Bikesrepublic

Berita Terkini

WithU Yamaha RNF MotoGP Team dengan rasminya mengumumkan pengeluar aksesori motosikal , Racing Boy (RCB) sebagai syarikat Malaysia kedua yang menjadi penaja rasmi pasukan MotoGP itu bermula musim 2022.

RCB sertai Telcowin, sebuah syarikat perunding teknologi tempatan yang turut disahkan sebagai salah satu daripada penaja pasukan kendalian Datuk Razlan Razali itu musim ini.

Bagaimanapun, RCB telah pun mengikat perjanjian selama tiga tahun bersama WithU Yamaha RNF MotoGP sehingga 2024.

“Kami mengalu-alukan kedatangan RCB bersama WithU Yamaha RNF MotoGP Team. RCB bukan nama asing dalam MotoGP dan menjadi salah satu penaja kami dalam pasukan sebelum ini.

“Saya berbangga dengan peningkatan dipamerkan RCB dengan penyertaan mereka dalam arena perlumbaan baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“Saya teruja dapat bekerjasama dengan RCB dalam menyediakan barangan motosikal terbaik dan berkualiti tinggi buat pasukan,” jelas Razlan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MKA Group, Bruce Lee menyifatkan kerjasama ini memastikan jenama RCB akan terus mengorak langkah menghasilkan produk bertaraf dunia.

“MotoGP adalah kemuncak bagi mana-mana perlumbaan motosikal di dunia.

“Ia adalah platform terbaik untuk kami terus menyesuaikan usaha R&D kami ke arah produk dan perkhidmatan mengikut piawaian dunia,” jelasnya.

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini menerima Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia RM1,000 sebagai bentuk pembayaran di wakil pengedar yang mengambil bahagian.

MODENAS dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa baucar tersebut boleh digunakan untuk tuntutan baik pulih motosikal persendirian yang rosak ekoran banjir kilat yang melanda negara baru-baru ini.

Orang ramai boleh menebus baucar tersebut di lokasi servis terpilih MODENAS di bawah:

Selain daripada baucar RM1,000 tersebut, pemilik MODENAS yang terkesan juga akan menerima diskaun tambahan 25 peratus bagi alat ganti dan kos upah pembaikan.

Pada masa sama, MODENAS juga menerima baucar RM1,000 tersebut sebagai bayaran pendahuluan atau sebahagian bayaran bagi motosikal baharu bagi yang mengalami ‘total loss’. Bagaimanapun, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sementara itu, pemilik motosikal MODENAS yang terkesan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-880-181 atau melalui WhatsApp di +60195708135.

Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez kembali menunggang motosikal buat kali pertama selepas tiga bulan disisihkan ekoran alami kecederaan mata.

Pelumba Sepanyol itu disahkan alami diplopia (double vision) susulan kemalangan sewaktu sesi latihan tahun lalu yang memaksanya terlepas dua pusingan terakhir MotoGP.

Bagaimanapun, pasukan perubatan telah pun mengesahkan bahawa Marquez menunjukkan perkembangan yang baik.

Selepas tiga bulan menjalani latihan tanpa melibatkan motosikal, Marquez kembali dengan aksi motocross selepas mendapat lampu hijau dari doktor.

Repsol Honda dalam satu kenyataan menyebut, “Marc Marquez jalani pemeriksaan perubatan dengan Dr. Sanchez Dalmau pada Isnin bagi menganalisis diplopia yang dialaminya. Pakar oftalmologi mengesahkan mata Marquez telah mula sembuh dengan baik.

“Maka dengan perkembangan terbaru ini, Repsol Honda menerima kebenaran untuk menunggang motosikal menerusi motocross.

“Selepas tiga bulan menyepi, Marquez kembali menunggang di Litar Ponts (Lleida),.”

Jelas Repsol Honda lagi, langkah seterusnya buat Marquez adalah kembali menunggang di litar.

Sementara itu, perkembangan terbaru ini menyaksikan Marquez akan turut sama terlibat dengan perasmian jentera Honda RC213V 2022 yang akan berlangsung pada 8 Februari depan.

Pengeluar motosikal China, QJ Motor telah memfailkan paten enjin yang memaparkan sebuah enjin parallel-twin 900cc yang dijangka akan diperkenalkan pada barisan model Benelli dalam masa terdekat.

Ketika motosikal tersebut didakwa merujuk kepada Benelli TNT899, namun paten enjin tersebut bingkas mencuri tumpuan kerana menyamai enjin parallel-twin LC8 milik KTM.

Jika dibandingkan reka bentuk kedua-dua enjin tersebut, jelas kedua-duanya tampak sama dari segala segi sehinggakan ada yang menyangka terdapat kolaborasi antara KTM dan QJ Motor.

Bagaimanapun, hakikatnya, kerjasama itu telah pun termeterai antara KTM dan CFMoto yang menyaksikan kedua-duanya berkongsi platform LC8 itu.

Ini bermakna, QJ Motor berjaya menghasilkan enjin sama yang dijangka akan diterapkan pada model Benelli TNT akan datang. Paten enjin tersebut juga memaparkan logo TNT lantas mengesahkan senario itu.

Kod enjin ‘QJ288MW’ juga merujuk kepada QJ Motor, 2-cylinder dengan bore 88mm.

Kawasaki kembali mencuri tumpuan sejak melancarkan ZX-25R di Indonesia sehingga ada ura-ura yang mengatakan pengeluar motosikal Jepun itu akan turut memperkenalkan varian 400cc.

Dalam perkembangan terbaru, sumber dari Jepun telah pun mengesahkan bahawa model ZX-4R itu telah pun siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Meskipun berita tersebut mengujakan namun, kemunculan model ZX-4R itu bukan lagi satu kejutan apatah lagi Kawasaki telah pun memfailkan paten seawal 2019 berserta penerangan bahawa paten tersebut akan diperkenalkan pada model 400cc.

Menurut laporan media antarabangsa, Kawasaki ZX-4R itu akan mengikut acuan rekaan sama seperti ZX-25R termasuk kerangka tubular steel, dan swingarm.

Bagaimanapun, ZX-4R ini akan tampil dengan panel depan yang lebih tajam, diinspirasikan daripada model ZX-10R dan grafik dan warna menyamai ZXR750.

Jika ZX-25R menghasilkan 50hp dengan bantuan Ram-Air, ZX-4R ini pula dijangka menawarkan antara 70 hingga 80hp sekaligus menjadikan model ini paling berkuasa dalam kelasnya.

Seperti ZX-25R, model ini juga dijangka akan dipasarkan khusus untuk pasaran Asia.

Umum sedia maklum bahawa MForce Bike Holdings telah pun mengesahkan bahawa jenama dari China, QJMotor bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Berita yang diumumkan Oktober 2021 itu menyaksikan MForce bakal membawa masuk beberapa model QJMotor antaranya SRT800, SRK600 dan QJ Race 250.

Dalam perkembangan terbaru di China, QJMotor didapati bakal memperkenalkan 600RR yang telah dikemas kini bagi tahun 2022.

Perkara itu didedahkan menerusi satu imej ‘spy shot’ yang telah pun dikongsikan beberapa media antarabangsa.

Berdasarkan gambar tersebut, QJMotor telah melaksanakan beberapa penambah baikan terhadap motosikal fairing penuh itu.

Bahagian depan telah diolah agar tampak lebih moden dan agresif sementara panel tepi pula dipadankan bersama ‘winglet’ ala MotoGP.

Model itu juga dilaporkan mendapat sistem ekzos baharu sekaligus memberi bayangan bahawa bahagian enjin juga telah dinaik taraf bagi mencapai standard Euro 5.

Selain itu, model itu juga memaparkan rekaan lampu depan baharu manakala bahagian fairing pula lebih lebar dan menutup bahagian enjin berbanding generasi sebelumnya.

Bagaimanapun, model 2022 ini dijangka akan membawa ciri sama seperti sebelumnya, seperti paparan skrin TFT 5-inci, sistem keyless, brek Brembo dan suspensi Marzocchi.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube