Bikesrepublic

Berita Terkini

PROTON telah diumumkan selaku salah satu daripada kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China, tahun ini.

Menurut PROTON dalam satu kenyataan, pencapaian tersebut berjaya diraih hasil daripada kerjasama dengan Geely Auto Group yang merupakan rakan kongsi prestij rasmi Sukan Asia, kali ini.

Difahamkan, kesemua model PROTON terkini termasuk Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 dan X70 akan diguna pakai di kejohanan Asia itu pada 10 hingga 25 September depan.

Pengumuman tersebut turut disampaikan Timbalakn Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

“Mencerminkan komitmen PROTON ke arah ‘Inspiring Connections’ dan usaha berterusan kami untuk kecermelangan, kami ingin menawarkan cara baru bagi memeriahkan Sukan Asia ke-19 melalui kempen-kempen kami.

“Acara pelbagai sukan di Asia akan memberikan platform penting kepada PROTON, dan matlamat kami adalah untuk menghubungkan semua lapisan masyarakat untuk sertai kami dan memberikan sokongan kepada olahragawan negara bagi mendorong mereka untuk mencapai kejayaan, dan merangkul identity kita sebagai sebahagian dari Keluarga Asia,” jelasnya.

Generasi ketiga Isuzu D-Max bingkas menarik minat pengguna di Malaysia sejak dilancarkan April tahun lalu.

Gabungan rekaan moden dan keselesaan terbaik telah mengangkat tahap trak pikap generasi terbaru dari Isuzu itu.

Model ‘flagship’ Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L paling menonjol yang turut sekaligus meningkatkan daya tarikan jenama trak pikap Isuzu di Malaysia.

Meskipun model D-Max turut terkesan dengan masalah kekurangan semi-konduktor yang melanda dunia ketika ini namun Isuzu Malaysia berjaya serahkan 713 unit model X-Terrain kepada pengguna.

Bagaimanapun, model 1.9L 4×4 terus kekal sebagai model paling popular dengan 842 unit telah pun berjaya dijual dengan pengguna di Lembah Klang dan Kota Kinabalu muncul sebagai pelanggan dengan permintaan tertinggi setakat ini.

Varian X-Terrain juga muncul sebagai trak pikap paling berjaya apabila menggondol lima anugerah ‘Trak Pikap Terbaik’ tahun lalu .

Ekoran permintaan tinggi memasuki 2022, Isuzu Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang tangguhan penyerahan kenderaan agar pelanggan tidak berasa kecewa dengan tempoh masa menunggu ketika ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil sekumpulan pemilik kereta Honda selepas didapati berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai menerusi perkongsian yang tular di laman sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, selepas pihaknya mengesan perkongsian di media sosial yang menunjukkan sebuah kelab kereta berhimpun di lorong kecemasan di lebuh raya terbabit pada Sabtu lalu.

Menurut Fazley, polis Seremban akan memanggil ketua kelab sementara 48 kereta yang berkumpul juga telah dikenal pasti.

“Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” jelasnya.

Tambah Fazley lagi, kesemua individu terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Pada masa sama, Fazley memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menilai cadangan untuk menyelaraskan tempat untuk tujuan bergambar.

“Lebuhraya Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya,” tambahnya. – HM


Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, menegaskan bahawa Kejuaraan Dunia MotoGP akan dikurangkan kepada 19 perlumbaan sekiranya terdapat lokasi perlumbaan yang mewajibkan kuarantin.

Bagi Ezpeleta, Dorna lebih sanggup mengurangkan pusingan perlumbaan dari 21 ke 19 daripada menjalani kuarantin di negara yang menguatkuasakan perkara itu susulan varian Omicron.

“Jika kami dimaklumkan bahawa perlu menjalani kuarantin sehingga 14 hari, jawapan kami jelas. Kami tidak akan ke negara itu.

“Bagi negara lain yang tidak memerlukan kuarantin, mereka boleh meminta sijil vaksinasi lengkap atau sebarang dokumentasi seperti yang dilakukan tahun lalu,” ujar Ezpeleta.

Ketika musim 2021, hanya 18 pusingan MotoGP berlangsung dengan pusingan di Jepun, Finland, Australia, Malaysia dan Thailand dibatalkan ekoran krisis Covid-19.

Kecuali pusingan di Qatar dan Amerika Syarikat, kesemua pusingan lain hanya berjalan di benua Eropah ekoran rata-rata negara luar mewajibkan kuarantin antara tujuh hingga 14 hari.

Bagaimanapun, Malaysia dijangka akan kembali menganjurkan MotoGP musim 2022 bermula dengan ujian pra-musim yang dijadualkan berlansung pada 4 hingga 5 Februari ini.

Tidak dinafikan, Jalan Pintas Temiang Ke Pantai, Jalan Jelebu bingkas mencuri perhatian pengguna jalan raya terutamanya kaki motosikal dan kereta.

Laluan yang kebanyakkan masanya lengang, mula dikerumuni terutamanya di hujung minggu bagi yang mahu bergambar dengan kenderaan masing-masing untuk dimuat naik ke Instagram dan Facebook.

Bagaimanapun, insiden terbaru mengundang kecaman netizen apabila sekumpulan pemilik kereta jenama Honda telah menjadikan laluan tersebut sebagai tempat ‘gathering’ dengan masing-masing meletakkan kenderaan di laluan kecemasan untuk tujuan melepak.

Video yang dimuat naik ke laman Tiktok milik akaun @shahirr2 itu jelas memaparkan sekumpulan pemilik kereta Honda memenuhi sepanjang lorong kecemasan di laluan tersebut.

Ruangan komen video tersebut turut mengundang pelbagai kecaman dari netizen.

Kejadian sama juga pernah berlaku di Lebuh Raya Bukit Kukus yang merupakan jalan raya tertinggi di Malaysia namun tindakan segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan telah dihalau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengkaji terlebih dahulu cadangan had kelajuan 30km/j di Kuala Lumpur yang dikemukakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Perkara itu disahkan Menteri Wilayahn Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Saya sedar perkara ini sedang berlaku di bandar raya esar di seluruh dunia. Perkara ini akan diumumkan kemudian,” jelasnya.

Pada masa sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, juga memaklumkan kementeriannya juga sedang meneliti perkara tersebut namun akan memanggil beberapa pihak berwajib untuk sesi perbincangan teliti.

MIROS juga telah mencadangkan agar had laju 50km/j diperkenalkan di beberapa kawasan terpilih dalam usaha menangani kemalangan jalan raya dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

Had laju 30km/j telah pun dilaksanakan di beberapa bandar besar seluruh dunia antaranya di London, United Kingdom.

Ketika mesyuarat hujung tahun oleh Transport for London di UK, mereka mendapati kadar kemalangan terutamanya babitkan motosikal di London telah menurun sebanyak 60 peratus pada 2021.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube