Bikesrepublic

Berita Terkini

Suzuki Ecstar bakal merasmikan pasukan MotoGP bagi saingan musim 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Februari ini.

Pelancaran tersebut dijadualkan akan berlaku pada jam 5 petang di SIC di mana dua pelumba tonggak, Joan Mir dan Alex Rins akan mendedahkan jentera Suzuki GSX-RR 2022.

Menariknya, pelancaran pasukan Suzuki bagi musim 2022 itu juga akan diadakan pada tarikh sama dengan pasukan factory Yamaha.

Musim 2022 bakal jadi tahun getir buat Suzuki kerana selepas Mir muncul juara dunia pada 2020, pasukan itu bukan sahaja gagal mengulangi kejayaan namun tidak mampu menempatkan diri dikalangan pesaing utama kejuaraan.

Meskipun jentera GSX-RR mempamerkan prestasi konsisten dan tidak berdepan masalah teknikal namun aspek kuasa masih ketinggalan jika dibandingkan dengan YZR-M1 dan Ducati GP21 musim lalu.

Selain pelancaran pasukan dan livery baharu jentera GSX-RR itu, sesi ujian rasmi pada 5 hingga 6 Februari ini juga bakal menentukan tahap kemampuan jentera Suzuki menjelang musim 2022.

Jenama motosikal China, Benda seakan tidak pernah wujud sebelum era-Covid-19, namun mula mencuri tumpuan sejak melancarkan dua modek unik, LFC 700 dan LFC 700.

Bagaimanapun, Benda bakal memperkenalkan sebuah lagi motosikal unik, menerusi VTR-300, jentera bersesaran 300cc V-Twin yang dikuasakan enjin turbo.

Perkara itu didedahkan menerusi satu paten terbaru yang telah difailkan Benda di China.

Meskipun paten tersebut tidaklah menunjukkan kehadiran enjin turbo namun rekaan model tersebut merujuk kepada adanya penggunaan turbo yang digabungkan bersama enjin 298cc V-Twin DOCH yang menjana sekitar 30hp.

Kehadiran sistem turbo tersebut dijangka akan meningkatkan kuasa enjoined kepada 50hp, angka sama seperti ditawarkan Kawasaki ZX-25R.

Paten tersebut juga mendedahkan VTR-300 itu bakal dilengkapi komponen premium antaranya fork upside-down dan brek Brembo. Model itu juga dilengkapi rim aloi dan ekzos jenis ‘underbelly’.

Ciri lain yang turut dikenal pasti adalah penggunaan lampu LED dengan DRL (daytime running light).

Marc Marquez telah mendapat lampu hijau untuk kembali ke litar dengan jentera RC213V yang baharu bersama pasukan Repsol Honda di ujian pra-musim rasmi yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang bermula 5 Februari ini.

Juara dunia enam kali MotoGP itu telah pun disahkan bebas daripada sebarang kecederaan selepas sesi pemeriksaan kesihatan pada Isnin dengan doktor mengesahkan Marquez tidak lagi mengalami diplopia.

Ini bermakna Marquez berada dalam keadaan sihat dan stabil sepenuhnya untuk menunggang jentera MotoGP sekaligus memulakan kempen 2022 bermula dengan ujian pra-musim di Sepang pada Februari dan berangkat ke Litar Mandalika, Indonesia pada minggu seterusnya.

Ujian di Sepang menandakan kembalinya Marquez atas litar lumba selepas memenangi GP Emilia Romagna musim lalu.

Marquez akan ditemani rakan sepasukan, Pol Espargaro ke Sepang dalam usaha mencapai keserasian dengan jentera baharu.

Selepas pendedahan harga oleh beberapa pengedar rasmi, Suzuki Malaysia akhirnya merasmikan Suzuki GSX-S1000 2021 untuk pasaran tempatan.

Suzuki GSX-S1000 merupakan versi yang lebih berkuasa daripada GSX-S750 dan memasuki generasi kedua, selepas enam tahun generasi pertama diperkenalkan pada 2015.

Selain datang dengan rekaan serba baharu, GSX-S1000 juga menerima pelbagai naik taraf terkini antaranya enjin 999cc 4-inline itu kini mencapai standard Euro 5 dan berupaya menghasilkan 150hp pada 11,000rpm berbanding 143hp pada generasi sebelumnya.

Antara naik taraf lain yang dilakukan termasuk, intake baharu, camshaft ekzos dengan profil cam baharu, valve spring baharu dan kotak udara baharu.

Suzuki GSX-S1000 ini juga datang dengan pakej elektronik lengkap yang merangkumi:

  • Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  • Suzuki Clutch Assist System
  • Quickshifter
  • Traction Control dengan lima mod berbeza
  • Suzuki Low-RPM Assist

Pada masa sama, Suzuki Malaysia turut melancarkan skuter maxi, Suzuki Burgman 400 untuk pasaran tempatan dan ditawarkan pada harga RM45,999.

Skuter maxi ini telah dinaik taraf dengan enjin 400cc satu silinder yang telah dipertingkat dengan penggunaan twin-spark bagi menjaminkan pembakaran yang lebih efisien.

‘Timing’  enjin juga telah diolah agar lebih mudah dihidupkan, serta lebih lancar sewaktu ‘idling’. Enjin Burgman 400 ini juga mencapai standard Euro 5.

Meskipun rekaan keseluruhan tampak tak berubah namun, Burgman 400 ini didatangkan dengan fungsi elektronik terkini antaranya traction control dan ABS.

Ruang bawah tempat duduk juga cukup besar dengan kapasiti 42L sementara pencahayaan juga lebih baik dengan sistem lampu LED. Skuter ini juga dilengkapi soket 12V.

Kerajaan telah mengarahkan pihak PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan Touch ‘n GO untuk kemukakan justifikasi berkenaan dengan harga RM35 yang dikenakan bagi pembelian pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Perkara itu dikemukakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mendedahkan pihaknya akan membuat perincian kos bagi pelekat tersebut.

Menurut Fadillah, kementeriannya bersama dengan Kementerian Kewangan akan menentukan caj yang wajar selepas proses perincian selesai.

“Sekarang ini KKR bersama Kementerian Kewangan akan menilai segala kos struktur yang mereka buat itu. Apa justifikasi, mengapa dikenakan RM35.

“Kalau tidak, kita akan pastikan samada untuk dikurangkan atau apakah kos yang munasabah yang boleh dikenakan pada pengguna,” jelasnya.

Sebelum ini, PLUS memberi jaminan bahawa pelekat RFID yang telah rosak akan digantikan secara percuma.

Golongan wanita mengandung sememangnya sinonim dengan senario mengidam.

Mengidam merupakan keinginan yang timbul sewaktu si ibu sarat mengandungkan anak dan perasaan tersebut akan ada sehingga keinginan tersebut belum dipenuhi.

Bagaimanapun, perkongsian oleh personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya mencuri perhatian apabila tangkap layar (screenshot) yang dikongsikan menunjukkan permintaan seorang ibu mengandung yang mengidam untuk naik Perodua Ativa.

Lebih menarik, permintaan itu cukup khusus kerana si ibu teringin menaiki Ativa berwarna putih di Kedah.

Perkongsian tersebut turut sampai ke pengetahuan Siti Aisyah, yang terus menunaikan hajat ibu mengandung tersebut kerana kebetulan pulang ke Kedah.

“Saya tergerak hati mahu membantu sebab pernah dengar daripada kawan-kawan yang pernah mengidam pelik-pelik, tapi permintaan mereka tidak dipenuhi. Mereka berasa sangat kecewa sampai selalu teringat-teringat,”  jelas Siti Aisyah. – The Vocket

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube