suzuki membuat kejutan.

Suzuki Hayabusa 2021 mungkin?

Tidak lupa juga, Suzuki bakal memperkenalkan model dengan enjin parallel-twin baharu menggantikan SV650 dan V-Strom 650.

Segalanya akan terjawab 5 Februari ini.

Susulan pandemik Covid-19 yang masih lagi melanda memasuki tahun 2021, MotoGP membuat keputusan untuk menunda pusingan kedua dan ketiga membabitkan GP Argentina dan Amerika yang sepatutnya berlangsung pada 11 dan 18 April.

Sebaliknya, Litar Losail, Qatar akan melangsungkan dua perlumbaan secara dua minggu berturut-turut pada 28 Mac dan 4 April manakala Litar Portimao ambil alih pusingan tiga pada 18 April.

Meskipun kenyataan awal merujuk kepada penundaan GP Argentina dan Amerika namun hampir pasti perlumbaan di kedua-dua litar itu akan dibatalkan terutamanya di Amerika Syarikat selepas mengambil kira faktor logistik dan penularan Covid-19 di Austin, Texas.

Pada masa sama, menggantikan pusingan kedua dan ketiga dengan Qatar dan Portimao dilihat sebagai tindakan tepat susulan Qatar antara negara yang berjaya mengekang pandemik tersebut sejak gelombang pertama Ogos tahun lalu di samping mempergiat program vaksin.

Sementara Portimao berpengalaman dalam melangsungkan perlumbaan MotoGP dengan prosedur ketat musim lalu.

Bagaimanapun, Dorna dijangka untuk tidak membenarkan kehadiran penonton di litar buat masa ini yang turut dijangka tidak akan memberi kesan kepada Qatar dan Jerez yang mendapat sokongan besar (kewangan) dari kerajaan masing-masing.

Franco Morbidelli menamatkan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 di belakang Joan Mir selepas 14 pusingan musim lalu.

Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT) itu, berjaya merekodkan tiga kemenangan meskipun menunggang YZR-M1 ‘Spec-A’ 2019 berbanding ‘Spec Factory’ yang ditunggang rakan sepasukan, Fabio Quartararo.

Meskipun akan meneruskan musim 2021 dengan jentera sama, prinsipal Petronas SRT, Razlan Razali meluahkan keyakinan bekas graduan akademi VR46 itu mampu muncul juara dunia musim ini.

“Dia lebih konsisten berbanding prestasi pelumba lain dan sebab itu, beliau mampu menduduki tangga kedua (belakang Mir) dan jika dia tidak berdepan masalah teknikal (pada musim ini), dia boleh jadi juara dunia,” jelas Razlan.

Sekiranya sasaran itu berjaya direalisasikan, Razlan luah keyakinan Morbidelli pasti akan dipancing pasukan ‘Factory’ seperti Ducati dan Honda susulan kontraknya bersama Petronas SRT berakhir 2022.

Bagaimanapun, Razlan mendedahkan pasukan itu hanya akan melepaskan Morbidelli dengan pampasan yang setimpal.

Morbidelli bakal memulakan saingan MotoGP 2021 dengan mentor dan juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi di Petronas SRT bermula dengan ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar. – BERNAMA

Baru-baru ini, Honda telah pun menaik taraf skuter PCX kepada 160cc bagi mencapai standard emisi sesetengah negara lantas beri bayangan pengeluar Jepun itu akan turut melaksanakan kemas kini baharu terhadap ADV 150.

Berdasarkan khabar angin terbaru, Honda dicanang akan membesarkan sesaran enjin ADV 150 kepada 160.

Bagaimanapun, mengambil kira pelbagai faktor pelaksanaan itu mungkin tidak akan dilakukan dalam masa terdekat tatkala masih terdapat pasaran yang belum merasai ADV 150 antaranya Malaysia berbanding Indonesia dan Filipina yang telah pun ditawarkan skuter ADV itu hampir setahun.

*Honda PCX 160

Oleh sebab itu, Honda dijangka perkenalkan ADV 160 pada 2022 dan mendapat enjin sama yang ditawarkan pada PCX 160, 157cc eSP+ yang menjana 15.8hp di samping sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Sementara itu, Honda ADV 150 dijangka akan mendarat di Malaysia sekitar hujung suku pertama tahun ini.

Ducati dengan rasminya mengumumkan SuperSport 950 berada dalam peringkat pengeluaran di Borgo Panigale dan akan didapati di setiap pengedar dalam tempoh beberapa bulan.

Dipekenalkan menerusi Ducati World Premier 2021, Ducati SuperSport 950 merupakan model yang menggabungkan elemen jentera sportsbike namun sesuai untuk tunggangan harian sekaligus sesuai untuk semua jenis penunggang.

Model baharu ini telah didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik dan kelengkapan terkini termasuk enjin – berstatus Euro 5 – baharu, Testastretta dengan silinder berkembar yang menawarkan 110 hp pada 9,000rpm dan 93Nm pada 6,500rpm.

Lebih menarik, terdapat beberapa ciri yang telah ‘dipinjamkan’ daripada Panigale V4 antaranya rekaan lampu depan LED dengan DRL (daytime running light) termasuk reka bentuk fairing.

DU 2020-09-21 SUPERSPORT S ROSSA

Meskipun menawarkan ergonomik tempat duduk lebih selesa (dengan padding baharu dan lebih rata), jentera ini tampil sporty dengan swingarm jenis ‘single-sided’, serta kerangka trellis yang menyumbang kepada berat hanya 184 kilogram.

Antara pakej elektronik ditawarkan adalah:

  • Cornering ABS
  • Traction control
  • Wheelie control
  • Transmisi elektronik
  • Tiga mod tunggangan (Sport/Touring/Urban)
  • Paparan TFT 4.3 inci
DU 2020-09-21 SUPERSPORT S ROSSA

Pengalaman menunggang juga dipertingkat dengan ciri Quickshifter (up/down) yang didatangkan secara standard di samping kawalan klac yang kini hidraulik.

Ducati SuperSport 950 ditawarkan dengan pilihan warna ‘Ducati Red’ manakala SuperrSport 950 S didatangkan dengan warna ‘Ducati Red’ dan ‘Arctic White Silk’.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube