Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan ujian paras bunyi bising ekzos motosikal terhadap 50 motosikal yang telah disita Operasi Mingguan oleh Cawangan Penguatkuasaan dan Operasi JSPT KL baru-baru ini.
Pihak JSPT turut memanggil pemilik bagi kesemua motosikal yang disita ke JSPT Kuala Lumpur.
Daripada jumlah tersebut, pihak JAS juga telah mengeluarkan kompaun kepada 36 pemilik yang gagal ujian paras bunyi bising tersebut.
Pada masa sama, pemilik yang didapato mengubah suai ekzos juga diarahkan menukar semula kepada ekzos standard sebelum dibenarkan bawa pulang motosikal masing-masing.
Menurut YDH ACP Sarifudin Bin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, mengubah suai ekzos tanpa kebenaran boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan. – JSPT
Motosikal ‘adventure’ kelas pertengahan Yamaha, Tenere 700 dan Tenere 700 Rally Edition telah dinaik taraf bagi tahun 2023 yang merangkumi paparan skrin dan pakej elektronik baharu.
Tenere 700 sememangnya popular dikalangan peminat ADV ekoran kemampuannya meredah permukaan ‘off-road’ di samping didatangkan dengan harga mampu milik berbanding pesaing lain dalam segmennya.
Meskipun belum dipasarkan di Malaysia buat masa ini namun tidak dinafikan terdapat permintaan besar terhadap model itu di negara lain.
Apa yang baharu?
Bagi tahun 2023, Yamaha Tenere 700 telah diberi peningkatan baharu dengan penggunaan skrin TFT 5-inci menggantikan skrin digital LCD sebelum ini.
Skrin TFT tersebut juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar bagi memberi akses kepada emel, mesej teks dan maklumat panggilan. Bukan itu sahaja, skrin TFT itu juga boleh diasmbungkan kepada aplikasi My Ride Yamaha.
Menariknya, skrin TFT itu juga datang dengan dua tema, Street dan Explore.
Naik taraf lain termasuk wayar tersedia jika mahu mengaktifkan sistem QS (quickshifter), lever brake depan baharu dan lampu isyarat LED.
Bagaimanapun, pakej elektronik terbesar diberikan pada Tenere 700 2023 ini adalah tiga tetapan ABS baharu yang boleh ditetapkan sama ada ‘OFF’, ‘ON’ dan ‘REAR OFF’.
*Yamaha Tenere 700 Rally Edition
Antara ciri lain yang terdapat pada Yamaha Tenere 700 termasuk:
kerangka double-cradle tubular steel
fork depan jenis upside/down 43mm boleh laras
suspensi belakang boleh laras
rim 21-inci depan dan 18-inci belakang
tangki 16L
Selain itu, Yamaha turut membawa naik taraf baharu itu pada varian Tenere 700 Rally Edition yang dibezakan dengan beberapa ciri tambahan antaranya livery dan grafik, tempat duduk rali, pelindung radiator dan ekzos Akrapovic.
Untuk rekod, Yamaha Tenere 700 dan Tenere 700 Rally Edition 2023 ini masih lagi dikuasakan enjin dengan tork tinggi 690cc CP2 yang menjana 72.3hp pada 8,750rpm dan 67Nm pada 6,500rpm.
GALERI: YAMAHA TENERE 700 DAN TENERE 700 RALLY EDITION
Jika anda memiliki jentera Kawasaki anda kini layak menikmati bantuan Kawasaki Roadside Assistance.
Menurut pihak Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) bantuan tepi jalan tersebut adalah servis yang ditawarkan khas kepada pemilik motosikal Kawasaki dan Modenas (dijenamakan semula).
Khidmat bantuan tepi jalan tersebut adalah percuma kepada motosikal Kawasaki yang dikilangkan pada tahun 2022 dan didaftarkan selepas 1 Ogos 2022.
Antara servis yang boleh dinikmati adalah khidmat tunda percuma sehingga 100km (pergi balik) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, khidmat tunda melebihi 100km (pergi balik) akan dikenakan bayaran RM2.00 bagi setiap kilometer.
Sementara itu, khidmat tunda tidak hanya terhad pada kemalangan sahaja malah merangkumi kerosakan enjin/motosikal.
Lebih menarik, pelanggan boleh menikmati servis tunda percuma sebanyak empat kali dalam setahun.
Namun, perkhidmatan ini hanya sah dalam tempoh setahun sahaja selepas pendaftaran.
Pemilik Kawasaki di Malaysia boleh menghubungi Kawasaki Roadside Assistance di talian (bebas tol) 1-800-88-0008. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam 7 hari seminggu.
Susulan permintaan motosikal berkapasiti kecil dan sederhana semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara maka tidak hairanlah semakin banyak model diperkenalkan di rantau ini.
Terbaru, Suzuki memperkenalkan Suzuki V-Strom 250 SX di pasaran Filipina dengan harga PHP229,00 (RM18.6k).
Pelancaran tersebut secara tidak langsung menyaksikan Filipina menjadi negara kedua selepas India yang menerima model tersebut.
V-Strom SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm.
Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.
Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.
Antara ciri lain ditawarkan:
fork depan teleskopik
suspensi bekalang tungga
cakera brek depan dan belakang
tayar 100/90-19 depan
tayar 140/7-17 belakan
ketinggian tempat duduk 835mm
jarak kelegaan tanah 205mm
berat 167kg
lampu LED penuh
Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yag memudahkan enjin dihidupkan.
Menariknya, Suzuki V-Strom 250 SX ini juga telah dilihat menjalani ujian jalan raya di Malaysia sekaligus memberi bayangan akan dilancarkan untuk pasaran negara ini tidak lama lagi.
Tindakan seorang pemandu kereta jenis BMW dari Malaysia yang melakukan aksi ‘drift’ di Hatyai, Thailand membawa padah apabila terpaksa membayar ganti rugi hampir THB100,000 (RM12,438).
Pemandu berusia 32 tahun itu perlu membayar jumlah tersebut selepas aksi ‘drift’ yang dilakukan di tapak letak kereta telah menyebabkan empat kenderaan lain mengalami kerosakan termasuk cermin pecah.
Aksi ‘drift’ lelaki itu turut dirakam dan dikongsikan di media sosial.
Difahamkan, lelaki tersebut melakukan aksi terbabit sewaktu di kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai.
Pemandu tersebut turut meninggalkan kawasan kejadian tanpa menyedari kerosakan yang telah berlaku.
Pemilik kenderaan yang terjejas serta-merta membuat laporan polis sebelum pemandu tersebut ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand, sekitar jam 6 petang, pada Sabtu.
Pemandu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis berdekatan bagi berjumpa dengan pemilik kenderaan yang terjejas sebelum bersetuju menjelaskan ganti rugi tersebut.
Parti Pakatan Harapan (PH) akan mansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika sekali lagi dipilih menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu disampaikan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang turut memaklumkan PH juga berjaya menurunkan bayaran tol sebanyak 18 peratus sewaktu menerajui kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.
Menurut Guan Eng lagi, PH berupaya menghapasukan tol jika diberi mandat untuk mentadbir selama lima tahun.
Pada PRU14 lalu, PH dalam manifestonya berjanji untuk mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan objektif utama untuk memansuhkan kutipan tol secara berperingkat.
Bagaimanapun, kemelut politik melanda negara selepas itu menyaksikan PH hanya memerintah selama 22 bulan.
Dijangkakan pelbagai lagi janji yang akan dihamburkan setiap parti politik sebagai usaha memancing undi menjelang PRU15 yang semakin hampir. – SINAR HARIAN